Apa yang aku Buat masa "keluar" ~ Siri IV

Ini sambungan entry yang lalu. Ditulis dengan niat semoga diri sendiri mampu melakukannya. Semua isi ini bukanlah semestinya dibuat secara sepenuhnya oleh seseorang, namun jika mampu, teruskanlah. Kerana di depan masih banyak dugaan yang menanti dalam usaha. Jika yang kecil belum mampu, bagaimana yang besar-besar? Untuk meningkat hanyalah dengan satu perkataan, Mujahadah

Entry yang lalu

1.Apa yang aku buat masa Keluar

2.Apa yang aku buat masa Keluar 2

3.Apa yang aku buat masa Keluar 3

_____________________________________________________________________________________

Setelah Subuh, sseorang Daie di jalan Allah bijak mencuri waktu untuk berzikir. Serulah Allah di waktu pagi dan petang. Di jalan Allah telah dijanjikan dengan fadhilat yang besar bagi yang membelanjakan masa di jalan tersebut.

Mesyuarat~ seorang Daie yang istiqamah dalam usaha, mahukan reedha Allah dalam usahanya, maka mesyuarat adalah suatu sesi yang amat penting. FIkir dalam mesyuarat, supaya penduduk sekitar masjid dapat menerima Islam dan mengamalkannya secara kaffah, mengusahakan agama dengan amal-amal yang digariskan ulamak. Fikir-fikir seperti ini amatlah penting, di samping harapan semoga Allah menyebarkan hidayatnya ke seluruh alam.

Daie yang mulia dan berwawasan adalah seorang yang menjaga luhur dalam mensyuarat. Mengikut tertib-tertib dan adab-adab mesyuarat, sedia dalam takaza-takaza agama yang terbentang. Berniat untuk melaksanakan tugas-tugas dakwah, perkongsian ilmu, serta khidmat kepada jemaah dan umat. Dengan fikir seperti ini maka Allah pasti akan meletakkan suatu kelebihan yang tidak didapati bagi sekelian orang yang tidak berfikir sepertinya.

Fikir sekelian Daie adalah fikir seorang Nabi, fikir seorang Daie adalah fikir sahabat-sahabat yang berdamping dengan Nabi, dan fikir seorang Daie adalah fikir yang diredhoi Allah. Fikir seorang Daie yang mulia akan menjadi asbab kemuliaan fikirannya. Fikir sebegini adalah asbab hidayat bagi manusia-manusia yang lain. Dalam mesyuarat fikir-fikir sebegini amatlah diperlukan, seni bersabar dan sopan sudah terdapat dalam al-quran dan hadith-hadith Nabi s.a.w. Tugas seorang Daie yang istiqamah adalah mengapply sunnah tersebut dalam suasana mesyuarat.

Makan seorang Daie adalah makan dengan penuh adab dan kesyukuran, redah dengan segala apa yang diperolehi. Tidak banyak soal dan pemilihan, ambil dasar sunnah Nabi sebagai panduan, sama ada maka atau tidak, tanpa menyebut sebarang perkataan. Makan seorang Daie dengan penuh fikir, penuh kerisauan, hisab atas makanan yang dimakan. Makan seorang Daie adalah makan dengan penuh tertib dan sopan, berisi niat yang murni untuk beribadah kepada tuhan. Penuh sifat ikram memuliakan, penuhi hak dan menuntut itu sering dielakkan. Syukur bila ada, dan redha jika tiada.

Berpagi-pagi seorang Daie dalam kerisauan atas umat yang penuh di dada. Risau jika risalah Rasul belum sampai pada mereka. Risau jika pesan-pesan Rasul belum singgah di telinga-telinga mereka. Berdoa sebelum ziarah, dengan runsing yang amat, mohon pada Rabbul Izzati agar diperkenankan usaha yang kecil dan sedikit agar diterima olehnya sebagai asbab manusia lebih mengenal Allah sebagai Ilah, sebagai Rabb, sebagai kekasih, sebagai penolong dan sebagai pengadil.

Continued…

5 comments:

penchacaiz said...

masyallah tuan...
fikir daie merentasi gunung-ganang,
laut samudera, hatta angkasa lepas pon...

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum
@penchacaiz; ya, semoga kita dipilih menjadi Daie2 Allah

@saiful; yes. O0oo, semoga Allah pilih kita lagi dan lagi

Bijen M. said...

Bagi nama.
Hafiz, IPB 4 bulan, Januari 2011.
Izmer pun IPB, tahun ...

Ismi Ijmi said...

jun 2011, amiin

Ismi Ijmi said...

InsyaAllah abg saiful..
amiin

Followers