Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Apa Perlunya Saya Pakai Pakaian Arab?

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, beberapa hari lepas, saya dikejutkan dengan satu artikel dari seorang ustaz terkemuka dalam negara. Artikel entah bertajuk apa, tapi lebih kurang, setiap budaya dan negara ada pakaiannya sendiri. Terkebil-kebil membacanya sebab di sisi saya, seorang yang jahil tak de berapa ilmu macam ustaz ni, ada beberapa point beliau yang tidak dapat diterima bulat bola. Tulisan saya tentang sunnah pakaian telah disebutkan sekali di post tentang Serban. Tak perlu disebutkan point-point tersebut kerana saya bukanlah seorang yang sepadan ilmunya dengan beliau untuk membangkang atau memberi komen balas, jauh sekali. Cuma tulisan kali ini untuk menguatkan keyakinan kepada amalan yang sedia ada. Saya percaya dalam ribuan, ratus ribu, atau mungkin jutaan pembaca website tersebut, di antara mereka ada yang telah diberi Allah taufiq untuk istiqamah mengamalkan sunnah pakaian.



Mungkin untuk wanita, sunnah pakaian lebih kepada sunnah isteri-isteri Rasulullah yang pakaiannya lebih kurang kepada menutup aurat. Jauh beza dengan lelaki, pakaian sunnah lelaki yang mudah difahami ialah pakaian-pakaian tertentu yang dipakai di tubuh, bukan semestinya untuk menutup aurat, walaupun menutup aurat itu sendiri adalah sunnah Rasulullah.


Apa perlunya kita (lelaki khususnya) berpakaian sunnah?

  1. Tanda cinta kepada Rasulullah Sallahualaihi Wassalam.
    Mengapa perlu cinta itu perlu dizahirkan dengan pakaian? So kalau suami cintakan isterinya, dia pun kena pakai pakaian perempuan? Bukanlah begitu maksud saya. Maksudnya begini, kalau kita cintakan seseorang, pasti ada tandanya. Dan tanda tu tak terhad kepada beri bunga, puaskan hati dan sebagainya. Seorang anak cintakan ayahnya, selalu berbangga dengan kelebihan ayahnya, bercerita dengan kawan-kawan tentang ayahnya, begitu jua sebaliknya. Seorang yang cinta kepada seseorang pasti ada sesuatu yang ada pada yang dicintainya itu sesuatu yang jua dilteakkan di tubuhnya sebagai ingatan. Sesetengah orang mungkin berkata, dengan berpakaian sunnah, saya lebih mengingat Allah dan jauh dari maksiat. Mungkin kita semua pernah tedengar "pepatah" ~orang pakai kopiah pun beli nombor~ . Jadi pakaian tidak berkadar lansung dengan hati dan amalan, sebaliknya keimanan dan kecintaan itu sendiri akan melahirkan amalan dan pakaian.

  2. Tanda kita menghargai
    Menghargai sesuatu, seseorang akan meletakkan ia di tempat yang boleh dilihat ramai orang. Berbeza dengan pakaian wanita, yang tujuannya lebih kepada menyorokkan sesuatu yang harus disorok, pakaian sunnah lelaki , kopiah serban, jubah atas buku lali, cincin di jari manis, celak hari Jumaat, dan sebagainya, adalah manifestasi seseorang kepada berharganya ia dan seharusnya dihargai dengan memakainya di tubuh. Lamborghini, Merce, atau Viva (??) pasti menjadi pilihan untuk dibawa ke majlis-majlis rasmi dan ketika bertemu orang kenamaan, sebagai tanda ia adalah istimewa dan bukan calang-calang kenderaan. Begitu juga, jika kita biasa dengan alam bisnes, ahli perniagaan biasanya akan memakai jam tangan mahal sebagai tanda status pernigaan yang semakin maju ketika bertemu klien contohnya.

  3. Kita dari kalangan mereka
    Sekarang sibuk di sana sini, mereka, mereka dan mereka bercakap tentang EURO. Cuba kita lihat remaja-remaja, kanak-kanak, atau mungkin bapa-bapa yang dah melanjut ke umur 40-an dan 50-an, perasan kita dengan jersi mereka, mewakili negara yang bakal ke final. Sesiapa yang pakai jersi negara-negara yang dah kalah, dikira outdated sebab tak ambil berat situasi bola (sedangkan dah takde jersi lain nak pakai). Peniaga-peniaga jersi akan semakin untung, semakin untung. Jersi Rm30 di Rantau Panjang dah jadi RM60 kat KB. Sungguh menipu. Walau ditipu, sudah tentu ada yang membeli dek kerana tak tahu jalan ke RP atau tak mahu terlalu outdated sebab nak tunggu masa luang ke RP dah tak sempat :D . Ce test tanya, bakpe pakai jersi-jersi ni? semat sangat ke? Mungkin ada macam-macam jawapan. Sampai nak sollat pun pakai jersi. Jadi kalaulah perasaan "kita dari kalangan mereka" dari bola sepak negara-negara tertentu jadi "kita dari kalangan mereka" dari kalangan sahabat, pasti berubah suasana. Kedai-kedai jersi RP akan ditutup, kedai-kedai jubah akan habis stok sebab ramai sangat orang yang takde koleksi pakaian sunnah nowadays.

    p/s: mungkin perkataan "kita dari kalangan mereka" boleh interchangeable dengan "we are your fans"

  4. Menghormati masjid.
    Kadang-kadang rasa sedikit rimas dengan keadaan remaja (atau mungkin ada datuk kepada 11 cucu) yang solat tapi kepalanya tak bertutup. Cuba kita lihat, orang nak masuk istana ada protokol pakaian tertentu, nak masuk padang dengan boot RM300 Al-Ikhsan -nya, jersey atau baju team masing lengkap dengan nama dan nombor, seluar tight, seluar pendek pun naik RM50 sehelai, dan macam-macam lagi eksesori, tapi masuk masjid solat waktu, pakai baju yang kita pakai masa masuk kelas je, seluar jeans, t-shirt lengan pendek dan sebagainya. Mungkin kita takde jubah atau baju Melayu, itu dimaafkan, tapi bagi yang ada, ruginya anda sebab anda telah menghormati waktu main bola berbanding waktu masuk masjid. Tu belum kira doktor atau student madical yang nak "clucking" patients di hospital, dengan kurta putihnya, alat stetoskop, buku, pen, kad pelajar/staff dan sebagainya. Kalau ya, mungkin kita kena kaji balik keadilan kita dengan solat waktu ketika kita bertemu Allah azza wa jalla.

  5. Sunnah, pasti ada ganjaran
    Lupakan tentang "ustaz" itu, tapi kata ulama, setiap perbuatan Nabi sallallahu alaihi wasallam merupakan sunnah yang bukan dibuat-buat. Jika dikaji semula, sunnah pakaian Nabi bukanlah pakaian Arab 100%, sebaliknya adalah pakaian orang Arab yang telah di-revise semula baginda supaya ia sesuai dengan syariat. Jadi mudahnya, pakaian sunnah Nabi bukanlah pakaian Arab. Ia adalah pakaian Nabi dan sahabat. Hatta sehingga kini jika kita bertemu dengan mana-mana pak Arab, mereka sendiri pun tak pakai pakaian "so-called Arab" tersebut. Mereka lebih selesa dengan seluar slack, t-shirt Polo, dan tidak berkopiah. Jubah pun labuh tidak seperti yang pernah dilarang Nabi atas sebab-sebab ilmu feqah mereka yang melangit. Sahabat-sahabat yang dah istiqamah dengan pakaian sunnah yang diperoleh melalui pengajian, bukan dengan meniru pakaian orang Arab atau sesiapa, teruslah kerana setiap sunnah pasti ada kejayaan.

Kesimpulannya, pakaian juga adalah faktor agama yang cukup besar. Ia adalah lambang hati seseorang, tambah-tambah pulak bila berada dalam suasana yang jauh dari sunnah. Seseorang yang kekal mengamalkan sunnah bukan saja terkeluar dari mainstream, tapi juga tak terlepas dari celaan mulut laser dan pandangan tajam orang-orang bermata pedang.  Mengamalkan sunnah pakaian bukan seperti memakai jersey bola atau pakaian ke hospital dan sebagainya, bahkan ia adalah sesuatu yang lahir dari hati yang cinta. InsyaAllah thabat!

La Tajassasu

Suatu hari Akmal merasa kurang senang dengan perubahan yang berlaku kepada rumet beliau. Lantas cuba diselidiki atas bawah kiri kanan. "Mana tahu aku boleh nasihatkan dia nanti" bisik hatinya. Puas dicuba pelbagai cara, hack FB tak jadi, ekor dari belakang, tak mampu sebab takde masa. Lantas, satu idea terkeluar dari kotak fikirnya yang entah bersih atau tidak. Cek message di fon.

MasyaAllah terkeluarlah segala perkataan dan ayat yang tak sedap didengar, kata-kata yang tak sepatutnya. Akhirnya, rahsia hanya di situ, tanpa apa-apa tindakan susulan pun. TAMAT.

Tentang meneylidik keburukan orang (TAJASSUS), ALlah s.w.t. berfirman;

Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Untuk itu, sama-sama usaha untuk ambil pengajaran ayat;

1. jangan sangka buruk, bersangka baiklah
2. elakkan mencari2 kesalahan orang lain
3. elakkan mengumpat (berkta2 sesuatu yang betul di belakang seseorang, yang tidak disukai)
4. bertaqwalah (ketahuilah Allah melihat dan mendengar)
5. yang dah buat, bertaubat, kerana Allah kasihan melihat kamu berbuat kesilapan.

(Rujuk Tafsir Imam Qurthubi)

Jemaah Mana Agaknya yang Betul.

Assalamualaikum

"Apabila ummatku telah mengagung-agungkan dunia, maka tercabutlah kehebatan Islam, apabila ummatku meninggalkan amar ma'ruf nahi mungkar, maka diharamkan ke atas mereka keberkatan wahyu, dan apabila umatku saling caci mencaci, maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah" Riwayat Tirmidhi

Alhamdulillah. Hadith di atas ingatkan aku kembali masa-masa pemberian Allah di jalan-Nya beberapa masa yang lepas. Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain. Peribahasa hari ni, "tempat eksiden lagi dikenang, inikan pulak tempat dihantar khuruj". Menelaah tempat hadith di atas dalam internet(gugel), entah macamana boleh ketemu forum2 perbincangan tentang memilih jemaah dan kebenaran jemaah tabligh dan sebagainya.

Bab memilih jemaah, student-student 1st yr mungkin ada kemusykilan yang amat sangat. Yang sana betul,yang sini betul. Yang sana nampak berani, yang sini nampak slow, yang sana selalu jadi imam, yang sini subuh pun tak nampak. Owh, my akak senior suruh saya ikut jemaah dia, jemaah ni ada kawan perempuan sekelas ajak join, haaaa,kan pening. Jemaah sana rest je, hujung minggu gi pantai dan segala, ukhuwah pun terjalin hebat katanya, owh, kagum aku. Ni la dilema adik-adik yang budak surau, sibuk mencari jemaah, sebab tak de expose masa sekolah dan matriks, sibuk belajar of kos. Senang cerita,(kalaulah anda berkaitan), ikut nasihat nih,. Saya pernah bagi cadangan pada adik junior, yang ada beberapa jemaah sebelum ni. Pilih ikut keadaan di bawah

1 Mengingatkan anda kepada Allah
2 Dapat jaga solat dengan sempurna
3 Tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
4 Membawa sunnah (al-quran,hadith,ect)

Walaupun ada nasihat di atas,tuan bagi nasihat tak apply pun (sebab hamba Allah ni ikut naluri mana lebih kuat), tapi itu adalah pilihan orang berakal, dan berilmu. Kehidupan di universiti agak mencabar. Ada beberapa situasi yang sebabkan anda hanyut jika tidak berada dalam jemaah,(kecuali ada jemaah tabligh yang istiqamah ziarah di tempat tersebut, dengan izin dan hidayat Allah). Jadi janganlah bersendiri, bila kita baik seorang diri, sama ada kita akan terus baik seorang atau kita masuk jemaah gamers, jemaah motor, jemaah pelik yang akhirnya menjauhkan kita dari keredhaan Allah.

Saya tak nafikan setiap jemaah yang menamakan mereka jemaah dakwah punya metod tersendiri. Ia bukan pecahan usrah dan tabligh saja,bahkan usrah sendiri punya cabangan sendiri yang masing-masing ada metod yang berlainan. Tapi semuanya InsyaAllah bertujuan redha Allah dan keampunannya, pada asasnya. Fitnah juga tidak terpilih berlaku kepada jemaah tabligh saja, bahkan sejak saya di dunia internet dan pergaulan dengan ustaz-ustaz tabligh atau tidak, mereka juga ada pendapat yang negatif kepada beberapa jemaah usrah tempatan.

Baik orangnya atau tidak soal lain. Golongan khawarij (kata sahabat saya) juga solat berpuluh-puluh rakaat sehari. Lihat saja bagaimana Syiah memajukan nama Islam di mata pemimpin-pemimpin dunia lain, pada hal beberapa pendapat tidak mengiktiraf mereka sebagai fahaman Islam yang diterima. Wallahua'lam.

Hakikatnya teruslah istiqamah menghampirkan diri dengan Allah, lihat diri dan baiki. Lihat orang lain dan ajak mereka juga ke jalan yang sama. InsyaAllah anda dalam pemeliharaan Allah. Sahabat-sahabat radiyallahuanhum ajmain bukanlah tabligh atau usrah atau apa-apa persatuan, malah mereka bersatu hati menyokong Rasululullah dalam apa jua keadaan. Kita bagaimana? Wallahua'lam.

Selamat beramal!

p/s: Fiq Kofallah, ana masih ingat request anta, InsyaAllah dalam pembikinan


Syeikh Nuruddin Banjari, Jazakallahukhair..

Assalamualaikum.

Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam Bersabda :

و ا نّ ا العلما ء و رثة الأ نبيا ءلم يورثوا دينا را ولا د ر هما وانما و ر ثوا العلم فمن أخذه أخذ بخظ وا فر

Artinya : Dan Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi . Dan Sesungguhnya para nabi tidaklah mewariskan dinar maupun dirham , hanya saja mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil ilmu tersebut berarti dia telah mengambil bagian ilmu yang banyak .

Alhamdulillah.Jarang sangat menulis di CC. Di kampus internetnya free,balik kampung agak payah.Siapa nak datang ke kampung saya silalah,agaknya dalam 15 tahun lepas pernah dapat anugerah kampung tercantik. Istimewa kampung saya ada sungai air payau yang banyak lubuk ikan dan hutan bakau yang banyak udang dan ketam. Masa kecik2 dulu biasa study dan siapkan homework tepi sungai(kami bahasakan laut)sambil hirup udara angin Sungai Dinding payau. Sekarang dari jauh boleh nampak Jambatan Raja Permaisuri Bainun,Lumut membelah sungai. Cantik betul! Nak datang kontek lah, ada chalet tepi sungai.(eh promote sikit)

Terasa bayu keberkahan dan rahmah Ramadhan, sambil di sudut hati berharap diserta dalam maghfirah bagi 10 yang kedua nih!

Hadith di atas;. Di Kuching lepas, Alhamdulillah salah satu route kami, Surau Mahmudi, KM4 Jalan Matang, tak silap dekat Kampung Gitak. Salah satu malam kami diisi dengan ceramah dari seorang bekas mufti.Teringat kembali, aku bertanya diri,jauh mana aku menghormati ustaz2. Malam tadi ustaz Majlis Agama Islam yang tanggungjawab mengajar di kampung, melawat kami di masjid. Semoga Allah memberiku taufiq menghormati dan bershuhbah dengan mereka.

Terima akhi Saiful Anuar kongsikan link video.





Ni Syeikh Maulana Asri
Biar mereka tak sependapat dalam fiqh dan ulum hadith, tapi keduanya sependapat tentang tabligh dan usaha atas iman. Apapun, pandangan kedua Ulama ni, bukan gambar sebenar Tablgih atau dibahasakan usaha atas iman. hanya yang pernah rasa akan tahu apa rasanya. Buat yang baru2 nak kenal, duduk2lah di majlis2 bayan dengan tawajuh, keluar 3h dengan mengikut segala adab2 khuruj. InsyaAllah hanya Allah yang punya faham dan hanya Dia berhak mengurnia faham.Jom 3 hari!



Tasbih kaffarah.Wassalam

Andai Tiga Ta Jadi Buruan... Andailah.


Alhamdulillah,

Assalamualaikum. انداي تيݢ تا جادي بوروان

Islam tidak terbangun dengan kelebihan.~~~

Sila baca ini dulu ya!

Ini jawabku

@seorang tidak berharta
@seorang yang tidak berpangkat
@seorang yang tidak banyak Ilmu

Kalau dan harta kekayaan asbab cemerlangnya Islam,maka yang lebih utama menyebarkannya adalah Abu Lahab dan Abu Jahal, Orang Syam sebab terenya meeka beniaga.

Andai kekuatan dan kerajaan faktor tersebarnya Islam, pastilah nabi bukan yang paling layak. Baik juga kiranya Allah memberi hidayah kepada salah satu raja dari Rom dan Parsi, keana ia bukan suatu yang mustahil bg Allah

Jikalah ilmu asbab berkembangnya Islam, maka yang paling layak tentulah pemimpin2 agama Yahudi yang sangta bepengaruh di kalangan og Yahudi dan orang Arab ketika itu.Kerana di tangan mereka ada taurat yang nyata masih suci tanpa penyelewengan walaupun yang diaja adalah yang terseleweng. Ini juga bukan mustahil bagi Allah untuk memberi hidayat pada mana2 Ulaam mereka.

Tapi hikmah Allah , dakwah ini diberi pada seorang yang yatim tidak berharta,malah rezekinya tersalur dari seorang Isteri yang Solehah pemimpin para mujahidah Syurga. Asbab dakwah Allah memberinya harta dari orang2 yang berharta.

Dakwah disebarkan oleh seorang pemuda dari Bani Quraisy yang tidak berkerajaan malah tidak mengenal erti membaca menulis,apalagi mahu bedebat berlaga ayat. Lemah tanpa mampu memberi perlindungan buat orang2 yang mengikutnya. Namun asbab dakwahnya Allah lantas membei ketakutan kepada raja2 lalu takhtanya ditumpas.

Dakwah rasulullah ini mulanya pada seorang yang diajar satu ayat, lalu dijawab "aku tidak tahu", maka apakah yang harus disampaikan pada kaumnya,melainkan apa yang diberi sedikit2 oleh tuhannya. Lalu asbab dakwahnya yang ditanggung bersama derita itu, Allah menurunkan kitab yang terpelihara dan hikmah yang bermakna buat umat yang seterusnya.

Lalu atas alasan apakah aku tidak mampu mengmbil tugas ini. Seorang yang banyak harta,lalu berani mengatakan"aku punya banyak harta,maka dengan ia aku kembangkan Islam ini." ~ Di mana orang2 kaya Andalus yang milik mereka harta 2 dan kerajaan yang besar antara dua Sungai????Adakah tidak lagi tanda2 kekayaan mereka?

Atas sebab apakah ada yang mengatakan " aku punya kerajaan maka dengan kerajaan ini akan ku perintah Islam dilaksana, dan dengannya aku sebarkan". Lalu mana beza dgn Khilafah2 dahulu yang punya kekuatan lebih besar lebih kuat dari Amerika kala ini?

Atas maksud apakah ada yang berkata,"aku telah ajarkan ilmu2 agama ini,dan ia jihadku" ~ lalu adakah beza dengan Wali2 Yahudi yang mengajarkan Taurat kepada pengikut2nya?~ lalu adakah kamu fikir Yahudi tidak mengajarka Taurat kepada anak2 mereka?

Tidak,bahkan kerana pengorbanan meltakkan harta ,takhta, dan wanita di tangan, dan kekuasaan dan nusrah Allah di fikiran,maka apakah lagi yang lebih kuat kuasanya dari tuhan yang memegang tampuk kuasa di Arasy Adhim?

Wallahua'lam. tatata.. (",)

Antara Atas dan Bawah, Antara Benar dan Betul...

Alhamdulillah

Assalamualaikum. InsyaAllah atas tujuan perkongsian ilmu di sini ada satu artikel dari Ustaz Al-alorstari tentang dua tangan atas dada bawah dagu yang ada di kalangan kita praktikkan. Mungin ada yang dapat ni dari kiab Sifat Solat Nabi ~ Al-Albani = betulkan jika silap, yang agak famous, sebab kitab ni sangat senang didapati secara pdf,berbanding kitab-kitab solat lain. Dan ia juga disertakan dengan dalil-dalil yang menurut pemegang pendapat yang sama, ia adalah amalan berdalil. Tentang Sifat Solat Nabi tulisan Al-albani , ada ulamak Sunnah Mesir yang menerbitkan satu lagi kitab yang hampir sama, terjemahan Ustaz Zamihan Al-Ghari. Tak salah mengambil mazhab sendiri, dalam zaman global ni. Semua diterima,tapi biarlah berguru ya! InsyaAllah, moga Allah beri kita taufiq.

(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Ibn Abdullah)

- Mengenai posisi kedua tangan (bersedekap) setelah takbir (pada waktu berdiri), Berkata Alhafidh Imam Nawawi : “Meletakkannya dibawah dadanya dan diatas pusatnya, inilah madzhab kita yg masyhur, dan demikianlah pendapat Jumhur (terbanyak), dalam pendapat Hanafi dan beberapa imam lainnya adalah menaruh kedua tangan dibawah pusat, menurut Imam Malik boleh memilih antara menaruh kedua tangan di bawah dadanya atau melepaskannya ke bawah dan ini pendapat Jumhur dalam mazhabnya dan yang masyhur pada mereka” (Syarh Imam Nawawi ala shahih Muslim Juz 4 hal 114)..

Dari penjelasan ini fahamlah kita bahwa pendapat yang Jumhur (kesepakatan terbanyak dari seluruh Imam dan Muhaddits) adalah menaruh kedua tangan di antara dada dan pusat, walaupun riwayat yg mengatakan diatas dada itu shahih, namun pendapat Ibn Mundzir “bahwa hal itu tak ada kejelasan yang nyata, bahwa Nabi saw menaruh kedua tangannya di atas dada, maka orang boleh memilih” (Aunul Ma’bud Juz 2 hal 323.
mereka itu kebanyakan tidak bermadzhab, entah kemana arahnya, mengikuti pendapat2 yang tak bersanad, cuma nukil nukil di buku hadits lalu berfatwa,berkata Imam Nawawi bahwa pendapat yg paling shahih dan merupakan Jumhur (terbanyak dari para Imam), adalah menaruh tangannya dibawah dadanya, dan diatas pusatnya,
dan pada Madzhab Imam Malik (maliki) melepaskan tangan ke bawah seperti orang berdiri. (Ibanatul Ahkam bisyarah Bulughil maram Juz 1 hal 398).

Kitab I’anah Al-Talibin Juga menyatakan “…Meletakan tangan di bawah dada, di atas pusat adalah ITTIBA’ (Mengikut Sunnah Nabi)Yang dimaksudkan dengan di bawah dada dan di atas pusat ialah condong ke sebelah kiri kerana hati itu di bahagian kiri.

Ini diriwayat dari Ibnu Huzaimah Didalam Sahihnya daripada Wail Ibn Hujr Yang Menyatakan” Aku bersolat bersama Nabi saw, maka Nabi saw meletakan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah dadanya"


DISUNATKAN MELETAKKAN TANGAN KANAN DI ATAS TANGAN KIRI , DI BAWAH PUSAT ATAU DI ATAS PUSATNYA.

Amalan ini adalah sepakat tiga Mazhab sementara Malikiyyah menyebutkan sebagai MANDUB.

IMAM MALIK : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.
IMAM HANAFI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAMA HAMBALI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAM SYAF’E : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.

Ini lah pendapat 4 Mazhab dalam masaalah meletakan tangan selepas Takbir di dalam sembahyang.(Kitabul Fiqah Al Juzairi)

Pendapat yang mengatakan meletakan tangan di bawah dagu di atas dada adalah pendapat yang tidak kuat. Malah hadis yang berkaitan dengan meletakan tangan di atas dada di bawah dagu ini talah dipertikaikan di dalam Multalqa Hadis di Madinah Al- Munawwarah beberapa tahun yang lalu.

Black and White

Assalamualaikum wbt,

hehe...back to blogger
i guess the main reason y i buy a domain & hosting is accomplished (which is for testing and playing)
so i don't feel bad having it that way

back to the topic
last week i bought my first ever black jeans trousers (why black and not the common blue jeans?)

to make it short.
I soak it with my favorite white shirt(read menggali shirt) and later it surprise me that the color went all over the other cloth that I soaked with.
so there goes my favorite white shirt.I can't remove the black color as it stain in certain place of the shirt and cannot be remove easily.

well, i guess it time to say good bye to the shirt.it still can be wear though but it wouldn't look nice with the black patches.

looking the situation at different point of view

I guess this is a sign for me from Allah
because this past week i've been what i'm afraid to be (read ichigo vs hollow - and i've been that hollow)

I've done many sinful things this past week,..
I know it is wrong yet I can't control my desire to overcome it
the first time I did it really struck me in the face but then come the second and so forth
it feel like just curiosity that i feed on.

I dunno what kept me from not doing it yet it so hard to overcome it
one day I can keep it off me, yet another day it come to me much more than before

During that time, I remember what I got from usrah umum.
my mas'ul said that "the nature of the sins is that it will attact other sins towards you"..
I definitely agree with the statement, because the moment you decide to commit the sins it is hard for you to turn back as more and more sins will come towards you as if you have nothing else to do rather than committing all the sins.

that where the part white vs black comes in.
that is where this post is all about.
in life ..
one cannot mixed good with bad, black with white, deed with sins
because the nature of the bad itself will attract more bad thing and in the end it will take over good

I said this based on my experience
I've done it before
I've recovered from it before
yet now I've done it again...
and I dunno when I'll fully recover from it
I seek help from Allah through my subconscious and I got my answer from my surrounding

which I can pretty much said that it is an ibrah from a bad situation

"Sometimes you feel that it is good for you yet it is not, and sometimes you feel that what is happening to you is bad yet it is not..and Allah knows best"
Sins is like a cancer
if you want to opt it out, you have to completely remove them
don't let even a zarah of it left,..
99.9% is not enough...you have to keep out of it 101%
because a small portion of it can develop into bigger size
and once it become big again...it's hard for you to restrain it

maybe I should do like what the ulama have done before
they keep a lighter in their pocket and when they've done anything wrong they'll lite up and put the fire in their palm..so that it'll remind them of hell fire..

You can feel the impact of doing sins throughout your daily life..
if before you can wake up early, maybe around 4-5am in the morning and pray
then after you've done anything sinful in a day, it definitely hard for you to maintain waking up early.
even you might miss subuh prayer because of waking up late...
that is just a simple sign of doing sinful things

Sometimes I wonder why some people performed well yet they've done sinful thing in their daily life?
so I experiment it myself,..indeed it's true..
but then I think about it again,.deeply think of it..
is Allah agree with our sins thus He gave us success?
is the success that we gain really have barakah in it?
is this the right way to become a successful person?

My dear readers,
success don't comes easily to us,
we need to sacrifice something to gain it..
same like heaven
some people pay the afterlife with their life in the world,..so they get both of it
yet most of people pay the world with their afterlife and so they get the world but not their afterlife

we have to loose something in order to get something

indeed it is true,..
but in Islam..
the equation is different.
1 + 1 doesn't means 2
in a way you might get 2 but in another way you will get 1 again.

so think about it
to me it's better than having a better place in the after life rather than a success in this world
we worked hard
we strive our best

and it's up to Him to give us or not..
myb we'll get it now or maybe we'll get it later
but definitely we will get it...

I guess it's enough for now..
there so much thing I want to write that now it is mixed up and can't be describe well

as a conclusion..
never ever mix up white and black/good and bad



Maut menunggu

Maut menunggu

Entah mengapa ku rasa ia kian pantas mendekat,

Ia di depan, dan aku menujunya.

Maut itu semakin hampir,

Dan aku tak tahu apa yang sedang kulakukan,

Seperti segan menemunya,

Sedang ia adalah pasti.

Lambaian maut kian kulihat,

Suaranya sayup menegur,

Namaku,

Dan kurasa ia kian hampir.

Maut menunggu,

Dan aku masih terleka di sini.

Seakan ia sekadar mainan.

Wahai jiwa,

Mengertilah, maut menanti hadhirmu,

dan ia semakin dekat,

Dengar wahai jiwa,

maut menunggu.

Sunnah Serban, Untuk Siapa? #1


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tahukah anda serban adalah tanda kemenangan orang Islam.Ikuti selanjutnya...


Menurut Al-Hafiz Ahmad Al-Ghammari dalam Mutabaqah AL Ikhtira'at Al Asruan Lima Akhbar bihi Syed Al-Bariah, telah berkata Al-Allamah Ibnu Laal menurut sanad daripada Sahabat Amran b Hussein bahawa Nabi SAW bersabda,maksudnya;


"Serban itu kehormatan orang mukmin dan kemuliaan orang Arab. Apabila orang Arab membuang serban mereka, maka beerti mereka telah membuang kemuliaan dan kemenangan mereka."


Al Imam Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus bersanadkan daripada Sahabat Ibnu Abbas,telah berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW,maksudnya,


" Serban itu mahkota orang Arab, apabila mereka menanggalkan serban beerti mereka telah menanggalkan kemuliaan,kehebatan, dan kemenangan mereka."


Al Allamah Mufti Brunei, Hj Ismail b Omar Abdul Aziz,memberi komentar berhubung dengan hadis-hadis di atas,dengan katanya,:


" Ini suatu mukjizat Nabi SAW, kerana serban itu adalah pakaian orang Arab (Islam). Tiadalah terfikir bahawa orang Arab itu akan menanggalkan serban mereka. Menurut sejarah setelah Turki menakluk dan memerintah kebanyakan tanah Arab, maka tarbus telah mengambil tempat serban. Setelah mereka tanggal serban diganti dengan tarbus,lalu datang penjajah barat menjajah pula. Umat Arab pun stelah itu terus menurut segala perangai penjajah barat, mereka terus menggondolkan kepala tanpa apa-apa penutup kepala,mereka lansung meninggalkan tabiat Islam."
(petikan dari Risalah Peribadi Orang Islam)


source; Batas-batas Aurat dan Pergaulan serta Hukum Persolekan Dalam Islam;Ustaz Jaafar Salleh, Pustaka Azhar, ke-4 2009.


Komentar; tak hairan pak-pak arab yang hafiz-hafiz dan alim pun gondol kepala masa solat. emmm. Agak2 boleh terima tak meninggalkan sunnah pakaian Nabi pun leh jadi Islam jatuh. kalau amal balik apa jadi??hehe. Masa solat jangan gondol kepala ya!!!


Kadang-kadang rasa jealous dengan pak2 Arab, bila bicara bab hadith mereka nombor satu,macam tahu segala. Ayat2 Quran tak perlu cakap,memang lancar saja di lidah,macam kita hafal peribahasa.


Tapi bab2 pakaian ni boleh kata ada unsur2 penjajah. Pakai neck-tie biasa dah, tapi serban jarang sangat nampak. Adalah beberapa orang Arab Yaman yang boleh kenal cara ikatan mereka. Selain dari yang tu, time solat pun gondol.


Apa nak cakap ya, ilmu mereka lagi tinggi. Hafal Al-Quran Hadith.


Teringat satu hadith mafhumnya,umat Islam akan sesat dari jalan benar,kemudian sahabat bertanya adakah kerana tiada Al-Quran dan hadith, kemudian lebih kurang baginda jawab, adakah Yahudi tu tak ajar anak2 mereka Taurat? .. Makna dasar hadith ni, banyak ilmu belum tentu dapat jamin seseorang di alndasan betul. Belajar Alquran sunnah, tapi tanpa amalan,akan sebabkan ia jadi musibat, Nauzubillah....


Bukan nak memburuk2kan orang Arab, tapi sekadar jadi contoh. Sebab sistem pengajian agama orang negara2 Arab tak sama dengan kita,. Tamat sekolah menengah di sana leh jadi Ustaz kat Malaysia. Contoh ni buat jadi pedoman saya, dan siapa2 yang membaca.


Wallahua'lam. InsyaAllah ada sambungannya...




Dakwatuna ~ Dakwah Kami.


Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Entah beberapa entry sebelum ni banyak bercerita tentang dakwah. Pasal "khuruj", "masthuraat", dan terkadang copy-paste yang dah jadi adat biasa seorang bloggers. :-) . Dakwah ni jarang ditulis, walaupun ada yang menulis untk dakwah. Dakwah yang sebenar bukanlah sekadar di jari, kerana kesan yang sudah diketahui umum tak sama dengan dakwah secara berdepan. Jadi dakwah yang diistilahkan di sini bukan dakwah internet, dakwah Facebook, dakwah artikel, dakwah chatting atau dakwah webcam, sebaliknya dakwah dengan pengorbanan nafsu,keluar dari bilik dan rumah, dan mengajak dengan lidah lembut Italicdan wajah yang bersih. Dakwah sebegini metodnya jarang ditulis dan penulisan2 tentangnya jarang didapati dalam media-media cetak mungkin berasalankan ia lebih sesuai diketahui secara terus. Jadi di sini dibawakan satu penulisan tentang jawapan seorang "ustaz" tentang Tabligh dan tabligh.

APAKAH TABLIGH SEBENARNYA?

Soalan;
Yang dikatakan TABLIGH tu apa sebenarnya?
Pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?
Pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?

JAWAPAN

Jawapannya bergantung kepada apa yang anda maksudkan. Ini kerana perkataan itu anda tulis "TABLIGH" bukannya "Tabligh" atau "tabligh". Maka saya kekurangan maklumat. Tambahan pula saya Insan Dhaif yang tidak mampu membaca pemikiran manusia lain.

Perbincangan dalam artikel yang anda baca di atas berkisar tentang "Jemaah Tabligh" yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas.
Kalau "Tabligh" yang tuan maksudkan adalah "Jemaah Tabligh" yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas,maka penerangannya adalah seperti di bawah:

Pengasasnya Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944)

Lahir dan membesar
di Kandhla, India.
Antara gurunya Maulana Rashid Ahmad Gungohi, Maulana Khalil Ahmad,Shah Abdul Rahman Raipuri & Maulana Ashraf Ali Thanawi.

1908 memasuki Darul Ulum, Deoband. Belajar hadith daripada Syeikh al-Hind Maulana Mahmudul Hassan.


Tabligh bermula di daerah Mewat.

Maulana membuka madrasah di Mewat tetapi kurang sambutan menyebabkan dia mengubah taktik dengan menumpukan kepada usaha dakwah.

Selepas abangnyaMuhammad yahya meninggal, pusat gerakannya berpindah ke Masjid Bangle Wali, Nizamudin.
New Delhi.

Semasa hidupnya, Jemaah Tabligh masih terbatas di
India.

Anaknya Muhammad Yusuf Kandahlawi berjaya menyebarkan Jemaah Tabligh ke luar
India.

Pimpinan bertukar ke pada cucunya Muhammad In'amul Hassan Kandahlawi bersama Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria al-0Kandahlawi yang terkenal itu.

(* Dipetik daripada tulisan saya tentang Jemaah Tabligh)


Kalau pertanyaan anda memaksudkan perkataan “tabligh”. Maka salah satu maknanya yang masyhur ialah “menyampaikan”.


Ada
pelbagai lagi pemahaman tentang “Tabligh”. Antaranya ketika Laskar Jihad hendak berangkat ke Ambon untuk menentang kezaliman penganut agama Kristian di sana, pemimpin mereka (* kalau tak silap saya Jaafar Umar Talib/ Taib) menyampaikan pesanan terakhir yang dinamakan “Tabligh Akbar”.

Soalan anda:

“yang di katakan TABLIGH tu apa sebenarnya?”
”pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?”
”pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?”


Saya tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati kerana tidak tahu “Tabligh” apa yang anda maksudkan.
Maka saya berusaha membantu kerana Allah dengan cara di bawah. Semoga ada manfaatnya walaupun sedikit.

Pertama, saya andaikan anda maksudkan Jemaah Tabligh.


“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” itu bukan Jemaah Tabligh, namun jemaah tersebut memang menjadikan itu salah satu daripada usaha dakwah mereka, dan ayat yang lebih tepat berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”… tanpa perkataan “je ke”.


“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” juga bukan Jemaah Tabligh namun jemaah ini memang menjadikan pelajaran untuk keluar berdakwah sama ada 3 hari, 40 hari, 4 bulan atau seumur hidup dan sebagainya salah satu daripada usaha dakwah mereka. Kegiatan mereka juga tidak terhad di surau saja tetapi juga masjid dan tempat-tempat lain jika tiada tempat khusus untuk melaungkan azan.


TAMAT bahagian ini.


Kalau anda maksudkan erti perkataan “tabligh” yang membawa maksud “menyampaikan”, maka jawapannya seperti di bawah pula:


“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” bukan tabligh iaitu “menyampaikan”, tapi ia boleh jadi tabligh iaitu menyampaikan jika ayatnya berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”- ini memang tabligh.


“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” bukan tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau saja-saja pergi duduk/ melepak, namun ia boleh menjadi tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau perdi duduk di sana dengan niat untuk mengambil pelajaran. Ehwal ini lebih dikenali sebagai “bertabligh untuk diri sendiri” atau “menyampaikan keagamaan untuk diri sendiri”.


Setakat itu saja yang mampu saya bantu berdasarkan soalan anda. Harap ribuan maaf jika tidak mampu memuaskan hati. Banyak forum agama di ruang maya internet ini,
cuba anda minta pandangan ribuan umat Islam di sana untuk mendapatkan jawapan yang lebih baik tentang TABLIGH yang anda maksudkan.

“SOALAN YANG JELAS MEMUNGKINKAN JAWAPAN YANG JELAS”


Wallahualam.


Alexanderwathern

JAN 2007

SUMBER;


Make Bejuruh II




Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Sambungan make bejuruh atau bahasa standardnya makan beradab betertibkan sunnah Nabi. Semoga kita diberi taufiq untuk diterjemahkan dalam bentuk amalan.

7. Mengutip makanan yang jatuh dan melicinkan pinggan/talam makan


Dari Anas رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم itu apabila makan sesuatu makanan, maka beliau menjilati jari-jarinya yang tiga buah - yang digunakan untuk makan yakni ibu jari, telunjuk dan tengah - dan beliau صلی الله عليه وسلم bersabda: "Jikalau suapan seseorang dari engkau semua itu jatuh, maka singkirkanlah kotoran-kotoran yang menempel di situ, selanjutnya hendaklah memakannya dan janganlah ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan."

Beliau صلی الله عليه وسلم juga menyuruh kepada kita supaya kita mengusap piring - lalu memakan sekali jikalau ada makanan yang ada di situ -dan beliau صلی الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah
terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)



8. Bacaan Basmalah dan Hamdalah


Dari Hudzaifah رضي الله عنه, katanya: "Kita semua itu apabila mendatangi makanan bersama Rasululiah صلی الله عليه وسلم, maka kita tidak akan meletakkan tangan-tangan kita lebih dulu sebelum Rasulullah صلی الله عليه وسلم memulainya, lalu beliau meletakkan tangannya. Sesungguhnya kita semua pernah mendatangi makanan pada suatu ketika bersama beliau صلی الله عليه وسلم, lalu datanglah seorang jariah - wanita, mungkin seorang hamba sahaya atau seorang merdeka, seolah-olah ia dijorokkan - karena amat cepat jalannya, lalu ia maju untuk meletakkan tangannya pada makanan, kemudian Rasululiah صلی الله عليه وسلم mengambil tangannya - dilarang makan dulu.

Seterusnya datang pulalah seorang A'rab - penghuni pedalaman negeri Arab, seolah-olah ia dijorokkan, lalu tangannya diambil pula oleh beliau صلی الله عليه وسلم Setelah itu Rasululiah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu mencari halalnya makanan itu apabila tidak disebutkan nama Allah Ta'ala atasnya - yakni tidak dibacakan Bismillah lebih dulu. Sebenarnya syaitan itu datang dengan membawa jariah ini untuk mencari halalnya makanan ini baginya, tetapi saya telah mengambil - yakni menahan - tangannya. Kemudian datang pulalah syaitan tadi dengan membawa orang A'rab ini untuk mencari halalnya makanan ini baginya, lalu saya ambil pula tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya tangan syaitan itu ada di dalam genggaman tanganku int bersama kedua tangan orang yang kupegang ini."

Sesudah itu beliau صلی الله عليه وسلم menyebutkan nama Allah Ta'ala - yakni membaca Bismillah - lalu makan." (Riwayat Muslim)

Walahualam.. Wassalam

Make Bejuruh




Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Kali ni kegunaan Salafy DB diaplikasikan lagi untuk tatapan saya dan semua pengunjung. Ada beberapa adab makan yang semoleknya dimuzakarahkan sebelum makan. Setiap amal menjadi sunnah sekiranya amal-amal Nabi s.a.w. dappat dipraktikkan. Kadang-kadang kita tahu dah ia sunnah, tapi bila ada orang mengatakan mana dalilnya, mungkin kita terkedu sekejap sambil menggaru2 rambut yang kian botak dimamah usia. Justeru moleklah kirany kita berguru dengan bertanyakan perkarra2 tersebut dan bermuzakarah sesama kita untuk istiqamah dalam sesuatu aal, serta mengajak juga orang lai untuknya.

Adab makan;

1. Mengutamakan orang tua, alim ulamak.


Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda:
"Saya pernah melihat diri saya sendiri dalam impian di waktu saya sedang bersugi dengan menggunakan sebatang kayu siwak. Kemudian datanglah padaku dua orang lelaki, yang satu lebih tua daripada yang lainnya. Lalu siwak itu hendak saya berikan kepada orang yang lebih muda, tiba-tiba ada seorang yang berkata padaku: "Berikanlah kepada yang tua." Oleh sebab itu, maka saya berikanlah kepada yang tertua di antara kedua orang tadi."
Diriwayatkan oleh Imam Muslim sebagai musnad dan oleh Imam Bukhari sebagai ta'liq.

2. Makan tangan kanan dan dengan tiga jari


Dari Salamah bin al-Akwa' رضي الله عنه bahwasanya ada seorang lelaki makan di sisi Rasulullah صلی الله عليه وسلم dengan tangan kirinya, lalu beliau صلی الله عليه وسلم bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Orang itu menjawab: "Saya tidak dapat - makan dengan tangan kanan." Beliau lalu bersabda: "Engkau tidak dapat?" Tidak ada yang menyebabkan ia berbuat sedemikian itu kecuali karena kesombongannya. Maka ia tidak dapat mengangkatkan tangan kanannya ke mulut - untuk selama-lamanya sejak saat itu. (Riwayat Muslim)

3. Menegur orang yang makan/minum dengan tangan kiri


Dari Umar bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya - pada ketika itu - adalah seorang anak yang ada di bawah pengawasan Rasulullah صلی الله عليه وسلم tanganku berputar-putar ke sekitar piring - kalau makan. Lalu Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda kepadaku: "Hai anak, ucapkanlah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa- apa yang dekat denganmu." (Muttafaq 'alaih)



4.Makan dari bahagian tepi


Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma dari Nabi صلی الله عليه وسلم, sabdanya:
"Keberkahan itu turun di tengah makanan, maka makanlah engkau semua dari kedua tepi makanan itu dan janganlah makan dari tengahnya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.


6.Juga sunnah menggunakan tapak kaki untuk mengesat tangan berminyak.

Dari Said bin al-Harits bahwasanya ia bertanya kepada Jabir tentang hal apakah wajib berwudhu' karena makan sesuatu yang terkena oleh api - yakni yang dimasak dengan api - lalu ia menjawab: "Tidak, sungguh-sungguh kita dahulu yaitu di zaman Nabi صلی الله عليه وسلم tidak mendapatkan makanan yang dimasak dengan api itu kecuali sedikit sekali.Jikalau kita menemukan makanan itu, kita tidak mempunyai saputangan-saputangan - untuk mengusap selesai memakannya - melainkan yang ada ialah tapak-tapak tangan kita, lengan-lengan kita serta kaki-kaki kita - maksudnya tapak tangan, lengan dan kaki itulah yang digunakan untuk mengusap jari-jari setelah selesai makan, seterusnya kitapun lalu bersembahyang dan kita tidak berwudhu' lagi." (Riwayat Bukhari)

Aku, Dia, dan Sepatu ...tuk3

‎"Pakcik serba salah nak cakap. Tapi peraturan exam tak boleh pakai kopiah yer dik." (Pakgad, 2010) T_T (source: quote FB status Mohd Hafiz Jamaludin/Bijen)

____________________________________________________________________________

Kisah 1;

Aku tak ingat kat mana, tapi mungkin kat kawasan Ipoh Parade atau Greentown Mall, dan sewaktu dengannya(aku tak ingat exact place). Aku berjalan dengan memakai baju Raihan, berkopiah. Simple-simple je. Aku selalunya pakai pakaian camtu masa berjalan-jalan di Bandar, kalau tak ber-tshirt.

Aku ditegur Chinese aunty yang over ramah,” adik, baru balik semayang ka?” .Aku mengangguk buat-buat ya. Sedangkan Zohor (jika berjemaah di awal waktu) dah habis dekat sejam lepas. Aku tersenyum sendirian.

Baju Raihan menghampiri sunnah. Diriwayatkan dalam Syamail Tirmidhi dari Ummi Salamah”Dari sekelian pakaiannya Rasulullah s.a.w. suka memakai gamis(thaub)”.

Gamis menurut pemahaman kita adalah baju raihan, sebaliknya telah berkata Allamah Shami rah. “ia hendaklah sampai di pertengahan betis” . Rujuk Shamail Muhammadiyah Maulana Zakaria rah. Apapun sekarang pemahaman orang Baju Raihan tu hanya untuk solat, sedangkan ada je yang pakai t-shirt masa Jumaat.

Kisah 2;

Aku masa kecik2 dulu baca doa makan angkat tangan. Masa darjah satu, aku cam biasa sebelum makan angkat tangan untuk doa. (sekarang baca doa makan tak angkat tangan,huhu)

Aku ditegur sorang pakcik tukang kebun India(aku ada jumpa dia lagi, tapi dah tak keje kat sekolah tu dah)” bagus ini budak, sebelum makan itu nasi dia ada semayang juga!” . Aku tak ingat respon masa tu, sebab 14 tahun lepas. Tapi ingat la scenario die.

Orang bukan Islam tak faham apa beza semayang dengan doa, terutama Hinduism. Walaupun maksud sebenar solat itu doa, tapi kita tahu kan beza die. Doakan hidayat ke atas pakcik Sanggapa!

Kisah 3;

Sewaktu khuruj 1 hari (student), aku bertugas sebagai khidmat memasak. Usai mencari barang dan membuat bayaran, aku ditanya makcik kedai,” demo ngaji madrasah mano?” aku jawab ngan penuh teliti,” dop la, kami jemaah dok masjid dekak (dekat) ni tigo hari”.

Anggapan makcik tu kurtha yang aku pakai tu hanyalah untuk para ustaz, ulamak, dan pelajar-pelajar madrasah.

Kisah 4;

Entah macamana kehendak Allah, aku ada sejemput janggut kerinting yang agak panjang(segenggam), kalau lurus entah panjang manalah agaknya. Tengok pakcik-pakcik belah mak dan ayah, takdelah sepanjang ni! Kerana panjangnya janggut aku, ada juga dua tiga kali diminta jadi imam kalau singgah di perhentian bas atau PLUS, walaupun ada yang lagi berumur dari aku.

Aku tahu ramai lagi orang yang kena macam ni. Ada baik dan ada buruknya. Kebaikannya aku mula berniat mencari ilmu sebagai imam yang sempurna, maka jika ditolak sebagai imam at least takdelah terkejut insyaAllah.

Kesimpulannya, orang bukan Islam faham bahawa ibadah khusus hanya untuk waktu-waktu yang ditentukan sahaja. Inilah kesilapan saya yang jarang sekali melaksanakan sunnah dalam kehidupan seharian. Sehingga orang yang belum faham(non-muslim) beranggapan bahawa sunnah ahnya terdapat ketika waktu solat. Kehidupan orang Islam apabila berlandaskan sunnah akan menyebabkan kesempurnaan dan kemuliaan dating dari Allah.

Masalah kini, bukan sahaja orang bukan islam tidak mengerti apa itu sunnah, bahkan orang Islam sendiri tidak tahu membezakan antara sunnah dan bukan sunnah. Tidak tahu mana sunnah wajib dan mana sunnah dituntut. Jika itu baru sunnah luaran, entah bagaimana sunnah akhlak?

Wallahua’lam. Aku bukanlah baik sangat untuk berbangga dengan amalan aku, cua sebagai kesedaran. Entry ni boleh jadi asbab kebaikan da boleh jadi asbab azab. Maka doakan selamat dari azab dan dapat istiqamah dalam sunnah. Aku juga faqir kepada Allah seperti kalian, doakan untuk aku isitqamah dan kalian juga Istiqamah. Jangan ikut aku, ikutlah Rasulullah. AKu tidak bertanggungjawab kiranya kalian menyalahkan aku di sana nanti kerana apa-apa yang aku tulis aku ajak, kiranya ia bertentangan dengan agama.


Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar". (QS. Al-Ahzab: 66-68)


Pengikut-pengikut mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka): "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dari kanan". Pemimpin-pemimpin mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah yang tidak beriman". Dan sekali-kali kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamulah kaum yang melampaui batas. (QS. Ash-Shaaffaat: 28-30)


(Dikatakan kepada mereka): "Ini adalah suatu rombongan (pengikut-pengikutmu) yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)". (Berkata pemimpin-pemimpin mereka yang durhaka): "Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka karena sesungguhnya mereka akan masuk neraka". Pengikut-pengikut mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, karena kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah Jahanam itu sebagai tempat menetap". Mereka berkata (lagi): "Ya Tuhan kami; barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka." (QS. Shaad: 59-61)


Wallahua'lam, Assalamualaikum

Followers