Alhamdulillah...
Assalamualaikum, siri tulisan Apa yang saya buat masa keluar terpaksa di tangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Semoga yang sedikit tersebut dapat say abaca dan fahami, dan amalkan sedikit-demi sedikit. Wallahu muaffiq. Sekarang terdapat beberapa takaza untuk fikir atas pelajar-pelajar perempuan di university, bagaimana perempuan juga dapat digerakkan untuk maksud dakwah cara Nabi. Kini kita lihat terlalu pelbagai golongan dan NGO yang terdiri daripada para muslimat, dengan metod-metod tertentu. Sudah diketahui, peranan muslimat dalam agama, sejak dari zaman para Nabi a.s. sehinggalah ke zaman sahabat r.a. Jadi bagaimana tenaga Muslimat dapat digerakkan secara sunnah?
Entry ini tidak berniat untuk mengecilkan usaha mana-mana pihak, sekiranya anda rasa apa yang dibuat betul berdasarkan pertimbangan syarak, maka teruskan.
Mustahak Usaha Masthurat dalam Dakwah
Tahukah anda Masthurat perlu dilibatkan dalam usaha dakwah? Telah diciptakan manusia lelaki dan perempuan, dan telah dibezakan antara satu dengan yang lain. Sebagaimana Allah s.w.t. telah menciptakan jari telunjuk dan ibu jari menurut kehendaknya, maka kegunaan keduanya menjadi perkara berbeza. Ibu jari boleh melakukan beberapa perkara yang boleh dibuat telunjuk, tapi pasti ada perkara yang sepatutnya dibuat oleh telunjuk tidak mampu dilakukan sempurna oleh si ibu jari. Begitu juga sebaliknya. Kehendak Allah begitulah terciptanya lelaki dan perempuan.
Kesemua umat Muhammad S.a.w. telah diperintahkan untuk melakukan dakwah dan usaha atas agama ke atas diri dan orang lain. Persoalan, adakah pelaksaan tugas keduanya sama? Sekiranya tidak sama, maka bagaimana kaum hawa harus menjalankan tugas mereka dalam agama? Adakah terdapat sunnah zahir Nabi s.a.w. melakukan dakwah yang juga ditafsirkan sebagai perbuatan untuk wanita. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan jantina Nabi s.a.w. adalah lelaki, dan belum pernah ada perempuan yang dilantik sebagai nabi?
Oleh yang demikian para ulamak telah menggariskan beberapa perkara untuk suatu usaha dapat dilakukan oleh para perempuan Islam, supaya perempuan juga dapat mendekatkan diri kepada Allah mengikut garis agama, sebagimana para lelaki mengikut sunnah Nabi s.a.w. Penggarisan ulamak adalah berdasarkan amal para perempuan yang disebut dalam Al-Quran dan hadith. Anda kenal siapa ibu Nabi Isa? Siti Hajar, di mana pula medan usaha yang diperintahkan kepadanya? Siapa pula isteri Firaun yang menjaga Nabi Musa? Cuba sebutkan siapa ibu susu Nabi s.a.w, siapa ibu Saidina Ali k.w. merangkap ibu angkat Nabi? Mari lihat bagaimana isteri-isteri Nabi s.a.w. di”guna” kan Nabi s.a.w. untuk agama. Tidakkah cukup contoh mereka untuk seorang Muslimah menjadi sempurna?
Ambil kisah mereka sebagai pengajaran, maka anda akan mendapat cukup contoh dalam mengisi hari-hari seorang Muslimah yang dikehendaki Allah dan dikehendaki Nabi s.a.w.
~Suatu ketika Isteri Imran telah meniatkan anak yang bakal lahir untuk diwakafkan kepada agama. Setelah lahir yang diperolehi adalah anak perempuan. Diberi nama Maryam, setelah cukup beberapa ketika, maka dibuat undi siapakah yang bakal memelihara perempuan mulia ini. Taqdir Allah maha hebat, yang menjaganya ialah seorang Nabi yang mulia dan luhur,Nabi Zakaria Alaihissalam.
Kemuliaan sang puteri ini,diletakkan di mihrab ~ suatu tempat seperti telaga, yang pintu masuknya dari atas. Kunci pintu hanya terdapat pada Nabi Zakaria. Beginilah ia dididik, tersimpan di tempat sempit dan kosong dari dunia. Lihatlah di mana kemuliaan perempuan mulia ini, bila ia diuji dengan kelahiran Nabi Isa, dan mendidik anak mulia ini menjadi insan agung. Sabar dalam segala hal, tabah dalam hal dakwah. Ya Allah, inilah tangan yang menggoncang dunia…
Continued…
11 comments:
assalamualaikum.
menantikan sambungannya :)
MasyaAllah,jazakallahukhair sudi baca
moga beri manfaat.
InsyaAllah entry dah dijadualkan dua hari sekali,tunggu esok pula ya!
ya, yang utamanya si ibu dan ayah. kalau asas dah kuat, InsyaAllah anak pandai sesuaikan diri dengan dunia!
Assalamualaikum....
takut mnjdi fitnah akhir zaman..
semoga kami,gadis2 terhindar dari murka Allah
Aminn
semoga kami, jejaka2 akhirat dapat menjaga mata2 dan hati2 kami dari fitnah ini.
buat pengetahuan, mihrab Maryam tidak seperti mihrab zaman kita (mihrab di masjid), ini diterangkan oleh Habib Ali. InsyaAllah...
Assalamualaikum.
Usaha agama di kalangn wnita sgt perlu, rasulullah buat usaha atas iman dgn melibatkn dua golongan ni, lelaki n wnita; utk menyempurnakan tugas dkwh krna ia sgt2 mmbantu mnjdikn asbab agama ini tersebar.
Wanita perlu jd 'rakan kongsi' pd kaum llaki lbh2lg dlm keje agama krna dia akan sama2 mmbentuk fikir.. susah pyh ditanggung brsama, gembira & senang dikongsi bersama & sama2 brgnding bahu mncari jln pnyelesaiannya.(ambil la tengok cth dlm sbuah syarikat).InsyaAllah dr situ akan trbntuknya kjyaan.
Brbanding istilah 'mmbantu' yg mgkin jd asbab kurgnya fikir..mcm bos ngan stiausaha, tugas s/u hnya bntu bos. Bos susah, tanggung sorang2..s/u lak goyang kaki, malas lorr nak pikir...sbb dia kata ni bkn syarikat aku, buatpe nk pikir?. gitulah prumpamaannya...
Lihat pulak mcmna Sidina Abu Bkr bntuk fikir anak prmpuannya bila beliau kluar ke jln Allah.Bliau x tgglkn apa2, tp datuknya yg buta matanya itu telah brtnya: apa yg bapa kamu telah tinggalkn? Lalu anak prmpuannya telah ambl ktulan btu & diletakkan kain di atasnya. Lalu diminta dtuknya mrasa ktulan btu itu dgn tgn (utk mmberitahu itulah hrta yg ditinggalkn).
Subhanallah, bgitu skali shbt bwk fikir agama dlm diri wanita, walaupun ktika itu anak prmpuannya msih kcil. Utk apa? spya fikir agama anak prmpuannya trbentuk.. Mcmna pula dgn diri kite ni? Sanggup tak buat cmtu? Smoga Allah beri kkuatan dlm mnunaikn tggungjwb trhdp agama.
Wallahu alam.
alhamdulillah ...
terimakasih ustazah
Assalamu'alaikum =)
Ikut tahap pemikiran tak cerdik aku ngan tak berapa faham agama ni kan, ppuan kene wat usaha dakwah gak sbb ayah aku kata setiap manusia tu dah Allah takdirkan ada sorang da'ie yg bleh hello hello pintu hati ngan akal dia.
So, kot abang gi dakwah jiran sebelah tak menjadi, biarla bini nyer pulak pegi. Mana tau bini dakwah menjadi pulak ye tak? Abg tak dpt dakwah pakcik, bini dakwahla makcik nyerrrr... =)
**Sorila gaya bahasa aku ni mmg nampak out of place. hehe...ya ampunnnnn
hoho, no probs kak.
bahasa kita sama je, cume dalam tulisan lebih selesa guna bahasa persuratan, tahan lama sikit.
emmm, apa pendapat akak tu betul je, InsyaAllah ada beberapa entry akan menyusul
Alhamdulillah.. x sabar nk bc entry seterusny izmer... cpt2...
Post a Comment