Assalamualaikum.
Semenjak dua ni, jiwa makin berdebar (debbar kata orang timur). Bagi seorang yang sedang melangkah dari alam pengajian ke alam pekerjaan, pasti merasakannya. Suatu perasaan di mana, tiada lagi kelas, tiada lagi esaimen, tiada lagi kawan-kawan sepengajian, tiada juga masa lepak-lepak macam budak-budak, dan banyak lagi yang jadi tiada. Asalnya, kerana status, bukan lagi pelajar. Kelebihan sebagai seorang pelajar disentap dalam masa yang sangat singkat. Apapun bukan itu asal entry ni. Cuma niatnya untuk mendokumenkan perasaan hati, bila orang bertanya mengapa aku perlu keluar (khuruj/merantau/bertabligh/bersafar/ atau seerti) selama empat bulan di tanah Hind.
Kalau ditanya, senang untuk menjawabnya. Otak exam pasti hebat dalam bab menggoreng. Cuma buat para guru, sila nasihatkan murid-murid anda, tiada istilah "goreng" bila anda dalam bidang biologi, atau lebih spesifik (berdasarkan pengalaman), bidang sains radiasi. Semuanya fakta. Semuanya yang perlu ditulis adalah fakta, yang perlu dijadikan "common sense" kalau nak mudah menjawab. Kalau tidak, alamat menjawab dari hafalan lah! Bukan mudah menjadi guru sebenarnya,kan?...
Okay, di sini hamba akan listkan beberapa sebab, mengapa saya perlu keluar IPB 4b lamanya. (IPB refer to India, Pakistan, Bangladesh atau ringkasnya Tanah Hind). Mungkin ia buat tatapan pem-follow blog, mungkin juga sebagai jawapan kepada sesiapa saja yang ingin bertanya. Tentu saya menulis dari pemahaman sendiri, bukan dari idea orang secara lansung.
- Untuk bersafar atas maksud agama.Mungkin semua selalu atau sekurang-kurangnya pernah terdengar atau terbaca tentang berjalan melihat ciptaan Allah, bersafar atas maksud agama, istilah Ibnu Sabil, mencari pengalaman waktu muda, dan sewaktu dengannya. Cuba bandingkan, seorang yang belajar di universiti/IPT, kemudian pulang ke rumah, kemudian sambung pengajian, kemudian pulang ke rumah, kemudian tamat pengajian, kemudian kerja part time, kemudian dapat kerja tetap, kemudian berkahwin dan beranak-pinak. Bagi mereka yang jenis ini, mungkin sangat jarang dapat luangkan masa ke negeri orang. Apatah lagi atas maksud agama. Tiada istilah mengembara dalam hidup. Mungkin hidup mereka gembira, tapi apa tujuan hidup sebenarnya?
- Untuk bersama dengan orang solehKata orang, bila kita duduk dengan seorang atlet, maka dia pasti akan berbincang tentang sukan. Tentang bola dan sebagainya. Dia akan bagi banyak tips dan petua untuk sihat dan kekal bertenaga. Belum lagi jika kita bersama dengan seorang agen Takaful. Belum sempat 5 minit berbual, pasti masuk bab insurans dan takaful. Dia akan bagitahu kita kelebihan memiliki akaun takaful, bandingkan seorang yang ada perlindungan takaful denga yang belum/ tidak ada. At last dia akan syorkan kita untuk join perlindungan takaful yang dia sedang usahakan. Begitu juga kalau kita bersama dengan orang demokrasi, orang kesihatan, orang meniaga pasar malam dan sebagainya. Dalam tempoh 4b InsyaAllah saya akan bersama dengan orang-orang soleh, yang dijangka mereka ni akan berbincang tentang iman dan amal, tentang quran dan hadith, akhir sekali dia akan taskil atau ajak saya untuk buat benda-benda baik...
- Gunakan masa muda sebaiknyaMungkin point ni tak berapa menarik dan boleh dipertikaikan. Macam mana pula veteran yang ke IPB? Mereka pun nak gunakan masa muda sebaiknya? . Sebenarnya bila dilihat lebih teliti, perkataan masa muda cukup make sense di sini. Kan ada hadith tentang janji Allah kepada orang muda yang hampir dengan masjid. Saya memilih untuk "meminjam"kan sedikit masa muda untuk berada di jalan Allah, bersafar atas maksud agama Allah, dan bersama orang-orang soleh. Untuk orang muda seperti saya, biar bejanggut dan nampak matang, tapi jiwa masih mahukan keindahan dunia dan keseronokan (enjoy). Biar berkopiah dan berserban. Kalaulah kerana kopiah dan serban orang tak buat dosa, maka jalan terbaik untuk penjenayah bila buat kesalahan ialah dengan wajibkan mereka berserban setiap kali keluar rumah, tapi hakikatnya ia tidak! Jadi untuk mengatasi jiwa muda ni, sesuatu perlu dibuat untuk "menekan" jiwa dalam jangka masa tertentu agar lebih dekat dengan kebaikan.
- Mengenali negara dan budaya luar.Sebelum saya datang ke Kelantan lebih kurang 4 tahun lalu, saya tidak ber'idea' tentang bagaimana negeri ini kelihatan. Yang ada di fikiran, lembap, tak maju, tak bagus, tak best, dan segala kualiti bermula perkataan "tak" memaknakan bahawa negeri ni terlalu negatif. Akhirnya, lebih empat tahun di sini, mengenal hati budi orang negeri ini, baru saya tahu bagaimana ia sebenarnya. Bersalaman dengan MB bukanlah suatu benda yang mustahil berbanding di negeri-negeri lain, selain banyak tempat-tempat menarik dan pasar-pasar yang memang tak dapat ketemu di negeri sendiri. Jujurnya, saya bercadang untuk tinggal di sini beberapa tahun kedepan sebelum pulang ke tempat hujan batu. Itu negeri tempat belajar dunia. Cukup sebagai bandingan, jika saya ke negeri orang, yang bukan senegara pun. Bagaimana agaknya? Tunggu lah balik nanti.
- Bershuhbah dengan ulamaBilasaja ada perkataan shuhbah, pasti saya teringatkan mana-mana jemaah Indonesia. Mereka suka benar gunakan perkataan ini atas maksud bersahabat atau bertemu muka. Dalam usaha dakwah yang sangat istimewa ni, jarang sekali seseorang yang buat usaha 5 amal untuk bertemu dengan ulama-ulama yang membimbing usaha 5 amal ini. Saya pernah ketemu Maulana Saad di Ijtimak Malaysia 2009, Maulana Zubir dan Bhai Wahab di Jhor Bangkok sekitar awal tahun 2009, kerohanian mereka dapat dirasai melalui kata-kata dan ucapan masing-masing. Mereka bukanlah orang yang terkenal, selalu muncul di kaca-kaca TV, dan di akhbar-akhbar. Mereka ialah ulama dan orang kenamaan akhirat yang hanya muncul di perhimpunan umat secara umum, paling-paling dengan kemudahan APD (alat pandang dengar)tanpa kamera dan perakam suara secara formal. Bila kata saya namakan bershuhbah dengan mereka-mereka ni, mustahil tanpa saya sendiri pergi bertemu muka di tempat-tempat permukiman mereka. Tanah Hind sudah tentu. No doubt!
- Persediaan ke alam pekerjaan.Kata Anon(2012), "semua kena start lepas IPB. Lupakan kerja dan resume, lupakan bakal-bakal bini dan nikah, lupakan sekejap tentang segala keperluan dunia, buat visa ke India dan terus terbang ke sana atas maksud agama." . Terima kasih Anon sebab nasihat anda dah jadi keputusan mesyuarat. Saya bukanlah seorang yang layak dapat kerja tetap lebih awal dari kawan-kawan lain, jadi tak perlu kejar-kejar sangat, saya bukanlah lelaki pilihan Melaya untuk cepat-cepat bertunang supaya gadis pilihan tak disambar orang, dan saya bukanlah ketua negara nak sibuk hal-hal dunia lebih-lebih sangat. Saya cuma orang biasa, dan saya adalah dalam transisi dari seorang remaja yang dengan segala kelemahannya kepada seorang pekerja dunia part time dan pekerja akhirat full time.Jadi untuk membezakan diri dengan orang yang menjadikan dunia sebagai maksud hidup (yang akhirnya mereka disebut sebagai orang yang bakal didakwah kepada maksud akhirat), maka saya perlu berbeza jalan hidup, perlu di"kursus"kan dan dibentuk utnuk jadi seseorang yang kuat dan tabah.Jika berkahwin pun, mereka isteri kedua saya, kerana isteri pertama ialah agama dan dakwah.
- Persediaan menuju akhirat.Akhirnya, bukan semua perkara atas dunia ni akan kekal. Mungkin lepas ni saya bakal jadi pegawai di mana-mana hospital swasta yang ternama, mungkin juga seorang yang buka syarikat dalam bidang radiasi, mungkin sebagai seorang tukang cuci tandas, mungkin seorang khadim di mana-mana madrasah, mungkin juga saya akan berkahwin, beranak-pinak, mungkin saya bakal diberi harta yang banyak atau sebaliknya, namun dalam masa paling-paling pun 70 tahun akan datang, saya akan jadi mayat. Kerja saya baring, rumah saya kbur, dan harta saya kain kafan. Keluarga yang ada hanyalah ulat-ulat yang memakan daging, dan teman-teman ialah munkar dan nakir yang bersedia bersoal jawab (minta Allah temankan kita dengan Surah Sajdah dan Surah Mulk yang dibaca lepas solat Maghrib setiap hari, dan direhatkan dari soalan-soalan kubur!). Akhir kita semua sama.
Planlah sebaik mungkin untuk dunia, akhirnya kita bakal jadi makanan ulat. Jadi kalau nak menulis tesis, perlu ada contoh jurnal dari internet, atau rujukan research senior-senior terdahulu, begitu juga Allah dah jadikan Sahabat-sahabat Radiallahuanhum yang juga punya keluarga dan pekerjaan, punya dunia dan keinginan, juga meluangkan waktu hidup mereka untuk agama Allah. Dan mereka khabarnya sedang berehat-rehat dalam kubur sementara menanti tarikh kiamat. Kita bagaimana?
Jadi begitulah serba sedikit, tujuan dan maksud perjalanan safar yang bakal berlansung InsyaAllah dalam masa terdekat. Belum pun apa-apa, ada dah kawan memesan kain dari India, nak buat tempah baju katanya. InsyaAllah jika takde masalah dan diizin Allah, maka mudah lah jalannya InsyaAllah...
P/s: buat yang dah "terjanji", tunggulah. Jika ada, adalah ye. Jika taqdir menentukan sebaliknya, itu yang terbaik :D
P/ss: kalau rajin, sila cek typo dan letak di ruangan komen , tq...
13 comments:
Selamat mengembara, moga dipermudah
segala....seronok muda2 dh jalan jauh
...jauh berjalan luas pndangan, moga2
makin meningkat iman...doaknlh juga
kami kat sini sbb org yg dlm safar ni
makbul doanya....
Assalamualaikum..
Best jadi org lelaki. leh jalan jauh2 bila habis study.
Orang perempuan, kena tunggu dah kawin baru leh bersafar ke sana.
Doakan akak cepat2 dapat ke sana bersama suami.
Dulu suami pergi sendiri..lepas kahwin pergi dengan bertemankan isteri.
Bestkan??
p/s: Bulat mata akak tengok perkataan TERjanji..kehkeh :D
TERjanji ke BERjanji.. konfius2.. (",)..
moga Allah swt pilih tuan untuk ke sana, terima pengorbanan tuan dan semoga pengorbanan tersebut menjadi asbab beroleh rahmat dan balasan syurga dariNya...
boleh tak kalau sy mahu kirim doa dari tuan buat saya.. moga Allah swt terima dan kekalkan saya dan seluruh ummat dalam usaha Nabi saw dan beri ganjaran syurga tanpa sesekali ke neraka..
selamat mengembara... (",)
assalamualaikum wbt..
selamat mengembara. bestnya dapat mengembara.. semoga Allah terima pengorbanan tuan..
doakan nam juga semasa bersafar..
Jaga iman dan amal, semoga Allah jaga tuan.. :D
Assalam..
Cikgu Norsha~ terima kasih, InsyaAllah.
Kak Umu ~ Orang perempuan lagi bertuah, duduk rumah goyang kaki. Semua ada hikmahnya :D. InsyaAllah, kalau ada niat dan azam yang jazam, pasti Allah tunaikan. kena tinggal la kak long :D
Boleh bayang bulat macam mata kak long, hehe, yang tu jugak kena highlight
Abg Fuad : again, seorang lagi manusia nampak perkataan janji di situ. banyak makna, antaranya beli poskad, beli kain, adeh...
InsyaAllah, saya lebih memerlukan doa tuan2, orang yang bakal diuji masa safar.
Nam : jazakallahukhair. atas doa.
Ate teman ucap selamat jalan lah pade yop
Nanti karkuzari lah pengalamannya di sini yep
:D
Pehh!
Ate teman nak ucap kepada yob semoga bertemu bini di Tanah Hind.
Hehek.
Ukhti Mard : Ate cepat bebenor ngucap selamat jalannye. teman baru planning InsyaAllah.
Bijen M : jauh bebenor memikior nye. InsyaAllah mana tahu bejodoh di sana. Perancangan tuhan :D
Ate kalau tak di Tanah Hind, di Negi Semilang pun ada menanti.
[url=http://freewebs.com/missouriaviation/apps/profile/103161145/][IMG]http://maximalblog.net/AZIPICS/2012-05-07_00038.jpg[/IMG][/url]
[b]Azithromycin buy online no prescription[/b]
[url=http://freewebs.com/findart/apps/profile/103049946/]Z pak no prescription[/url]
[b]Azithromycin no prescription overnight[/b]
[url=http://freewebs.com/apotzalum/apps/profile/101737854/]Azithromycin buy online no prescription[/url]
The prescription antibiotic Zithromax is used to make the treatment of various common infections, which can include bacterial infections and venereal infection. By decreasing bacteria's ability when they are making protein and affecting peptide activity, the medicine will certainly assist stop bacteria from continuing to stay at and cause infection by the body processes. Zithromax also comes in either tablet form or to be a liquid suspension it really is licensed for use in both children and adults.
[url=http://freewebs.com/the-hidden-truth/apps/profile/102922986/][IMG]http://maximalblog.net/AZIPICS/2012-05-07_00314.jpg[/IMG][/url] [url=http://freewebs.com/neverneverandelsewhere/apps/profile/101737854/][IMG]http://maximalblog.net/AZIPICS/AZIPICS_00182.jpg[/IMG][/url]
[b]Cheapest azithromycin[/b], [b]z pack no prescription[/b], [b]buy azithromycin 250 mg.[/b]
[url=http://freewebs.com/mysticcontradance/apps/profile/102922986/]Azithromycin order online no prescription[/url]
[url=http://freewebs.com/cmaa-msu/apps/profile/103108364/]Buy azithromycin - oral antibiotic[/url]
[url=http://freewebs.com/108am/apps/profile/102959894/]Azithromycin no prescription overnight[/url]
Zithromax (azithromycin) is mostly a component coming from the classification of drugs called macrolide anti-biotics. Zithromax fights bacteria within the childs body.
Zithromax can seem to be how to deal with diverse different types of difficulties a result of bacteria, that is to say inhaling problems, epidermis disease, head difficulties, and venereal illness.
Zithromax could even be utilized for uses not promoted in script drugs guide.
subhanallah akhi, doakan ana dapat IPB bila abis belajar nanti. Azam. inshaallah.
Assalamualaikum Tuan, saya ada pasang niat untuk keluar 4 bulan IPB, insha allah... saya nak tanya sikit, apa persedian dari segi barang2 dan jumlah wang yang perlu dibawa ?? insha allah..
Post a Comment