Assalamualaikum. Kenapa aku berblog? Tajuk ni seperti satu kewajipan bagi majoriti bloggers untuk tulis. Ada antara blog ni sekadar berita semasa, terkini, peribadi, dan tidak kurang agama. InsyaAllah blog ni akan diisi dengan perkara-perkara berkaitan agama, fardhu dan sunnatnya, tanpa melupakan politik semasa yang ada kaitan dengan agama.
Bila menyebut soal penulisan agama, aku sendiri tidak dapat lari dari apa yang disebut, " ujian selepas penulisan" .. Ia mungkin agak sama dengan ujian selepas percakapan. Bahasa mudahnya,kuita akan diuji dengan apa yang kita tulis,cakap dan sebagainya. Aku pernah terdengar hadith Thabrani, seperti atau hampir begini, sesiapa yang mencabar agama, maka dia akan kalah. Bagi aku apa yang ada di blog ni semua pada level yang terbaik, dan kadang-kadang aku sendiri kalah dalam mengikutnya. Benar sabdaan Nabi...
Kadang-kadang pula, pada ketika lain,kita megkritik tindakan orang lain, bercouple bagi yang mudanya, lumba motor, suka mengumpat, lambat datang kelas, kerja lambat siap, tak datang solat subuh, tanpa kita sedar kita sedang lihat keburukan orang lain yang pastinya kita juga akan diuji. Aku sendiri pernah diuji, tentang solat subuh. Junior yang mengadu tentang susahnya bangun subuh menyertai solat jemaah yang besar ganjarannya. Kataku dengan ayat pedas nada selamba, " anta ada baca Al-Mulk sebelum tido? kenapa tajk solat witir sebelum tidur? itlah kekuatan untuk bangun tahajud dan solat subuh..." ... Junior yang taat sekadar mengiyakan...
Esok atau lusanya, aku terlepas jemaah subuh... semoga ia jadi pengajaran.
Banyak lagi kisah berkaitan orang yang suka membuka kelemahan orang lain,sama ada di hati atau di lidah. Dan mereka ni memang akan diuji dengan apa yang disebut,ditulis. Hakikatnya kebaikan yang kita buat bukan datang dari kita,tubuh ini hanya mengusahakan,taqdirnya sudah tertulis. Cuma kita perlu berdoa pada pemegang taqdir.... SUpaya yang ditaqdirnya itu adalah yang terbaik... Bila mana begini kata ulamak, niat uitu lebih ebrmakna dari amal. Doa dan niat kita lebih berguna, namu taufiq kekal di tangan Allah. Namun ingat, bila niatnya diusahakan,maka Al-Muqaddir tidak sekadar melihat. Dia tahu mana yang terbaik buat hamba yang mengejar RahmatNya....
Jadi bagti aku dalam berblog, aku cuba sedaya upaya berkongsi kalimah-kalimah agama, tanpa menyentuh kelemahan sesiapa. Agama itu luas, dan sunnahnya banyak. Bukan semua mampu. Namun sekiranya ada entry2 di blog ni yang agak sukar dibuat, penulisnya juga begitu, insan biasa yang penuh dosa. Ana Faqir Ilallah. Kita semua Faqir, dan kita bakal merayu di hadapanNya satu hari nanti.
Apa yang disebut, apa yang ditaip... semoga Allah beri kita Taufiq
Ini keratan entry dari web ni; tentang ujian.
Di Taif, bukan disambut dengan permaidani merah, sebaliknya disambut dengan lemparan ketul-ketul batu. Berdarah habih seluruh tubuh Nabi, mengalir turun sehingga bertakung dalam sepatu Nabi saw. Bayangkan tuan-tuan, seorang kekasih Allah dikenakan ujian yang begitu berat. Baginda bertahan dari dibaling batu bersama Zaid bin Harithah radiallahuanhu. Mereka berundur sehingga akhirnya tersadai kedua-duanya di suatu tembok dalam kebun milik Utbah bin Rabi`ah. Dalam kebun itulah Nabi saw mengangkat tangan bermunajat kepada Allah dengan doa yang dirakam oleh Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti di dalam kitab Fiqh al-Sirahnya (Jilid 1 ms 180), Nabi berdoa (panjang doa tu, so ana petik di pangkalnya sahaja):
“Ya Allah! Betapa hinanya aku dalam pandangan manusia. Ya Allah! Betapa lemahnya kekuatan ku. Ya Allah! Kepada siapakah yang Engkau nak serahkan aku? Adakah kepada musuh yang sentiasa menanti untuk membaham aku? Ya Allah! Aku tidak peduli semua itu, kerana yang aku cari hanyalah keredhaan daripada Mu…”
Wassalam
14 comments:
Setuju 100% dgn pendapat nie..Diri ni dah berapa banyak kali dah diuji..memang apabila kita menulis, kita seolah-olah anggap diri kita seakan tiada cacat cela. hakikat sebenar Allah saje yg tau. InsyaAllah lepas ni boleh la guna blog untk kongsi sunnah2 Nabi..insyaAllah..
btw..nta blaja kt mne n umur brape?
assalamualaikum..
na'am...saya selalu kena uji dengan apa yang dipercakapkan/ditulis dalam blog...bila menaip macam kita sudah perfect,padahal kitalah yang paling lemah sebab kita nampak kesilapan orang lain,tapi kesilapan sendiri lebih banyak tidak di explore...wallahu'alam...
salam.....
tuan izmer,sebab tu,mard menulis berkaitan kehidupan mard ja,apa y mard lalui...
Setuju benar dgn kes yang lewat bangun subuh tu tuan.
Semoga penulisan dan percakapan kita,lepas dalam hisaban akhirat
Amin Ya Allah.
assalamualaikum
Ridzuan A: study lagi, USMKK. kita sebaya rasanya. Mu sekali ngan zamir (MMU) kan dulu?
As-Syakirin: selalu jd silent reader je ke,heh... Wallahumuaffiq
Kak Mard: moga apa yg kita buat ada tujuannya. amiin
salam tn.
perghhh...kene pancung aku! (pegang leher)
setepek kene kat muka aku...moga allah ampunkan sy.
penchachaiz: actually ni situasi biasa. manusia tak lari dari sangkaan buruk .Syaitan sentiasa ada.. ana pun tak dapat lari. Bila ada isu yang tak sependapat, rasa nak je menulis di blog. bila fikir semula, tu semua dorongan nafsu,bukana tas maksud agama...
en penchachaiz tulis semuanya nasihat kan...hehe
ooo..kenal zamir ek?dulu skali ngn dio kt intec. Pastu kluar skali ngan dio bnyk kali..oghe klate ruponyo..malam minggu gi malam markaz dusun rajo ko?
hah,Ridhwan.. ana dulu sekolah sekali ngan zamir dari F1 - F3, F4 kami masuk SBP,msg2.. orang Perak pure,.. dok kelate mari ngaji jah...
Ibnu Mutalib@Tuan Izmer:
Baru tau nama tuan adalah izmer.. bersetuju dengan kata2 tuan..
Moga apa yang kita cakap dan tulis, akan menjadi peringatan kepada diri kita sendiri terlebih dahulu.. Tiada gunanya melihat keburukan orang lain, andai diri sendiri pun belum tentu ke syurgaNya...
owh penangan ukhti mardhiah.
telah menggunakan namaku,owh..
actually kalau cari dari mana2 side @ entry dlm blog ni x jumpa kot nama saya...
errrrr,ye nama saya Izmer Sukri
you know, I always wonder what it feels like to read again what i've wrote bila dah tua nanti:')
Semoga apa pun yang saya share, saya dapat, dan semua ilmu and even the ukhwah which directly or indirectly pouring in by that jadi salah satu wasilah untuk bantu kukuhkan muwasafat tarbiyyah diri sendiri dan orang lain. Insya Allah.
MN: Amiiin,insyaAllah
NT: owh, kuat tarbiyah usrah dalam jiwa.. bagus, semoga mendapat keredhaan ALlah hendaknya. biar kita mnulis untuk diri sendiri utamanya.
~teringat nama satu blog~ menulis untuk diri sendiri.. sekrang dah tak boleh view, ...
Salam.
Benar, stuju ckp Tuan.
Semoga apa yang saya tulis, saya dapat buat dan yang baca dapat manfaat.
Menulis untuk diri sendiri sebab kita ni lebih teruk dari dia orang.
Dia orang buat sebab dia orang jahil, tapi kita buat dalam kita tahu.
Mana lebih besar azabnya?
Post a Comment