Assalamualaikum
"Apabila ummatku telah mengagung-agungkan dunia, maka tercabutlah kehebatan Islam, apabila ummatku meninggalkan amar ma'ruf nahi mungkar, maka diharamkan ke atas mereka keberkatan wahyu, dan apabila umatku saling caci mencaci, maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah" Riwayat Tirmidhi
Alhamdulillah. Hadith di atas ingatkan aku kembali masa-masa pemberian Allah di jalan-Nya beberapa masa yang lepas. Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain. Peribahasa hari ni, "tempat eksiden lagi dikenang, inikan pulak tempat dihantar khuruj". Menelaah tempat hadith di atas dalam internet(gugel), entah macamana boleh ketemu forum2 perbincangan tentang memilih jemaah dan kebenaran jemaah tabligh dan sebagainya.
Bab memilih jemaah, student-student 1st yr mungkin ada kemusykilan yang amat sangat. Yang sana betul,yang sini betul. Yang sana nampak berani, yang sini nampak slow, yang sana selalu jadi imam, yang sini subuh pun tak nampak. Owh, my akak senior suruh saya ikut jemaah dia, jemaah ni ada kawan perempuan sekelas ajak join, haaaa,kan pening. Jemaah sana rest je, hujung minggu gi pantai dan segala, ukhuwah pun terjalin hebat katanya, owh, kagum aku. Ni la dilema adik-adik yang budak surau, sibuk mencari jemaah, sebab tak de expose masa sekolah dan matriks, sibuk belajar of kos. Senang cerita,(kalaulah anda berkaitan), ikut nasihat nih,. Saya pernah bagi cadangan pada adik junior, yang ada beberapa jemaah sebelum ni. Pilih ikut keadaan di bawah
1 Mengingatkan anda kepada Allah
2 Dapat jaga solat dengan sempurna
3 Tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
4 Membawa sunnah (al-quran,hadith,ect)
Walaupun ada nasihat di atas,tuan bagi nasihat tak apply pun (sebab hamba Allah ni ikut naluri mana lebih kuat), tapi itu adalah pilihan orang berakal, dan berilmu. Kehidupan di universiti agak mencabar. Ada beberapa situasi yang sebabkan anda hanyut jika tidak berada dalam jemaah,(kecuali ada jemaah tabligh yang istiqamah ziarah di tempat tersebut, dengan izin dan hidayat Allah). Jadi janganlah bersendiri, bila kita baik seorang diri, sama ada kita akan terus baik seorang atau kita masuk jemaah gamers, jemaah motor, jemaah pelik yang akhirnya menjauhkan kita dari keredhaan Allah.
Saya tak nafikan setiap jemaah yang menamakan mereka jemaah dakwah punya metod tersendiri. Ia bukan pecahan usrah dan tabligh saja,bahkan usrah sendiri punya cabangan sendiri yang masing-masing ada metod yang berlainan. Tapi semuanya InsyaAllah bertujuan redha Allah dan keampunannya, pada asasnya. Fitnah juga tidak terpilih berlaku kepada jemaah tabligh saja, bahkan sejak saya di dunia internet dan pergaulan dengan ustaz-ustaz tabligh atau tidak, mereka juga ada pendapat yang negatif kepada beberapa jemaah usrah tempatan.
Baik orangnya atau tidak soal lain. Golongan khawarij (kata sahabat saya) juga solat berpuluh-puluh rakaat sehari. Lihat saja bagaimana Syiah memajukan nama Islam di mata pemimpin-pemimpin dunia lain, pada hal beberapa pendapat tidak mengiktiraf mereka sebagai fahaman Islam yang diterima. Wallahua'lam.
Hakikatnya teruslah istiqamah menghampirkan diri dengan Allah, lihat diri dan baiki. Lihat orang lain dan ajak mereka juga ke jalan yang sama. InsyaAllah anda dalam pemeliharaan Allah. Sahabat-sahabat radiyallahuanhum ajmain bukanlah tabligh atau usrah atau apa-apa persatuan, malah mereka bersatu hati menyokong Rasululullah dalam apa jua keadaan. Kita bagaimana? Wallahua'lam.
Selamat beramal!
p/s: Fiq Kofallah, ana masih ingat request anta, InsyaAllah dalam pembikinan
10 comments:
He he he.
Dekat India hari tu selalu maulana ingatkan.
Ikram ikram ikram!
Mengumpat mengata ni umpama pisau cukur.
Sia-sia kita beramal 40H, 4B tapi kita mengumpat mengata.
Habis amal kita masuk poket depa, dosa depa dapat kat kita.
Gualah orang paling terasa time tu.
Paham-pahamlah gua kan.
Umi Jijah pernah dilema juga waktu dia stadi kat US dulu.
Kawan dia kata, istikharah.
Dengan istikharah, Allah bagi petunjuk.
Lepas tu dah.
Jangan kata orang lain.
errrr...
yep, mmg secara tak sengaja ada juga tersentuh bab2 ni.
tp bila pikir blk,
pengorbanan2 bukan dtg dgn penerangan cam kat blog nih.
apapun sekarang belajar untuk elakkan bercakap keburukan2 org.
dr yusuf al qardhawi ibaratkan syiah ni macam duri dalam daging umat islam je.. bukan terus perang dan bermusuh habis-habisan... usrah n tabligh pegangan sama je aswj jugak, jadi janganlah masing-masing cari gaduh...yang penting tujuan yang sama dan cara mana yang terbaik... kita kena ingat hadis nabi pasal 73 firqah tu..
kadang-kadang geng2 tablighers ni selalu buat menda tak elok,(saye la tu) ponteng lecture, solat lambat, cakap bukan2, malas, tu yang jadi fitnah tu...padahal lagi ramai yang elok dan baik-baik, contohnya macam penulis blog ni...
Somehow tak suka sangat kalau ada yang tanya "ikut jemaah mana actually?"
Abah yang dah berpuluh tahun tabligh tak pernah declare tabligh tu officially satu jemaah. Maulana Ilyas sendiri prefer "jemaah tabligh" dipandang sbg "gerakan iman"..kan?
Sempat geram + pening on this matter. Alhamdulillah, suami tolong fahamkan tentang jemaah yang variety ni and how to accept it.
Very very glad having people to give good opinion on this matter=)
assalamualaikum.
Bijen, Kubah besi (ada nama asal tak?)
saya rasa tak memenangkan maan2 pihak, dan takde taskil pun rasanya dalam entry ni utk bertabligh dsbgnya.
tp saya just nak bg pandangan kalaulah ada antara mereka yang masih keliru.
saya dulu join usrah, sebab di sekolah agak aktif gerakan/haraki usrah.
masuk matrik, ALlah kenalkan dgn usaha dakwah. dalam masa yang sama, usrah di matrik tak jalan.
masuk trahun satu,join dua2.
tapi bila join dua2 ,misti pening sebab sistem agak bebeza.
wallahua'lam.
hakikatnya,kalau nak memilih jemaah, pastikan anda yang berdakwah, bukan sekadar didakwah.
tadi Jhor Markas Kelantan,
katanya buat kerja ni dgn istikhlas. beritahu semua orang, sama ada mereka suka @ tak, tahu @ tak, faham @ tak, dakwah adalah kerja saya dan tuan,maksud hidup saya dan tuan. bila tuan boleh bagi masa??
saya juga masih belajar2.
terima kasih atas komen
subhanAllah,,,masing2 mmg ada pngalaman dgn bende ni,,,sy sendiri pon sama,,dulu mase kat sek,x di dedahkan langsung dgn usrah,yg sy nmpak kat kg,ada org ziarah2 org(tabligh),,,kat situ la sy thu tu tbligh,,,pastu naik sek men,usaha ada di sek tu,sy cume meneruskan ,di samping ada gak usrah di sek....bile dah ada kat sini(perancis)usaha xnmpak sngt kat tmpat sy ni,,,btw,dlm kalangan pelajar msia di ovrc,mmg mereka kuat usrah,(ummi jijah pon thu)...sy join je,xde masalah,yg pnting tujuan kite yg sebenar,,,insyaAllah,moga beri kefahaman pd kite sume,,,(sy jauh dr markas,,,,doakan,,)..moga usaha dan agama tertegak di bumi Allah ni,,,:)ameen,,
kak pqa: speechless.. btw good info
abu zarim: oooo. abg b ijen ada satu entry. antaranya, macamana saya dapat hidayat. saya xde pulak cerita cm dia
senang kata, 'hikmah' yg ditunjukkan menyebabkan saya mahu kekal dalam usaha yg saya terima dari dulu...
syukur padaMu ya Allah, kerana meletakkan aku pada jalan yg mendekatkan aku kepadaMu.. jika Engkau tidak meletakkan aku pada jalan yg baik ini, aku risau aku bukanlah dikalangan orang2 yang mampu menyembahMu..
Sebelum ni hari-hari gua doa, ihdinassiratul mustaqim.
Macam selalu gua kata, hanya orang yang dah rasa saja akan faham.
Orang tak pernah makan durian takkan tahu apa nak cerita.
Aku nak ikut ahli-sunnah-wal-jamaah
Post a Comment