Alhamdulillah...
Assalamualaikum, ni adalah pure tulisan saya, berdasarkan apa yang saya dengar dan dapat melalui satu muzakarah dengan seorang ustaz, yang boleh kata bukan calang-calang ustaz laaa. Ada olahan perkataan saya sedikit, tapi tak jauh dari maksud asal, untuk memudahkan kefahaman Biiznillah. InsyaAllah ustaz belajar Fiqh dan ngajar kitab di madrasah, so nak terima boleh, tak terima boleh.
Nak jumpa dia atau nak nombor fon die, boleh minta saya InsyaAllah.
KALENDAR HIJRI MALAYSIA IS ACCEPTABLE?
Ramai yang tertanya-tanya kenapa Saudi (fahamkan Arab dan Saudi dua perkara berbeza, 22 negara dalam Liga Arab, Saudi salah satunya) awal sehari raya daripada kita. Kalau kita lihat kalendar Gregori 10 Zulhijah di sana bersamaan 16/11/2010 sebaliknya kita pada tarikh yang sama baru 9 Zulhijah.
Cuba anda fikir semula, jika menurut ketetapan Barat, mengikut garis Greenwich, Malaysia tereltak pada +8:00 manakala Saudi berada di +3:30 maka perbezaan berdasarkan sistem ini ialah 4 jam 30 minit. Betulkan jika saya tersilap beri fakta.Untuk mudah faham anggap saya ada letak perkataan "let say" di awal ayat,heh
- Kemudian anda cuba ubah daripada timur Negara China (Lautan Pasifik) sebagai 0:00 kepada Mekah (pusat Islam) sebagai rujukan 0:00.
- Lepas tu anggap permulaan hari adalah waktu maghrib di Mekah dan bukan 12:00 malam seperti yang kita semua anggap sebelum ni
24hrs - 4.5hrs = 19.5hrs
KITA KENA IKUT SAUDI SEBAGAI STANDARD
Untuk hal ni pula, seperti yang dijelaskan di atas, kita memang ikut Saudi. Syarat Raya Haji adalah apabila selesai wukuf, iaitu kata ustaz setelah tamat hari wukuf di mana tiada lagi saat yang sah berwukuf. Sila rujuk blog FM&EP .
Tidak sah korban jika masih ada wukuf di Arafah. Maka sesiapa yang mengambil tarikh Gregori sebagai panduan dan 12:00 malam sebagai pertukaran hari; anda perlu berhati-hati . Begitu juga yang mengambil Maghrib sebagai pertukaran hari, maka anda perlu menunggu esok sebagai Hari Raya.
Sebenarnya jika masuk FM&EP terdapat sedikit percanggahan pendapat dalam menentukan Aidil Adha, tapi bukan hak kita untuk menyalahkan pendapat-pendapat lain, melainkan anda geng2 tuttttt...
Untuk yang masih
- Pendapat di mana perlu mengikut jadual penentuan wukuf secara rukyah dari Saudi
- Pendapat di mana rukyah ditentukan oleh setiap negara dengan pengesahan pemimpin-pemimpin Islam
Jika anda berpegang dengan pendapat kedua, maka itu pendapat yang menyelisih (terselamat) dari khilaf. Jangan risau Hari Tasyrik ada 4, dan jarang2 sekali ada orang buat pada hari keempat.
Namun bukan hak kita
Wallahua'lam mungkin saya tersilap tulis, ia masih boleh diedit. Dengan niat muzakarah moga Allah beri kefahaman. Wassalam
P/s: untuk paparan lebih comel sila guna Firefox, serta cuba lihat di blog ni . Kesilapan teknikal berlaku apabila tersilap publish di blog tersebut. Wallahu Muaffiq
7 comments:
Salam Aidiladha...
Maaf ye.. Tak brapa nak aham..Boleh explain dgn cara yg sng?...
Macam ni, menurut satu pendapat, penentuan hari raya aidiladha hanya berdasarkan tarikh wukuf di arafah, alasan berdasarkan dalil korban selepas wukuf berakhir.
w/pon ada juga pendapat mengatakan hari raya ditentukan pemimpin negara2 masing2.
kalau kita ikut pendapat pertama tadi, maka kita kene tggu selesai waktu wukuf di arafah iaitu malam raya, sebelum terbit fajar pagi raya.
matahari terbit fajar kat arafah tu sampai ke kita pada 19 jam berikutnya,.. haaa, ni kene ada simulasi untuk faham.
bagi mudah faham, matahari tu cam kapal terbang,bergerak dari timur ke barat dan siapkan pusingan 24 jam mengelilingi bumi. pada fajar di arafah, kapal terbang tu ada di arafah, maka kita kene tunggu 19 jam berikutnya, baru boleh dapat tengok kapal terbang tu.
emmmm, awak pikir la sendiri
akan ku cuba untuk memahaminya..apa2pun,info yang sangat berguna untuk semua.thanks! ( sambil menggaru kepala yang tak gatal)
Kiranye arab awal sehari dari kita ?
Macam tu la yang saya faham. Ambik Saudi sebagai titik permulaan. Saudi raya dulu, pastu esok baru kita raya.
tq info yg baik.. cuma sya keliru sbb klu kebiasaannya kita awal dari mekah kan? mksdnya sini kita kul 5 ptg. mekah kul 1 lebih. bila time raya aidil adha knpa mekah dulu pulak. sepatotnya kita dulu. mohon jasa baik beri penjelasan mudah. JZk
alkisahnya semua dalam dunia ni ditipu dajal dari mekah sampai malaysia sampai mna mana negara kena kencing dengan dajal...........mengapa semua ikut jam ciptaan yahudi penyembah dajal menhapa jam ada 24 jam satu hari fikirkan dan mengapa satu minit 60 saat mengapa setengah dolar amarika bersamaan 60sen ..mengapa.......cuba renungkan siapa yg mentadbir dunia hari ni.........cuba kaji siapa namrud siap simiramis baru anda faham dan selama ini hingga kiamat penganut islam hanya menurut permainan dajal .........marilah mencari islam yg benar dan ikut acuan nabimuhammad..........
Post a Comment