Bunga di Taman...

mereka ibarat sebuah taman kurniaan tuhan kepadamu.

1. mungkin mereka cukup bersih, terjaga dengan bungaan harum mewangi. mudah bagimu.

2. mungkin mereka sebuah padang kosong, tanpa bunga, tanpa pepohon. lalu tugasmu,mewarnai taman itu sesuka mu.

3. mungkin mereka taman penuh duri, semak, rerumput menumbuh tinggi, malah najis2 manusia membusuk. tugasmu, membersihkan, lalu tanamlah bungaan sesukamu.

lalu, jika belum punya taman bercucuk tanam, pilihlah yang subur, nescaya kerjamu mudah, biar lewat.

jika no 1 taqdirmu, jagalah serapinya, jaga ia dari rumput dan lalang, dari najis dan kumbang. jika terjadi jua, ia zalim mu!

jika no 2 izinnya, tidak mengapa, lalu mudah jua kerjamu, tanamlah sesukamu, ambillah benih2 yang baik, lalu kau lihat ia lebih indah, lebih cantik. jagalah ia dari rerumput, itu tugasmu.

jika no 3, tidak mengapa, masa masih ada. tuhan tidak melihat apa yang dapat, tapi dia melihat, lalu membalas, bagaimana kamu gunakan yang telah kamu dapat! semua di tanganmu!

~ilham dari fikir Abu Imam~

4 comments:

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.
Fuh. Bukan main sajak.. tangkap lentok. Tapi tang lewat tu kurang setuju sikit..

Tiga perkara janganlah dilewat-lewatkan.
1 Solat apabila telah masuk waktunya.
2 Pengkebumian jenazah
3 Mengahwinkan anak perempuan apabila telah ada sepadan dengannya.

:)

Ismi Ijmi said...

Wassalamualaikum.

salam buat kak long yang comel mata boolat.

"lalu, jika belum punya taman bercucuk tanam, pilihlah yang subur, nescaya kerjamu mudah, biar lewat.",

maksudnya, kalau dapat taman yang rosak pun, asal subur, tetap boleh diindahkan, tp amik masa laa..hehe

lentok ke ustaz?

fuad ansari said...

sy juga ada kefahaman yg sama macam ustaz ishak..

seperti yg tuan jelaskan, mungkin ayatnya harus ditukar kepada:
lalu, jika belum punya taman bercucuk tanam, pilihlah yang subur, nescaya kerjamu mudah, atau jika dapat taman yg rosak, indahkanlah, biar lewat." (",)

kalau dapat taman yg rosak, cuma kadang2 sedikit khuatir, mampu diindahkan atau tidak... (",)

Ismi Ijmi said...

:D

suasana berbeza, pemahaman berbeza.kawan2 pun kadang2 tak faham lawak saya,hehe.

btw, saya ada satu kebun tepi rumah, tiap kali balik berumput. kalau cuti seminggu, hari pertama tumpu cabut rumput.

hari kedua kalau malas dah nak cabut rumput, biar je ruput tu, gembur tempat nak tanam.

sambil2 cari benih (ubi/keledek/serai), kemudian tanam.

lama2 peranan rumput hilang ditutup dek pokok2 kita tanam tadi. tapi hati2, bila tak dijaga, rumput tu naik... :D

ikut kekuatan, kalau mampu, cabut sampai ke akar umbi,,,...hehe

Followers