Memaafkan ~Father Forgets


Assalamualaikum

Bahwa Rasulullah saw bersabda: Seorang Muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan diantara kesusahan-kesusahan di hari kiamat nanti. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim; 4677)

Allah berfirman dalam Hadith Qudsi yang artinya: " Nabi Musa alahissalam telah bertanya kepada Allah : "Ya Rabbi,! Siapakah di antara hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandangan-Mu?", Allah berfirman:" Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya), dapat segera memaafkan."(Kharaithi dari Abu Hurairah)

Alhamdulillah.

Kelmarin ketika aku mula mengemas bilik baru yang agak berhabuk, rehat di surau untuk beberapa ketika menunggu tenaga seterusnya dikeluarkan. Sambil2, aku terpandang beberapa biji buku yang agak tidak berkemas di lantai surau idaman yang hidup amal2 agama nih, Alhamdulillah. How to Win Friends and Influence People, by Dale Canergie, cetakan pertama 1936. Mula membaca isi, aku rasa menarik. Sekarang dah 3 hari aku menelaah , baru 16 muka dapat diselak. Sambil2 menyelak dan membaca rujuk pulak kamus Oxford dek lemahnya pemahaman bahasa "penjajah" ni. (betulke kita tak pernah dijajah???)

Di muka 14, sebelum terselit satu cerpen (Short Story) Father Forgets yang agak femes di kalangan masyarakat US beberapa kurun, aku terpandang satu perenggan tulisan beliau (D Canergie). Memang mendalam maksudnya, tapi bila perasaan manusia dipandukan pada naluri yang jernih, ia hampir2 atau seakan2 menyamai kehendak Allah dan Nabi, . Ya memang betul, kehidupan seharian kita bersama orang2 yang hidup dengan emosi, bukan denagn logik atau skema agama. Buku ni macam otivate readers untuk jadi seorang yang memahami dan memaafkan, macam hadith QUdsi Allah dan Nabi Musa.

Wallahua'alam,sekadar berkongsi. hakikatnya, kita semua sedang berada dalam situasi yang sama, bak kata maksud hadith, setiap masa ada ujian,sama ada dari manusia atau sebagainya, tapi bagaimana kita menghadapinya denagn iman dan taqwa. Di sini peranan iman dan taqwa.

Maafkanlah, nescaya kamu lebih tenang.

p/s: sedang memaafkan seseorang, sambil minta maaf.


"When dealing with people, let us remember we are not dealing with creatures of logic. We are dealing with creatures of emotion, creatures bristling with prejudices and motivated by pride and vanity" (Dale Canergie; from the book How to Win Friends and Influence People)

Terjemahan

Bila kita berurusan dengan orang ramai, perlu kita ingat bahawa kita tidak berurusan dengan makhluk logik. Kita sedang berdepan dengan makhluk emosi, makhluk yang menegangkan dengan prasangka dan bergerak dengan kebanggaan dan kesombongan


17 comments:

CS said...

assalamulaikum.
sudah baca...hmpir menitiskan air mata..boleh diaplikasi dlm byk situasi artikel ni...btapa kdgkala kita terlalu mengharap pd org lain dgn hrapan yg besar2, tanpa muhasabah kembali apakah kita sudah menunaikan hrapan yg paling kecil org lain terhadap kita``~

~PENCHENTA~ said...

Dah baca juga.

Indah. Cukup indah hati di sebalik tulisan tu.

Seorang ayah berkhidmat untuk anak-anak dari kecil hingga dewasa.

Kalau anda seorang wanita, rasanya akan menjadi sangat lain.

Insan yang dahulu menafkahkan kita dan mendidik, setelah menikah, dia bukan lagi keutamaan untuk kita.

Jadi, sementara belum bernikah ni, berkhidmatlah sehabis mungkin. :')

Ishk. Masih belum mampu. :(

Ismi Ijmi said...

CS:
Yup, walaupun penulisnya guna english yang tahap muet band 6, tapi saya rasa mesejnya sampai. Kalau difikir2kan, berapa byk yang kita beri dan berapa byk yang kita minta @ demand. Father Forgets ni macam nak sedarkan kita bukan semua manusia sempurna. Yang mampu ialah kita sempurnakan diri, macam apa yang "father" ni janji kat anaknya.

PENCHENTA:
Yes, betul sgt. sampai nak buat undang2 sebab anak2 tak tunai tangungjawab. Tapi baru2 ni, tgk (dgr) tanyalah ustazah, tajuknya lebih kurang pasal keibubapaan. Sebelum kita nak anak kita bg somethin pada kita, fikirkan dulu, apa yg kita dah bg pada anak kita. cth; nak naak masuk tahfiz, dr kecik dah kena latih.

Wallahua'lam.

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum,

"You put your elbows on the table"

myalahi tatacara org sana rupanya..hari tu,dgr kat tv,ada penceramah wanita tu kata,ibu bapa nak anak banggakan mereka,tapi ibu bapa sendiri buat x,anak bangga dgn mereka..

masa tu lah,mata mard dgn abah pandang satu sama lain..abah senyum je..

sgt bagus pkongsiannya.

Abu Zarim Mohamad said...

sharing is caring,,,,oui,,c'est ca,,,je sius d'accord avec toi,,,tout le monde doit faire attention avec le sujet,,,:),,,
mmg betol,,kite hidup bukan berseorgan,,,kite dikerumuni mcm jenis mnusia,,,moga Allah mudahkan,,:)

Ismi Ijmi said...

Ukhti mardhiah:

Yep. elemen tv tu ada jugak. Macam tuan haf jam ye. btw, bagus kalau ada ayah macam tu.

Abu Zar:

saya translate kat google> "ya, ia adalah AC, saya sius bersetuju dengan anda, setiap orang perlu memberi perhatian kepada subjek,,,:),,,<

ye, betul. hidup dgn org lain yang berjenis2, kita tak boleh harapkan kesempurnaan. harap saja pada ALlah.

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?f6d07506eab084336d4eff91a021cdb3

Bijen M. said...

Nak jadi ahli politik yang pemaaflah lepas ni.

Btw Mard tu DENGAR dekat TV.
Maknanya dia tak tengok TV.
Bagusnya.

Boleh buat calon bini ni.

ukhti,mardhiah said...

semacam ja.tell me something i don't know...

ohh,tuan lengkong kita punya pandangan sama dgn mard ke??

not bad.

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum

Bijen:
yep, tapi kalau jadi ahli demokrasi yang pemaaf , xtau bila akan menang agaknya.. Wallahua'lam,.

ye, UM dengar je. TV rosak kalik. :-)

Ukhti Mardiah:

hehe. not that bad agaknya.

fuad ansari said...

memaafkan... datang dari hati... mudah bg yg tiada masalah hati.. sukar bagi yg bermasalah hati.. (",)

ya Allah, perbaikilah hati2 kami agar baik amal2 kami...

Ismi Ijmi said...

Abg Fuad.

komen anta buat saya teringat masa sekali keluar dulu. hati agak diuji, senang sgt rasa tak puas hati, walaupun benda2 kecil. alhamdulillah ubatnya al-quran bila istiqamah dibaca insyaALlah mudah untuk overcome ujian2 hati.

Norsha said...

Salam Izmer,
mohon maaf kalau ada salah silap ye...

Ismi Ijmi said...

erkkk, saya juga.

(salah apa agknya??) :-)

KUBAHbesi said...

wa'alaikumussalam.selamat hari raya juga buat tuan empunya blog ni.. rajin-rajinkanlah buat entry baru... maaf zahir aje.. batin takde rasanya.

Norsha said...

takde salah apa2 izmer, cuma manalah tahukan....

نور توفيقة ادريس said...

Being pregnant, and suami jauh, cepat sangat hilang sabar.

Ada case dengan patient hari tu, dah la orang explain tak faham, kita pulak kena marah, rasa frust sangat, pergi nangis dekat toilet.

AllahT_T

Ismi Ijmi said...

KUBAH BESI :

InsyaALlah menyusul ada beberapa entry baru. selamat hari raya juga.

Norsha:
ye cikgu,heh,..tak tahu. (^_^)

Kak Pqa:
haaa, susah kan jadi dokter, . InsyaALlah kat situ leh belajar sabar. orang beriman , bila marah akan ingatkan dia kepada tuhan. kita bagaimana?.. insyaALlah, be strong,. nnt leh hantar ahlia (bakal) saya jumpa ka pqa je kalau sakit, heh.

Followers