Malam Markas yang Best!


Alhamdulillah ,

telah didizinkan hamba yang fakir ilaLLAH untuk ke mlam markas Dusun Raja.. Perhimpunan macam biasa,tp agak special sebab mesyuarat putus orang2 Alim untuk bagi bayan.. Plus,mereka2 ni bru balik dari khuruj di Siam selatan... dari taqrir,bayan maghrib,bayan subuh, semuanya boleh kata over the normal time limit,tapi sume jemaah nampak sungguh2 dgr,Alhamdulillah~~~

sebab malasnya tgn nak menulis,xdpt la ingat semua kecuali ringkasan...

Ringkasan

Taqrir: Kisah tentang hadith umat yang ditamsilkan seperti buih2 di lautan,sebab terlalu cintakan dunia. Berdasarkan hadith;

Daripada Tsauban r.a berkata : Rasulullah s.a.w Bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah s.w.t akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah s.w.t akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “Wahan”. Seorang sahabat bertanya : “Apakah Wahan itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab : “Cinta pada dunia dan takut pada mati,”
(Hadith Riwayat Abu Dawud R.A).


Bayan Maghrib: generally peranan ulamak utk sebarkan dakwah secara dakwah tabligh,sebab ustaz ni baru tangguh keluar di Siam,ziarah guru2 pondok di sana,plus taskil utk keluar jalan Allah.

  • dakwah para nabi seiring dengan menuntut ilmu;1. Nabi Musa,lepas Allah ajar iman yakin pada pertemuan pertama di bukit Thursina, terus diperintah untuk menemui Firaun~~ 2. nabi Muhammad juga diperintah untuk jumpa kaumnya lepas saja dilantik jadi rasul ... kedua2 mereka tak perlu habis belajar kitab baru mulakan dakwah,sebaliknya tuntut ilmu sekali dengan dakwah,maka kekuatan amal akan datang..
  • dakwah para nabi dengan kaki dan mulut;1.Nabi Nuh berdakwah sehingga 950 tahun,dengan berjaulah sehingga dihina ~~ 2. Nabi Musa jumpa Firaun face to face (juga dengan kaumnya)~~ 3. Nabi Ibrahim juga diperintahkan utk berdakwah,mula2 yg terima dakwah ialah isteri,Siti Sarah dan anaknya Luth ...(cont)*1 ~~ 4. dakwah Nabi SAW dan umatnya(kita yang ikut sunnah Baginda) juga dengan kaki dan mulut..(cont)*2. dakwah melalui lain2 cara seperti nasi tambah je.. maksudnya sebelum tambah nasi,kena makan nasi pinggan 1st dulu .. nasi tamabh lepas habis nasi td..
(Cont)*1 ~ bila Nabi Ibrahim jadi nabi,Nabi Luth dan Siti Sarah juga Muslim,dan terus diperintahkan utk ke Palestin.. otw,Nabi Ibrahim dapat perintah Allah supaya anaknya Nabi Luth buat usaha di Kota Sadum.. Siti Sarah dihantar ke palestin,Nabi Ibrahim terus ke Mesir dan kahwin dengan Siti Hajar... Allah perintahkan Nabi Ibrahim ke Mekah dan tinggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail di Mekah.. b4 balik jumpa isteri 1st kt Palestin.. Ustaz ckp jarak ialah 6 bulan perjalanan (Mekah~Palestin)
(cont)*2 ~ banyak sejarah Nabi SAW dakwah secara jaulah(ziarah),dari rumah ke rumah,pasar ke pasar,lorong ke lorong.. jumpa setiap manusia untuk seru atas kalimah(sebab masa tu perintah ibadat khusus belum turun) ... sama je macam nabi2 terdahulu.. so,dakwah secara jaulah ni sunnah para nabi atas perintah Allah.

Bayan Subuh: kisah tentang adab2 ketika keluar dakwah.. seeloknya kurangkan tidur masa pagi,..selepas Subuh... kemudian ustaz hurai ayat2 dr Surah Al-Kahfi,. dan ayat2 Al-Quran lain2...
  • kata ustaz,Tidur semata2 kerana nak jaga iman,Allah jadikan penduduk negara yang dulunya kafir,terima Islam... apatah lagi org yang keluar jalan Allah,iktikaf di Masjid2,smata2 nak jaga Iman,akan jadi Asbab hidayat....
  • Kisah burung Hud2,zaman Nabi Sulaiman~ kerana fikir risau burung,sebuah negeri yang sembah api boleh dapat hidayat,apatah lagi manusia yang fikir..
  • Kemudian ustaz pesan tinggalkan dosa,.. apabila dosa dibuat maka hilanglah satu bab dari ilmu,buat dosa lagi,hilang pula kekuatan berTahajud... hari ni brp byk dosa kita buat,sebab jrg sgt berTahajud.. Ahli Dakwah perlu wajibkan diri sendiri utk Tahajud...
Wallhua'lam.. mungkin banyak lagi,tapi memory agak terbatas,so syukurlah apa yg ada.. utk tatapan diri sendiri,.. oleh sebab kisah Ashabul Kahfi ni famous,so cni ad quote dr satu page ttg kisah ni.. Elok baca Surah Kahfi hari Jumaat!!!

dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.


4 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah, nak tanya yek, ada tak pernah huffaz dari selatan siam ngajar tahfiz kat mana2 di malaysia?

Anonymous said...

Salam, anta punya buku pelawat boleh pakai ke?

Ismi Ijmi said...

salam tetamu... maaf,bukan dlm pengetahuan saya lak.. ana ad sahabat ngaji tahfiz di Yala,tp guru Siam mari cni tak tahu...
buku pelawat tu cbox,gne lah mcm cbox diciptakan...

Ismi Ijmi said...

isinya diedit sedikit pada bhg ttaqrir,atas suggestion encik kapten..
jazakallahukhair...

semua pembaca,dipersilaakn beri cadangna dan ulasan jika perlu isi akan diedit..

Followers