Showing posts with label Purdah. Show all posts
Showing posts with label Purdah. Show all posts

Istilah Tabligh



Alhamdulillah

Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai. (HR Tabrani dan Majma uz-Zawaidi)

Assalamualaikum. Huh, agak kontroversial mungkin tajuk Istilah tabligh. Tapi oklah sebab bila guna perkataan tabligh mudah sikit. Tabligh/menyampaikan adalah sifat nabi. Dan sifat nabi adalah akhlak nabi. Sesiapa yang cintakan nabi,maka itulah akhlak yang sepatutnya ada dalam diri. Disemai dengan belaian iman, siraman syariat, dan dituntun akhlak dan budi. Mungkin ada yang terbaca entry2 di blog ni menggunakan bahasa atau perkataan yang jarang terdengar. Begitulah, kalau istilah medic, IVU,MVA, Gauge, dan entah segala perkara lagi pastilah tidak diketahui melainkan orang yang terlibat dengan perubatan. Istilah lead gown, collimation, gantry, dan segala mungkin mudah bagi yang belajar kan? Jadi istilah "tabligh" ni orang2 tertentu saja mungkin yang tahu. Jadi dibawah disenaraikan beberapa yang mungkin jarang2 disebut,dan mksudnya berdasarkan pemahaman saya.

karkun : maksudnya pekerja, rasanya istilah Urdu. Sila rujuk pakar. Merujuk kepada pekerja2 agama,yang datang2 dari rumah ke rumah. Takde upah dan pangkat. Semata2 kerana Allah,InsyaAllah.Maulana Ahmad Lat di ijtimak M'sia minta karkun guna perktaan "sathi"

ijtimak : perkumpulan karkun2 secara besar-besaran. Istilah "Jhor" membawa maksud sama. Ia dibuat berdasarkan bulanan,setiap sem (bagi Uni atau kolej), tahunan, dwi-tahunan, berdasarkan keperluan agama.

bayan : maksud sama dengan ceramah/tazkirah/usrah umum dan semakna. Cuma dikhaskan untuk bawa fikir kepentingan berdakwah dan amal-amal yang ditaklifkan dalam dakwah.

elders : orang-orang tua dan lama dalam dakwah. Merujuk kepada ulama2 di Nizamuddin,markas dunia. Karkun2 atas Bumi ni terima arahan teratas sekali dari Nizamuddin. Tabligh dan amalan2 tertaklif adalah berpandukan ulama. Mereka tidak merka2 tertib atau membuat hukum.Semuanya termaktub dalam hadith. Tanyalah apa jua pun, pasti bersabit ataui berqiaskan hadith dan ayat Quran. Dan bukan pendapat perseorangan,melainkan mesyuarat.

mahalla,halqah,markas : pusat mesyuarat. terbawah sekali mahalla>halaqah>markas zon>markas negara>markas Nizamuddin .Applied di setiap negara.

khususi,ghast,ziarah,jaulah : sekali harung,merujuk kepada ziarah manusia,mengajak kepada pencipta. Cuma kaedah berlainan antara khususi dan ghast/ziarah/jaulah.

masthurat : asal perkataan Arab, bermaksud "yang terjaga". Merujuk kepada karkun2 perempuan/karkunah. Apa saja lah...juga ahlia ~ isteri karkun.. Selalunya guna nama suami untuk perkenalkan diri.. Contoh AHlai Nizam,Ahlia Ishak, Ahlia Ibnu Mutalib (oppps...)

rahaba,mutakallim,istiqbal,dan banyak lagi.. Adeih. Try email Azharjaafar313, Ziarah76 atau Fuad Ansari, mereka suka benda camni,heh. Bab2 Agama dan fiqh berkait tabligh (purdah,masthurat,khuruj,ect) , rujuk Ustaz Al-Alorstari, atau Ustaz Ishak. Yang muslimat, malu? Sila hubungi by email kak2 nih... Kak Umu @ Ahlia Ustaz Ishak, Cikgu Sue, Alia Azuan, dan Ahlia Nizam.

Sebenarnya ada sebuah buku bertajuk khuruj fi sabillillah, dalamnya InsyaAllah ada istilah2 tabligh di glossari. Boleh saja saya belikan dan sampaikan melalui pos. Rujuk "Contact" atas sekali blog. Boleh didapati di Masjid Sri Petaling.

Sebut pasal buku, di Malaysia Raya, jarang2 sekali buku2 dakwah diterbitkan. Yang ada hanyalah buku2 hadith Muntakhabah, dan Fadhail A'amal. Method dakwah meliputi kecintaan kepada Allah dan meraikan sunnah Rasulullah,maka ia tak mampu diungkap dalam sebuah buku. Susah sangat. Buku Indonesia tu, hanyalah sebahagian saja,dan bukanlah keluaran rasmi ulama dari Nizamuddin.Ia hanyalah berdasarkan hikmah ulamak2 dakwah di Indonesia yang dengan pekerti mereka amal2 dakwah diterbitkan dalam sebuiah buku. Itupun, tertib2 dakwah berubah mengikut keadaan dan iman karkun2 secara seluruh.

Taklifan Daie 20 tahun lalu tak sama dengan sekarang. Dan mungkin lima tahun lagi tertib akan berubah.Maka elders tidak berminat menerbitkan buku2 tertib dakwah. Yang keal hanyalah hadith2 Nabi SAW,maka buku Taklim 60 - 70 tahun lepas masih terpakai, sehingga bila?Wallahua'lam. Hingga Kiamat mungkin.

Buat yang mengenali dakwah tabligh melalui internet, maka mungkin tidak merasa apa itu dakwah yang sebenar. Dakwah kami (baca : kita) meluas dari segala segi. Tandas juga boleh jadi medan amal dakwah kami (baca : kita). Banyak persoalan2 yang terbenak diufikiran bagi sesiapa saja, bahkan saya sendiri. Hakikatnya rujuklah yang a'lim. Laskar2 bawahan sepertiku takkan mampu merungkai persoalan2 kalian seluruhnya. Kita hamba Faqir yang bakal bertemu sang Pencipta. Entah gagal memepertahankan amal2 tangan ini jika benar salahnya.

Tentang tabligh, doakan hamba tsabat (pinjam word dari "Here It Goes") dalam tarbiyyah para ulamak ni. Semoga juang yang sedikit ni ada kiraan di dalam hitungan ALlah hendaknya. Rindu sangat bertemu Allah dalam keadaan jasad ni dalam lindungan tarbiyyah. Doakan ya!

Istighfar.. Wallahua'lam. Wassalaam





Ayyuhal Muslimat!

Alhamdulillah...

Assalamualaikum, siri tulisan Apa yang saya buat masa keluar terpaksa di tangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Semoga yang sedikit tersebut dapat say abaca dan fahami, dan amalkan sedikit-demi sedikit. Wallahu muaffiq. Sekarang terdapat beberapa takaza untuk fikir atas pelajar-pelajar perempuan di university, bagaimana perempuan juga dapat digerakkan untuk maksud dakwah cara Nabi. Kini kita lihat terlalu pelbagai golongan dan NGO yang terdiri daripada para muslimat, dengan metod-metod tertentu. Sudah diketahui, peranan muslimat dalam agama, sejak dari zaman para Nabi a.s. sehinggalah ke zaman sahabat r.a. Jadi bagaimana tenaga Muslimat dapat digerakkan secara sunnah?

Entry ini tidak berniat untuk mengecilkan usaha mana-mana pihak, sekiranya anda rasa apa yang dibuat betul berdasarkan pertimbangan syarak, maka teruskan.

Mustahak Usaha Masthurat dalam Dakwah

Tahukah anda Masthurat perlu dilibatkan dalam usaha dakwah? Telah diciptakan manusia lelaki dan perempuan, dan telah dibezakan antara satu dengan yang lain. Sebagaimana Allah s.w.t. telah menciptakan jari telunjuk dan ibu jari menurut kehendaknya, maka kegunaan keduanya menjadi perkara berbeza. Ibu jari boleh melakukan beberapa perkara yang boleh dibuat telunjuk, tapi pasti ada perkara yang sepatutnya dibuat oleh telunjuk tidak mampu dilakukan sempurna oleh si ibu jari. Begitu juga sebaliknya. Kehendak Allah begitulah terciptanya lelaki dan perempuan.

Kesemua umat Muhammad S.a.w. telah diperintahkan untuk melakukan dakwah dan usaha atas agama ke atas diri dan orang lain. Persoalan, adakah pelaksaan tugas keduanya sama? Sekiranya tidak sama, maka bagaimana kaum hawa harus menjalankan tugas mereka dalam agama? Adakah terdapat sunnah zahir Nabi s.a.w. melakukan dakwah yang juga ditafsirkan sebagai perbuatan untuk wanita. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan jantina Nabi s.a.w. adalah lelaki, dan belum pernah ada perempuan yang dilantik sebagai nabi?

Oleh yang demikian para ulamak telah menggariskan beberapa perkara untuk suatu usaha dapat dilakukan oleh para perempuan Islam, supaya perempuan juga dapat mendekatkan diri kepada Allah mengikut garis agama, sebagimana para lelaki mengikut sunnah Nabi s.a.w. Penggarisan ulamak adalah berdasarkan amal para perempuan yang disebut dalam Al-Quran dan hadith. Anda kenal siapa ibu Nabi Isa? Siti Hajar, di mana pula medan usaha yang diperintahkan kepadanya? Siapa pula isteri Firaun yang menjaga Nabi Musa? Cuba sebutkan siapa ibu susu Nabi s.a.w, siapa ibu Saidina Ali k.w. merangkap ibu angkat Nabi? Mari lihat bagaimana isteri-isteri Nabi s.a.w. di”guna” kan Nabi s.a.w. untuk agama. Tidakkah cukup contoh mereka untuk seorang Muslimah menjadi sempurna?

Ambil kisah mereka sebagai pengajaran, maka anda akan mendapat cukup contoh dalam mengisi hari-hari seorang Muslimah yang dikehendaki Allah dan dikehendaki Nabi s.a.w.

~Suatu ketika Isteri Imran telah meniatkan anak yang bakal lahir untuk diwakafkan kepada agama. Setelah lahir yang diperolehi adalah anak perempuan. Diberi nama Maryam, setelah cukup beberapa ketika, maka dibuat undi siapakah yang bakal memelihara perempuan mulia ini. Taqdir Allah maha hebat, yang menjaganya ialah seorang Nabi yang mulia dan luhur,Nabi Zakaria Alaihissalam.

Kemuliaan sang puteri ini,diletakkan di mihrab ~ suatu tempat seperti telaga, yang pintu masuknya dari atas. Kunci pintu hanya terdapat pada Nabi Zakaria. Beginilah ia dididik, tersimpan di tempat sempit dan kosong dari dunia. Lihatlah di mana kemuliaan perempuan mulia ini, bila ia diuji dengan kelahiran Nabi Isa, dan mendidik anak mulia ini menjadi insan agung. Sabar dalam segala hal, tabah dalam hal dakwah. Ya Allah, inilah tangan yang menggoncang dunia…

Continued…

Kami sokong Akhawat kami berpurdah!!!

Baca sini :

Ban the Face Veil?? ~ by who practice niqab istiqamah-ly

MAHAGURU and Purdah issues
~ by MAHAGURU

Pujian untuk rakyat Kelantan yang jaga amal ~ by Penyokong PAS

Assalamualaikum. .. sekadar berkongsi pendapat..
saya jenis yang jrg baca paper,sebba dalam paper cuma ada isu politik,isu bunuh-rogol- culik,dan gambar2 model perempuan yg cun2 dan menarik hati( :->)tapi kdg2 baca juga.. ditaqdirkan saya terbaca paper Syeikh Azhar Tantawi yang ingin mengharamkan purdah/niqab/ penutup muka ppuan di Universiti Al-Azhar..

itu di sana...

tiba2 terbaca pula yang TGNA akan mengharamkan purdah atas sebab2 keselamatan, dan terkelar pula yg purdah bukan amalan Islam,tapi amalan bangsa(arab) ..

saya tak pandai,tapi itulah suara2 yg kita dgr(baca) sendiri dr pemimpin2 politik bernama parti Islam.. oleh kerana saya bukan ulama,jd tak boleh komen.. cuma nak bw anda semua utk fikirkan pkr ni.

lepas raya lalu,saya pulang dgn bas transnasional Lumut-KB bas siang. Selang satu line kerusi ada muslimat berpurdah + tudung labuh hitam. selang satu kerusi ke blkg kiri pula ada muslimat bertudung labuh,tp tutup wajahnya(comel la gak=ternampak) dgn tudung yg sedrhana besar.

mereka2 dua2 dr Perak,dan turun di KB.samapi2 di KB,mla cr kwn msg2 yg mmg pattern dan warna pakaian yg sama.yg berpurdah td,jumpa kwnnya yg berpurdah,yg bertudung besar dgn rakan yg sama2 bertudung besar juga(mungkin sekolah sama).kami bertiga ke haluan sendiri.

cuba anda fikirkan,yg bertudung besar pun tak selesa wajahnya(yg comel) dilihat lelaki bkn mahram. kesian saya kalau yg berpurdah td dilarang,(haram plak),utk pakai pakaian yg dia selesa.

ada satu cth kaedah Usul fiqh yg pernah saya belajar dr ustazah w/pon tak faham sgt... "semua itu halal melainkan yg telah distate haram oleh Al-Quran dan Sunnah" ..
di negeri srambi mekah,special bbanding ngan negeri2 lain.. sebba kit dgn mudah jumpa du jenis ppuan nih:

Purdah: konfem tak haram. dan sesetengah ulamak kata ia sunnah para ummul mukminin dan muslimat2 zaman salaf.

baju ketat,seluar ketat,nmpak ... dr blkg: konfem haram,dan asbab kes2 anak luar nikah dan aids yg makin ketara di Kelantan(tiada stats,rujuk hospital USM)

cuba anda tanya kenapa yang berpurdah tetap berpurdah: sunnah isteri2 nabi,selesa, jaga pandanagn lelaki,ect.. .

kenapa yg ketat tetap ketat(short word): sunnah artis2 hollywood,bollywood ,selesa,sejuk mata lelaki memandang,ect. .ect..

hmmm,fikir2kanla. .

p/s:kalau boleh saya nak minta bakal isteri pakai purdah(bila kawen nnt,Insya Allah)!


Followers