Apa yang aku Buat masa "keluar"...

Buat yang nak tau apa yang ahlul dakwah wat-tabligh wat masa khuruj...

Alhamdulillah

Assalamualaikum… lama sudah blog ni tak diupdate,yang ada cuma copy pasted article je.. Alhamdulillah dengan taufiq Allah dapatlah hamba diizinkan keluar jemaah,sebelum pulang ke kampong minggu lalu. Pesan orang-orang yang berpengalaman,nak kesankan sesuatu dalam hati,ceritakan pada orang lain. Hmmm,mungkin tulah sebabnya,ramai sanagt yang boleh jadi pengganti Hasbllah Awang bila musim bola tiba,Karam Singh Walia bila ada kes-kes tanah runtuh, dan ratusan Bill Gates kat Sekolah Sains Komputer(School of Comp Scs, J)

Apa-apa la,tapi balik ke rumah bila tangguh dari khuruj sangatlah merimaskan. Masa yang panjang tak dapat digunakan sepenuhnya untuk perkara2 yang manfaat. Ujian2 dunia mula dating,televisyen,laptop,radio.. dalam laptop pula ada movie2,gambar2, dan internet dengan FB dan Frenster,blogs. Semuanya sebabkan suasana berubah berbanding masa khuruj. MasyaAllah…

Tapi post kali ni bukan untuk ceritakan apa yang ada di rumah,tapi apa yang dapat masa khuruj. Yang muslimin yang ada rupa muslim tu,dan bernama dengan nama muslim tu mesti pernah dengar perkataan khuruj,keluar tabligh,keluar dakwah,keluar sehari, 3 hari,ect..ect..terutamanya siapa2 yang study di Universiti awam dan x sombong dengan orang yang dari surau bawa seribu rahmat dating ketuk pintu dan bagi salam untuk ziarah.Tamabah2 pula yang biasa duduk di masjid @ surau,selalu dok iktikaf antara maghrib dan isyak. Apa2 pun sebutannya,siapa pun orangnya,dan masjid mana pun,kt IPT mana pun, cara mereka tetap sama @ mirip2.

Kepada Apa Kita Diajak??

Kalau anda biasa dengan pengalaman macam tu,biasanya anda akan diajak untuk khuruj (keluar) sekurang2nya 3 hari @ sehari,setelah sembang sedikit tentang agama,kebesaran kalimah tauhid,dan kisah rasul dan sahabat. Apa yang ada masa 3 hari tu? Bangun pagi,solat subuh,kemudian dengar kuliah subuh sambil tersengguk2,duduk untuk mesyuarat fikir,kemudian tunggu sarapan. Lepas mandi pagi,tunggu untuk majlis taklim sambil dengar taklim yang menyebabkan kita tertidur sambil duduk. Baring sekejap sebelum menunggu waktu zohor,dan tidur semula selepas makan tengahari selepas zohor.

Habis solat asar dengar lagi kuliah kepentingan dakwah yang disampaikan oleh kawan sebaya yang cakap sambil tergagap2. Habis minum petang sambil sembang petang,duduk sebelah kawan yang sedang zikir sambil belek2 hp. Duduk dalam masjid masa waktu ghast (ziarah) sambil dengar taqrir yang sayik2 ccerita tenttang 4 bulan.lepas maghrib dengar kuliah kepentingan iman sambil bersandar tepi dinding.

Habis saja isyak makan lagi sebelm duduk untuk taklim akhir dan dengar fadhilat tahajud. Tepat pukul sepuluh mulalah bentang bedding dan tidur tanpa wudhk sebelum buka mata pagi esok,bila Nampak orang sebelah tengah berdiri tahajud.

Kisah tadi adalah sekurang2 amalan orang yang bersafar atas maksud agama,dan amalan2 tu pun ulama beritahu adalah amalan2 yang besar,dan jika ikhlas,jadi asbab hidayat manusia seluruh alam dan menjadi asbab redha Allah SWT dunia dan akhirat.

Apsal Pulak???

Luaskan pemikiran,besarkan medan amalan,dan lajakkan dunia beragama kita. Tidak lagi hamba ambil dalil2 dari al-quran dan hadirth tentang pentingnya kita khuruj ni,fikir saja betapa banyaknya faedah yang dapat bila khuruj sekurang2nya sehari dengan jemaah so-called tabligh nih…

To be continued…

No comments:

Followers