FITNAH WANITA
Wahai sekalian manusia
Bertaqwalah kepada Allah s.w.t. Laksanakanlah apa yang telah Allah s.w.t wajibkan atas kalian. Jagalah diri dan keluarga kita dari api neraka. Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (Surah At Tahrim:6)
Jagalah diri kita dari neraka, yaitu dengan selalu melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganya. Melaksanakan amanah yang telah Allah berikan kepada kita, dengan memberi pembangunan kepada keluarga kita, terutamanya kepada wanita; kerana wanita memelukan pembagunan yang lebih, kerana mereka kurang akal dan kurang agamanya sebagaimana yang di beitahu oleh Rasullulah s.a.w, serta kenyataan yang boleh kita lihat. Mereka pendik sisi pandanganya, dan ini merupakan fitnah mereka. Oleh kerana itu, Allah menjadikan pimpinan ditangan lelaki, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi wanita, oleh kerana itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian harta mereka”.(Surah An Nisaa’:34)
Maka lakukanlah kewajibanmu, wahai ibnu Adam, sebagai pemimpin bagi wanita. Tunaikanlah hak-haknya dan jangan sampai mereka mengalahkanmu. Binalah mereka dengan pendidikan yang disyari’atkan . janganlah engkau biarkan syaitan mengelincirkan mereka ke lembah kebinasaan.
Sungguh, pada zaman sekarang ini banyak wanita yang dipermainkan oleh syaitan, baik dalam masalah pemikiran atau tingkah laku. Syaitan menjauhkan mereka dari jalan petunjuk dan mengajak ke jalan hawa nafsu, serta kehinaan. Mereka keluar rumah tanpa ada keperluan dengan memakai pakaian ketat, memakai minyak wangi, sehingga dapat menfitnah lelaki. Padahal Rasulluah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“seorang wanita, apabila dia memakai minyak wangi dan melewati sekelompok kaum lelaki, maka dia begini dan begitu, yaitu seperti penzina”.(Hadis Riwayat Tirmizi hadis hasan soheh)
Ada lagi diantara mereka yang keluar dan berjalan sepertinya seorang kelaki serta mengangkat suaranya bebagaimana suara lelaki, kemudian ia bercampur dengan mereka, yang semuanya ini menyelisihi petunjuk para salafus soleh
Berbeza dengan wanita para sahabat. Lihatlah!, mereka adalah wanita-wanita pilihan yang bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah. Ummu Mukminin Aisyah berkata yang bermaksud:
“Semoga Allah meredhai wanita Anshar. Tidaklah aku melihat wanita yang lebih utama dan yang paling membenarkan Al Quran, dan yang paling beriman kepada turunya Al Quran selain mereka”.
Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan hendaknya mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka……”.(Surah An Nur:31)
Lalu kaum lelaki pada masa pergi membacakan ayat ini kepada para wanita. Mereka membacakan kepada isteri, anak-anak perempuan, saudara perempuan dan setiap keluarga perempuan mereka. Serta-merta, bersegeralah para wanita mengambil kain-kain mereka dan memaknya, untuk membenarkan serta mengimami yang telah diturunkan Allah.
Sesunguhnya memberikan kebebasan kepada wanita dan membiarkan mereka keluar bila saja, dan dengan cara yang mereka suka dan tampa ada malu, merupakan sebab kerosakan yang paling besar. Juga menjadi sebab hilangnya maru’ah (harga diri) dan akhlak , hancurnya suatu negeri serta merupakan sebab datangnya adzab dan siksaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah ), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negari itu, maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya (ketentuan kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”.(Surah Al Isra’:16)
Dan firmanya lagi:
“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak seharusnya menimpa orang-orang yang zalimsaja diantara kamu. Dan ketahuilah, Allah sangat keras siksaan-Nya”. (Surah Al Anfal:25)
Rasullula s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya, wanita adalah aurat. Maka, apabila ia keluar, syaitan akan menghias-hiasnya di mata lelaki”.(Hadis Riwayat Tirmizi, disahihkan oleh Al Albani)
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
“Tidak aku tinggalkan satu fitnah yang lebih bahaya bagi lelaki daripada fitnah wanita”.(Bukhari,Muslim)
Oleh kerana itu, wahai kaum muslimin. Bertakwalah kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang diperingatkan oleh Rasullulah s.a.w. Jauhilah sebab-sebab yang boleh membawa kepada fitnah tersebut, dan tutup rapat-rapat pintunya, agar kita tidak masuk kedalamnya dan dapat menjauhkan darinya.
Apabila ada seorang wanita yang keluar sendiri dengan pakain yang ketat atau nipis,atau tidak menutup aurat, kemudian ia memakai minyak wangi, maka tidaklah hairan jika dia akan menfitnah pandangan lelaki, dan akan menimbulkan penyakit bagi orang yang di hatinya ada penyakit niat-niat yang buruk terhadap wanita tersebut. Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang dihatinya ada penyakit”. (Surah Al Ahzab:32)
Ayat ini melarang seorang wanita bercakap dengan lemah lembut di hadapan lelaki, kerana ditakutkan ia akan berbuat keji kepadanya, Maka bagaimana dengan wanita yang berpakain akan tetapi hakikatnya telanjang?
Permasalahan wanita sangatlah kompleks, yang harus di beri perhatian secara khusus. Oleh kerana itu, menjadi kewajiban bagi seorang pemimpin rumah tangga untuk mendidik isteri dan anaknya dengan pendidikan yang dicontohkan Rasullulah s.a.w. dan hendaknya ia selalu berhati-hati dan waspada memikul amanah yang besar ini. Pemimpin keluarga yang baik tidak malu-malu mencegah atau memberikan peringatan yang keras kepada isteri dan anak-anaknya apabila keluar rumah dengan tidak mengenakan jilbab atau memakai wangian. Yang tentunya akan memfitnah lelaki.
Begitu pula menjadi kewajiban bagi pemerintah untuk menutup segala auratnya serta perantaraan yang akan membawa kepada perbuatan keji dan mungkar. Juga wajib atas semua kaum muslimin untuk berkerjasama dengan pemerintah sesuai dengan kemampuan mereka, untuk menutup semua pintu yang akan merosakkan kehormatan wanita, yang akhirnya juga akan merosakkan negara.
Marilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah, yaitu dengan menjalankan semua perintah-perintahnya dan menjauhi segala laranganya. Kerana pada zaman sekarang ini,fitnah serta kerosakan ada dimana-mana. Bertaqwalah kepada Allah, kerana hanya dengan taqwa, Allah akan memberikan jalan keluar bagi para hamba dari segala fitnah dan kesusahan-kesusahan. Allah berfirman;”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar baginya”.
Kemudian,marilah kita bersabar dengan kesabaran yang sebenar-benarnya. Sabar melaksanakan perintah Allah s.w.t, sabar menjauhi laranganNya, dan sabar menerima cubaan yang telah Allah berikan kepada kita. akhirnya, marilah kita memohon kepada Allah. Mudah-mudahan Allah selalu memberikan kemudahan kepada kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan dalam mencapai keredoaan-Nya.
Rujukkan:
-Jamiul Ulum Wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali.
-Ad Dhiya’ullami Minal Khutabi Jawami’, Ibnu Utsaimin.
Oleh:Wan Atiqah binti Wan Nasir@ Ummu Abdurrahman
Source
Fitnah Wanita 1
Fitnah Wanita 2
2 comments:
sy dpt rasa lebih tenang berada di rumah/bilik berbanding di tempat kerja wlupon di tempat kerja ramai kwn..
bagus sangat la tu...
hr ni bila perempuan2 barat sanggup tinggalkan kerja demi jaga anak(jadi surirumah) mereka dah dianggap macam wirawati kerana kesanggupan mereka.
tapi bila wanita muslim jadi surirumah,mereka dianggap golongan yang tertindas..
Post a Comment