Kisah Waktu Pagi

Alhamdulillah…

Hari ini lambat pula ke masjid untuk solat Subuh. Dan memangnya Solat Subuh di Masjid Mardhiyah(MM) ni sangat cepat (anntara azan dan qamat sangat pendek) berbanding masjid-masjid lain. Mungkin tujuannya untuk beri lebih masa Ustaz untuk baca ayat lebih panjang,dan pula lepas solat ada tadarus dan terjemahan Al-Quran yang juga ambil masa.

Jadi bila terlambat sikit,sangkaku terlewat rakaat pertama (dan memang pun…), jadi denagn rasa terharunya (pent; bengangnya sebab tak dapat rakaat 1st), kunci motor dirampas dari muka meja terus menggengam helmet,buka pintu dan menegak motor menuju ke Masjid As-Sultan KK(MAKK). (heh,macam tak logic jugak). Sampai-sampai MAKK, imam dah pun sampai ke rakaat ke-2.

Takpe2,dah sampai kata orang. Terus ke dalam masjid mencari saf kosong dan angkat takbir, Allahuakbar.Alhamdulillah,at least dapat la rakaat ke-2.

Habis solat dan zikir,rupanya MAKK pun ada tadarus macam MM. Tapi bacaan dua muka, dan bila habis baca ustaz tafsir bserta terjemah. Allahuakbar,lama jugak la. Tapi seronok denagn suatu kisah,dan kisah ni sangat best untuk kongsi. Kisahnya berbunyi begini (berdasarkan terjemahan dari Yunus;54 ~ 54. Dan kalau setiap diri yang zalim (musyrik) itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu, dan mereka membunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dianiaya.)


Suatu ketika ada seorang hamba Allah telah membunuh seorang hamba Allah. Tapi entah macamana dua orang telah ditangkap sebagai suspek. Seorang yang benar-bear membunuh(lelaki tadi),dan seorang lagi seorang yang soleh.

Lalu kedua-duanya dimasukkan ke dalam lokap untuk dijalankan siasatan dan diadili.

Malam sebelum pengadilan dibuat,maka kedua-dua suspek tadi berdoa kepada Allah~

Doa pesalah sebenar ~ Ya Allah,aku mengetahui dan mengakui ini kesalahanku,namun tiada seorang pun yang tahu melainkan Engkau. Aku mohon Engkau rahsiakan dosaku dengan rahmatMu dan kasih sayangMu dan ampunkanlah aku.

Doa yang soleh~ Ya Allah,sesungguhnya aku bukanlah pesalah sebenar,dan Engkau mengetahuinya. Maka aku memohon keadilan darimu Ya Allah,sesungguhnya Engkau lah yang Maha Adil!

Maka tibalah hari pengadilan. Dan Tuan Hakim telah memutuskan yang bersalah adalah Si Soleh,maka dia pun dijatuhkan hukuman manakala si pembunuh dimaafkan dan dibebaskan dari tuduhan.

Maka para malaikat pun merasa hairan dan berjumpa Allah ~

~Ya Allah, mengapa Engkau memutuskan bahawa si soleh itu yang membunuh sedangkan pembunuh sebenar bebas? (pent;walaupun Tuan Hakim yang membuat keputusan,namu beserta izin Allah,dan para malaikat faham hal ini)

Maka Allah s.w.t. menjawab kepada para malaikat yang bertanya. Sesungguhnya si peslaah telah memohon rahmatKu dan Aku telahpun merahmatinya. Si Soleh telah memohon keadilanKu dan aku telah mengadilinya, kerana dia pernah membunuh 3 ekor semut~

Intaha

Pengajaran
  1. Tidur awal dan bangun awal,maka lewat Subuh InsyaAllah dapat diatasi

  2. Solatlah di surau berhampiran
  3. Duduk tadarus dengan tawajuh (kepada diri sendiri :-)

Yang paling penting

~ perbetulkan doa-doa kita. Amalkan doa dari hadith-hadith Nabi( doa-doa mathnun,ma’thurat, dan segala2 yang berkaitan

~ lebih banyak berharap supaya Allah ampunkan dosa-dosa kita. (iman antara takut dan harap)

~keadilan Allah kata ustaz, takut lah dengan keadilan Allah,kalau rasa baik sangat pun ingatlah yang semua manusia berdosa.

Wallahua’lam.

p/s: seronok berblog sebab lama dah tak update

: ada menulis tapi untuk notes di FB sahaja.

: cerita di atas tiada riwayat,rujukan~ ustaz MAKK ~maafkan saya.

Followers