Kenapa Saya Kena Keluar IPB Selama 4 Bulan?

Assalamualaikum.

Semenjak dua ni, jiwa makin berdebar (debbar kata orang timur). Bagi seorang yang sedang melangkah dari alam pengajian ke alam pekerjaan, pasti merasakannya. Suatu perasaan di mana, tiada lagi kelas, tiada lagi esaimen, tiada lagi kawan-kawan sepengajian, tiada juga masa lepak-lepak macam budak-budak, dan banyak lagi yang jadi tiada. Asalnya, kerana status, bukan lagi pelajar. Kelebihan sebagai seorang pelajar disentap dalam masa yang sangat singkat. Apapun bukan itu asal entry ni. Cuma niatnya untuk mendokumenkan perasaan hati, bila orang bertanya mengapa aku perlu keluar (khuruj/merantau/bertabligh/bersafar/ atau seerti) selama empat bulan di tanah Hind.

Kalau ditanya, senang untuk menjawabnya. Otak exam pasti hebat dalam bab menggoreng. Cuma buat para guru, sila nasihatkan murid-murid anda, tiada istilah "goreng" bila anda dalam bidang biologi, atau lebih spesifik (berdasarkan pengalaman), bidang sains radiasi. Semuanya fakta. Semuanya yang perlu ditulis adalah fakta, yang perlu dijadikan "common sense" kalau nak mudah menjawab. Kalau tidak, alamat menjawab dari hafalan lah! Bukan mudah menjadi guru sebenarnya,kan?...

Okay, di sini hamba akan listkan beberapa sebab, mengapa saya perlu keluar IPB 4b lamanya. (IPB refer to India, Pakistan, Bangladesh atau ringkasnya Tanah Hind). Mungkin ia buat tatapan pem-follow blog, mungkin juga sebagai jawapan kepada sesiapa saja yang ingin bertanya. Tentu saya menulis dari pemahaman sendiri, bukan dari idea orang secara lansung.

  1. Untuk bersafar atas maksud agama.
    Mungkin semua selalu atau sekurang-kurangnya pernah terdengar atau terbaca tentang berjalan melihat ciptaan Allah, bersafar atas maksud agama, istilah Ibnu Sabil, mencari pengalaman waktu muda, dan sewaktu dengannya. Cuba bandingkan, seorang yang belajar di universiti/IPT, kemudian pulang ke rumah, kemudian sambung pengajian, kemudian pulang ke rumah, kemudian tamat pengajian, kemudian kerja part time, kemudian dapat kerja tetap, kemudian berkahwin dan beranak-pinak. Bagi mereka yang jenis ini, mungkin sangat jarang dapat luangkan masa ke negeri orang. Apatah lagi atas maksud agama. Tiada istilah mengembara dalam hidup. Mungkin hidup mereka gembira, tapi apa tujuan hidup sebenarnya?

  2. Untuk bersama dengan orang soleh
    Kata orang, bila kita duduk dengan seorang atlet, maka dia pasti akan berbincang tentang sukan. Tentang bola dan sebagainya. Dia akan bagi banyak tips dan petua untuk sihat dan kekal bertenaga. Belum lagi jika kita bersama dengan seorang agen Takaful. Belum sempat 5 minit berbual, pasti masuk bab insurans dan takaful. Dia akan bagitahu kita kelebihan memiliki akaun takaful, bandingkan seorang yang ada perlindungan takaful denga yang belum/ tidak ada. At last dia akan syorkan kita untuk join perlindungan takaful yang dia sedang usahakan. Begitu juga kalau kita bersama dengan orang demokrasi, orang kesihatan, orang meniaga pasar malam dan sebagainya. Dalam tempoh 4b InsyaAllah saya akan bersama dengan orang-orang soleh, yang dijangka mereka ni akan berbincang tentang iman dan amal, tentang quran dan hadith, akhir sekali dia akan taskil atau ajak saya untuk buat benda-benda baik...

  3. Gunakan masa muda sebaiknya
    Mungkin point ni tak berapa menarik dan boleh dipertikaikan. Macam mana pula veteran yang ke IPB? Mereka pun nak gunakan masa muda sebaiknya? . Sebenarnya bila dilihat lebih teliti, perkataan masa muda cukup make sense di sini. Kan ada hadith tentang janji Allah kepada orang muda yang hampir dengan masjid. Saya memilih untuk "meminjam"kan sedikit masa muda untuk berada di jalan Allah, bersafar atas maksud agama Allah, dan bersama orang-orang soleh. Untuk orang muda seperti saya, biar bejanggut dan nampak matang, tapi jiwa masih mahukan keindahan dunia dan keseronokan (enjoy). Biar berkopiah dan berserban. Kalaulah kerana kopiah dan serban orang tak buat dosa, maka jalan terbaik untuk penjenayah bila buat kesalahan ialah dengan wajibkan mereka berserban setiap kali keluar rumah, tapi hakikatnya ia tidak! Jadi untuk mengatasi jiwa muda ni, sesuatu perlu dibuat untuk "menekan" jiwa dalam jangka masa tertentu agar lebih dekat dengan kebaikan.

  4. Mengenali negara dan budaya luar.
    Sebelum saya datang ke Kelantan lebih kurang 4 tahun lalu, saya tidak ber'idea' tentang bagaimana negeri ini kelihatan. Yang ada di fikiran, lembap, tak maju, tak bagus, tak best, dan segala kualiti bermula perkataan "tak" memaknakan bahawa negeri ni terlalu negatif. Akhirnya, lebih empat tahun di sini, mengenal hati budi orang negeri ini, baru saya tahu bagaimana ia sebenarnya. Bersalaman dengan MB bukanlah suatu benda yang mustahil berbanding di negeri-negeri lain, selain banyak tempat-tempat menarik dan pasar-pasar yang memang tak dapat ketemu di negeri sendiri. Jujurnya, saya bercadang untuk tinggal di sini beberapa tahun kedepan sebelum pulang ke tempat hujan batu. Itu negeri tempat belajar dunia. Cukup sebagai bandingan, jika saya ke negeri orang, yang bukan senegara pun. Bagaimana agaknya? Tunggu lah balik nanti.

  5. Bershuhbah dengan ulama
    Bilasaja ada perkataan shuhbah, pasti saya teringatkan mana-mana jemaah Indonesia. Mereka suka benar gunakan perkataan ini atas maksud bersahabat atau bertemu muka. Dalam usaha dakwah yang sangat istimewa ni, jarang sekali seseorang yang buat usaha 5 amal untuk bertemu dengan ulama-ulama yang membimbing usaha 5 amal ini. Saya pernah ketemu Maulana Saad di Ijtimak Malaysia 2009, Maulana Zubir dan Bhai Wahab di Jhor Bangkok sekitar awal tahun 2009, kerohanian mereka dapat dirasai melalui kata-kata dan ucapan masing-masing. Mereka bukanlah orang yang terkenal, selalu muncul di kaca-kaca TV, dan di akhbar-akhbar. Mereka ialah ulama dan orang kenamaan akhirat yang hanya muncul di perhimpunan umat secara umum, paling-paling dengan kemudahan APD (alat pandang dengar)tanpa kamera dan perakam suara secara formal. Bila kata saya namakan bershuhbah dengan mereka-mereka ni, mustahil tanpa saya sendiri pergi bertemu muka di tempat-tempat permukiman mereka. Tanah Hind sudah tentu. No doubt!

  6. Persediaan ke alam pekerjaan.
    Kata Anon(2012), "semua kena start lepas IPB. Lupakan kerja dan resume, lupakan bakal-bakal bini dan nikah, lupakan sekejap tentang segala keperluan dunia, buat visa ke India dan terus terbang ke sana atas maksud agama." . Terima kasih Anon sebab nasihat anda dah jadi keputusan mesyuarat. Saya bukanlah seorang yang layak dapat kerja tetap lebih awal dari kawan-kawan lain, jadi tak perlu kejar-kejar sangat, saya bukanlah lelaki pilihan Melaya untuk cepat-cepat bertunang supaya gadis pilihan tak disambar orang, dan saya bukanlah ketua negara nak sibuk hal-hal dunia lebih-lebih sangat. Saya cuma orang biasa, dan saya adalah dalam transisi dari seorang remaja yang dengan segala kelemahannya kepada seorang pekerja dunia part time dan pekerja akhirat full time.

    Jadi untuk membezakan diri dengan orang yang menjadikan dunia sebagai maksud hidup (yang akhirnya mereka disebut sebagai orang yang bakal didakwah kepada maksud akhirat), maka saya perlu berbeza jalan hidup, perlu di"kursus"kan dan dibentuk utnuk jadi seseorang yang kuat dan tabah.Jika berkahwin pun, mereka isteri kedua saya, kerana isteri pertama ialah agama dan dakwah.

  7. Persediaan menuju akhirat.
    Akhirnya, bukan semua perkara atas dunia ni akan kekal. Mungkin lepas ni saya bakal jadi pegawai di mana-mana hospital swasta yang ternama, mungkin juga seorang yang buka syarikat dalam bidang radiasi, mungkin sebagai seorang tukang cuci tandas, mungkin seorang khadim di mana-mana madrasah, mungkin juga saya akan berkahwin, beranak-pinak, mungkin saya bakal diberi harta yang banyak atau sebaliknya, namun dalam masa paling-paling pun 70 tahun akan datang, saya akan jadi mayat. Kerja saya baring, rumah saya kbur, dan harta saya kain kafan. Keluarga yang ada hanyalah ulat-ulat yang memakan daging, dan teman-teman ialah munkar dan nakir yang bersedia bersoal jawab (minta Allah temankan kita dengan Surah Sajdah dan Surah Mulk yang dibaca lepas solat Maghrib setiap hari, dan direhatkan dari soalan-soalan kubur!). Akhir kita semua sama.

    Planlah sebaik mungkin untuk dunia, akhirnya kita bakal jadi makanan ulat. Jadi kalau nak menulis tesis, perlu ada contoh jurnal dari internet, atau rujukan research senior-senior terdahulu, begitu juga Allah dah jadikan Sahabat-sahabat Radiallahuanhum yang juga punya keluarga dan pekerjaan, punya dunia dan keinginan, juga meluangkan waktu hidup mereka untuk agama Allah. Dan mereka khabarnya sedang berehat-rehat dalam kubur sementara menanti tarikh kiamat. Kita bagaimana?
Jadi begitulah serba sedikit, tujuan dan maksud perjalanan safar yang bakal berlansung InsyaAllah dalam masa terdekat. Belum pun apa-apa, ada dah kawan memesan kain dari India, nak buat tempah baju katanya. InsyaAllah jika takde masalah dan diizin Allah, maka mudah lah jalannya InsyaAllah...

P/s: buat yang dah "terjanji", tunggulah. Jika ada, adalah ye. Jika taqdir menentukan sebaliknya, itu yang terbaik :D
P/ss: kalau rajin, sila cek typo dan letak di ruangan komen , tq...

Musim Exam

ALhamdulillah.

Lama betul tak mengupdate blog. Tak tahu nak menulis apa sebenarnya. Dihinggapi demam FB yang sangat berleluasa :D . Beberapa hari ni Fb terpaksa direhatkan untuk jangka masa tertentu. I'm pretty sure it wont be last long. Sana sini, daie-daieyah FB mula jadi mufti buat fatwa, FB haram, melalaikan dan sebagainya, pada jam yang sama, mereka jua gunakan FB untuk kegunaan peribadi, menghubungi rakan-taulan, dan mengucap hari lahir ke kawan2. Sangat berhikmah cara tersebut. Jadi, saya berkecuali dari megatakan FB adalah haram...

Lain, beberapa post previously, sama ada di FB ataupun di blog ni, tentang entry2 berkaitan perkahwinan, nikah, nak bertunang dan sebagainya. Hehe, mungkin rakan-rakan bloggers lain macam Kak Zai (zainabzakaria.blogspot) dan "Abg" Bijen ~Abg sebagai tanda hormat anda lebih berumur, yang dengar2 macam otw, dan mungkin pasangan2 bloggers yang dah pun bernikah, sebelum upacara pernikahan berlansung, banyaklah entry2 berkaitan nikah dan kahwin dipostkan ke alam blog. Blog ni pula, taklah begitu serius... (?) . Tak terfikir nak bernikah dalam jangka waktu terdekat. Saya lebih suka dengan status Ustaz DOn ~ " I'm Single but not Available" . Ye dalam list, ada gadis2 yang menjadi pilihan hati, cuma belum ada rancangan untuk gerak ke next step sekarang!.

Tentang blog, minta maaf kepada semua yang follow blog ni, atau yang blog anda telahpun di-follow, ada masa-masanya, hamba Allah ni cukup rajin mengomen entry2 anda. Ye komen tu ikhlas sebab memang suka mengomen. Tapi lately, ada masa-masa tertentu saja, buka laman blog. Most of the time, FB dilayan. Antara sebabnya, perkataan lebih pendek dan perhubungan lebih cepat. Komen in very one second (betul ke english ni?). Apapun, blog-blog anda masih saya baca dan lawat untuk tengok perkembangan terbaru. Mana yang penting, macam blog Fuad Akmal, Ibnu Battota, dan blog-blog dalam list Must Read saya...

Pengajian,.. Sudah tiba ke hujungnya. Di FB (lagi), pakcik2 dan makcik2 yang bakal merampas scroll kosong dari Deputy Chancellor (as predicted), mula-lah mereka-mereka ni mengepos countdown timer tak bergerak, kena gerakkan sendiri. Maksudnya, okay, contoh hari ni 5 hari lagi. Status akan berbunyi (bertulis) begini ~5h lagi nak dok kat U** nih, bila kita nak gi makan Nasi Ulam Cikgu?~, 4 hari lagi pulak ~4h lagi, jom bowling.. eh cane sok ada paper~, adesss dan banyak lagi. Mungkin ada baiknya sebab ingatkan kawan2 tentang peperiksaan akhir yang bakal menjelang, tapi jauh di sudut hati, ia tersimpan satu makna lebih umum, tarikh kawan-kawan sepengajian, se-permakanan, se-perlepakan, se-permainan, se-perjongingan, dan "se-per" lain2 lagi. Bak kata School Dean (merangkap lecturer) kami, "You've to practice to eat alone, go anywhere alone, cos there's no more friends after this",.. lebih kurang begitulah katanya... hamba Allah yang berhati ais ni berkata "alah macam la pas ni takleh jumpa lagi :D ".....

Doakan saya, bak kata seorang sahabat, minta doa orang lain, dan doakan orang lain juga, untuk dimudahkan urusan final paper pada 28hb Jun ni (the most keras paper), dan dimudahkan Allah urusan ke IPB dengan jayanya. Tawajjuh kepada Allah dalam setiap perkara InsyaAllah.

Ingat untuk doa ya!

Bunga di Taman...

mereka ibarat sebuah taman kurniaan tuhan kepadamu.

1. mungkin mereka cukup bersih, terjaga dengan bungaan harum mewangi. mudah bagimu.

2. mungkin mereka sebuah padang kosong, tanpa bunga, tanpa pepohon. lalu tugasmu,mewarnai taman itu sesuka mu.

3. mungkin mereka taman penuh duri, semak, rerumput menumbuh tinggi, malah najis2 manusia membusuk. tugasmu, membersihkan, lalu tanamlah bungaan sesukamu.

lalu, jika belum punya taman bercucuk tanam, pilihlah yang subur, nescaya kerjamu mudah, biar lewat.

jika no 1 taqdirmu, jagalah serapinya, jaga ia dari rumput dan lalang, dari najis dan kumbang. jika terjadi jua, ia zalim mu!

jika no 2 izinnya, tidak mengapa, lalu mudah jua kerjamu, tanamlah sesukamu, ambillah benih2 yang baik, lalu kau lihat ia lebih indah, lebih cantik. jagalah ia dari rerumput, itu tugasmu.

jika no 3, tidak mengapa, masa masih ada. tuhan tidak melihat apa yang dapat, tapi dia melihat, lalu membalas, bagaimana kamu gunakan yang telah kamu dapat! semua di tanganmu!

~ilham dari fikir Abu Imam~

Followers