Pada yang 21 Mac lepas, Ramadhan telah memanggil aku dalam jarak sederhana jauh.
"Izmer, ada surat", sambil tangannya mengujuk ke arah tempat surat pelajar, rak dengan ruang yang banyak dari A sampai Z tapi tak pernah disusun,sebaliknya kerani Desa letak saja atas rak tersebut. Erkkk,hehe.
Dalam hati hanya ada dua tekaan. !. Ustaz Gunawan dah pos buku "Masjid itu Hidupku" yang dipesan, atau 2. Mr Munir dah post salinan buku2 yang dipesan. Bukan terlalu mengharap tapi itulah, bila dapat terasa seronoknya. Tengok2 tebal. Cop "Pusat Mel Butterworth" tarikh 15/3/11 dengan setem RM5.50 errkkk macam tahu dah sapa. Dekat Kulim dah ni. 6th sense mula main peranan. Tak sempat sampai bilik dah buka sampul, sangat teruja (baca : excited)
Di bawah ni saya dapat free dari En Munir, bloggers Heavenly Ornaments jazakallahukhair Tuan. Allah jua yang membalasnya. InsyaAllah dah dapat dah Fadhilat hadith nih
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (HR Abu Daud)
Alhamdulillah. Picture2 bawah ni sebagai pencerita/mutakallim ya.
Itu alamat hostel,kalau nak hantar apa2 sempat lagi. Sem depan tak pasti dapat hostel atau tidak.
Ni dah review sikit2. Cerita ni sesuai untuk semua sebenarnya,tapi lebih sesuai untuk anak2. Bacaan ringan.Nasihat2 agama. Sebab tu dia tulis Young and Old,heh.
Ni tak sempat baca lagi. Banyak lagi lecture notes yang kemas tak berconteng,so by priority lah kan,tu kene buka dulu. :-)
Dia ada tulis sinopsis ringkas kan kat depan sekali tu. Kisah sejarah hidup Nabi lebih kurang.
Ni pula kepentingan puasa.
Tiga2 buku di atas tajuk sama, tapi tersusun dari Part 1, Part 2, dan Part 3,4,5 gabung sekali. Dapat yang ni paling teruja. South Africa jarang dikaitkan dengan Islam kan? ke tidak? Tapi sejak saya kenal Maulana Imran Hossein dalam video ceramahnya Al-Masih Dajjal dan Kiamat menurut hadith, clear la sikit. Takdela rujuk teori semata2. Sila rujuk link The Majlis dan link ke Syeikh Imran Hossein . Yang ni masuk kategori wajib baca. InsyaAllah khatam masa Latihan Industri nanti, time2 takde patient.
Ni tentang air zamzam. Elokla baca sambil2 nak minum. Baru ada ihtisaab InsyaAllah.
Ni pula tentang Salafy. Jamiatul Ulema Gauteng ni kuat pegang Mazhab Hanafi, pendapat2 keras. Sekeras2 pendapat Salafy,sama kuat jugak dengan Ulema2 kat Gauteng nih (FYI Gauteng nama sattu tempat di South Afric). Sampai ada Ulema mereka yang komen jemaah masthurat. Kalau minta komen perempuan2 NGO2 lain apalah pulak katanya,heh.
Alhamdulillah,tulah semua. Terima kasih kepada En Munir lagi,hehe. Paling mengujakan (baca : exciting) di blog beliau adalah perkataan ni.
Our buzroogs were never sour-faced. They always maintained a cheerful appearance, smiling with everyone in spite of the fear of Divine Love consuming their heart-Moulana Asyraf Ali Thanvi
Orang2 lama kita tak pernah masam muka. Mereka maintain je muka manis, senyum kat semua orang masa yang sama Cinta Tuhan memakan hati2 mereka
Wassalam
p/s: berminat? silalah email. InsyaAllah dapat la nanti. saya tunggu pun dalam patbulan baru dapat :-). dan lagi,semuanya english ya.
Entah beberapa hari, hampir seminggu waktu tidurku kian tidak teratur
Hari mula semakin panas berbanding hari-hari biasa
Badanku asyik lemah
entah Che' Nin mana yang datang mengganggu aku tak tahu
kadang 2 terfikir untuk ku angkat hp
hubungi bonda
biasanya bila aku stress
tapi entah berat kali ni, baru ku hubungi mungkin
Entah tiap pagi aku gagal datang lebih awal ke klinik
badan rasa lemah dan kurang tenaga
lama aku tak merasa radix cafe ~ baru teringat
otakku yang selalu kuguna menulis sangat payah lagi membina kata
Menurut jalan coursemate ke kafe
longlai rasa, tak berselera
senyum buat2 yang selama ini aku aplikasikan gagal ku-kuntumkan
beberapa hari ni , payah sangat
Tidurku kadang2 lebih banyak dari jaga
waktu makanku sekadar mengikut ajakan kawan
owh,panjangnya minggu ni!
Aku mula menukil alasan
1 esaimen yang terpaksa repeat
2 tak sempat study CA
3 kurang tidur
4 makanan tak berkhasiat
5 banyak dengar lagu
ect...ect...
heh.. entah tadi baru usai ghast di desa, baru kusedar.
sebenarnya "Dia" merindukan aku!
lama sungguh aku tidak bercakap dengannya
beramah mesra macam dulu
meluahkan rasa
menceritakan masalah
dan segalanya
aku dengannya
dan aku bahagia dengannya
cuma mutaakhir, aku lebih mengingat yang lain
mesra dengan yang lain
dan aku tahu ia bukan kesukaannya
dia cemburu
dia gelisah
dan aku juga merasakannya
baru aku perasan
maafkan daku, wahai kasih.
maafkan
maafkan
"Wahai Allah,maafkan daku. Lemah aku dengan dunia yang fana,melupakanku bermunajat kepadaMu. Melemahkan aku bercerita masalahku kepadaMu, payah aku tersenyum kerana tiada redhaMu. Kutahu sejengkal aku kepadaMu sehasta Kau mendatangiku. Setitis cinta ku beri padaMu seluas lautan sayang Kau hadiahkan padaku."
Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)
Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)
Di mana letak Allah di hatimu ???
Cek2 balik na!
*p/s; ibnuabbas2009.blogspot.com rasa cam nak berundur... (ini tipu,heh) ..
Hari ini lambat pula ke masjid untuk solat Subuh. Dan memangnya Solat Subuh di Masjid Mardhiyah(MM) ni sangat cepat (anntara azan dan qamat sangat pendek)berbanding masjid-masjid lain. Mungkin tujuannya untuk beri lebih masa Ustaz untuk baca ayat lebih panjang,dan pula lepas solat ada tadarus dan terjemahan Al-Quran yang juga ambil masa.
Jadi bila terlambat sikit,sangkaku terlewat rakaat pertama (dan memang pun…), jadi denagn rasa terharunya (pent; bengangnya sebab tak dapat rakaat 1st), kunci motor dirampas dari muka meja terus menggengam helmet,buka pintu dan menegak motor menuju ke Masjid As-Sultan KK(MAKK). (heh,macam tak logic jugak). Sampai-sampai MAKK, imam dah pun sampai ke rakaat ke-2.
Takpe2,dah sampai kata orang. Terus ke dalam masjid mencari saf kosong dan angkat takbir, Allahuakbar.Alhamdulillah,at least dapat la rakaat ke-2.
Habis solat dan zikir,rupanya MAKK pun ada tadarus macam MM. Tapi bacaan dua muka, dan bila habis baca ustaz tafsir bserta terjemah. Allahuakbar,lama jugak la. Tapi seronok denagn suatu kisah,dan kisah ni sangat best untuk kongsi. Kisahnya berbunyi begini (berdasarkan terjemahan dari Yunus;54 ~ 54. Dan kalau setiap diri yang zalim (musyrik) itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu, dan mereka membunyikanpenyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dianiaya.)
Suatu ketika ada seorang hamba Allah telah membunuh seorang hamba Allah. Tapi entah macamana dua orang telah ditangkap sebagai suspek. Seorang yang benar-bear membunuh(lelaki tadi),dan seorang lagi seorang yang soleh.
Lalu kedua-duanya dimasukkan ke dalam lokap untuk dijalankan siasatan dan diadili.
Malam sebelum pengadilan dibuat,maka kedua-dua suspek tadi berdoa kepada Allah~
Doa pesalah sebenar ~ Ya Allah,aku mengetahui dan mengakui ini kesalahanku,namun tiada seorang pun yang tahu melainkan Engkau. Aku mohon Engkau rahsiakan dosaku dengan rahmatMu dan kasih sayangMu dan ampunkanlah aku.
Doa yang soleh~ Ya Allah,sesungguhnya aku bukanlah pesalah sebenar,dan Engkau mengetahuinya. Maka aku memohon keadilan darimu Ya Allah,sesungguhnya Engkau lah yang Maha Adil!
Maka tibalah hari pengadilan. Dan Tuan Hakim telah memutuskan yang bersalah adalah Si Soleh,maka dia pun dijatuhkan hukuman manakala si pembunuh dimaafkan dan dibebaskan dari tuduhan.
Maka para malaikat pun merasa hairan dan berjumpa Allah ~
~Ya Allah, mengapa Engkau memutuskan bahawa si soleh itu yang membunuh sedangkan pembunuh sebenar bebas? (pent;walaupun Tuan Hakim yang membuat keputusan,namu beserta izin Allah,dan para malaikat faham hal ini)
Maka Allah s.w.t. menjawab kepada para malaikat yang bertanya. Sesungguhnya si peslaah telah memohon rahmatKu dan Aku telahpun merahmatinya. Si Soleh telah memohon keadilanKu dan aku telah mengadilinya, kerana dia pernah membunuh 3 ekor semut~
Intaha
Pengajaran
Tidur awal dan bangun awal,maka lewat Subuh InsyaAllah dapat diatasi
Solatlah di surau berhampiran
Duduk tadarus dengan tawajuh (kepada diri sendiri :-)
Yang paling penting
~ perbetulkan doa-doa kita. Amalkan doa dari hadith-hadith Nabi( doa-doa mathnun,ma’thurat, dan segala2 yang berkaitan
~ lebih banyak berharap supaya Allah ampunkan dosa-dosa kita. (iman antara takut dan harap)
~keadilan Allah kata ustaz, takut lah dengan keadilan Allah,kalau rasa baik sangat pun ingatlah yang semua manusia berdosa.
Wallahua’lam.
p/s: seronok berblog sebab lama dah tak update
: ada menulis tapi untuk notes di FB sahaja.
: cerita di atas tiada riwayat,rujukan~ ustaz MAKK ~maafkan saya.