Pakistan - Travelog IPB 4

Seingat aku di Pakistan orang di sana sangat lembut dengan usaha dakwah. Aku diperdengarkan dengan sebuah cerita mengenai seorang yang hanya menjual bertih jagung dapat keluar setahun di jalan Allah. Tertib Pakistan cukup berbeza dengan negara-negara lain. Korban mereka lebih tinggi dan suasana m,ereka cukup berbeza. Taskil 40h hanyalah sepertiu taskil 3h di tempat kita. Kebiasaan karkun istiqamah akan bagi masa selama 4b di jalan Allah setiap tahun. Kata ulama jangkamasa 4b adalah tertib ter"cikai" sahabat dalam urusan keluar di jalan Allah. Ada antara sahabat radiallahuanhum yang bagi masa selama 6b, 7b, dan ada yang setahun genap, dan hanya pulang ke Madinah dalam beberapa hari saja sebagai cuti tahunan. Dengan korban sahabat begini maka Islam telah tersebar. Orang Pakistan telah sampai ke tahap ini.

Setahu aku, tempat yang paling maju usaha dakwah ialah di kawasan orang yang tinggal di gunung-gunung. Mereka memanggil bangsa ini sebagai Pattan, atau kita pasti biasa dengar dengan perkataan Pashto. Pattan adalah suku bangsa, dan Pashto adalah bahasa mereka. Kulit mereka cerah seakan orang Farsi, dan bangsa mereka cukup rapat cirinya dengan bangsa Afghan. Biasanya jika ada orang Afghan datang ke Pakistan untuk khuruj, maka mereka akan disertakan dalam jemaah orang Pattan. Orang Pattan adalah orang kasar, dan sedikit biadab jika bersama dengan orang Malaysia. mereka bercakap kiuat dan jika mereka adalah pelajar madrasah, mereka sedikit susah dikawal berbanding orang "Melayu". Namun mungkin kerana sifat mereka ini mereka sanggup berkorban dan bersusah payah berpatah riouk untuk agama Allah.

Orang di sana tak seperti kita. Mereka kasar dan ada beberapa isu sensitif yang boleh membawa kepada pembunuhan. Itulah sebabnya jika mereka yang tak suka dengan jemaah Tabligh, dan anak mereka turut serta, mungkin sampai berputus tali persaudaraan. Ayah tak mengaku anak hanya kerana tabligh. Wallahua'lam belum lagi terdengar di Malaysia situasi yang sama. Isu sensitif lain ialah berkenaan maruah. Antara maruah dan nyawa, mereka lebih pentingkan maruah. Perempuan-perempuan kampung biasanya akan disorok dalam rumah, mereka ada ruangan tidak berbumbung di belakang rumah untuk kerja-kerja harian, maka mereka lansung tidak kelihatan. Keluar dari rumah ahnya atas urusan pent5ing dan bersama abang, adik,atau bapa. Design rumah mereka direka supaya tetamu yang duduk di ruang tamu tak dapat lihat kawasan rumah lain.

Allah...bertuahnya dapat belajar agama dari sana. Beza sungguh dengan kita di sini.

4 comments:

misbah sobah said...

kite ade jumpe tak baru2 ni kat raiwind?

School Of Tots said...

Tahniah kerana terpilih menjadi pejuang di jalan Islam, menyebarkan risalah Islam, menyeru pada kebaikan dan ketaatan kepada Allah.

beat said...

perkongsian yang hebat!

asd said...

ARMANI POKER

PROMO BARU DI ARMANI POKER

BISA DEPOSIT VIA PULSA
BANYAK BONUSNYA

Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
Minimal depo 10k
Minimal wd 50k
Whatapps : +6287830298557
Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

Followers