Krisis Desa Damai

Satu kisah yang saya nak kongsikan dengan rakan-rakan seperjuangan.

Beberapa tahun lalu, kampung itu aman damai. Setiap orang kampung menikmati ketenangan yang tercipta. semua orang rasa gembira dengan keadaan ini. Yang tua dan yang muda, bersama menghirup bau-bau damai desa yang tercinta.

Tiba-tiba, satu jemaah tabligh telah datang ke kampung dalam misi tiga hari. Namun bermula hari pertama, jemaah telah mengejutkan orang kampung dengan suasana yang sangat mencemaskan. Ketenangan kampung bagai disimbah air badai. Tsunami yang membunuh jiwa-jiwa damai di kampung itu. Sungguh, orang-orang kampung bagai disentap kasar, jiwa seakan dicucuk duri sembilu.

Kisahnya bermula begini. Jemaah tersebut disertai seorang ustaz 80-an umurnya. Ustaz ini sangat particular bab-bab ibadah ini. Dikenali ramai, serta juga menjadi imam masjid di sebuah bandar tidak jauh dari kampung kejadian. Hari pertama, ustaz jemaah ni dah berasa sangsi. Ditenung matahari itu jauh-jauh. Sayup matanya melihat arah bayang. Ada yang tak kena ni. Diambilnya kayu tongkat sakti bekalan sekalian khatib, gunanya penghias tangan pelengkap sunnah hari jumaat itu. Tongkat itu ditegaknya di satu penjuru. Bayangnya diperhati baik-baik. Sah!Kiblat masjid ni salah!

Maka heboh la perkara ini awalnya kepada semua jemaah tabligh ustaz tersebut. Beredar ke seluruh kampung, sehingga sampai ke pengetahuan imam-imam dan pengerusi masjid. Lantas bergegar laksana gempa bumi tanah Jepang jiwa-jiwa orang kampung dek rasa terkejut. Bagaimana jadi begitu? Solat-solat yang dulu bagaimana? Kubur-kubur yang harusnya menghadap kiblat itu bagaimana pula kisahnya? Banyak kerja yang menanti ni.

Kembali kepada kisah para tablighiy. Keputusan mesyuarat dibuat. Kita tak boleh solat di sini! Imamnya guna kiblat salah! Maka jemaah telah bergerak ke masjid kampung sebelah, mudah-mudahan kiblatnya betul. Alhamdulillah kiblat betul. Baki dua hari dalam ekspedisi 3 hari jemaah tabligh dapat disempurnakan. Perkara masjid yang lalu, biarkan mereka urus sendiri kata ahli-ahli jemaah lain. Tapi, bukan di hati sang ustaz. Segera ditemunya imam masjid kampung yang dulunya aman itu. Menunggu pada waktu tertentu seperti diumum radio dan tv, yang matahari itu tepat atas kaabah. Setia menanti, lalu hampir masanya, ditegaknya sebatang tongkat, jua itulah tongkat yang pernah digunanya dulu. penyebab goncang jiwa-jiwa ahli kariah.

>-------------------------------------------------------------< 

Mesyuarat kampung diadakan. Ini kes besar. Banyak konsikuensi berlaku lepasnya jika dibiarkan. Yang mahu kiblat itu kekal, baiklah kita sedang gunakannya. Yang mahu kiblat itu ikut guna yang sebetulnya, tak kurang ramainya. Ini isu besar. Orang kampung seakan berpecah kerananya. Masing-masing mula mengeluarkan buah kilas masing-masing, mahu jadi ustaz express. Satu golongan kata, tiada masalah kiblat ditukar. Ada baiknya tubuh ini tepat menghadap kaabah tika sampai waktunya. Takut disalahkan generasi yang bakal datang pula. Yang satu parti lagi mula mengutip undi, menjaja kempen. Katanya kita dah lama berkiblat begini, baru hari ini jadi salah?

Tidak sampai di situ, sang pengerusi mula bergerak menunai rasa jiwa menggelegak. Pejabat agama daerah, tiada yang lain. Biar mereka buat keputusan. Syukur pengerusi ini punya wawasan luas, jiwa tegar, ketat hatinya. Biar apa orang nak kata ujar hatinya.

Wakil jabatan mufti dijemput. Alat-alat sedia dibawa. Benang dibuat tanda ukur. Sah! Memang betullah kata "ustaz tabligh" tu, bisik hati pengerusi. Tak jauh beza. Cuma satu dengan alat yang diperakui, satu lagi guna matahari dan pengetahuan ilmu falak yang tersebar di radio dan televisyen. Tak banyak beza. Betul sangat!

Terus dicapainya pembaris meter yang dibekal lebih awal. Digarisnya satu garisan, betul-betul menjurus arah yang diukur orang mufti. Lega hatinya. Mulai hari ni, kiblat masjid kampung yang "dulunya" damai itu telah menghala betul ke kaabah. Tempat bersujud sekalian anak-anak Adam yang yakin tuhan itu satu, Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

Kampung bergegar lagi. Payah sungguh jiwa-jiwa itu menerimanya. Orang kampung berpecah. Masing-masing enggan mengalah. Berat rasa hati ingin menukar arah yang lama. Yang satu lagi pula berkeras, andai tidak mahu, biar kami solat di lain kariah saja. Selesai. Kalian, teruskan dengan arah yang salah itu, kami berlepas diri! . Kasar ayatnya, tapi begitulah. Pengerusi berada di kumpulan "mahu tukar", para imam yang tiga kesemuanya, dan hampir separuh ahli jemaah masjid berada di kumpulan "mahu kekal" .. Reformasi ! Reformasi! Reformasi! haha.

Akhirnya, keputusan yang berat diterima satu golongan terpaksa dibuat. Kiblat harus ditukar, jabatan mufti harus ditaati. Pihak yang kalah, dan ada kalangannya ahli tetap lima waktu masjid, bertengkar belakang. Cakap-cakap belakang cukup kuat. Yang salah? jemaah tabligh. Mereka salah! kalau mereka tak datang kan senang,orang kampung tak berpecah, saf tak perlu senget, masjid tak rugi ruang. Ini lain jadinya. Syukur kumpulan satu lagi pertahankan jemaah. Allah maha benar, dan ditolongnya orang yang benar.

 >TAMMAT<

note : kisah ini berlaku di kampung saya. anak-anak kampung yang jarang-jarang sekali balik seperti aku tak merasa gempa bumi itu. yang terlihat kesan gegarannya saja. dua-dua pihak ialah orang masjid. dua-dua pihak takde golongan ustaz. aku senyap tiap kali isu itu diulang-ulang. tabligh juga yang disebut. apalah salah tabligh. janggut yang separuh jengkal ini juga diurut buat penenang jiwa tatkala perkataan tabligh dikotori mulut-mulut itu. entah mereka perasan atau tidak aku ni tabligh, dek kerana tak pakai jubah dan serban tiap kali solat. tiada sugi di poket, dan tiada uncang dan celana singkat hehe...

 dan ustaz tu pun aku kenai. orang femes. :D

Tazkirah Pagi

[SEMBANG PAGI] 

1. motor. ada enjin ok, minyak petrol ada , tayar ada bagus, start enjin ja, masuk gear, press, (insyaAllah) akan gerak . lagi press kuat, lagi laju ... tapi semua nampak macam motor, tapi minyak petrol masuk ruang minyak hitam, minyak hitam masuk tempat minyak petrol, motor tadak jalan punya ... 

2. belajar. datang kelas, buat latihan, ulangkaji, datang exam, (insyaAllah) lulus. lagi kuat study, lagi cemerlang... kalau datang exam, tapi pen tak bawa tadak jadi apa2. 

3. agama. waktu solat, tunai solat. puasa tunaikan puasa. pendek kata tunai perkara wajib, InsyaAllah selamat akhirat, dan dunia yang pendek ni dapat keberkatan. lagi baik, solat awal waktu berjemaah di masjid, puasa pulak sempurna dengan taraweh, quran dan zikir, haji buat sungguh2, hidup berkat, akhirat (insyaAllah) masuk syurga tinggi dan mulia... 

memang semua berlaku dengan izin Allah. tapi oleh kerana dunia ni "darul-asbab" atau tempat yang setiap perkara berlaku dengan perantaraan usaha, maka usaha adalah indikator kejayaan. mungkin ada motor bergerak tanpa minyak (dengan izin Allah), tak belajar tapi genius dan tak perlu usaha banyak tapi boleh cemerlang (dengan izin Allah), dan masuk syurga walaupun atas dunia banyak buat jahat (dengan izin Allah) ... 

tapi oleh kerana kita kita faham dengan makan boleh kenyang, dengan minyak petrol baru boleh jalan, dan dengan kebaikan, berbalas kebaikan, maka itu yang kena buat.... 

hakikat iman seseorang yang sepatutnya, --->; saya berusaha, tapi Allah yang tentukan hasilnya (100%). jika yakin kita sebaliknya (saya dapat apa yang saya buat) atau 50-50 maka iman yakin dengan Allah belum sahih. sila betulkan sebelum mati menjelang :D 

>UTAMAKAN YANG UTAMA<

Kisah Pemuda dengan Syeikh

Satu analogi dari jemaah 40h student UKM + orang awam KL (sekitar P. Remis Perak) ~ 

Ustaz Mustakim (ada tambahan ana sikit2) 

kisahnya begini. seorang lelaki telah bertemu seorang syeikh yang terkenal dengan kebolehan dimakbulkan apa-apa doa. Kelebihan syeikh ni telah menyebabkan orang-orang datang untuk meminta didoakan oleh beliau. "Tuan syeikh, saya mohon tuan doakan saya dapat anak secepat mungkin..", kata lelaki ini kepada syeikh tersebut. Syeikh ini menjawab, "pulanglah kamu, InsyaAllah saya akan doakan terdaya saya. Moga Allah kabulkan doa buat tuan". lalu lelaki ni pulang. Syeikh ini telah berdoa bersungguh-sungguh, atas permintaan lelaki tadi. 

Tidak lama kemudian, lelaki ini datang dan berkata kepada syeikh tersebut " Tuan syeikh, ada tak tuan doakan saya? lama saya menanti hasilnya". Jawab syeikh, "ada tuan, mungkin belum masanya. Pulanglah tuan dan saya akan usahakan untuk doakan lagi", .. lalu Syeikh ini telah meningkatkan amalannya dan terus menambah doanya buat lelaki tadi. 

Berlalu beberapa lama, lelaki ini datang dan berkata," Syeikh, kan saya pesan supaya syeikh doakan saya. Dah lama saya menunggu namun hingga kini belum ada tanda mendapat zuriat", "Allahuakbar", jawab syeikh. Sudah saya usahakan untuk doakan tuan. Sebelum saya teruskan usaha saya atas urusan itu, ada soalan buat tuan. Tuan dah kahwin ke wahai anak muda?", .. "Belum", jawab lelaki itu.

~~~~~~~~~~~~paham2 sendiri pastu jadi apa ngan laki tersebut~~~~~~~ 

Begitulah kita hari ni. Ketika bulan ramadhan, di hadapan kaabah, imam masjidil haram menangis, makmum semua menangis supaya umat ini dibantu dari kezaliman orang kafir, namun masih tiada pertolongan. kerana apa? kerana usaha belum dimulakan. Ingat perang yang sahabat ada 8k, musuh ada 100k, tapi kerana pertolongan Allah tetap menang.. hari ni? umat Islam berjuta, orang kafir yang betul2 zalim takla ramai mana. still tak dapat lawan... renungan malam ni.... 

Tuan2 kena bagi azam Insyaallah....

Ketika Mereka

ketika mereka merasakan duduk bersama lelaki dan perempuan itu biasa, 
kami diajar tidak melihat wajah perempuan hatta tubuhnya sepatutnya dilitup kain hitam. 

ketika mereka mereka biasa bertepuk tangan dan melompat-lompat melihat acara sukan, 
kami diajar senyap dan duduk diam di depan kitab dan muallim, 
hatta ketawa pun tak mengeluarkan suara kuat. 

ketika mereka merasakan dunia yang penuh kemodenan ini adalah sebab mudahnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, 
kami diajar semakin payah dan "ortodox" mendekati diri kepadanya adalah lebih mengesan di hati. 

ketika mereka mengejar dunia dan segalanya dikaitkan dengan agama, hatta warisan penjajah pun, 
kami diajar hanya sunnah Rasulullah dari segi fikir dan idea, percakapan dan tindakan, serta pakaian dan kelengkapan hidup baginda sahaja yang terbaik.... 

"Allahumma thabbitna bi sunnati nabiyuka, waj'al kullu hayaatana kama hayata nabiyuka" amiin..

Mati itu Pasti.

Sebuah dialog...

A : sayang, I minta maaf.
B : nape sayang.
A : I nak travel jauh.
B : ke mana?
A : adalaaa...
B : hehe, jaga diri baik2.
A : ok. jangan lupa doakan sayang.
B : aik pelik je bunyi?
A : takpe, kita jumpa lagi InsyaAllah...
B : jumpa kat mana?
A : yang pasti bukan kat sini. somewhere else.
B : ekk?

kalau kome jadi B, tak ghase pelik ke?

Mati itu pasti, hidup InsyaAllah...


Central Markas of Thailand

Assalamualaikum. Pengalaman menjejak kaki ke Markas Thailand, Yala, Narathiwat 21102011

  1. Dua orang yang kaki mereka agak ringan ke Markas Yala. (p/s: nak ke sana kena inform Syura Dusun Raja). Saja nak ikut sekali :D
2.Tempat cop passport di sempadan. Sungai Golok. Simple je pejabat die.


3. Arrival Card. Kalau suh orang tulis kena bayar 20Bath . (RM2)

4. Train Thai. Benda ni biasa sampai ke Bangkok, malah atas lagi (perjalanan sehari). Ke Yala ambil masa lebih kurang sejam setengah.


5. Markas. Puas cari tempat nak "tangkap" masjid ni. Malam markas ramai orang..  Masjid dari pandangan depan. Kalau perasan 2 orang brader depan tu nampak saya guna camera. Aduiii..


  Memories...

Cinta Khayalan

Cinta yang dibangkitkan
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.

Namun kenikmatan itu,
jelas tidak seperti bercinta dengan kekasih sebenarnya
kekasih yang sedar akan hadirnya seseorang yang
mencintainya ini
sebagaimana kenikmatan lelaki
yang memeluk tugu batu
di dalam kegelapan sambil menangis dan meratap.

Meskipun dia merasa nikmat
kerana berfikir bahawa yang dipeluk adalah kekasihnya, tapi
jelas tidak senikmat
orang yang memeluk kekasih sebenarnya
kekasih yang hidup dan sedar.

 ~ Jalaluddin Ar-Rumi

Apa Perlunya Saya Pakai Pakaian Arab?

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, beberapa hari lepas, saya dikejutkan dengan satu artikel dari seorang ustaz terkemuka dalam negara. Artikel entah bertajuk apa, tapi lebih kurang, setiap budaya dan negara ada pakaiannya sendiri. Terkebil-kebil membacanya sebab di sisi saya, seorang yang jahil tak de berapa ilmu macam ustaz ni, ada beberapa point beliau yang tidak dapat diterima bulat bola. Tulisan saya tentang sunnah pakaian telah disebutkan sekali di post tentang Serban. Tak perlu disebutkan point-point tersebut kerana saya bukanlah seorang yang sepadan ilmunya dengan beliau untuk membangkang atau memberi komen balas, jauh sekali. Cuma tulisan kali ini untuk menguatkan keyakinan kepada amalan yang sedia ada. Saya percaya dalam ribuan, ratus ribu, atau mungkin jutaan pembaca website tersebut, di antara mereka ada yang telah diberi Allah taufiq untuk istiqamah mengamalkan sunnah pakaian.



Mungkin untuk wanita, sunnah pakaian lebih kepada sunnah isteri-isteri Rasulullah yang pakaiannya lebih kurang kepada menutup aurat. Jauh beza dengan lelaki, pakaian sunnah lelaki yang mudah difahami ialah pakaian-pakaian tertentu yang dipakai di tubuh, bukan semestinya untuk menutup aurat, walaupun menutup aurat itu sendiri adalah sunnah Rasulullah.


Apa perlunya kita (lelaki khususnya) berpakaian sunnah?

  1. Tanda cinta kepada Rasulullah Sallahualaihi Wassalam.
    Mengapa perlu cinta itu perlu dizahirkan dengan pakaian? So kalau suami cintakan isterinya, dia pun kena pakai pakaian perempuan? Bukanlah begitu maksud saya. Maksudnya begini, kalau kita cintakan seseorang, pasti ada tandanya. Dan tanda tu tak terhad kepada beri bunga, puaskan hati dan sebagainya. Seorang anak cintakan ayahnya, selalu berbangga dengan kelebihan ayahnya, bercerita dengan kawan-kawan tentang ayahnya, begitu jua sebaliknya. Seorang yang cinta kepada seseorang pasti ada sesuatu yang ada pada yang dicintainya itu sesuatu yang jua dilteakkan di tubuhnya sebagai ingatan. Sesetengah orang mungkin berkata, dengan berpakaian sunnah, saya lebih mengingat Allah dan jauh dari maksiat. Mungkin kita semua pernah tedengar "pepatah" ~orang pakai kopiah pun beli nombor~ . Jadi pakaian tidak berkadar lansung dengan hati dan amalan, sebaliknya keimanan dan kecintaan itu sendiri akan melahirkan amalan dan pakaian.

  2. Tanda kita menghargai
    Menghargai sesuatu, seseorang akan meletakkan ia di tempat yang boleh dilihat ramai orang. Berbeza dengan pakaian wanita, yang tujuannya lebih kepada menyorokkan sesuatu yang harus disorok, pakaian sunnah lelaki , kopiah serban, jubah atas buku lali, cincin di jari manis, celak hari Jumaat, dan sebagainya, adalah manifestasi seseorang kepada berharganya ia dan seharusnya dihargai dengan memakainya di tubuh. Lamborghini, Merce, atau Viva (??) pasti menjadi pilihan untuk dibawa ke majlis-majlis rasmi dan ketika bertemu orang kenamaan, sebagai tanda ia adalah istimewa dan bukan calang-calang kenderaan. Begitu juga, jika kita biasa dengan alam bisnes, ahli perniagaan biasanya akan memakai jam tangan mahal sebagai tanda status pernigaan yang semakin maju ketika bertemu klien contohnya.

  3. Kita dari kalangan mereka
    Sekarang sibuk di sana sini, mereka, mereka dan mereka bercakap tentang EURO. Cuba kita lihat remaja-remaja, kanak-kanak, atau mungkin bapa-bapa yang dah melanjut ke umur 40-an dan 50-an, perasan kita dengan jersi mereka, mewakili negara yang bakal ke final. Sesiapa yang pakai jersi negara-negara yang dah kalah, dikira outdated sebab tak ambil berat situasi bola (sedangkan dah takde jersi lain nak pakai). Peniaga-peniaga jersi akan semakin untung, semakin untung. Jersi Rm30 di Rantau Panjang dah jadi RM60 kat KB. Sungguh menipu. Walau ditipu, sudah tentu ada yang membeli dek kerana tak tahu jalan ke RP atau tak mahu terlalu outdated sebab nak tunggu masa luang ke RP dah tak sempat :D . Ce test tanya, bakpe pakai jersi-jersi ni? semat sangat ke? Mungkin ada macam-macam jawapan. Sampai nak sollat pun pakai jersi. Jadi kalaulah perasaan "kita dari kalangan mereka" dari bola sepak negara-negara tertentu jadi "kita dari kalangan mereka" dari kalangan sahabat, pasti berubah suasana. Kedai-kedai jersi RP akan ditutup, kedai-kedai jubah akan habis stok sebab ramai sangat orang yang takde koleksi pakaian sunnah nowadays.

    p/s: mungkin perkataan "kita dari kalangan mereka" boleh interchangeable dengan "we are your fans"

  4. Menghormati masjid.
    Kadang-kadang rasa sedikit rimas dengan keadaan remaja (atau mungkin ada datuk kepada 11 cucu) yang solat tapi kepalanya tak bertutup. Cuba kita lihat, orang nak masuk istana ada protokol pakaian tertentu, nak masuk padang dengan boot RM300 Al-Ikhsan -nya, jersey atau baju team masing lengkap dengan nama dan nombor, seluar tight, seluar pendek pun naik RM50 sehelai, dan macam-macam lagi eksesori, tapi masuk masjid solat waktu, pakai baju yang kita pakai masa masuk kelas je, seluar jeans, t-shirt lengan pendek dan sebagainya. Mungkin kita takde jubah atau baju Melayu, itu dimaafkan, tapi bagi yang ada, ruginya anda sebab anda telah menghormati waktu main bola berbanding waktu masuk masjid. Tu belum kira doktor atau student madical yang nak "clucking" patients di hospital, dengan kurta putihnya, alat stetoskop, buku, pen, kad pelajar/staff dan sebagainya. Kalau ya, mungkin kita kena kaji balik keadilan kita dengan solat waktu ketika kita bertemu Allah azza wa jalla.

  5. Sunnah, pasti ada ganjaran
    Lupakan tentang "ustaz" itu, tapi kata ulama, setiap perbuatan Nabi sallallahu alaihi wasallam merupakan sunnah yang bukan dibuat-buat. Jika dikaji semula, sunnah pakaian Nabi bukanlah pakaian Arab 100%, sebaliknya adalah pakaian orang Arab yang telah di-revise semula baginda supaya ia sesuai dengan syariat. Jadi mudahnya, pakaian sunnah Nabi bukanlah pakaian Arab. Ia adalah pakaian Nabi dan sahabat. Hatta sehingga kini jika kita bertemu dengan mana-mana pak Arab, mereka sendiri pun tak pakai pakaian "so-called Arab" tersebut. Mereka lebih selesa dengan seluar slack, t-shirt Polo, dan tidak berkopiah. Jubah pun labuh tidak seperti yang pernah dilarang Nabi atas sebab-sebab ilmu feqah mereka yang melangit. Sahabat-sahabat yang dah istiqamah dengan pakaian sunnah yang diperoleh melalui pengajian, bukan dengan meniru pakaian orang Arab atau sesiapa, teruslah kerana setiap sunnah pasti ada kejayaan.

Kesimpulannya, pakaian juga adalah faktor agama yang cukup besar. Ia adalah lambang hati seseorang, tambah-tambah pulak bila berada dalam suasana yang jauh dari sunnah. Seseorang yang kekal mengamalkan sunnah bukan saja terkeluar dari mainstream, tapi juga tak terlepas dari celaan mulut laser dan pandangan tajam orang-orang bermata pedang.  Mengamalkan sunnah pakaian bukan seperti memakai jersey bola atau pakaian ke hospital dan sebagainya, bahkan ia adalah sesuatu yang lahir dari hati yang cinta. InsyaAllah thabat!

Kenapa Saya Kena Keluar IPB Selama 4 Bulan?

Assalamualaikum.

Semenjak dua ni, jiwa makin berdebar (debbar kata orang timur). Bagi seorang yang sedang melangkah dari alam pengajian ke alam pekerjaan, pasti merasakannya. Suatu perasaan di mana, tiada lagi kelas, tiada lagi esaimen, tiada lagi kawan-kawan sepengajian, tiada juga masa lepak-lepak macam budak-budak, dan banyak lagi yang jadi tiada. Asalnya, kerana status, bukan lagi pelajar. Kelebihan sebagai seorang pelajar disentap dalam masa yang sangat singkat. Apapun bukan itu asal entry ni. Cuma niatnya untuk mendokumenkan perasaan hati, bila orang bertanya mengapa aku perlu keluar (khuruj/merantau/bertabligh/bersafar/ atau seerti) selama empat bulan di tanah Hind.

Kalau ditanya, senang untuk menjawabnya. Otak exam pasti hebat dalam bab menggoreng. Cuma buat para guru, sila nasihatkan murid-murid anda, tiada istilah "goreng" bila anda dalam bidang biologi, atau lebih spesifik (berdasarkan pengalaman), bidang sains radiasi. Semuanya fakta. Semuanya yang perlu ditulis adalah fakta, yang perlu dijadikan "common sense" kalau nak mudah menjawab. Kalau tidak, alamat menjawab dari hafalan lah! Bukan mudah menjadi guru sebenarnya,kan?...

Okay, di sini hamba akan listkan beberapa sebab, mengapa saya perlu keluar IPB 4b lamanya. (IPB refer to India, Pakistan, Bangladesh atau ringkasnya Tanah Hind). Mungkin ia buat tatapan pem-follow blog, mungkin juga sebagai jawapan kepada sesiapa saja yang ingin bertanya. Tentu saya menulis dari pemahaman sendiri, bukan dari idea orang secara lansung.

  1. Untuk bersafar atas maksud agama.
    Mungkin semua selalu atau sekurang-kurangnya pernah terdengar atau terbaca tentang berjalan melihat ciptaan Allah, bersafar atas maksud agama, istilah Ibnu Sabil, mencari pengalaman waktu muda, dan sewaktu dengannya. Cuba bandingkan, seorang yang belajar di universiti/IPT, kemudian pulang ke rumah, kemudian sambung pengajian, kemudian pulang ke rumah, kemudian tamat pengajian, kemudian kerja part time, kemudian dapat kerja tetap, kemudian berkahwin dan beranak-pinak. Bagi mereka yang jenis ini, mungkin sangat jarang dapat luangkan masa ke negeri orang. Apatah lagi atas maksud agama. Tiada istilah mengembara dalam hidup. Mungkin hidup mereka gembira, tapi apa tujuan hidup sebenarnya?

  2. Untuk bersama dengan orang soleh
    Kata orang, bila kita duduk dengan seorang atlet, maka dia pasti akan berbincang tentang sukan. Tentang bola dan sebagainya. Dia akan bagi banyak tips dan petua untuk sihat dan kekal bertenaga. Belum lagi jika kita bersama dengan seorang agen Takaful. Belum sempat 5 minit berbual, pasti masuk bab insurans dan takaful. Dia akan bagitahu kita kelebihan memiliki akaun takaful, bandingkan seorang yang ada perlindungan takaful denga yang belum/ tidak ada. At last dia akan syorkan kita untuk join perlindungan takaful yang dia sedang usahakan. Begitu juga kalau kita bersama dengan orang demokrasi, orang kesihatan, orang meniaga pasar malam dan sebagainya. Dalam tempoh 4b InsyaAllah saya akan bersama dengan orang-orang soleh, yang dijangka mereka ni akan berbincang tentang iman dan amal, tentang quran dan hadith, akhir sekali dia akan taskil atau ajak saya untuk buat benda-benda baik...

  3. Gunakan masa muda sebaiknya
    Mungkin point ni tak berapa menarik dan boleh dipertikaikan. Macam mana pula veteran yang ke IPB? Mereka pun nak gunakan masa muda sebaiknya? . Sebenarnya bila dilihat lebih teliti, perkataan masa muda cukup make sense di sini. Kan ada hadith tentang janji Allah kepada orang muda yang hampir dengan masjid. Saya memilih untuk "meminjam"kan sedikit masa muda untuk berada di jalan Allah, bersafar atas maksud agama Allah, dan bersama orang-orang soleh. Untuk orang muda seperti saya, biar bejanggut dan nampak matang, tapi jiwa masih mahukan keindahan dunia dan keseronokan (enjoy). Biar berkopiah dan berserban. Kalaulah kerana kopiah dan serban orang tak buat dosa, maka jalan terbaik untuk penjenayah bila buat kesalahan ialah dengan wajibkan mereka berserban setiap kali keluar rumah, tapi hakikatnya ia tidak! Jadi untuk mengatasi jiwa muda ni, sesuatu perlu dibuat untuk "menekan" jiwa dalam jangka masa tertentu agar lebih dekat dengan kebaikan.

  4. Mengenali negara dan budaya luar.
    Sebelum saya datang ke Kelantan lebih kurang 4 tahun lalu, saya tidak ber'idea' tentang bagaimana negeri ini kelihatan. Yang ada di fikiran, lembap, tak maju, tak bagus, tak best, dan segala kualiti bermula perkataan "tak" memaknakan bahawa negeri ni terlalu negatif. Akhirnya, lebih empat tahun di sini, mengenal hati budi orang negeri ini, baru saya tahu bagaimana ia sebenarnya. Bersalaman dengan MB bukanlah suatu benda yang mustahil berbanding di negeri-negeri lain, selain banyak tempat-tempat menarik dan pasar-pasar yang memang tak dapat ketemu di negeri sendiri. Jujurnya, saya bercadang untuk tinggal di sini beberapa tahun kedepan sebelum pulang ke tempat hujan batu. Itu negeri tempat belajar dunia. Cukup sebagai bandingan, jika saya ke negeri orang, yang bukan senegara pun. Bagaimana agaknya? Tunggu lah balik nanti.

  5. Bershuhbah dengan ulama
    Bilasaja ada perkataan shuhbah, pasti saya teringatkan mana-mana jemaah Indonesia. Mereka suka benar gunakan perkataan ini atas maksud bersahabat atau bertemu muka. Dalam usaha dakwah yang sangat istimewa ni, jarang sekali seseorang yang buat usaha 5 amal untuk bertemu dengan ulama-ulama yang membimbing usaha 5 amal ini. Saya pernah ketemu Maulana Saad di Ijtimak Malaysia 2009, Maulana Zubir dan Bhai Wahab di Jhor Bangkok sekitar awal tahun 2009, kerohanian mereka dapat dirasai melalui kata-kata dan ucapan masing-masing. Mereka bukanlah orang yang terkenal, selalu muncul di kaca-kaca TV, dan di akhbar-akhbar. Mereka ialah ulama dan orang kenamaan akhirat yang hanya muncul di perhimpunan umat secara umum, paling-paling dengan kemudahan APD (alat pandang dengar)tanpa kamera dan perakam suara secara formal. Bila kata saya namakan bershuhbah dengan mereka-mereka ni, mustahil tanpa saya sendiri pergi bertemu muka di tempat-tempat permukiman mereka. Tanah Hind sudah tentu. No doubt!

  6. Persediaan ke alam pekerjaan.
    Kata Anon(2012), "semua kena start lepas IPB. Lupakan kerja dan resume, lupakan bakal-bakal bini dan nikah, lupakan sekejap tentang segala keperluan dunia, buat visa ke India dan terus terbang ke sana atas maksud agama." . Terima kasih Anon sebab nasihat anda dah jadi keputusan mesyuarat. Saya bukanlah seorang yang layak dapat kerja tetap lebih awal dari kawan-kawan lain, jadi tak perlu kejar-kejar sangat, saya bukanlah lelaki pilihan Melaya untuk cepat-cepat bertunang supaya gadis pilihan tak disambar orang, dan saya bukanlah ketua negara nak sibuk hal-hal dunia lebih-lebih sangat. Saya cuma orang biasa, dan saya adalah dalam transisi dari seorang remaja yang dengan segala kelemahannya kepada seorang pekerja dunia part time dan pekerja akhirat full time.

    Jadi untuk membezakan diri dengan orang yang menjadikan dunia sebagai maksud hidup (yang akhirnya mereka disebut sebagai orang yang bakal didakwah kepada maksud akhirat), maka saya perlu berbeza jalan hidup, perlu di"kursus"kan dan dibentuk utnuk jadi seseorang yang kuat dan tabah.Jika berkahwin pun, mereka isteri kedua saya, kerana isteri pertama ialah agama dan dakwah.

  7. Persediaan menuju akhirat.
    Akhirnya, bukan semua perkara atas dunia ni akan kekal. Mungkin lepas ni saya bakal jadi pegawai di mana-mana hospital swasta yang ternama, mungkin juga seorang yang buka syarikat dalam bidang radiasi, mungkin sebagai seorang tukang cuci tandas, mungkin seorang khadim di mana-mana madrasah, mungkin juga saya akan berkahwin, beranak-pinak, mungkin saya bakal diberi harta yang banyak atau sebaliknya, namun dalam masa paling-paling pun 70 tahun akan datang, saya akan jadi mayat. Kerja saya baring, rumah saya kbur, dan harta saya kain kafan. Keluarga yang ada hanyalah ulat-ulat yang memakan daging, dan teman-teman ialah munkar dan nakir yang bersedia bersoal jawab (minta Allah temankan kita dengan Surah Sajdah dan Surah Mulk yang dibaca lepas solat Maghrib setiap hari, dan direhatkan dari soalan-soalan kubur!). Akhir kita semua sama.

    Planlah sebaik mungkin untuk dunia, akhirnya kita bakal jadi makanan ulat. Jadi kalau nak menulis tesis, perlu ada contoh jurnal dari internet, atau rujukan research senior-senior terdahulu, begitu juga Allah dah jadikan Sahabat-sahabat Radiallahuanhum yang juga punya keluarga dan pekerjaan, punya dunia dan keinginan, juga meluangkan waktu hidup mereka untuk agama Allah. Dan mereka khabarnya sedang berehat-rehat dalam kubur sementara menanti tarikh kiamat. Kita bagaimana?
Jadi begitulah serba sedikit, tujuan dan maksud perjalanan safar yang bakal berlansung InsyaAllah dalam masa terdekat. Belum pun apa-apa, ada dah kawan memesan kain dari India, nak buat tempah baju katanya. InsyaAllah jika takde masalah dan diizin Allah, maka mudah lah jalannya InsyaAllah...

P/s: buat yang dah "terjanji", tunggulah. Jika ada, adalah ye. Jika taqdir menentukan sebaliknya, itu yang terbaik :D
P/ss: kalau rajin, sila cek typo dan letak di ruangan komen , tq...

Musim Exam

ALhamdulillah.

Lama betul tak mengupdate blog. Tak tahu nak menulis apa sebenarnya. Dihinggapi demam FB yang sangat berleluasa :D . Beberapa hari ni Fb terpaksa direhatkan untuk jangka masa tertentu. I'm pretty sure it wont be last long. Sana sini, daie-daieyah FB mula jadi mufti buat fatwa, FB haram, melalaikan dan sebagainya, pada jam yang sama, mereka jua gunakan FB untuk kegunaan peribadi, menghubungi rakan-taulan, dan mengucap hari lahir ke kawan2. Sangat berhikmah cara tersebut. Jadi, saya berkecuali dari megatakan FB adalah haram...

Lain, beberapa post previously, sama ada di FB ataupun di blog ni, tentang entry2 berkaitan perkahwinan, nikah, nak bertunang dan sebagainya. Hehe, mungkin rakan-rakan bloggers lain macam Kak Zai (zainabzakaria.blogspot) dan "Abg" Bijen ~Abg sebagai tanda hormat anda lebih berumur, yang dengar2 macam otw, dan mungkin pasangan2 bloggers yang dah pun bernikah, sebelum upacara pernikahan berlansung, banyaklah entry2 berkaitan nikah dan kahwin dipostkan ke alam blog. Blog ni pula, taklah begitu serius... (?) . Tak terfikir nak bernikah dalam jangka waktu terdekat. Saya lebih suka dengan status Ustaz DOn ~ " I'm Single but not Available" . Ye dalam list, ada gadis2 yang menjadi pilihan hati, cuma belum ada rancangan untuk gerak ke next step sekarang!.

Tentang blog, minta maaf kepada semua yang follow blog ni, atau yang blog anda telahpun di-follow, ada masa-masanya, hamba Allah ni cukup rajin mengomen entry2 anda. Ye komen tu ikhlas sebab memang suka mengomen. Tapi lately, ada masa-masa tertentu saja, buka laman blog. Most of the time, FB dilayan. Antara sebabnya, perkataan lebih pendek dan perhubungan lebih cepat. Komen in very one second (betul ke english ni?). Apapun, blog-blog anda masih saya baca dan lawat untuk tengok perkembangan terbaru. Mana yang penting, macam blog Fuad Akmal, Ibnu Battota, dan blog-blog dalam list Must Read saya...

Pengajian,.. Sudah tiba ke hujungnya. Di FB (lagi), pakcik2 dan makcik2 yang bakal merampas scroll kosong dari Deputy Chancellor (as predicted), mula-lah mereka-mereka ni mengepos countdown timer tak bergerak, kena gerakkan sendiri. Maksudnya, okay, contoh hari ni 5 hari lagi. Status akan berbunyi (bertulis) begini ~5h lagi nak dok kat U** nih, bila kita nak gi makan Nasi Ulam Cikgu?~, 4 hari lagi pulak ~4h lagi, jom bowling.. eh cane sok ada paper~, adesss dan banyak lagi. Mungkin ada baiknya sebab ingatkan kawan2 tentang peperiksaan akhir yang bakal menjelang, tapi jauh di sudut hati, ia tersimpan satu makna lebih umum, tarikh kawan-kawan sepengajian, se-permakanan, se-perlepakan, se-permainan, se-perjongingan, dan "se-per" lain2 lagi. Bak kata School Dean (merangkap lecturer) kami, "You've to practice to eat alone, go anywhere alone, cos there's no more friends after this",.. lebih kurang begitulah katanya... hamba Allah yang berhati ais ni berkata "alah macam la pas ni takleh jumpa lagi :D ".....

Doakan saya, bak kata seorang sahabat, minta doa orang lain, dan doakan orang lain juga, untuk dimudahkan urusan final paper pada 28hb Jun ni (the most keras paper), dan dimudahkan Allah urusan ke IPB dengan jayanya. Tawajjuh kepada Allah dalam setiap perkara InsyaAllah.

Ingat untuk doa ya!

Bunga di Taman...

mereka ibarat sebuah taman kurniaan tuhan kepadamu.

1. mungkin mereka cukup bersih, terjaga dengan bungaan harum mewangi. mudah bagimu.

2. mungkin mereka sebuah padang kosong, tanpa bunga, tanpa pepohon. lalu tugasmu,mewarnai taman itu sesuka mu.

3. mungkin mereka taman penuh duri, semak, rerumput menumbuh tinggi, malah najis2 manusia membusuk. tugasmu, membersihkan, lalu tanamlah bungaan sesukamu.

lalu, jika belum punya taman bercucuk tanam, pilihlah yang subur, nescaya kerjamu mudah, biar lewat.

jika no 1 taqdirmu, jagalah serapinya, jaga ia dari rumput dan lalang, dari najis dan kumbang. jika terjadi jua, ia zalim mu!

jika no 2 izinnya, tidak mengapa, lalu mudah jua kerjamu, tanamlah sesukamu, ambillah benih2 yang baik, lalu kau lihat ia lebih indah, lebih cantik. jagalah ia dari rerumput, itu tugasmu.

jika no 3, tidak mengapa, masa masih ada. tuhan tidak melihat apa yang dapat, tapi dia melihat, lalu membalas, bagaimana kamu gunakan yang telah kamu dapat! semua di tanganmu!

~ilham dari fikir Abu Imam~

Kalaulah

kadang-kadang ada terjadi ~

kan best kalau aku buat dari dulu, kan best kalau aku dapat dari dulu, kan best kalau aku datang sini dulu lagi, kan best kalau aku kenal dia dari dulu,kan best kalau aku boleh dari dulu... 

atau, tambah tak --------------->

kan best kalau aku "tak" buat dari dulu, kan best kalau aku "tak" dapat dari dulu, kan best kalau aku "tak" datang sini dulu lagi, kan best kalau aku "tak" kenal dia dari dulu,kan best kalau aku "tak" boleh dari dulu... 

sama ada "tak" wujud atau tidak, selagi ada perkataan "kalau",maka kita sedang terjerat dalam perangkap akidah yang besar. ~pena telah terangkat, setiap yang terjadi telah ditaqdirkan untuk berlaku, yang akan terjadi pasti telah ditaqdirkan untuk berlaku, yang tidak dan takkan terjadi sudah ditaqdirkan tidak berlaku~ Bersabarlah, dan elakkan menggunakan atau terfikir untuk menggunakan perkataan "kalau", kerana perkataan "kalau" membuka jalan bagi syaitan BEKERJA!

Selamat Hari Guru

Saidina Ali R.A pernah berkata bahawa
´Ana abdu man allamani walauharfanµ.yang bermaksud :
´Aku adalah hamba kepada sesiapa yang pernah mengajarku walaupun satu huruf.

>aku masih ingat guru pertama, mengajar cara hidup, erti hidup, adab, dan agama. sehingga aku menjadi yang kalian kenal hari ini. ia ibuku.

>aku masih ingat guru kedua hidup, mengajar aku nilai kasih dan sayang, disiplin, dan juga ibu kedua. opah.

>guru yang mengajarku alif,ba,ta. dia memujiku kerana sudah pandai membaca awal dari rakan sebayaku, sehingga lupa atas keikhlasannya aku begitu.

>guru al-quranku, dan ahlinya, yang memberi aku kesempatan khatam al-quran, tanpa ganjaran, dan aku sendiri berada di pengebumiannya, hujan itu mewangi bumi.

>kekal di ingatan guru bahasa melayuku, mengajar aku menjadi seorang lelaki, melayu, dan Islam. walau caranya kasar, kesan itu kekal.

>para ustazku, entah mengapa mereka orang yang paling aku rapat setelah keluargaku.

>guru sainsku, kerana rotannya, aku adalah aku di sini, hari ini.

>para guru sainsku, mereka mengajar agama, bukan sains. serious!

>para guru mathsku, mereka mengajar erti hidup, bukan mathematics!

>para guru fizik, mereka mengajar cara mengenal dunia, bukan physics. betul!

semua guruku, dan aku kekal mendoakan kalian. serta dengan nama ibu ayahku, keluargaku, sahabat dan kenalanku, beserta kaum muslimin...

Selamat Hari Guru 

tag Ustaz Ishak, Cikgu Norsha, Cikgu Su, Ustazah Aliaazuan, Cikgu (to be) Siti Mardhiah.dan errrr, Cikgu Hafiz Jamaludin :P

Bayan Markas 10052012

‎[bayan magrib markas dusun raja]

1. orang yang paling bijak ialah orang yang tahu tujuan dilahirkan di atas muka bumi.

2. setiap Nabi akan ditentang orang kafir

3. setiap Nabi alaihimussolatu wassalam mengaku umat terbaik ialah umat Muhammad~ diberi tugas kenabian walaupun bukan Nabi

4. 5 sifat setiap orang yang berdakwah

5. beriman kamu seperti beriman para sahabat radiyallahu anhum

6. semakin suka dengan dunia, semakin jauh dengan akhirat.

semalam ke markas, sebelah motor ambo ada Toyota Vios impian ambo sejak dulu lagi. siap cermin tinted, gelap tak nampak dalam. peh dalam hati geram je :-) .. nak sejukkan hati, cakap sendiri,
"alah,keta besar mana pun kereta kalau takgi masjid tak guna jugak"

salam jumaat.

Tunggu, Masanya akan Tiba.

[sembang petang ~ (b/ground music - Lafaz Sakinah)]

satu hari, Mamat telah ajak kawannya, Badrul ke kedai kasut bola. lalu pun badrul menerima ajakan dan teman mamat ke kedai. kata mamat niatnya untuk belikan sesuatu kepada seseorang yang istimewa. mamat minta badrul pilihkan kasut yang paling badrul suka, dan bagi syarat, hanya kasut berharga rm300 saja yang boleh, lebih atau kurang tak boleh.

luckily dalam kedai tu hanya ada 1 je kasut berharga rm3rat tersebut. badrul ambil dan berikan pada mamat. pulang saja, mamat telah letak di satu tempat, yang agak sukar untuk sesiapa ambil kecuali tahu caranya. badrul yang terlalu ingin sangat nak pakai, lalu ambil dan pakai sampai puas.

banyak kali jugak badrul pakai. sampai lah tiba satu hari, bdday badrul. mamat sbg kawan badrul beri sekotak hadiah berhias cantik untuk badrul sempena hari jadi beliau.sebenarnya badrul dah agak dah mamat akan beri kasut tu. bayangkan apa perasaan badrul. mesti rasa biasa je kan?

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitu juga kita kawan2. sebelum lahir lagi, Allah sebagai zat yang paling dekat dengan kita dah tetapkan jodoh untuk kita, walaupun pada pandangan kita, kita yang pilih. dan jodoh itu dah tetap dah masa halalnya. cuma atas kita, nak jadi macam badrul, atau nak ada rasa surprise tanpa ada dosa mengambil barang yang bukan hak kita :-))).

perempuan tu dah ditentukan untuk kita, dah ditentukan masa untuk kita bernikah. cuma sabarlah tunggu masanya. kalau dah pakai, sudah2lah, dan biarkan ia sampai tiba masanya. sekurang2nya,walaupun dah tak surprise, at least kita tak rasa berdosa, dan InsyaAllah yang lepas2 ALlah maafkan.

semoga bagiku jua Allah selamatkan dari fitnah ini.

Kerana yang Kamu Cinta

‎[tazkirah pagi]

seseorang telah bertanya ke saya, bagaimana untuk mudah berbuat ketaatan (bahasa pasar ~camne eh nak senang semayang subuh, baca quran, jaga diri dari maksiat segala~), aku pun agak sukar menjawab soalan tersebut kerana hakikatnya aku jua di tempat sama.

namun di sini ingin aku kongsikan sesuatu yang mungkin boleh jua jadi peringatan semua. dulu pernah aku post tentang motivasi. seseorang buat sesuatu kerana motif. sebenarnya secara ringkas (ikhtisar), manusia dipengaruh 3 perkara, harta (kesenangan/kekayaan/keseronokan), takhta (ada orang bawahan) dan wanita (untuk wanita, lelaki la ~kemahuan sex)

dalam ketiga2 ni, bagi sesetengah manusia, lelaki muda khususnya, mereka lebih dipengaruhi sex/cinta. jadi jawapan paling utama untuk lelaki berumur 30 ke bawah ialah,

'BUATLAH SESUATU DENGAN RASA CINTA,KERANA KAMU AKAN MENJADI HAMBA DENGAN APA YANG KAMU CINTA'

kamu (aku jua) sanggup buat apa saja atas nama cinta. kamu (dan aku jua) akan korbankan sesuatu atas nama cinta. kamu (dan aku jua) sanggup bersusah payah di mata orang lain untuk berbuat sesuatu semata2 untuk orang yang kamu cinta. kamu akan sanggup menghulur wang, tenaga, masa demi memenuhi kehendak seseorang yang kamu cinta(semua itu terjadi jua denganku)

~~~ jadi cuba kamu alihkan, cintamu ke Tuhan yang menciptakan, Tuhan yang setia menunggu taubatmu, Tuhan yang menjanjikan segala2nya untukmu. ingat!

KAMU ADALAH HAMBA KEPADA YANG KAMU CINTA!!!!!!!!

Perjalanan

hati org beriman,
hatinya penuh dengan rasa kerendahan,
mencintai tuhan sebagai panduan berkehidupan,
mencari tuhan itu tujuan,

lalu satu ketika ditaqdirkan,
dirinya terlalu sukar berganjak dari gedung nafsu,
sedang akhirat beria-ia menjemputnya,
ketika ia sedar
"ah, aku masih di gedungan nafsu",

lalu dirinya sedar tertipu,ditipu dan menipu.
mencari semula ia dalam gelap jahil,lantas kembali ke jalan mencari tuhan.
lalu berdoa, Robbana Zalamna..... (akhir) ...

Tuhan selaku kekasihnya memegang tangannya, erat,kuat.
perjalanan lalu diteruskan....

Motivation

‎[motivation]

 once one brother have been asked about a question.

why there are people who are motivated in doing something and on other side they are not motivated. some people are motivated in study, but in doing outdoors they are such lazy. sometimes we could find people who are actively involved in doing community works, but in the other hand they are not so good in study. also there are people who are very committed to their job in workplace but when they return home, nothing they can do but being a lazy guy. some also good in religious things, but they are failed doing other non-religious things.

this brother answered.

 it is all about motivation. someone do something because "there is" motive behind it. either they got something from it, they satisfy someone because of it, or they are happy to do it. thats all.

lets people, balance ourselves. do motivate ourselves in doing what we should do. for muslims, actually all of us got two life to be live. one at here and another in hereafter. this world is important because this is place we live before the next live. but be remember, next life is longer. be prepared by motivate yourself. for those who're over motivated in doing outdoor things, as a student please find any motivation source.

know you potential and try to build it up. ~~~~~~~~~~~~~~

Istiqamah.

Istiqamahlah dengan sesuatu amalan walau sedikit. kita boleh berkorban apa sahaja untuk manusia, tapi untuk Allah banyak mana kita korbankan.

 1. kita korban masa dengan manusia yang meminta sesuatu pertolongan, yang takde manfaat pun untuk kita; dengan Allah, minta sedikit je masa, untuk solat secara jemaah, berzikir.tak sampai berapa minit je.lalu dia menjanjikan dengan janji yang tidak munasabah. Janji Allah bukan seperti janji seorang YB yang mahu beliau diundi. Bukan pula bakal YB yang mahu undi dari kasihan orang. Janji Allah adalah janji yang benar. dan pasti akan berlaku.

 2. kita korbankan duit supaya orang2 tertentu percayakan kita atau dengan itu hati dia dapat kita jaga. dan tentunya duit tu taklah seringgit dua.; dengan Allah, seringgit yang kita beri untuk agama Allah, 10 x akan dapat kembali. Rm1 yang kita beri ketika di jalan Allah, 70x ganjaran kembali ke kita. wahai manusia, apa lagi yang kita mahu. ibarat seorang pekedai, beri kita rm2, lalu dengan itu kita beli gula. dia ambil duit rm2, bagi gula dan chipsmore sebungkus. bahkan pemebrian ALlah luas lagi!

 3. kita korbankan tenaga untuk tunaikan permintaan orang2 tertentu. letih dan penat bukan satu alasan asal orang yang tersebut berpuas hati, atau hati kita berpuas hati. ; sejauh mana kita gunakan tenaga kita, suara kita untuk Allah? kita cuma perlu berjalan ke tempat yang Allah suka (masjid) dan solat beberapa rakaat. setiap langkah dikira sedekah tanpa perlu mengeluarkan modal.

 Asal cinta, maka segalanya boleh berlaku. percayalah!

 Seorang penyair farsi bermadah;

"Didapati begitu aneh sekolah cinta,
seseorang yang memasuki sekolah ini,
tidak lagi mendapat cuti"

 Wallahua'lam.

Nasihat Pagi

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dapat nasihat baru pagi ni
1. sangka baik dengan semua, pandang kebaikan, lupakan keburukan mereka.
2. suatu yang mungkin berlaku, jika kita sangka buruk ke seseorang, sangkaan tu akan mengenai kita kembali,.
3. cuba sedaya upaya supaya dapat "memaksa" perasaan bersangka baik walaupun sukar.

untuk mengubah seseorang bukan dengan jalan paksaan, bukan desakan, bukan pujuk rayu berlebihan. ubahlah mereka dengan perantaraan perintah Allah.Allah boleh mengubah hati-hati manusia tanpa paksaan, desakan, tanpa pujuk rayu.kekallah berdoa dan berdoa. setiap untuk mereka, ada pula yang mendoakan untukmu. bersangka baik, tutup keaiban, dan jauhi dari menyelidik dosa-dosa mereka. :-)

entry ni berlaku akibat rasa kasih aku kepada seorang sahabat yang diuji. semoga Allah beri kepadanya kekuatan dalam mengatasi ujian Allah. setiap ujian ada jalan keluar, setiap masalah ada penyelesaian.

mungkin ada kalanya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubahnya, sedangkan siapalah kita yang juga bergelumang dosa. hanya Allah yang boleh melakukan sesuatu.

w.a. :P

La Tajassasu

Suatu hari Akmal merasa kurang senang dengan perubahan yang berlaku kepada rumet beliau. Lantas cuba diselidiki atas bawah kiri kanan. "Mana tahu aku boleh nasihatkan dia nanti" bisik hatinya. Puas dicuba pelbagai cara, hack FB tak jadi, ekor dari belakang, tak mampu sebab takde masa. Lantas, satu idea terkeluar dari kotak fikirnya yang entah bersih atau tidak. Cek message di fon.

MasyaAllah terkeluarlah segala perkataan dan ayat yang tak sedap didengar, kata-kata yang tak sepatutnya. Akhirnya, rahsia hanya di situ, tanpa apa-apa tindakan susulan pun. TAMAT.

Tentang meneylidik keburukan orang (TAJASSUS), ALlah s.w.t. berfirman;

Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Untuk itu, sama-sama usaha untuk ambil pengajaran ayat;

1. jangan sangka buruk, bersangka baiklah
2. elakkan mencari2 kesalahan orang lain
3. elakkan mengumpat (berkta2 sesuatu yang betul di belakang seseorang, yang tidak disukai)
4. bertaqwalah (ketahuilah Allah melihat dan mendengar)
5. yang dah buat, bertaubat, kerana Allah kasihan melihat kamu berbuat kesilapan.

(Rujuk Tafsir Imam Qurthubi)

Jaga Aib, Jaga Aib Saudara.


Assalamualaikum.

Kadang-kadang ada benda atau perkara yang kita lakukan dan kita pernah lakukan. Dan kita tahu benar ia dosa, sama ada besar atau kecil, atau sekalipun ia perkara makruh yang dipandang buruk agama dan masyarakat.

Untuk itu, beberapa perkara perlu dijaga
1. rahsiakan, kerana aib itu telah dijaga Allah sehingga si pelaku mebuka aibnya sendiri

2. rasa bersalah, dan bertaubat, walaupun ia adalah perkara berulang, semoga ada suatu saat tuhan membantu kita menjauhinya

3. melupakan. ada perkara2 dosa yang merupakan saat manis dalam hidup kita, seperti,

~[dulu aku ponteng jumaat gi bowling], [dulu aku gi "fly" tak kena tangkap] [dulu aku kapel jugak cam korang, tengok sekarang dah jadi alim besar jugak] [sayang, ingat tak dulu masa kita belum kahwin, kita main-main hujan, pastu .dot.dot.dot.]

Elakkan mengingatnya walaupun kepada hanya seorang. Allah telah menutup aib kita, melainkan apabila kita sendiri membukanya. Saya petik satu hadith terkenal tentang ini;

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim)..


Dalami agama, supaya tahu mana salah dan mana betul. Tabir Allah sentiasa kekal tertutup melainkan kita sendiri membukanya. Tiada istilah memberitahu aib sendiri kepada orang lain untuk dosa diampun. sejauh mana kita merahsiakan amal-amal baik kita, rahsiakan jua amal buruk kita. Fikir guna wahyu, mungkin kita sendiri tidak faham apakah perintah ini.

Dan, tutuplah aib sahabat dan kenalan, jauhi dari mencari-cari kesilapan dan keburukan. Kerana setiap orang ada keburukan masing-masing, ada kesalahan masing-masing. Sejauh mana kita bertaubat, itu bezanya. Semoga Allah bagi kita taufiq.

Taklim Rumah...

Assalamualaikum.

Minta cadangan/ syor untuk saya hidupkan taklim masjid dan taklim rumah...

Situasi masjid > tiada karkun
> imam, bilal dan orang kampung ok
> kehadiran solat Asar 1/2 solat Maghrib
> orang muda ada beberapa orang potensi
> jemaah jarang masuk.. 1/tahun .

Situasi rumah > saya dengan mak saja..
Syor anda amat-amat dihargai...

Jom Belajar Graf

Assalamualaikum...

Cuba tengok #1, tu namanya entrance surface dose.
#2 tu ialah maximum dose.
#3, dari graf kita lihat dose akan berkurang tapi takkan jadi kosong.

Kaitkan dengan Islam.

#1 : Awal-awal Islam, Nabi SAW mulakan dakwah sendiri. Dengan izin Allah, #2 tiba, bila turun ayat Al-yauma akmaltu lakum dinakum. #3 Islam akan kekal dengan janji Allah. Begitu juga, dose akan berkurang tak mencapai kosong. :P

Selamat belajar

Tersebut dalam Hadith;

أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ سَمِعْتُ زَهْدَمَ بْنَ مُضَرِّبٍ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ عِمْرَانُ : فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ وَيَظْهَرُ فِيهِمْ السِّمَنُ

Syu'bah telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Jamrah, aku mendengar daripada Zahdam bin Mudarrib, aku mendengar daripada Imran b Husain r.anhuma, dia telah berkata : "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : " Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. " Imran berkata: " Aku tidak tahu samaada disebut selepas kurunnya dua kurun atau tiga kurun. Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji dan tidak menepati, dan jelas pada mereka As-Siman"

Jangan Tinggal Daku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, menghisab kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap inginkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik).


InsyaAllah lusa kertas akhir untuk semester ini. Terima kasih, dan semogaberjaya juga kepada yang sudi bagi dan minta monte-basi. :P. Dan hari ni juga, teman sebilik pun dah dalam perjalanan ke Kota Tinggi. Doakan semoga dalam pemeliharaan Allah.

Sunyi pula bila rumet dah balik. Teringat pula masa mula-mula pulang ke kampus, terngiang-ngiang suara bonda di telinga. Dua bulan cuti memang bersama mak. Ke mana saja. Bila balik, memang terasa, sunyi sikit. Payah nak biasakan suasana dan keadaan kampus walaupun dah naik tahun akhir. Rumet pula pulang lewat untuk selesaikan hal-hal berkaitan. Sebulan lebih tanpa rumet, seorangan di bilik satu katil double deck. Terbiasalah diri tinggal seorang di bilik dua katil.

Sampai masanya, teman sebilik pun mendaftar. Mula rasa agak rimas, sebab sebelum ni sendiri.Lama-lama sesuaikan diri barulah boleh terima kehadiran si-rumet :P .

Petang tadi rumet dah pulang ke kediaman beralamat i/c beliau di Kota Tinggi. Belum sempat kaki beliau melangkah keluar dah terasa lain. Suntilah rasa bilik ni. Takdelah teman nak berbual bila boring study dan sebagainya. Mungkin sebulan cuti tak lama, tapi nak sesuaikan keadaan memang agak payah.

Terfikir hari pertama nyawa dicabut. Ketika tu tiada apa daya dah. Semua ahli keluarga, kawan-kawan yang biasa dibuat teman berbual, rakan-rakan seusaha, makcik-makcik kafe yang masak sedap, semuanya tak dapat mendengar kata-kata orang yang nyawanya dicabut.

Malam pertama di tempat tidur underground tanpa lampu dan kipas, dengan selimut putih yang kotor dengan bau tanah, semuanya bukan benda yang biasa. Aku terfikir bagaimana nak biasakan diri dengan keadaan tu.

Mungkin hari ni Allah kurniakan taufiq untuk amalan tertentu, semoga dengan amalan-amalan yang baik diterima Allah, jadi teman di alam yang baru, suasana yang baru. Dengan beberapa -janji-janji Allah, semoga dia kekalkan dan bantu untuk tetapkan jiwa selama hidup ni untuk beramal buat persediaan sebelum mati...

p/s: doakan saya exam final paper rabu ni...

Cinta Tuhan.

Padang bola USM Kubang Kerian. Bola, ragbi, kriket, semua bantai main kat sini. Saiz 4 padang bola sepak. :P

Tengahari yang damai. Terasa tenang melihat padang yang sergam hijaunya. Teringat Adam, hadith-hadith Nabi saw yang berulang kali menyebut warna itu. Angin setia menyinggah pipi. Hari ini awan menyepi diri, entah ke mana. Matahari tersenyum riang, bermain-main di lapang dunia bersama sang angin. Pohon-pohon melenggang mengikut rentak tari sang angin. Ahhhhh, indah sungguh suasana petang.

Kedamaian zikir sang angin, buat Adam disapa kantuk. Masih ada kerja yang belum di-submit, dikekang matanya dengan daya yang masih ada. “InsyaAllah boleh siap ni”, semangat buat diri. Bagi Adam, kata-kata baik diucapkan di lidah, buat mengental azam. Tahun akhir di universiti bukan suatu perkara main-main. Adam harus tegas dengan diri, dipukul jiwanya dengan motivasi-motivasi agar jiwa tegar melalui dugaan-dugaan merintang.

Yusri masih seperti itu, tersenyum melihat handphone. Kadang-kadang nota di sisinya dibaca dengan suara kuat, teknik belajar katanya. Ya memang hasilnya cukup baik. Yusri kekal di carta teratas saban peperiksaan. Lihat lagak Yusri yang selalu bertuah, Adam teringat Yusri KRU. Heh, lalu tersenyum sendirian.

“Lama Zainab tak online, Adam?”, Yusri bersuara. Adam dan Yusri bukan orang lain lagi, mereka cukup rapat dan kadang-kadang ada rahsia yang mereka kongsi bersama. Susah senang, si Adam lah tempat Yusri meminta bantuan. Bila payah, Yusri lah tempat Adam mengadu.

“Heh, mana kau tahu?”, Adam jawab, nada segan menjawab.

“ Hah, aku tahulah. Berapa lama kau kenal aku Yop? Baru semalam?,hehe. Sabar-sabar. Perempuan memang macam tu”, Yusri menyambung, seakan mengerti situasi Adam dan Zainab.

“ Takdelah.. Okay je, musim exam”,Balas Adam.

Bukan semua rahsia Adam dikongsi dengan Yusri, terutama hal Zainab. Cuma untung Yusri cukup ambil berat hal Adam. Kenal sangat apa-apa yang berlaku dengan rakan sebiliknya itu. Adam kekal di depan laptop, sambil mengedit-edit lembaran kerja tugasan yang perlu di-print dan di-submit ketika hari itu juga, sempat juga Adam buka Google Chrome lalu matanya tajam melihat senarai online di sisi kanan Facebook. Yahoo Mesenger jadi rujukan kedua, kalau-kalau Zainab sedang online. Adam mendengus, melepaskan sisa-sisa karbon dioksida dari ruang peparu, yang tadinya seakan tersumbat mencari jalan bebas. Jantung Adam mendegup perlahan, meraikan datangnya eritrosit berisi oksigen buat bekalan sel-sel di tubuh.

“Hahahahaha, lawak la kau Adam!”, sindir Yusri.


Tempat rehat tepi padang, best angin sepoi-sepoi pantai timur!

Lalu Adam membuka Word 2010, ditaipnya beberapa bait sajak buat pereda hati bujang yang kian bingung mencari jalan tenang.

Hujung sana,

Aku lihat burung-burung berterbang, berkawan.

Riang amat, biar wajah tak menguntum senyum,

Tapi sang burung menyanyi cukup riang.

Teringat aku firman tuhan,sabdaan Nabi junjungan,

~Langit yang tujuh dan Bumi serta sekalian makhluk yanga da padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan dengan memujiNya.akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar , lagi Maha Pengampun. Al-Israa[44]~

Sedang aku masih leka dengan cinta manusia,

Ah,bila pula aku menyentuh tasbih,mengucap kata zikir?

Biar aku begini, kekal Dia membekaliku rezki dari arah yang aku sendiri kagum takjub,

Berehatlah wahai puteri ayahanda,

Carilah cinta tuhan sebaiknya,

Dan itu layak buatku, juga buatmu.

Tuhan merindukan kita.

Pelukan tuhan buat yang berlari kepadanya,

Dia mencintai kita, lebih dari cinta kita.

Dia menyayangi kita, dan selalu cemburu melihat kita melalaikannya.

Wahai tuhan, terimalah kami, dan kekallah kami dalam lindunganMu,

Terimalah cinta kami Ya Rabbi,

....................................................................................

Lalu, jari Adam kaku.

Padang hijau ditenung sepuasnya. Dadanya sebak.

p/s: tiada istilah cinta Islamik!

p/s: Adam tiada kaitan dengan Ustaz Adam,:P

p/s: Doakan saya, exam finale.

p/s: Syoknya Nikah Gantung!,hehe

Followers