Pakistan - Travelog IPB

Di Pakistan, kawasan kampung, suasana Islam macam apa yang kita baca dalam komik-komik novel-novel, dan apa yang kita tonton dalam drama Arab klasik. Lelaki berkurta, kopiah. Ada terjumpa Ahli Brelvi berjubah putih, serban hijau. Jarang jumpa pengemis di kawasan kampung (yang saya sampai tu). Mungkin ada orang yang tidur dalam khemah, tu pun rasanya tidak mengemis.

Sekali terselisih pengemis, mengetuk pintu orang dari rumah ke rumah, seorang pakcik lingkungan 40-an.
Bazarnya dijaga orang-orang lelaki. Muka mahal dengan senyuman, tetapi bila beramah mesra baru terukir senyum di wajah. Ada juga lelaki tidak berkopiah, dan tidak berkurta, mungkin pelajar-pelajar universiti dan anak-anak muda yang biasa tinggal di bandar. Ada anak-anak yang kecil usia sekolah rendah, pagi ke sekolah dengan baju lengkap uniform, pulang ke rumah tukar kepada baju kurta tradisi.


Solat di sini meriah. Masjid berdekatan antara satu dengan lain, dalam jarak kurang 1km. Kadang-kadang waktu solatnya berbeza antara satu masjid dengan yang lain. Namun dua atau tiga saf solat adalah mesti. Biasa, sama seperti Malaysia, kurang juga anak-anak belasan tahun. Namun bila solat jumaat baru terasa jumlah sebenar. Setiap masjid walau berdekatan tetap penuh.


Musim sejuk, buah-buahan citrus mudah dapat. Anggur, limau, epal. Limau oren diperah manual tanpa campuran air, tambah sedikit perasa, dihidang kepada pelanggan di tepi-tepi jalan.
Kedai chai (teh tarik) saja yang ada. Kedai makan secara rasmi tidak wujud. Ada yang melepak beberapa lama sambil sembang-sembang pagi di kedai chai.


Suatu pagi aku terserempak dengan unta yang tingginya hampir bangunan setingkat, dengan gelang kaki, dan rantaiu leher berloceng. berbunyi tiap kali melangkah.
Perempuan jarang kelihatan kecuali dengan sari yang digunakan sebagai kelubung seluruh badan, penuh manik. Ada juga kelibat wanita berpurdah hitam tapi tak semua.

di sini aku terasa suasana yang tak mungkin ada, di selainnya. Kot Addu.

Entah ke mana Allah akan hantar sahabat, zamir di sana nanti, seusai Ijtema Raiwind ini...

Semoga khair bersama tuan

Catitan IPB - India

Chi Sifat

Allah subhanahu wataala telah meletakkan kejayaan manusia di dunia dan di akhirat dalam agama Allah. Sekiranya kita mengamalkan agama dalam hidup maka kita akan berjaya. Sekiranya tidak kita akan gagal dunia dan akhirat.

Untuk mewujudkan agama yang sempurna, enam (6) perkara perlu ada dalam diri seseorang. Sekiranya sifat-sifat ini wujud dalam diri, InsyaAllah Allah akan memudahkan kita untuk mengamalkan agama yang sempurna.

Sifat yang pertama ialah iman. Lafaznya ialah Lailaha illa Allah (kalimah). yang harus diucapkan dengan lidah dan diikrarkan dengan hati. Iman seseorang boleh meningkat dan menurun. Sekiranya diusahakan maka iman akan meningkat. Apabila iman meningkat, maka perintah Allah dapat dilaksanakan. Sekiranya iman tidak diusahakan maka ia akan lemah. Apabila iman lemah maka perintah Allah sukar dilaksanakan dan sunnah Nabi akan keluar dari kehidupan kita.

Iman ini sangat tinggi nilainya. Semasa meninggal dunia, semua ahli keluarga dan harta benda akan ditinggalkan. Yang dibawa hanyalah iman dan amal soleh. Imanlah yang membantu kita dalam kubur,di Padang Mahsyar, ketika meniti Titian Sirath, dan menyelamatkan kita dari api neraka serta membawa kita ke syurga.Tanpa iman, amalan seseorang tidak diterima.

Iman perlu dipelajari, Umar r.a. berkata, "Kami belajar iman dahulu, baru belajar Al-Quran".

Untuk meningkatkan iman, perlu kepada tiga (3) usaha.

1. Ketika kita keluar di jalan Allah, (jumpa umat), hendaklah kita membicarakan tentang qudratullah, kekuatan Allah, dan Azmat Allah. Nyatakan bahawa hati telah berikrar dengan kalimah. Harusnya kita dakwahkan ini dengan niat belajar.
2. Oleh kerana 24 jam kita bersama makhluk, maka kerugian dan faedah dari makhluk telah memberi kesan. Untuk itu, apa yang dilihat dan didengar, haruslah diingkari (dinafikan) dengan hati.
3. Berdoa kepada Allah, agar iman selamat dan supaya mendapat hakikat iman yang hakiki, serta dapat mati dalam iman. Sekiranya kita mati tanpa iman, maka akan dibangunkan tanpa iman juga. Haruslah kita berdoa kepada Allah, keadaannya seperti seorang miskin meminta sedekah untuk anaknya yang berhari-hari tidak makan. Betapa lagi untuk iman.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah rasanya lama sangat tak menulis. banyak sangat perkara yang tak mampu dikongsi di sini. Masa setahun bukanlah terlalu pendek untuk dimuat dalam sebuah karangan. Meniti hari-hari sebagai guru ganti, menikmati waktu-waktu mujahadah di Tanah Hind, berkongsi hidup sebagai orang kampung bersama ibu tercinta, dan kini, aku di sini,

Followers