Azri ke IPB

"Assalamua'laikum abg. IA saya akan bertolak ke India petang esok. Minta tolong doakan."
K
Alhamdulillah salah seorang adik junior di USM yang sempat sama-sama aku buat usaha agama semasa di sana dulu, Allah pilih untuk khuruj IPB.

Sebenarnya bila melihatkan mesej-mesej Azri yg dulu, hati mudah berkocak. Tak sangka Azri berlepas sebelum aku sempat jumpa. Minggu lepas aku ada ke KL, menjemput isteri dari rumah adik ipar. Cadangnya nak menziarahi dia yang sedang menunggu visa India. Minggu sebelumnya jua aku ke Melaka, kalau diikutkan memang ada peluang untuk aku lawat. Tapi memikirkan isteriku berada di sebelah, dan menjangkakan banyak yang bakal kami perbualkan andai ketemu, ku lupakan hasrat ke Seri Petaling.


Apakan daya kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya berlaku. Apa yang kita usaha ada kalanya ketemu gagal, apa yang kita harapkan ada masanya menghampakan. Itulah resam dunia yang setiap kita akan alami.

Bila aku dengar saja sesiapa dalam kalangan kenalan aku yang dalam persediaan ke IPB, pasti aku antara yang teruja. Teruja kerana banyak perkara. Antara suka dengan berita, rindu dengan masyaikh Banglewale Masjid dan suasana Basti Nizamuddin, Delhi, rindu dengan bayan-bayan mereka, rindu dengan tangga hadapan masjid Banglawale, rindu dengan senyuman seorang tua berkurta dan kain pelekat cotton keronyok, serban tebal dililit seadanya, rindu jua melihat wajah arwah Almarhum Hazrat Maulana Zubair rahmatullah alaih.

Perasaan tu membuatkan aku sangat teruja saat mendengar mereka, khusus Azri ni akan ke IPB. Azri antara orang-orang pilihan Allah yang terpilih untuk ke sana.

Sebenarnya bukan kerana itu saja, bila terkenangkan balik, bagaimana Azri bila mula-mula ku kenal, Azri khuruj student pertamanya denganku, usaha-usaha di kampus yang kami buat bersama, dan saat-saat kami lalui selama bergelar seorang pelajar.

Aku tidak terkejut dengan berita Azri akan ke IPB, dan aku pun tak hairan walaupun dia sudah lama tak contact aku. Kenangan yang sama memegang kami.

Sama2 kita doakan Azri diberi kekuatan untuk bermujahadah di sana, mempelajari sebanyak mungkin ilmu dan bersuhbah sebanyak masa yang ada dengan orang2 di sana.

Followers