Aku, Dia, dan Sepatu ...tuk3

‎"Pakcik serba salah nak cakap. Tapi peraturan exam tak boleh pakai kopiah yer dik." (Pakgad, 2010) T_T (source: quote FB status Mohd Hafiz Jamaludin/Bijen)

____________________________________________________________________________

Kisah 1;

Aku tak ingat kat mana, tapi mungkin kat kawasan Ipoh Parade atau Greentown Mall, dan sewaktu dengannya(aku tak ingat exact place). Aku berjalan dengan memakai baju Raihan, berkopiah. Simple-simple je. Aku selalunya pakai pakaian camtu masa berjalan-jalan di Bandar, kalau tak ber-tshirt.

Aku ditegur Chinese aunty yang over ramah,” adik, baru balik semayang ka?” .Aku mengangguk buat-buat ya. Sedangkan Zohor (jika berjemaah di awal waktu) dah habis dekat sejam lepas. Aku tersenyum sendirian.

Baju Raihan menghampiri sunnah. Diriwayatkan dalam Syamail Tirmidhi dari Ummi Salamah”Dari sekelian pakaiannya Rasulullah s.a.w. suka memakai gamis(thaub)”.

Gamis menurut pemahaman kita adalah baju raihan, sebaliknya telah berkata Allamah Shami rah. “ia hendaklah sampai di pertengahan betis” . Rujuk Shamail Muhammadiyah Maulana Zakaria rah. Apapun sekarang pemahaman orang Baju Raihan tu hanya untuk solat, sedangkan ada je yang pakai t-shirt masa Jumaat.

Kisah 2;

Aku masa kecik2 dulu baca doa makan angkat tangan. Masa darjah satu, aku cam biasa sebelum makan angkat tangan untuk doa. (sekarang baca doa makan tak angkat tangan,huhu)

Aku ditegur sorang pakcik tukang kebun India(aku ada jumpa dia lagi, tapi dah tak keje kat sekolah tu dah)” bagus ini budak, sebelum makan itu nasi dia ada semayang juga!” . Aku tak ingat respon masa tu, sebab 14 tahun lepas. Tapi ingat la scenario die.

Orang bukan Islam tak faham apa beza semayang dengan doa, terutama Hinduism. Walaupun maksud sebenar solat itu doa, tapi kita tahu kan beza die. Doakan hidayat ke atas pakcik Sanggapa!

Kisah 3;

Sewaktu khuruj 1 hari (student), aku bertugas sebagai khidmat memasak. Usai mencari barang dan membuat bayaran, aku ditanya makcik kedai,” demo ngaji madrasah mano?” aku jawab ngan penuh teliti,” dop la, kami jemaah dok masjid dekak (dekat) ni tigo hari”.

Anggapan makcik tu kurtha yang aku pakai tu hanyalah untuk para ustaz, ulamak, dan pelajar-pelajar madrasah.

Kisah 4;

Entah macamana kehendak Allah, aku ada sejemput janggut kerinting yang agak panjang(segenggam), kalau lurus entah panjang manalah agaknya. Tengok pakcik-pakcik belah mak dan ayah, takdelah sepanjang ni! Kerana panjangnya janggut aku, ada juga dua tiga kali diminta jadi imam kalau singgah di perhentian bas atau PLUS, walaupun ada yang lagi berumur dari aku.

Aku tahu ramai lagi orang yang kena macam ni. Ada baik dan ada buruknya. Kebaikannya aku mula berniat mencari ilmu sebagai imam yang sempurna, maka jika ditolak sebagai imam at least takdelah terkejut insyaAllah.

Kesimpulannya, orang bukan Islam faham bahawa ibadah khusus hanya untuk waktu-waktu yang ditentukan sahaja. Inilah kesilapan saya yang jarang sekali melaksanakan sunnah dalam kehidupan seharian. Sehingga orang yang belum faham(non-muslim) beranggapan bahawa sunnah ahnya terdapat ketika waktu solat. Kehidupan orang Islam apabila berlandaskan sunnah akan menyebabkan kesempurnaan dan kemuliaan dating dari Allah.

Masalah kini, bukan sahaja orang bukan islam tidak mengerti apa itu sunnah, bahkan orang Islam sendiri tidak tahu membezakan antara sunnah dan bukan sunnah. Tidak tahu mana sunnah wajib dan mana sunnah dituntut. Jika itu baru sunnah luaran, entah bagaimana sunnah akhlak?

Wallahua’lam. Aku bukanlah baik sangat untuk berbangga dengan amalan aku, cua sebagai kesedaran. Entry ni boleh jadi asbab kebaikan da boleh jadi asbab azab. Maka doakan selamat dari azab dan dapat istiqamah dalam sunnah. Aku juga faqir kepada Allah seperti kalian, doakan untuk aku isitqamah dan kalian juga Istiqamah. Jangan ikut aku, ikutlah Rasulullah. AKu tidak bertanggungjawab kiranya kalian menyalahkan aku di sana nanti kerana apa-apa yang aku tulis aku ajak, kiranya ia bertentangan dengan agama.


Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar". (QS. Al-Ahzab: 66-68)


Pengikut-pengikut mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka): "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dari kanan". Pemimpin-pemimpin mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah yang tidak beriman". Dan sekali-kali kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamulah kaum yang melampaui batas. (QS. Ash-Shaaffaat: 28-30)


(Dikatakan kepada mereka): "Ini adalah suatu rombongan (pengikut-pengikutmu) yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)". (Berkata pemimpin-pemimpin mereka yang durhaka): "Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka karena sesungguhnya mereka akan masuk neraka". Pengikut-pengikut mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, karena kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah Jahanam itu sebagai tempat menetap". Mereka berkata (lagi): "Ya Tuhan kami; barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka." (QS. Shaad: 59-61)


Wallahua'lam, Assalamualaikum

1 comment:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum,

Kita ibarat org buta, Rasulullah sbgai pembimbingnya,krana bginda diutuskn utk mmbawa mnusia ke jln yg lurus..jika diikut jln selain drp itu, maka hbis la kita. nauzubillah!.

Followers