Aku, 40h dan Kuching.(cont. 3)

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Nakhoda kapal bersusah hati,
Hendakku bawa perahuku sempit,
Hendakku tinggal tak sampai hati....

Aku, 40h dan Kuching.(cont. 2)

Assalamualaikum.

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Ustaz Ishak yang sudi komen entry lepas Aku, 40h dan Kuching (cont), InsyaALlah entry kali ni akan dipkemaskan bahasanya.
Kami tiba markas waktu Dhuha 27 Jun 2011, Alhamdulillah berkat nusrah jemaah Kuching yang sedia bagi masa untuk agama Allah, semoga syurga ganjaran bagi kalian dari Allah. Markas Kuching adalah markas baru, dengarnya tanahnya diwakafkan. Dua partition, satu markas sebenarnya,melebar ke tepi, dan ada ruangan kecil,rasanya untuk istiqbal atau jemaah taskil. Dan partition tu,dijadikan surau yang kami singgah hari tu.

Malam tu Amir Sab meeting dengan syura Kuching, nak route pedalaman atau kawasan bandar. Untuk pengetahuan, sebenarnya Kuching agak membangun,walaupun taklah sehebat KL. Tapi Alhamdulillah secara dunianya dah banyak tanah dah dimajukan jadi taman perumahan, banggunan2 kerajaan tak kalah macam yang ada di Semenanjung. Silap andaian aku sebelum sampai dulu. Ingatkan masuk hutan ke, kawasan yang agak tak de kemudahan ke. Asal ceritanya, kalaulah jemaah bersedia ke pedalaman, maka belanjanya agak banyaklah, lebih kurang RM700++. Pedalaman Sarawak, macam di Semenanjung,keluar kawasan Orang Asli. Kenderaan lagi, makanan yang sedikit mahal dari kawasan bandar, kemudahan2 yang sukar nak dapat, akhirnya Amir Sab cakap kami sedia ke kawasan2 “biasa-biasa” saja.

Allah belum pilih agaknya...

Route pertama kami di Masjid Muhajirin, Matang Jaya. Kalau bahasanya, ni macam tempat bertanggah, sebab route kami belum dimesyuaratkan lagi. Aku tak ingat seorang cikgu Kelantan yang nusrah kami di sana. Alhamdulillah overall orang2 tempatan dapat terima baik. Ramainya pesara kerajaan, dan mostly orang Melayu. Nama mereka mungkin macam jarang kita dengar (sesetengahnya), dan ada jugak yang style2 nama Melayu zaman awal2 Merdeka dulu.
Aku cuba juga belajar bahasa Melayu Sarawak.Sitok,sinun,siya, dan yang senang2 dulu. Pandangan aku orang2 di Matang Jaya ni ramah2 terutama bila dengar kami dating dari Semenanjung. Mereka juga ada tanya beza Semenanjung dan Kuching,macamlah Semenanjung ada segala. Heh.

Ada satu malam aku diputuskan Amir Sab untuk bantu Ghast di surau lain. Surau tu mahala sorang Syura Kuching, dan dia juga imam surau. Masa ghast adalah jumpa sorang karkun lama yang korban, 4B setiap tahun. Kata orang istimewa dia ni, semua tempat di semenanjung dia dah jejak, Cuma satu je yang dia ni tak boleh tinggalkan tentang Sarawak, keluar2 mana2 pun dia akan cakap Sarawak pekat, yang buat aku termangu bila bersembang dengannya. Almaklum baru je 2 hari di tanah ni. Tanya keperluan aku, asal mana, dan sebagainya. Last2 tanya aku dah kawin ke belum, jawab aku belum, sambil dia sengih dan cakap, “pakcik ada cucu seorang, hehe”. Agak2 leh tidur ke malam ni???

Masa on the way back, aku dijemput makan kat satu restoran, abang yang hantar aku ke masjid Muhajirin yang belanja. Dia pun lepaskan luka2 lama dia masa belajar kat Semenanjung. Katanya orang Semenanjung tak tahu yang Kuching ni besar dan maju. Dan dia minta aku bagitahu tentang fadhilat sedeqah yang aku ingat, then bagi la sikit. Iklankan dia tentang Kitab Fadhail Sedeqah,rupanya dia tak tahu sangat tentang kitab tu. InsyaAllah tuan2 bolehlah cari kitab tu, dan amal baca setip hari, InsyaAllah mudah tunaikan hak manusia, Biiznillah taala.

Then kami diputuskan ke Surau Mahmudi. Surau ni tepi jalan dan dekat je dengan Masjid Kg Gitak, ada seorang ustaz yang agak femes, katanya ustaz ni biasa keluar 40h ke setahun, aku tak sure,. Ustaz Hasyimi. Aku sempat musafahah. Moga jadi asbab Allah selamatkan aku dari murka-Nya asbab bertemu dengan dia. Kalau2 lah tuan2/puan2 jumpa mana2 ustaz atau ulama’, saya syorkan jabat tangan mereka, dan minta mereka doakan. Kata setengah ustaz, insyaALlah mereka boleh jadi syafaat kita akhirat nanti, yang entah apa nasib kita. Untuk rujukan semula. Kalau Ustaz Ishak dan Al-Findani nak bagi dalil, saya amat alu-alukan.

Surau Mahmudi ni ada specialnya, Maulana Hamid dan satu jemaah student tahfiz pernah khuruj ke sini, sebelumnya takde jemaah yang pernah masuk. Anda faham intinya kan? Maknanya surau ni bukan sembarangan, hanya jemaah yang syura yakin je boleh buat usaha kat sini. Ada sorang adik cumil Form 3 yang nusrah kami di sini. Laporan asalnya surau ni ada pengajar tetap, bekas Mufti Sarawak, Dato Hj Anis. Alhamdulillah selama 3 hari kami di sini, orang tempatan boleh terima baik.

Orang2 di mahalah ni agak berada, rumah besar-besar, jadi kami kena belajar jaga hati dari kebesaran dunia. Sempat satu ketika aku ziarah ke sebuah rumah, pemiliknya seorang pensyarah Institut Perguruan, so bukan manusia biasa la dari segi dunianya. Tapi Alhamdulillah dia ni ramah dan boleh share macam2, siap nasihatkan kami lagi (aku khususi random ngan sorang lagi student jemaah kami). Dia ni tak silap aku ahli NGO, HIKMAH. Satu badan NGO yang pernah aktif meng-Islamkan ramai orang Sarawak non-Muslim dulu. Dia ada cerita pengalaman pasal tu. Lepas balik ke surau,tup2 dia mari surau dan hantar 2 kotak air mineral. Allahuakbar,semoga Allah pilih dia dapat korbankan masa untuk agama Allah pulak pasni, jom sama2 amiiin...

Orang sini memang berpangkat dan kedudukan, tapi buat saprah panjang okay je sembang,. Siap cakap pulak student USM (sebab ditanya) lagilah dia impressed. Ada mereka ni orang pegawai kerajaan, dokter , farmasi, dan orang bisnes.

Then kami berpindah ke Bandar Baru Samariang. Di sini agak mujahadah. Walaupun surau lengkap sempurna serba baru, tapi keadaan fizikal orang disini tak sama dengan di mahala sebelumnya. Rumahnya agak kecil. Anjing pun ada. Tapi Alhamdulillah usaha kami di sini mudah, sebab orang Melayu dan Iban dipisahkan blok rumah teres mereka. Kalau tak agak susah la nak buat random khususi atau ghast, sebab di sini Melayu, Iban, Cina, muka mereka hampir serupa saja. Nak kenal Islam tak,kena bagi salam dulu. Penduduk padat, mudah buat kerja. Mana2 ada orang. Kami buat dakwah,taklim istiqbal waktu malam. Lagi,orang sini ramah, tambah2 bila tahu kita tak petah berbahasa Sarawak. Kalau buat2 pelat lagilah, macam kita menghargai loghat mereka lah lebih kurang.

Remaja memang ramai, dan kalau ada jemaah yang biasa target remaja, InsyaAllah ini tempat leh praktik. Sekali tu masa khususi sebelum ghast, kami jumpa beberapa remaja. Mereka buat grup2 lepak. Satunya agak Nampak ganas sikit, pakai gelang dan merokok, macam taknak layan kami, tapi Abang Hairi still bagi fikir dan taskil surau. Lagi satu remaja yang agak “berjurus” sikit. Budak baik. Ada la dalam 6 orang masa tu. Kami taaruf dan pancing cakap, dalam jemaah ni ada abang2 yang still study, kalau nak Tanya soalan fizix, nanti dating surau bawak kalkulator ye, hehe. Dan Alhamdulillah memang mereka datang malam tu. Tapi tak bawa kalkulator, so kami bagi bayan ringkas taskil bagi masa lepas isyak, dan bagi minum2 milo.

Satu pengalaman tak dapat lupa.

Masa ana khidmat ta'am, kami mesyuarat dan amir ta'am putus buat kari daging. Jadi kami pergilah ke market. Memang ingat ada pasar kat situ, rupanya ia hanyalah pasar yang jual sayur2 dan buah2. Keciwa di situ. Tanya salah sorang orang yang jual (cina). Dia bagila direction, yang macamlah ia hanya satu-satunya kedai jual daging kat situ. Kita yakin jelah. Yelah alhamdulillah sebelum gerak tadi dah solat hajat dan doa Allah mudahkan. Kedai Cina, ada ayam, daging, barang-barang keperluan lain. Aku pun belilah. Sebab kat Kelantan daging jual tepi jalan ja, dan memang orang Melayu ja pun jual. Entahlah, aku rasa itulah kegagalan aku paling dahsyat masa 40h lepas.

Memang ada muzakarah lepas tu dengan seorang ahli jemaah. Dia asal Sarawak, so tahulah perangai Cina ni, nak me-laku-kan barang geng-geng dia ja. So tuan-tuan yang belum pernah ke Sarawak, please give extra concern on what you eat. It will determine your a'amal later. Tapi alhamdulillah bila mesyuarat balik ok ja. Tanya orang tempatan memang hanya daging lembu halal ja yang dijual. Lainlah daging baxx dan ayam, memang ada tukang sembelih dari geng-geng Iban dan Cina. Tambah-tambah roti, biskut. Aku cukup fobia pasal makanan yang dibeli lepas insiden tu, ke eksiden tu, mana-manalah. Kalau datang ke Sarawak, set your mind, ia bukan Semenanjung, walaupun ada logo halal, selagi ia bukan halal Jakim atau mana-mana logo yang diiktiraf, tolonglah jangan makan, terutama bila anda yang khidmat.

~~~arghh, fobia tersebut kembali...

Untuk episod ni, aku akhirkan dengan kesyukuran, kita di Semenanjung. Kita di Semenanjung, melayu geng Melayu ja, non-muslim ngan non-muslim, walaupun claim kita 1Malaysia,tapi belum lagi. kalau jadi 1Malaysia, memang susahla nak kawal budak2 kita, mudah dipengaruhi kawan2 bukan Islam. Ustaz2 kita (especially Kelantan) ramai, dan mudah rujuk. Bab pembangunan, boleh kata kita (bandar2 kat Semenanjung) better dari sana lebih kurang 15-20 tahun kedepan. Memang azam nak buat usaha kat sana pas grade nanti, jadi cikgu ke apa.Kalau ada rezki, wallahua'lam.

Ada sambungan lagi, kalau sapa-sapa nak baca, bacalah. Saya sukalayan entry sendiri(kes syok sendiri)

Aku, 40h dan Kuching.(cont)

Alhamdulillah.

Sebenarnya aku tak pandai menulis, dan aku sendiri tak tahu mana nak mulakan. Part karkuzari adalah antara yang digeruni ahli jemaah yang bajet2 ikhlas tahap melangit (nak letak gaban tak sopan,erkkk, ahli jemaah =aku). Begitu juga aku yang bukanlah manusia yang sempurna agamanya. Segala segi lemah. Jadi aku kongsikan cerita ni buat sahabat2 tenet semoga sama2 dapat manfaat.

Alhamdulillah, sepanjang 40h lepas, aku adalah penulis buku mesyuarat. Buku tu bukan aku punya tapi sorg ahli jemaah lain yg empunya,but at last aku minta dari dia untuk wat kenangan. Dan aku m,enulis di sini menurut apa yang ada dalamnya,. Kata orang, kalau kita cerita kat Jhonny b Jonathan yang asal US, dan tak pernah keluar2 dari US, tentang betapa bestnya makan durian toronto (baca:Tronoh), Boston (baca: Bota), dan Copenhagen (baca: Gopeng), maka rasanya meke akan cakan sekadar dengar.Puasla kita iklankan supaya mereka test,selagi mereka tak rasa,meke takkan makan sendiri. W/pon demikian, lain cerita kepada makhluk2 yang dapat makan durian mangkor utk 1st tyme, mungkin perasaan meke berbeza.

Jemaah kami ada 5 orang awam, 6 student. dalam 6 student, ada sorg Somalia, hafiz quran. Sorg lagi cikgu yang anggap dia still student, sbb sambung PhD. xpe2,accepted. Selain aku, ada sorang junior, dan 2 UMP. Setahu aku,jemaah kami tak pernah lak gaduh2. Ada la sikit2,tapi tak nampak. Boleh kata cam orang dewasa la,tak main gaduh2. Since 1st week, dah sembang cam kawan lama. Yelah,masing2 at least pernah 40h, dua,tiga kali.

Bila cerita pasal Maulana Saad, masing2 ada cerita, buka cerita Ijtimak 2009, masing2 buka cerita, bila sorang tazkirah,sume nak share, (macam academic discussion lak),.. Yelah, masa bayan takleh nak cakap apa2, sume kene tawajuh. Bila bayan talam, atau bayan chai sebelum ghast, memang syok. Kenal ustaz tu,kenal ustaz ni, kenal maulana tu kenal maulana ni, walaupun tak sampai seminggu kenal, macam dah kenal lama. Rupanya nilah ukhuwah dalam jemaah. Bila semua di "terjun"kan dalam satu kerja, secara tak lansung terjalin ukhuwah, dan dalam jemaah mana pun,asal memang sifat manusia tersebut adalah suka bersembang.

Ini adalah sifat (saya baru belajar2,yang lain mungkin dah dapat hakikat) yang kami bawa dari Sri Petaling ke Kuching.

2 jam atas kapal terbang (belon kata orang Sarawak). Excited lah juga 1st tyme naik flite. Perjalanan kami agak2 cam alnggar awan kumulunimbus beberapa kali (ingat tak masa pertengahan bulan Jun, memang ada musim hujan kan?). Sampai ke airport Kuching kami agak bergegas. Masa nak landing tu, mmg nampak la tanah Sarawak yang agak bersungai2 dan hutan2. Ingatkan memang takde pembangunan sangat kat Kuching nih. Siyes!

Sampai je ke tanah Borneo, Ya Allah tuhan saja tahu syukur amat sangat. Kalau mati tanah ni, ukurlah jarak dari Daerah Manjung, Perak ke Kuching Airport, agak2 besar tak mahligai nak tuntut kat akhirat nanti, InsyaALlah bila serta dengan niat ikhlas.

Yep, memang aku cuba belajar ikhlas. Satu hadith yang aku sentiasa ulang2 dalam fikiran , mafhumnya, tentang seorang ulama yang claim dia menggunakan ilmu kerana Allah, tapi Allah kata dia bohong, untuk kemasyhuran katanya. Lagi tentang orang kaya, dan orang yang berperang. Semua kena ditelangkupkan muka mereka dan dimasukkan ke neraka. Nauzubillah. Tulah tuan2, bila kita diberi taufiq buat amal, jangan sekali2 sangka buruk pada orang lain. Sebaliknya, cek balik amal kita, cukup ikhlaskah kita dengan amal tu. Dan ia berkait dengan 40h nih.

Jap, flash back masa di Sri Petaling, masa nak beli air kopi kat mesin dekat2 ngan pintu istiqbal, aku saja wat ramah ngan sorang brader. Brader ni tak banyak beza ngan bijen, cuma dia a bit higher. Yang lain sama. Lupa nama beliau. Katanya, nanti sampai Kuching, cari Ustaz Julaihi, orang tanggungjawab student kat Kuching., begitulah tak silap aku kata dia.

So sesampai Kuching, dah set dah, nanti nak jumpa dia.

Dua buah kereta dan satu van. Cukup semua. Kami tak bawa set taam,so taklah banyak sangat barang...

Semua wat muka siyes, segan ada, macam2 lah. Tuan keta pun taaruf. Sorang2,sorang.. then aku,.Tanya usaha di kampus. Dia pun kenal orang2 tanggungjawab USMKK. adeih. Then aku tanya nama dia. Rupanya dialah Julaihi yang aku cari sblom ni. Panjang umur sungguh. Ada lagi sebenarnya cerita tentang dia di episod2 akan datang.

Satu nak share. Kenal tak player bola Sarawak, Affendi Julaihi.. aku rasa betul dia dah. Tapi tak sure. Sekarang ni orang kenal dia sebagai Ustaz Julai (pelik kan nama sarawak, kamek sik ngerti nama orang2 tok). Gi mana2 pakai jubah putih,kopiah made in china yang style tahfiz suka pakai tu.

~hah,buat aku ingat masa sekali sembang ngan dia, pasal kelantan.

teringat ustaz saya yang didik saya dulu.

wallahua'lam cerita dia camne leh jadi ustaz..

Then sampailah kami ke markas Kuching, klik link tu untuk tengok markas. Jalan Depo tak silap. Dekatlah dengan Taman Lavender dan Taman Petronesa. Di markas Hj Freddy yang ikram. ada lagi, tak ingat nama.Markas ni dekat ja ngan rumah Kak Marina Ali.

Sehari kami kat markas tu. Tak masak, tak ghast,tunggu taskil pertama. Masjid Muhajirin, Matang Jaya.

Tak seronok panjang2. Anda suka?

Til next entry.

p/s: kalau ada typo tolong nyatakan kat ruangan komen... tq in edban





Aku, 40h dan Kuching.

Alhamdulillah

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:103;1-3)

Alhamdulillah. Masa yang berlalu macam terlalu laju. Agaknya lagi laju dari pesawat yang menghentam WTC suatu ketika dulu, yang sejarahnya ibarat diulang2 kembali media Amrik, malah lagi laju dari pecutan yang perlu dek sebuah spaceship nak melawan graviti. Mungkin kerana andaian2 ni, Einstein menyimpulkan masa dan cahaya. Tiada yang selaju cahaya di dunia sains lening. Fiksyen2 sains mula propa mengatakan bila kita berjaya melepasi kelajuan cahaya, kita mampu kembali ke masa lepas. Teori mengarut, kononnya masa boleh diubah. Macam tengok (baca = dengar) kartun Futurama pulak. Isi penting perenggan ni ialah masa terlalu cepat berjalan. Masa mencemburui kita? kata sesetengah orang.

Pejam celik (ulang 2x), dah hampir 2 bulan aku meninggalkan Tanah Borneo. Macam semalam baru aku berdoa mohon ampun andai ada dosa aku di tanah tu. Kini aku di seberang. Biar ia dekat, tapi bukan tanah yang sama. Ingat juga aku masa berdoa agar jadikan Tanah Broneo saksikan kedatanganku dengan membawa panji dakwah, membawa niat besar meninggikan kalimah Allah,dan keberangkatan ku dari pulau besar itu denagn keredhaan Allah beserta penghuninya. Entry bukan untuk claim jemaah kami jemaah terbaik pernah sampai ke Pulau Borneo, tapi sekadar berkongsi pengalaman andai ada antara pembaca,khususnya lelaki2 ada niat nak berziarah saudara di sana atas maksud dakwah.

Sebenarnya rancangan kami ke Tanah Borneo bukan suatu keputusan mudah. Mesyuarat dan taskil dibuat awal 6 bulan. Tafakut 4 bulan sebelum berangkat. Faktornya, ada antara kami yang sedia untuk khuruj selepas Latihan Industri, dan ada pula yang belum tamat semester. Jadi tarikh diputus dan dihantar ke Sri Petaling. Azamnya ke Bumi Sabah, belajar usaha dari karkun2 Josh di sana, dengarnya. Tapi cukup puas hati bila diputuskan ke Bandar Kuching. Asalkan jauh ke seberang. Aku dah berpesan kepada beberapa ahli jemaah, jika aku mati di sini, tanamkan aku dimana aku mati. Sekadar belajar dari kisah para Nabi, dimakamkan di mana mereka wafat. InsyaAllah diterima Allah.

Tiket taklah berapa mahal sangat, sebab kami beli 2 bulan awal. Masih dalam promotion. Allah belum pilih untuk korban yang besar2 lagi agaknya.

Selesai musyaqqah masing2, kami semua berjanji untuk bertemu semula di Masjid Bandar Baru Sri Petaling. Agak kecewa, apakan daya, beberapa jemaah yang ditaskil dan sudahpun tafakut dan beli tiket, tiba2 menarik diri saat akhir,. Mungkin salah aku tidak mendoakan penerimaan setiap ahli jemaah. Apapun agak sukar sedikit buat orang tempatan kawasan kampus kami merangkap amir sab sementara jemaah yang belum sempurna ni. Aku lupa orang tanggungjawab markas yang bantu kami cukupkan jemaah. Walhasil, jemaah kami terbentuk sempurna dan diputuskan seminggu dalam kawasan markas Sri Petaling, Puncak Alam. Fasa 3. Pernah sampai tak? Kawasan baru, tapi sudah ada usaha sejak beberapa lama. Dengarnya hampir 50 orang lelaki pernah khuruj sekurang2nya 3h. Wallahua'lam.

Selesai taskil seminggu, kami kembali ke markas sehari awal sebelum flite. Persediaan katanya. Adalah ceritanya lagi,macam2. Bak kata seorang jurnalis Nat Geo, "Anda menonton hasil yang siap dan sempurna, tapi sebenarnya di belakang hasil yang sempurna untuk ditonton ada seribu satu kisah kepayahan dan kegagalan dalam menghasilkannya". Samalah macam entry ni, InsyaAllah ceritanya baik2 ajja~ loghat filem melayu lama.

Pendek ceritanya ,dek menunggu flight jam 7.00am,kami dah sampai dan menginap sementara di lobi menunggu Airasia sejak tengah malam lagi,. Adalah ceritanya yang tak berapa best dibaca. Tapi ada moral value:
1 jaga harta anda sebaik mungkin.
2 jaga iman dan amal ketika di lobi. cadangan baca taklim
3 ikut perintah amir sab
4 sentiasa berjalan berteman di airport, dengan kebenaran amir sab.macam2 boleh berlaku
5 pendek kata 4 perkara yang perlu diperbanyakkan sangat la perlu diperbanyakkan, terutama bila 1st tyme di airport (macam saya)

Antara pesan amir sab, sentiasa perbetulkan niat. Kita naik flite bukan untuk seronok2 atau saja suka2, atau bila balik kampung nanti boleh bagitau pada orang kampung "saya dah naik belon (kapal terbang ~ loghat swak)" dan sebagainya. Tapi niatkan hanya kepada Allah. Buat kerja agama Allah dan berkhidmat untuk Allah. Nak keluar jauh2 atas maksud cari redha Allah dsbgnya.

Naik flite 1st tyme agak ketar juga., tapi bak kata salah sorang ahli jemaah, bila keluar jalan Allah, jangan takut mati jalan Allah. InsyaAllah syurga saja balasannya (tolaktambah begitulah katanya). Aku jadi lebih berani sikit. Awan kumulunimbus pun rasanya banyak kena langgar melalui rasa getar2 dan pemerhatian ke luar tingkap. Hatiku mula berzikir.....

~~~~~~~~

part ni, hamba Allah tertidur sebelum sampai ke Airport Kuching. InsyaAllah bila bangun nanti sambung kendian.

p/s: karkuzari belum bermula....

Wassalam



Jemaah Mana Agaknya yang Betul.

Assalamualaikum

"Apabila ummatku telah mengagung-agungkan dunia, maka tercabutlah kehebatan Islam, apabila ummatku meninggalkan amar ma'ruf nahi mungkar, maka diharamkan ke atas mereka keberkatan wahyu, dan apabila umatku saling caci mencaci, maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah" Riwayat Tirmidhi

Alhamdulillah. Hadith di atas ingatkan aku kembali masa-masa pemberian Allah di jalan-Nya beberapa masa yang lepas. Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain. Peribahasa hari ni, "tempat eksiden lagi dikenang, inikan pulak tempat dihantar khuruj". Menelaah tempat hadith di atas dalam internet(gugel), entah macamana boleh ketemu forum2 perbincangan tentang memilih jemaah dan kebenaran jemaah tabligh dan sebagainya.

Bab memilih jemaah, student-student 1st yr mungkin ada kemusykilan yang amat sangat. Yang sana betul,yang sini betul. Yang sana nampak berani, yang sini nampak slow, yang sana selalu jadi imam, yang sini subuh pun tak nampak. Owh, my akak senior suruh saya ikut jemaah dia, jemaah ni ada kawan perempuan sekelas ajak join, haaaa,kan pening. Jemaah sana rest je, hujung minggu gi pantai dan segala, ukhuwah pun terjalin hebat katanya, owh, kagum aku. Ni la dilema adik-adik yang budak surau, sibuk mencari jemaah, sebab tak de expose masa sekolah dan matriks, sibuk belajar of kos. Senang cerita,(kalaulah anda berkaitan), ikut nasihat nih,. Saya pernah bagi cadangan pada adik junior, yang ada beberapa jemaah sebelum ni. Pilih ikut keadaan di bawah

1 Mengingatkan anda kepada Allah
2 Dapat jaga solat dengan sempurna
3 Tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
4 Membawa sunnah (al-quran,hadith,ect)

Walaupun ada nasihat di atas,tuan bagi nasihat tak apply pun (sebab hamba Allah ni ikut naluri mana lebih kuat), tapi itu adalah pilihan orang berakal, dan berilmu. Kehidupan di universiti agak mencabar. Ada beberapa situasi yang sebabkan anda hanyut jika tidak berada dalam jemaah,(kecuali ada jemaah tabligh yang istiqamah ziarah di tempat tersebut, dengan izin dan hidayat Allah). Jadi janganlah bersendiri, bila kita baik seorang diri, sama ada kita akan terus baik seorang atau kita masuk jemaah gamers, jemaah motor, jemaah pelik yang akhirnya menjauhkan kita dari keredhaan Allah.

Saya tak nafikan setiap jemaah yang menamakan mereka jemaah dakwah punya metod tersendiri. Ia bukan pecahan usrah dan tabligh saja,bahkan usrah sendiri punya cabangan sendiri yang masing-masing ada metod yang berlainan. Tapi semuanya InsyaAllah bertujuan redha Allah dan keampunannya, pada asasnya. Fitnah juga tidak terpilih berlaku kepada jemaah tabligh saja, bahkan sejak saya di dunia internet dan pergaulan dengan ustaz-ustaz tabligh atau tidak, mereka juga ada pendapat yang negatif kepada beberapa jemaah usrah tempatan.

Baik orangnya atau tidak soal lain. Golongan khawarij (kata sahabat saya) juga solat berpuluh-puluh rakaat sehari. Lihat saja bagaimana Syiah memajukan nama Islam di mata pemimpin-pemimpin dunia lain, pada hal beberapa pendapat tidak mengiktiraf mereka sebagai fahaman Islam yang diterima. Wallahua'lam.

Hakikatnya teruslah istiqamah menghampirkan diri dengan Allah, lihat diri dan baiki. Lihat orang lain dan ajak mereka juga ke jalan yang sama. InsyaAllah anda dalam pemeliharaan Allah. Sahabat-sahabat radiyallahuanhum ajmain bukanlah tabligh atau usrah atau apa-apa persatuan, malah mereka bersatu hati menyokong Rasululullah dalam apa jua keadaan. Kita bagaimana? Wallahua'lam.

Selamat beramal!

p/s: Fiq Kofallah, ana masih ingat request anta, InsyaAllah dalam pembikinan


Memaafkan ~Father Forgets


Assalamualaikum

Bahwa Rasulullah saw bersabda: Seorang Muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan diantara kesusahan-kesusahan di hari kiamat nanti. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim; 4677)

Allah berfirman dalam Hadith Qudsi yang artinya: " Nabi Musa alahissalam telah bertanya kepada Allah : "Ya Rabbi,! Siapakah di antara hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandangan-Mu?", Allah berfirman:" Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya), dapat segera memaafkan."(Kharaithi dari Abu Hurairah)

Alhamdulillah.

Kelmarin ketika aku mula mengemas bilik baru yang agak berhabuk, rehat di surau untuk beberapa ketika menunggu tenaga seterusnya dikeluarkan. Sambil2, aku terpandang beberapa biji buku yang agak tidak berkemas di lantai surau idaman yang hidup amal2 agama nih, Alhamdulillah. How to Win Friends and Influence People, by Dale Canergie, cetakan pertama 1936. Mula membaca isi, aku rasa menarik. Sekarang dah 3 hari aku menelaah , baru 16 muka dapat diselak. Sambil2 menyelak dan membaca rujuk pulak kamus Oxford dek lemahnya pemahaman bahasa "penjajah" ni. (betulke kita tak pernah dijajah???)

Di muka 14, sebelum terselit satu cerpen (Short Story) Father Forgets yang agak femes di kalangan masyarakat US beberapa kurun, aku terpandang satu perenggan tulisan beliau (D Canergie). Memang mendalam maksudnya, tapi bila perasaan manusia dipandukan pada naluri yang jernih, ia hampir2 atau seakan2 menyamai kehendak Allah dan Nabi, . Ya memang betul, kehidupan seharian kita bersama orang2 yang hidup dengan emosi, bukan denagn logik atau skema agama. Buku ni macam otivate readers untuk jadi seorang yang memahami dan memaafkan, macam hadith QUdsi Allah dan Nabi Musa.

Wallahua'alam,sekadar berkongsi. hakikatnya, kita semua sedang berada dalam situasi yang sama, bak kata maksud hadith, setiap masa ada ujian,sama ada dari manusia atau sebagainya, tapi bagaimana kita menghadapinya denagn iman dan taqwa. Di sini peranan iman dan taqwa.

Maafkanlah, nescaya kamu lebih tenang.

p/s: sedang memaafkan seseorang, sambil minta maaf.


"When dealing with people, let us remember we are not dealing with creatures of logic. We are dealing with creatures of emotion, creatures bristling with prejudices and motivated by pride and vanity" (Dale Canergie; from the book How to Win Friends and Influence People)

Terjemahan

Bila kita berurusan dengan orang ramai, perlu kita ingat bahawa kita tidak berurusan dengan makhluk logik. Kita sedang berdepan dengan makhluk emosi, makhluk yang menegangkan dengan prasangka dan bergerak dengan kebanggaan dan kesombongan


Followers