Musim Exam

ALhamdulillah.

Lama betul tak mengupdate blog. Tak tahu nak menulis apa sebenarnya. Dihinggapi demam FB yang sangat berleluasa :D . Beberapa hari ni Fb terpaksa direhatkan untuk jangka masa tertentu. I'm pretty sure it wont be last long. Sana sini, daie-daieyah FB mula jadi mufti buat fatwa, FB haram, melalaikan dan sebagainya, pada jam yang sama, mereka jua gunakan FB untuk kegunaan peribadi, menghubungi rakan-taulan, dan mengucap hari lahir ke kawan2. Sangat berhikmah cara tersebut. Jadi, saya berkecuali dari megatakan FB adalah haram...

Lain, beberapa post previously, sama ada di FB ataupun di blog ni, tentang entry2 berkaitan perkahwinan, nikah, nak bertunang dan sebagainya. Hehe, mungkin rakan-rakan bloggers lain macam Kak Zai (zainabzakaria.blogspot) dan "Abg" Bijen ~Abg sebagai tanda hormat anda lebih berumur, yang dengar2 macam otw, dan mungkin pasangan2 bloggers yang dah pun bernikah, sebelum upacara pernikahan berlansung, banyaklah entry2 berkaitan nikah dan kahwin dipostkan ke alam blog. Blog ni pula, taklah begitu serius... (?) . Tak terfikir nak bernikah dalam jangka waktu terdekat. Saya lebih suka dengan status Ustaz DOn ~ " I'm Single but not Available" . Ye dalam list, ada gadis2 yang menjadi pilihan hati, cuma belum ada rancangan untuk gerak ke next step sekarang!.

Tentang blog, minta maaf kepada semua yang follow blog ni, atau yang blog anda telahpun di-follow, ada masa-masanya, hamba Allah ni cukup rajin mengomen entry2 anda. Ye komen tu ikhlas sebab memang suka mengomen. Tapi lately, ada masa-masa tertentu saja, buka laman blog. Most of the time, FB dilayan. Antara sebabnya, perkataan lebih pendek dan perhubungan lebih cepat. Komen in very one second (betul ke english ni?). Apapun, blog-blog anda masih saya baca dan lawat untuk tengok perkembangan terbaru. Mana yang penting, macam blog Fuad Akmal, Ibnu Battota, dan blog-blog dalam list Must Read saya...

Pengajian,.. Sudah tiba ke hujungnya. Di FB (lagi), pakcik2 dan makcik2 yang bakal merampas scroll kosong dari Deputy Chancellor (as predicted), mula-lah mereka-mereka ni mengepos countdown timer tak bergerak, kena gerakkan sendiri. Maksudnya, okay, contoh hari ni 5 hari lagi. Status akan berbunyi (bertulis) begini ~5h lagi nak dok kat U** nih, bila kita nak gi makan Nasi Ulam Cikgu?~, 4 hari lagi pulak ~4h lagi, jom bowling.. eh cane sok ada paper~, adesss dan banyak lagi. Mungkin ada baiknya sebab ingatkan kawan2 tentang peperiksaan akhir yang bakal menjelang, tapi jauh di sudut hati, ia tersimpan satu makna lebih umum, tarikh kawan-kawan sepengajian, se-permakanan, se-perlepakan, se-permainan, se-perjongingan, dan "se-per" lain2 lagi. Bak kata School Dean (merangkap lecturer) kami, "You've to practice to eat alone, go anywhere alone, cos there's no more friends after this",.. lebih kurang begitulah katanya... hamba Allah yang berhati ais ni berkata "alah macam la pas ni takleh jumpa lagi :D ".....

Doakan saya, bak kata seorang sahabat, minta doa orang lain, dan doakan orang lain juga, untuk dimudahkan urusan final paper pada 28hb Jun ni (the most keras paper), dan dimudahkan Allah urusan ke IPB dengan jayanya. Tawajjuh kepada Allah dalam setiap perkara InsyaAllah.

Ingat untuk doa ya!

10 comments:

Qaseh Dalia said...

gud luck for final exam ... chaiyok2x

fuad ansari said...

sy dulu ingat, lepas final exam, dapatlah jumpa lagi.. tapi hakikatnya, ia sangatlah sukar kerana masing2 dah bertebaran seluruh alam.. (",)

dah ada list tu, lepas ke IPB, bolehlah mulakan langkah seterusnya.. (",)

ukhti,mardhiah said...

Ye dalam list, ada gadis2 yang menjadi pilihan hati, cuma belum ada rancangan untuk gerak ke next step sekarang!.

wahh, "hangat dipasaran" nampak tuan iz suk sam...haa

Selamat mnjwab exam terakhir sblum tgalkn alam u

:)

Ismi Ijmi said...

QDA : trimas.

Abg Fuad : sama saja, kat sini pun dah jarang jumpa sebab sibuk hal masing2. final yr :D
list? tu saja je.

Mard : :D ...
yang tu je ke yang perasan?
aduih.

Norsha said...

Selamat menghadapi peperiksaan, moga beroleh kejayaan yg gemilang dan terbilang...lepas exam, pegi IPB, cari kerja, lepas tu boleh gerak ke next step....:D

ukhti,mardhiah said...

Banyak je lg y mard perasan..
1. FB "Izmer Medrad" dah xda
2. Wahh..nak p IPB dah...

:D

Ismi Ijmi said...

trimas cikgu.
nasihat yang sangat baik walaupun diulang byk kali.

ada seorang pernah ditanya,
" kenapa tuan setiap kali bayan, akan ckap benda yang sama?", jawabnya, " kamu makan mangga, adakah mangga semalam lain rasanya dengan mangga hari ini?, adakah nasi yang kamu makan semalam, sama dengan nasi hari ini?"...


Mard : ingat nampak yang tu je..

nam said...

assalamualaikum wbt..

selamat menghadapi exam.. semoga Allah mudahkan urusan tuan..

semoga Allah pilih utk ke ipb juga..

lepas abis belajar nnt akan jadi keseorangan balik, kawan2 akan buat hal masing2.. akhirnya dakwah jadi pilihan.. teruskan usaha yer.. bagus utk anda dan bagus untuk umat.. :D

Ismi Ijmi said...

terima kasih nam!

asd said...

ARMANI POKER

PROMO BARU DI ARMANI POKER

BISA DEPOSIT VIA PULSA
BANYAK BONUSNYA

Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
Minimal depo 10k
Minimal wd 50k
Whatapps : +6287830298557
Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

Followers