Showing posts with label Fitnah Wanita 1. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Wanita 1. Show all posts

Adakah Dia Merinduiku?

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Entah beberapa hari, hampir seminggu waktu tidurku kian tidak teratur
Hari mula semakin panas berbanding hari-hari biasa
Badanku asyik lemah
entah Che' Nin mana yang datang mengganggu aku tak tahu
kadang 2 terfikir untuk ku angkat hp
hubungi bonda
biasanya bila aku stress
tapi entah berat kali ni, baru ku hubungi mungkin

Entah tiap pagi aku gagal datang lebih awal ke klinik
badan rasa lemah dan kurang tenaga
lama aku tak merasa radix cafe ~ baru teringat
otakku yang selalu kuguna menulis sangat payah lagi membina kata






Menurut jalan coursemate ke kafe
longlai rasa, tak berselera
senyum buat2 yang selama ini aku aplikasikan gagal ku-kuntumkan
beberapa hari ni , payah sangat

Tidurku kadang2 lebih banyak dari jaga
waktu makanku sekadar mengikut ajakan kawan
owh,panjangnya minggu ni!

Aku mula menukil alasan
1 esaimen yang terpaksa repeat
2 tak sempat study CA
3 kurang tidur
4 makanan tak berkhasiat
5 banyak dengar lagu
ect...ect...






heh.. entah tadi baru usai ghast di desa, baru kusedar.
sebenarnya "Dia" merindukan aku!
lama sungguh aku tidak bercakap dengannya
beramah mesra macam dulu
meluahkan rasa
menceritakan masalah
dan segalanya
aku dengannya
dan aku bahagia dengannya


cuma mutaakhir, aku lebih mengingat yang lain
mesra dengan yang lain
dan aku tahu ia bukan kesukaannya
dia cemburu
dia gelisah
dan aku juga merasakannya

baru aku perasan
maafkan daku, wahai kasih.
maafkan
maafkan


"Wahai Allah,maafkan daku. Lemah aku dengan dunia yang fana,melupakanku bermunajat kepadaMu. Melemahkan aku bercerita masalahku kepadaMu, payah aku tersenyum kerana tiada redhaMu. Kutahu sejengkal aku kepadaMu sehasta Kau mendatangiku. Setitis cinta ku beri padaMu seluas lautan sayang Kau hadiahkan padaku."

Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)



Di mana letak Allah di hatimu ???

Cek2 balik na!

*p/s; ibnuabbas2009.blogspot.com rasa cam nak berundur... (ini tipu,heh) ..

Layaaan ~ Atas Nama Cinta (UNIC)




Surat Kak Mah ~ Tatapan Buat Bakal2 Isteri

Alhamdulillah,

Assalamualaikum, catatan pendek ini saya copy paste dari yahoo-groups USMKK. Kak Mah ni isteri ustaz pondok. Haaaa, best kan dapat jadi isteri ustaz,kurang-kurang kalau ada event apa2 boleh la minta nasihat direct kat suami. Nak nasihat kawan-kawan pun leh quote kata-kata suami je,.. Jimat kedit nak kol mana2 Ustaz.

Apa-apa pun...

SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG TAJUDIN, SEMOGA PERKAHWINAN DALAM REDHA ALLAH. SELAMAT DALAM KEREDHAAN ALLAH KE ANAK CUCU, LAHIR DARINYA PEWARIS-PEWARIS PUSAKA NABI DAN KERJA NABI SAW, LAHIR DARINYA MANUSIA-MANUSIA KHALISH DAN WARAK SERTA MUJAHID-MUJAHID AGAMA. AMIIIN..

Mohon sahabat pembaca sekalian dapat sokong projek Ustaz Din Langgar dan menderma sedikit sebanyak untuk projek ni. Lawati

http://khairuummah77.wordpress.com/

____________________________________________________________________________________


Assalamualaikum wbt...
Tahniah dan syukur alhamdulillah atas usaha yang dilakukan untuk mendirikan masjid... insyaALLAH kawan baik mah yg sgt rapat nie akan menjadi seorang isteri..ooo...zali..zali...love u...hehe...rindu nak jumpa..tahu zali nk kawen masa mah tgh sarat nak beranak..huhu..mah terkejut sampai makin naik darah tinggi mah bila dgr berita gembira tu..gurau je..insyaALLAH mah datang kenduri kat umah Tajuddin lah ye 11 dis nnt ye ...Tanjung malim jauh sgt...nak bawa baby xlarat jauh2 perjalanan...hehe...maaf ye...

InsyaALLAh mah nak kongsi serba sedikit pengalaman menjadi seorang isteri buat zali dan pesanan untuk mah juga dan semua..hehe..sesungguhnya diri ini sungguh daif...

1. Sebagai bakal isteri nnt,kita kena yakin dgn siapa suami kita..mungkin keadaannya berbeza pada mulanya tapi kita isteri kena yakin apa jua teguran dan tunjur ajar darinya adalah untuk membimbing kita mencapai tahap isteri yang solehah..jadi kena banyak bersabar...

*cth mcm kita dgn roomate baru kita..mula2 mmg xngam tapi lama2 dah biasa...ALLAH selalunya yg mah tgk akan jodohkan kita dgn org yg CONTRA, jadi mula2 kita akan rasa sgt2 xselesa(xkira kita dah lama kenal atau xkenal langsung pasangan kita,bila dah tinggal bersama,br tahu perangai masing2)..insyaALLAH lama2 selesa dan bahagia hingga ke syurga..hehehe

2.Sebagai isteri juga jgn mudah kita menceritakan apa jua rahsia atau masalah rumahtangga kita pada org lain.. Walaupun ibu bapa...apatah lagi masalah itu kecil...mana yg boleh kita selesaikan bersama, kita selesaikan sendiri, byk pengalaman kawan2 mah g jumpa(sebab ustaz sokmo ajak g ziarah umah2 sahabatnya), mereka suka mengadu perkara2 atau masalah2 kecil rumahtangga mereka pada ibu bapa atau keluarga lain... akhirnya perkara kecil menjadi diperbesar2kan jadi buah mulut orang lain ...maka rumah tangga kita juga yg menjadi aib.. ibu bapa dan keluarga pula mula memandang serong pada menantu mereka...

*Sedarlah kita org pompuan memamg PENDEK AKAL,KUAT EMOSI(sebab tu TALAK dikuasai suami)..itu adalah hakikat... kita org pompuan akan mudah LOST CONTROL apabila apa2 berlaku pada kita cthnya bila dtg bulan, sakit, penat, stress, dsgnya...jadi kena beringat2ah wahai muslimah...senangkanlah hati suamimu itu...contoh satu kisah sahabat nabi UMMU SALAMAH adalah contoh yang paling baik dalam bab menjaga hati suami... cuba kita baca jap...


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu, betapa aku sedang dalam kebimbangan. Aku menyayangi istriku Ummu Salamah, dan takut melukai hatinya. Istriku tengah sakit berat, dan sebentar lagi akan melahirkan. Ya Allah, aku tak sampai hati meninggalkannya. Tapi, sesungguhnya Engkau pun tahu, betapa panggilan jihad itu bergema di telingaku. Aku senantiasa rindu berjihad bersama Rasulullah. Ya Allah, betapa berat hatiku menghadapi pilihan ini."

Abu Thalhah berdoa setengah merintih di atas tikar shalatnya memohon petunjuk Allah. Ia benar-benar gundah, lantaran harus memilih satu di antara dua pilihan yang sama beratnya, sama berartinya bagi dirinya. Abu Thalhah amat mencintai istrinya dan tak ingin meninggalkannya dalam keadaan sakit keras. Tapi, ia pun amat mencintai Jihad.

Rintihan dan doa Abu Thalhah ternyata didengar istrinya, Ummu Salamah, yang tengah berbaring sakit di tempat tidur. Ummu Salamah, atau lebih dikenal dengan Ummu Sulaim merasa tak enak hati. Ia merasa berdoa menyebabkan suaminya berada dalam keraguan untuk pergi berjihad.

Kepentingan pribadinya, keinginannya bermanja, dan dirawat oleh Abu Thalhah sang suami untuk sementara ia singkirkan demi menjunjung tinggi perintah jihad. Ia menolong suaminya untuk tetap memprioritaskan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kiranya kekuatan Allah jugalah yang membangkitkan Ummu Salamah dari sakitnya. Ia pun bangkit dari tempat tidurnya dan berkata lembut penuh senyum, "Ya Abu Thalhah, kini aku tidak sakit lagi, mari kita berangkat." Maka berangkatlah Abu Thalhah bersama istrinya ke medan jihad. Kekuatan iman, ketabahan, dan ketegaran hatinya mengalahkan kelemahan fisiknya yang sakit. Di Madinah Ummu Salamah melahirkan anaknya dengan selamat. Abu Thalhah menyambut gembira kehadiran anaknya.

Waktu terus berlalu. Abu Thalhah harus memenuhi panggilan jihad, meninggalkan istri dan anaknya yang tengah sakit keras. Rupanya Allah amat mencintai Abu Thalhah dan keluarganya. Maka Allah pun menguji mereka. Anak satu-satunya yang mereka cintai di panggil ke "pangkuan"-Nya. Ketika musibah itu menimpa, Abu Thalhah tengah pergi berjihad.

Ummu Salamah tak segera memberitahukan kabar musibah ini kepada suaminya yang tengah memerangi kekafiran dan kemusyrikan di medan jihad. Ia khawatir suaminya akan meninggalkan medan perang, bila mendengar kabar itu.

Ketika Abu Thalhah pulang, ia pun tak segera memberitahukan kematian anaknya. Dilayaninya dulu suaminya yang dalam keadaan lelah itu. Setelah makan, minum, dan berhubungan suami istri, barulah Ummu Salamah memberitahukan anak mereka. Abu Thalhah marah lantaran tak segera diberitahu. Ia pun melaporkan kasus ini kepada Rasulullah Saw. Ternyata Rasulullah membenarkan tindakan kematianUmmu Salamah seraya mendoakan agar hubungan mereka di malam kesedihan itu membuahkan anak."

Hah..cuba kita fikirkan bagaimana Ummu Salamah menjaga hati suaminya yang sedang musafir...
Ummu Salamah adalah profil wanita yang senantiasa rindu untuk melakukan pengorbanan...contohilah beliau...insyaALLAH kita semua boleh...

3. Satu lagi bab derhaka yang kita rasa remeh tapi sebenarnya sgt2 berat untuk ditanggung...apa itu derhaka?

“Derhaka pada suami boleh terjadi apabila isteri:

· Tidak patuh & Tidak bergaul dengan baik

· Menolak untuk bersama samada adegan ringan @berat(Jimak)

· Bermasam muka

· Berpaling

· Keluar rumah tanpa izin

hah..hati-hati wahai isteri sekalian...cuba check ada x kita mcm tu...susah tau jadi isteri solehah nie...kena ingat suami kita tu mcm bapa(kita sebagai anak), suami kita mcm guru(kitalah anak muridnya)...kena hormat betul2...Jadi..kena senyum sokmo dan dengar kata serta tidak meragam ketika senang@susah!!! Hehehe”


“Isteri solehah itu bukanlah kuat ibadat tetapi mereka yang taat dan patuh pada suami serta menyenangkan hati suami”

" Cuba bayangkan berpuluh2 tahun kita korbankan untuk membina rumah tangga yang

bahagia...tetapi untuk memusnahkannya hanya dengan satu perkataan

iaitu"CERAI"..nauzubillahminzalik..."


Akhir kata moga zali+tajuddin serta pasangan2 yg lain berbahagia di dunia dan

akhirat...ambillah pengajran dari kisah di atas...


JAGALAH HATI SUAMIMU...

Ikhlas dari: Che' Mah+Ustaz Din Langgar+Faqih ALi

Ke arah menrealisasikan Ilmu Dakwah Tarbiyah Umat Islam

Bantulah Madrasah Khairu Ummah...tolong kami bermakna tolong ISLAM

Sila lawat : http://khairuummah77.wordpress.com/


Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui :
Bank Muamalat Malaysia Berhad no akaun :

0302-0000656-71-8

Maybank Islamic Berhad no akaun :

55310 4411 805

di bawah nama:-
PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

Ayyuhal Muslimat! Closing...


Alhamdulillah. Assalamualaikum,sekadar menyimpulkan tulisan Ayyuhal Muslimat 1, 2, dan 3. Hamba Faqir ini berharap wahai muslimah pembaca tulisan ini agar berjaga-jaga di medan dakwah. Jagalah wajahmu, tubuhmu dari terlihat lelaki tanpa haknya. Engkau permata tersimpan dan bukan dinding tayangan! Dirimu punya potensi untuk dakwah sekiranya betul cara dan betul pula jalannya. Allah menghendaki yang terbaik buatmu, kerana itu kamu adalah wanita!

Sudah tercipta wanita dan laki-laki itu berbeza,maka pasti berbeza pula tugas dan kerjaannya. Tanggungjawab sudah terbahagi maka kini bukan mencipta yang baru. Tiada inovasi dalam agama, melainkan apa yang terselamat dari fitnah Syaitan! Dan ketahuilah wahai Muslimat, Fitnahmu buat kami para lelaki lebih besar dari dajal yang bakal keluar.

Lihat Fitnah Wanita I dan Fitnah Wanita II

Tubuhmu adalah fitnah, wajahmu fitnah, suaramu fitnah, malah namamu jua fitnah buat kami!
Jagalah dirimu, maka engkau akan terjaga di dalam pemeliharaan Dia. Siapa yang dipelihara Dia, maka tiada sesiapa yang boleh menggugat! Wahai Muslimah,jagalah dirimu,kerana engkau modal kepada lahirnya pejuang-pejuang Islam! Wahai Muslimah jagalah dirimu, kerana engkau modal kasih sayang tuhan! Wahai Muslimah, jagalah dirimu, kerana Dia berjanji dengan ganjaran yang besar buatmu yang Taat! Wahai Muslimah jagalah dirimu, kerana engkau bakal jadi penghulu kepada semua isteri-isteri kami di “sana” nanti!

Ihfazillah, yahfazka!

Wallaha’lam, Assalamualaikum.

Ayyuhal Muslimat!

Alhamdulillah...

Assalamualaikum, siri tulisan Apa yang saya buat masa keluar terpaksa di tangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Semoga yang sedikit tersebut dapat say abaca dan fahami, dan amalkan sedikit-demi sedikit. Wallahu muaffiq. Sekarang terdapat beberapa takaza untuk fikir atas pelajar-pelajar perempuan di university, bagaimana perempuan juga dapat digerakkan untuk maksud dakwah cara Nabi. Kini kita lihat terlalu pelbagai golongan dan NGO yang terdiri daripada para muslimat, dengan metod-metod tertentu. Sudah diketahui, peranan muslimat dalam agama, sejak dari zaman para Nabi a.s. sehinggalah ke zaman sahabat r.a. Jadi bagaimana tenaga Muslimat dapat digerakkan secara sunnah?

Entry ini tidak berniat untuk mengecilkan usaha mana-mana pihak, sekiranya anda rasa apa yang dibuat betul berdasarkan pertimbangan syarak, maka teruskan.

Mustahak Usaha Masthurat dalam Dakwah

Tahukah anda Masthurat perlu dilibatkan dalam usaha dakwah? Telah diciptakan manusia lelaki dan perempuan, dan telah dibezakan antara satu dengan yang lain. Sebagaimana Allah s.w.t. telah menciptakan jari telunjuk dan ibu jari menurut kehendaknya, maka kegunaan keduanya menjadi perkara berbeza. Ibu jari boleh melakukan beberapa perkara yang boleh dibuat telunjuk, tapi pasti ada perkara yang sepatutnya dibuat oleh telunjuk tidak mampu dilakukan sempurna oleh si ibu jari. Begitu juga sebaliknya. Kehendak Allah begitulah terciptanya lelaki dan perempuan.

Kesemua umat Muhammad S.a.w. telah diperintahkan untuk melakukan dakwah dan usaha atas agama ke atas diri dan orang lain. Persoalan, adakah pelaksaan tugas keduanya sama? Sekiranya tidak sama, maka bagaimana kaum hawa harus menjalankan tugas mereka dalam agama? Adakah terdapat sunnah zahir Nabi s.a.w. melakukan dakwah yang juga ditafsirkan sebagai perbuatan untuk wanita. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan jantina Nabi s.a.w. adalah lelaki, dan belum pernah ada perempuan yang dilantik sebagai nabi?

Oleh yang demikian para ulamak telah menggariskan beberapa perkara untuk suatu usaha dapat dilakukan oleh para perempuan Islam, supaya perempuan juga dapat mendekatkan diri kepada Allah mengikut garis agama, sebagimana para lelaki mengikut sunnah Nabi s.a.w. Penggarisan ulamak adalah berdasarkan amal para perempuan yang disebut dalam Al-Quran dan hadith. Anda kenal siapa ibu Nabi Isa? Siti Hajar, di mana pula medan usaha yang diperintahkan kepadanya? Siapa pula isteri Firaun yang menjaga Nabi Musa? Cuba sebutkan siapa ibu susu Nabi s.a.w, siapa ibu Saidina Ali k.w. merangkap ibu angkat Nabi? Mari lihat bagaimana isteri-isteri Nabi s.a.w. di”guna” kan Nabi s.a.w. untuk agama. Tidakkah cukup contoh mereka untuk seorang Muslimah menjadi sempurna?

Ambil kisah mereka sebagai pengajaran, maka anda akan mendapat cukup contoh dalam mengisi hari-hari seorang Muslimah yang dikehendaki Allah dan dikehendaki Nabi s.a.w.

~Suatu ketika Isteri Imran telah meniatkan anak yang bakal lahir untuk diwakafkan kepada agama. Setelah lahir yang diperolehi adalah anak perempuan. Diberi nama Maryam, setelah cukup beberapa ketika, maka dibuat undi siapakah yang bakal memelihara perempuan mulia ini. Taqdir Allah maha hebat, yang menjaganya ialah seorang Nabi yang mulia dan luhur,Nabi Zakaria Alaihissalam.

Kemuliaan sang puteri ini,diletakkan di mihrab ~ suatu tempat seperti telaga, yang pintu masuknya dari atas. Kunci pintu hanya terdapat pada Nabi Zakaria. Beginilah ia dididik, tersimpan di tempat sempit dan kosong dari dunia. Lihatlah di mana kemuliaan perempuan mulia ini, bila ia diuji dengan kelahiran Nabi Isa, dan mendidik anak mulia ini menjadi insan agung. Sabar dalam segala hal, tabah dalam hal dakwah. Ya Allah, inilah tangan yang menggoncang dunia…

Continued…

Fitnah Wanita

‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ [Hadis Riwayat Muslim]

Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu kepada pelbagai fitnah. Atas sebab yang sama Allah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi tidak baik di hati-hati lelaki yang menghidap penyakit. Maka jika mata suka memandang kepada sesuatu yang cantik dan indah, telinga pula amat gemar mendengar suara yang merdu dan manja. Fitnah yang ditimbulkan suara tidak terbatas kepada suara para penyanyi wanita sahaja, tetapi boleh juga timbul dari suara semua wanita. Hatta dalam solat, berhadapan dengan Allah pun, tidak diharuskan wanita mengangkat dan meninggikan suara sekiranya imam solat tersalah, tapi disuruh menepuk tangan sahaja. Suara wanita ditakuti mengganggu kekhusyukan solat orang lain.

Bergurau senda dengan perempuan adalah salah satu sebab paling kuat untuk mendengar suara mereka, suara yang menjadi pesona luar biasa bagi lelaki. Sering kita terdengar orang berkata: si dia memiliki suara manja, merdu, lunak dan memikat hati dan lain-lain. Atau, dia mempunyai suara serak-serak basah dan berirama dan sebagainya. Kerana tertariknya mereka kepada suara wanita, mereka memandangnya sebagai perkara yang harus dipuja lebih daripada segalanya. Apakah hal seperti itu bukan fitnah namanya? Lebih-lebih lagi apabila kalmat-kalimat yang diucapkannya disertai dengan senyuman yang mengandungi pelbagai makna dan tafsiran. Kebanyakan wanita, setiap kali bercakap akan diikuti dengan senyuman. Ini adalah adat mereka. Dengan cara begini barangkali mereka merasakan harga diri mereka terjaga dan terpelihara. Ini juga termasuk fitnah yang dahsyat!!!

Ada sesetengah wanita gemar bercakap dengan kaum lelaki, mereka tidak merasakan hal itu suatu kesalahan. Di samping bercakap dengan mulut, mereka juga bercakap dengan isyarat mata dan pandangannya. Tetapi ada juga di kalangan wanita yang tidak gemar bercakap dengan kaum lelaki, cukup dengan pandangan mata sahaja. Mereka mengutarakan isi hati mereka melalui mata dan pandangan sahaja. Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetik di dalam hati akan kelihatan di mata. Di dalam al-Quran telah digambarkan bahawa selamanya hati dan mata mempunyai hubungan yang erat. Allah menjelaskan bahawa setiap yang tersembunyi di dalam relung hati dan yang terkandung di dalam mata adalah jelas dalam ilmu-Nya.

Yang menjadi fitnah bukanlah kerana mata itu indah dan mempesona sahaja, bukan pula kerana wanita itu memiliki bulu mata yang panjang dan alis mata yang lentik sehingga dengan mudah menerobos ke dalam hati tanpa izin, bukan pula kerana anak mata yang hitam berkilat atau yang kebiru-biruan. Tetapi, sebenarnya yang menjadi fitnah itu ialah kemampuan mata wanita itu menyatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah dia memanggil-manggil dan mengajak pada suatu ketika, dan dia menjanjikan sesuatu pada ketika yang lain.

Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona mata wanita, Islam menyarankan supaya tidak memandang mereka dan menundukkan pandangan bila berhadapan dengan wanita. Demikian juga, kaum wanita juga dituntut supaya tidak memandang lelaki dan mengelakkan diri mereka daripada pandangan kaum lelaki. Hal yang demikian disebabkan kerana dirinya sendiri adalah fitnah yang berganda. Kata orang, fitnah yang timbul dari mata dan dari suara wanita, sama-sama berbahaya. Dan, seorang fitnah itu tahu bahawa mereka memiliki kedua-dua senjata ini. Mereka kadang-kadang menggunakannya tidak kepada yang disuruh dan yang dibolehkan iaitu kepada suami mereka, tetapi mereka menggunakannya kepada yang tidak sepatutnya.

Oleh sebab itu, Islam melarang memandang kepada benda-benda yang haram, seperti seorang wanita memandang kepada lelaki ajnabi dan seorang lelaki memandang kepada wanita. Kerana pandangan mata itu lamanya mungkin cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal di dalam hati sepanjang hayat!!

Tubuh wanita juga boleh menimbulkan fitnah. Fitnah yang bagaimana? Mempamerkan kecantikan tubuh terutamanya dengan membuka aurat adalah satu fitnah yang pasti. Hal ini akan membawa fitnah bagi setiap lelaki apabila seorang wanita tidak menutup auratnya, apalagi kalau ia memamerkan bentuk tubuhnya yang seharusnya mereka tutupi dan sembunyikan. Apatah lagi dengan ‘trend’ golongan kini yang suka menggayakan busana-busana ‘muslimah’ yang kononnya berpakaian menurut Islam dan berhias berlebih-lebihan (bertabaruj) sehingga menyebabkan lelaki tergoda. Ini juga merupakan suatu fitnah.

Keluar rumah tanpa ada keperluan, atau meninggalkan tanggung jawab rumahtangga merupakan satu fitnah wanita yang timbul dari golongan wanita kini terutamanya yang telah bekerjaya ataupun golongan wanita muada-mudi. Betapa ramai kaum wanita disebabkan mengejar urusan dunia, mereka tinggalkan anak-anak mereka, mereka serahkan urusan anak mereka sepenuhnya kepada pembantu sehingga menimbulkan akibat dimana tidak terjalinnya kasih sayang antara anak dengan ibunya.

Apa yang lebih teruk lagi apabila wanita ingin dijadikan ‘barang dagangan’ atau dalam bahasa yang lebih lembutnya, inginkan diri mereka dipaparkan di dalam iklan, media massa, majalah, televisyen, suratkhabar, dan sebagainya. Bahkan penilaian terhadap mereka dilakukan secara fizikal sahaja yakni pada luaran.

Bercampurgaul antara lelaki dan perempuan dalam berbagai tempat, baik di dalam lingkungan pekerjaan, pendidikan dan sebagainya,mengakibatkan terjadinya perbuatan maksiat seperti zina, pergaulan bebas, perselingkuhan dan lain sebagainya. Hal ini sebenarnya merupakan satu propoganda musuh-musuh Islam, musuh-musuh syariat Islam yang ingin merosakkan umat Islam melalui wanita. Mereka membuka ‘laluan’ pekerjaan yang hanya untuk wanita, sehingga terjadinya pengangguran di kalangan lelaki, akhirnya timbullah kerosakan. Mereka merosakkan aqidah umat Islam melalui wanita dengan menanamkan pelbagai syubhat, diantaranya persamaan taraf lelaki dan wanita.

Adab-adab yang perlu dijaga oleh wanita

i)Pandang Memandang

Firman Allah yang bermaksud :-

“Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman: Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….” (Surah An Nur : Ayat 31)

Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a. : “Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangandengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)

ii)Bertemu Muka Sendirian

Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan.” (Riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a.)

“Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram.” (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie’ah r.a.).

iii)Berjabat Tangan

Aisyah r.a. berkata: “Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai’at mereka itu dengan percakapan.”(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Turmudzy).

iv)Pakaian Di Luar Rumah

Firman Allah yang ertinya :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudungkepala mereka atas leher dan dada mereka.” (Surah An Nur: Ayat 31)

v) Adab Bermusafir

Sabda Rasulullah SAW :”Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya.” (Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)

vi) Hak Pendidikan

Kata Abu Said r.a. : “Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau,agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini.”(Riwayat Imam Bukhari)

vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur: Ayat 31)

Ke mana perginya adab-adab ini?

Islam sebenarnya mengangkat darjat wanita, memuliakannya sesuai dengan fitrah yang Allah S.W.T ciptakan, sehingga Islam membuat aturan-aturan yang adil terhadap wanita. Oleh kerana itu, hendaklah kaum lelaki bertaqwa
kepada Allah dalam menghadapi pelbagai fitnah wanita, kerana Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sedarilah duhai para wanita muslimah yang ingin menyelamatkan dirinya dan agamanya dari pelbagai macam fitnah. Tunjukkan kebaikan diri anda dengan memelihara diri dari hal-hal yang terlarang dalam agama. Janganlah terpedaya dengan tipu daya dan gemerlapnya dunia. Wahai para wanita muslimah, jangan kalian tertipu dengan slogan; hak asasi manusia ataupun hak asasi wanita, lalu anda mau menjual diri anda dengan harga yang sedikit. Anda korbankan diri dan kehormatan anda hanya untuk sekedar memenuhi kehidupan yang sementara ini. Ingatlah bahawasanya kita tidaklah hidup selamanya. Ketika kematian menjemput kita, apakah yang akan kita bawa sebagai bekal di akhirat kelak ? Renungkanlah wahai saudariku, mudah-mudahan dengan mengamalkan wasiat ini akan menjadikan kita golongan orang yang selamat, kerana sesungguhnya kebanyakan dari isi neraka adalah kaum wanita, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: “Aku telah melihat syurga dan ku lihat kebanyakan dari penghuninya adalah orang-orang miskin dan aku telah melihat neraka maka kebanyakan dari penghuninya adalah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim).

Followers