Istilah Tabligh



Alhamdulillah

Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai. (HR Tabrani dan Majma uz-Zawaidi)

Assalamualaikum. Huh, agak kontroversial mungkin tajuk Istilah tabligh. Tapi oklah sebab bila guna perkataan tabligh mudah sikit. Tabligh/menyampaikan adalah sifat nabi. Dan sifat nabi adalah akhlak nabi. Sesiapa yang cintakan nabi,maka itulah akhlak yang sepatutnya ada dalam diri. Disemai dengan belaian iman, siraman syariat, dan dituntun akhlak dan budi. Mungkin ada yang terbaca entry2 di blog ni menggunakan bahasa atau perkataan yang jarang terdengar. Begitulah, kalau istilah medic, IVU,MVA, Gauge, dan entah segala perkara lagi pastilah tidak diketahui melainkan orang yang terlibat dengan perubatan. Istilah lead gown, collimation, gantry, dan segala mungkin mudah bagi yang belajar kan? Jadi istilah "tabligh" ni orang2 tertentu saja mungkin yang tahu. Jadi dibawah disenaraikan beberapa yang mungkin jarang2 disebut,dan mksudnya berdasarkan pemahaman saya.

karkun : maksudnya pekerja, rasanya istilah Urdu. Sila rujuk pakar. Merujuk kepada pekerja2 agama,yang datang2 dari rumah ke rumah. Takde upah dan pangkat. Semata2 kerana Allah,InsyaAllah.Maulana Ahmad Lat di ijtimak M'sia minta karkun guna perktaan "sathi"

ijtimak : perkumpulan karkun2 secara besar-besaran. Istilah "Jhor" membawa maksud sama. Ia dibuat berdasarkan bulanan,setiap sem (bagi Uni atau kolej), tahunan, dwi-tahunan, berdasarkan keperluan agama.

bayan : maksud sama dengan ceramah/tazkirah/usrah umum dan semakna. Cuma dikhaskan untuk bawa fikir kepentingan berdakwah dan amal-amal yang ditaklifkan dalam dakwah.

elders : orang-orang tua dan lama dalam dakwah. Merujuk kepada ulama2 di Nizamuddin,markas dunia. Karkun2 atas Bumi ni terima arahan teratas sekali dari Nizamuddin. Tabligh dan amalan2 tertaklif adalah berpandukan ulama. Mereka tidak merka2 tertib atau membuat hukum.Semuanya termaktub dalam hadith. Tanyalah apa jua pun, pasti bersabit ataui berqiaskan hadith dan ayat Quran. Dan bukan pendapat perseorangan,melainkan mesyuarat.

mahalla,halqah,markas : pusat mesyuarat. terbawah sekali mahalla>halaqah>markas zon>markas negara>markas Nizamuddin .Applied di setiap negara.

khususi,ghast,ziarah,jaulah : sekali harung,merujuk kepada ziarah manusia,mengajak kepada pencipta. Cuma kaedah berlainan antara khususi dan ghast/ziarah/jaulah.

masthurat : asal perkataan Arab, bermaksud "yang terjaga". Merujuk kepada karkun2 perempuan/karkunah. Apa saja lah...juga ahlia ~ isteri karkun.. Selalunya guna nama suami untuk perkenalkan diri.. Contoh AHlai Nizam,Ahlia Ishak, Ahlia Ibnu Mutalib (oppps...)

rahaba,mutakallim,istiqbal,dan banyak lagi.. Adeih. Try email Azharjaafar313, Ziarah76 atau Fuad Ansari, mereka suka benda camni,heh. Bab2 Agama dan fiqh berkait tabligh (purdah,masthurat,khuruj,ect) , rujuk Ustaz Al-Alorstari, atau Ustaz Ishak. Yang muslimat, malu? Sila hubungi by email kak2 nih... Kak Umu @ Ahlia Ustaz Ishak, Cikgu Sue, Alia Azuan, dan Ahlia Nizam.

Sebenarnya ada sebuah buku bertajuk khuruj fi sabillillah, dalamnya InsyaAllah ada istilah2 tabligh di glossari. Boleh saja saya belikan dan sampaikan melalui pos. Rujuk "Contact" atas sekali blog. Boleh didapati di Masjid Sri Petaling.

Sebut pasal buku, di Malaysia Raya, jarang2 sekali buku2 dakwah diterbitkan. Yang ada hanyalah buku2 hadith Muntakhabah, dan Fadhail A'amal. Method dakwah meliputi kecintaan kepada Allah dan meraikan sunnah Rasulullah,maka ia tak mampu diungkap dalam sebuah buku. Susah sangat. Buku Indonesia tu, hanyalah sebahagian saja,dan bukanlah keluaran rasmi ulama dari Nizamuddin.Ia hanyalah berdasarkan hikmah ulamak2 dakwah di Indonesia yang dengan pekerti mereka amal2 dakwah diterbitkan dalam sebuiah buku. Itupun, tertib2 dakwah berubah mengikut keadaan dan iman karkun2 secara seluruh.

Taklifan Daie 20 tahun lalu tak sama dengan sekarang. Dan mungkin lima tahun lagi tertib akan berubah.Maka elders tidak berminat menerbitkan buku2 tertib dakwah. Yang keal hanyalah hadith2 Nabi SAW,maka buku Taklim 60 - 70 tahun lepas masih terpakai, sehingga bila?Wallahua'lam. Hingga Kiamat mungkin.

Buat yang mengenali dakwah tabligh melalui internet, maka mungkin tidak merasa apa itu dakwah yang sebenar. Dakwah kami (baca : kita) meluas dari segala segi. Tandas juga boleh jadi medan amal dakwah kami (baca : kita). Banyak persoalan2 yang terbenak diufikiran bagi sesiapa saja, bahkan saya sendiri. Hakikatnya rujuklah yang a'lim. Laskar2 bawahan sepertiku takkan mampu merungkai persoalan2 kalian seluruhnya. Kita hamba Faqir yang bakal bertemu sang Pencipta. Entah gagal memepertahankan amal2 tangan ini jika benar salahnya.

Tentang tabligh, doakan hamba tsabat (pinjam word dari "Here It Goes") dalam tarbiyyah para ulamak ni. Semoga juang yang sedikit ni ada kiraan di dalam hitungan ALlah hendaknya. Rindu sangat bertemu Allah dalam keadaan jasad ni dalam lindungan tarbiyyah. Doakan ya!

Istighfar.. Wallahua'lam. Wassalaam





10 comments:

Ziarah76 said...

memang suka...hehe
bagus la entry camni, orang yg tak tau, boleh tau istilah2 tu

CS said...

Assalamualaikum IM,
hmmm terharu pula nama akk terlist kat situ...sbnarnya akk yg kena belajar lg...masih bertatih lg ni..hmmm masa mula2 lpas nikah dulu, pening dgn istilah2 ni...tp skrg Alhamdulillah dh fhm ckit2..Allah bg faham...neeway nice entry...informative =)

Ismi Ijmi said...

abg ziarah: suka? saya lagi suka tgk anak2 en ziarah.. nak panggil apa ye en ziarah? ustaz kan?

CS: errr, takut ada yang terharu dan ada pulak yg terkilan sbb tak listkan blog diorg.. tp takpe kot, blog ni tak menyumbang traffic pon,bukan terkenal sgt,heh... maaf ye!

Unknown said...

masa aku di india,amersab aku nk panggil karkun tetapi terpanggil kurkan....

fuad ansari said...

JEmaah tabligh sentiasa rasa muda sbb selalu dipanggil budak2 tabligh.. (",)

Kami budak baru belajar..
Kalau salah tolong tunjukkan..

p/s:tinggi bahasa.. apa maksud tsabat tu??

Ismi Ijmi said...

APS: emmm, semua pekerja agama kan?

FA: tasabat ;kekal..

Ismi Ijmi said...

hak3.. u'r my senior bro!!

add le FB,leh chat2,heh

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam.

Budak tadika makan pisang kelat,
makan pulak kat tepi perigi,
hamba ni masturat baru nak start,
kena kluar lg & lg.

~Azam 2 bln masturat negara jauh pula, insyaallah, amin. tingkat korban. Doakn utk smua jemaah yg sdg & akan brgerak, moga dipermudahkn~

Anonymous said...

saya nak komen sikit tulisan awak.boleh lampirkan matan hadis tu?

sebab kalau ikut terjemahan yang awak tulis janggal bunyinya.hadis yang lebih sahih ialah

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [HR Imam at-Tirmidzi]

saya tunggu jawapan awak

Ismi Ijmi said...

eh sama je maksudnye en sniper. mmg la asal bhs arab,bila diterjemah, ikut bhs penterjemah. bila terjemahan,elok tak rigid sgt asal sama mafhum harfiyah. yg kena jaga tang matan tu.

Followers