Alhamdulillah,
Assalamualaikum. Menyambung siri. InsyaAllah tulisan-tulisan ini sekadar perkongsian berdasarkan ilmu yang sedikit pada penulis. Sekadar perkongsian untuk difikirkan bersama dan iktibar yang moga-moga diperoleh buat seorang hamba yang ada sifat "mahu" pada agama. Usaha agama dakwah-tabligh bukan suatu usaha atas tulisan,maka sangat sedikit ditemui tulisan-tulisan berkaitan usaha, dengan pelbagai hikmah. Itulah kehalusan usaha di mana seorang yang istiqamah akan diberi kefahaman untuk taat, walaupun yang ditaati itu tidak diketahui jaraknya.
_______________________________________________________
Usaha dakwah- tabligh adalah usaha berjalan dengan jalan ketaatan syura dan ulamak. Segala amal yang diusahakan adalah berdasarkan syor ulamak dan kepimpinan syura, maka di sini dinukilkan pengamalan usaha seorang lelaki "tabligh" dalam hal cara yang terbaik usahanya; andai tidak pun mirip-mirip terbaik. Pengalaman ini bukan saya, cuma disyorkan buat seorang daie yang setia pada urusan dakwahnya, beginilah atau mirip-mirip beginilah yang dituntut.
Pagi seorang daie adalah lebih awal dari yang kebiasaan lainnya. Kerana daie hidup atas nama agama, dan agama itu ada pada Nabi SAW. Bangun awal pagi untuk bertahajud, dalam keadaan berseorangan. Tanpa sebarang lampu dibuka, hadath diangkat dan dengan hati-hati munajat dilakukan. Bergantung pada ilmu seorang daie, amal dibuat dengan setulus yang mungkin. Doa perrmohonan buat keluarga dan saudara mara, rakan taulan dn kemajuan usaha di kawasan yang diusahakan, serta kawasan yang ditinggalkan. Doa dipohon dengan suara sebak dan tangisan dengan nama-nama disebut-sebut berkali-kali. Kadang-kadang sayu memikirkan orang sebegini sedang diakui bukanlah mudah menemui rasa ini melainkan ketika berada atas jalan Allah.
Subuh ditunggu dengan penuh adab, bacaan Al-quran sebelum subuh peneman diri. Adalah ditekankan kepada semua daie yang khuruj fi sabilillah untuk menjaga takbiratul ihram, maka bukan suatu yang menghairankan ada antara yang baru pulang dari khuruj secara tertib akan sedikit "syadid" dalam melaksanakan solat. Itulah pengajaran pertama yang diperoleh seorang daie dalam usaha ini, bukan pula penting khilafah, penting ukhuwah, penting ekonomi, kerana itu akan datang setelah lebih lama dalam usaha ini. Kerana itu yang baru ini diperingatkan tidak "josh" setelah pulang.
Setelah solat subuh berjemaah jemaah akan menyampaikan sedikit pesanan berunsur dakwah dan iman, khusus diterangkan mengenai usaha ini dan kepentingan khuruj di jalan Allah. Suka diingatkan dalam bayan akan disebutkan Islam secara sempurna tanpa menyentuh khusus dakwah sahaja, kerana itu seorang daie yag terkesan akan berusaha menyempurkan hidupnya bukan sekadar berdakwah,tapi bagaimana menjaga solat, meningkat ilmu, isitqamah zikir, menjaga hubungan dengan manusia, menjaga syarat penerimaan amal~ ikhlas dan kemudian barulah dengan kekuatan-kekuatan ini seorang daie maju ke langkah-langkah yang depan.
Seoang daie yang cemerlang harus bijak menyertakan niat, kerana itulah asas segala perbuatan. Niat yang mulia bagi seorang daie ketika bayan supaya agama dapat masuk dalam setiap jiwa umat Muhammad, kerja dapat dijalankan dengan istiqamah, dan kebesaran Allah dapat dimasukkan ke hati. Hati seorang daie berbisik dengan harapan supaya yang bercakap (pemberi bayan) mendapat petunjuk Allah dalam percakapannya, dan yang mendengar dapat tawajuh tumpuan sepenuhnya dengan rasa takzim akan majlis. Berharap agar majlis mendapat keampunan dan asbab petunjuk kepada sesiapa saja.
Tasykil~ seruan untuk beri nama kesediaan berkorban masa idsambut dengan berdiri dan mengangkat tangan mirip-mirip cara Ashabi Rasul ketika baginda membentangkan suatu keperluan agama kepada para sahabt, untuk berkhidmat menjaga kenderaan tentera Islam, berjaga malam untuk keselamatan, sehinggalah atas urusan peperangan dan menyambut tetamu yang datang ke Madinah.
To be continued…
6 comments:
moga Allah tetpkn kita buat ush agm ni sampai bila2..sm2 kita hdpkn ush dkwh dan bramal dgn ikhlas agar Allah redha dgn kita...amin..
IM:selamat sore.prktl,applylh kuchg..
InsyaAllah,amiin. huhu, taat mak,di ipoh saja kot.
ada juga seniior2 lepas praktikal di Singapore general hosp. haha,excited nak keje la tu
Assalamualaikum....
segeralah sambung....
dah pernah keluar 40 hari?
alhamdulillah.
kueng3, bajet aku penulis handalan cam Langit Ilahi kan,heh.
ia sekadar perkongsian.
Nak bagi nama lagi.
Hafiz, 4 bulan IPB, Januari 2011!
Post a Comment