Ayyuhal Muslimat! II

Alhamdulillah,


Ada beberapa lagi kisah yang sehampir sama. Maka begitulah kehidupan seorang Muslimat,dan tertib sebegini tidak akan berganti, kerana tugas seorang Muslimat adalah di rumah, mendidik anak menjadi mujahid, mua’llim, daie dan daieyah, hafiz dan hafizah. Suasana agama boleh diwujudkan dengan tangan seorang ibu,dengan pujuk rayu serta tengking marah sang ibu. Ini akan berlaku walaupun kepimpinan berada di tangan sang ayah. Tugas ayah membawa meseja dakwah dalam keluarga, dan ibulah yang melatih dan membentuknya. Ramai A’lim dating dari keturunan baik sang ayah, dan kesolehan si ibu.

Maka tersedik di hati, di mana peranan ibu dalam dakwah, kiranya muslimat lebih utama di rumah.

Dakwah dalam rangkuman yang sangat luas. Bukan sekadar di medan penuh manusia, bukan juga di kawasan-kawasan dan suasana-suasana tetentu sahaja. Namun dalam mendapatkan roh dakwah, maka seseorang harus mengetahui dan mempelajari tertib-tertib dakwah yang digariskan ulamak berdasarkan hadith. Seorang lelaki tidak boleh tidak perlu keluar dari kawasan dan pergi ke tempat-tempat tertentu dengan itu jaulah dapat dibuat dengan orang-orang selain mahalla nya, selain berusaha di kawasan masing-masing.

Begitu juga seorang Muslimat, sedang solat di bilik suaminya itu berganjaran besar (mafhum hadith), sedang tinggal di rumah itu adalah usaha menjaga kemuliaan, masih juga tenaga seorang Muslimat amat diperlukan untuk usaha tabligh, menyampaikan agam kepada yang belum mengetahui, mengkhabarkan agama kepada yang sedang lalai.

Maka Muslimat telah di-tertibkan untuk melaksanakan dakwah, tanpa melupakan dirinya itu harus terjaga dari pandangan lelaki (haram melihat perempuan itu, bukan haram melihat aurat saja, tapi melihat tanpa sebarang keperluan, juga adalah termasuk). Bukanlah tugas Muslimat untuk menyampaikan agama dengan dating menziarahi dari rumah-ke-rumah seperti yang dilakukan para Nabi. Tiada jalan seorang Muslimat untuk hadir dalam medan jihad, melainkan untuk hal-hal yang dibenarkan iaitu mencuci luka dan menyediakan makanan.

Maka ternyata dalam usaha agama adalah usaha yang halus, kemuliaan seorang perempuan tidak tercalar jika mereka terlibat dalam dakwah. Persoalannya,bagaimana?

Continued…

3 comments:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan,
Perenggan prtama salah taip: dating=datang (itu ke mksud tuan?)

(x smpat baca hbs, insyaAllah akan dtg blk)

Bijen M. said...

Dakwah kena bermula dari rumah.
Dari situlah kita berasal lalu keluar menjadi seorang daie di atas muka bumi Allah SWT.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Oh, x trcalar,insyaAllah. Malah kmuliaan wnita tu lbih tggi jka dpt buat usaha dkwh. Ptut kaum wnita kna rsa syukur bila dpt buat usaha ni.walaupun brada di rmh, ia akan mmbawa impak mksima yg trsndiri utk suami, fmili & sluruh alam. dgn syarat: jaga amal & sgala segi.

Suami yg btul2 fhm dgn usaha ni,biasanya takkan paksa2 isterinya brenti keje, biar Allah yg kasi fhm pd isteri tu, itupun kalau dia nak istri dia dduk rmh...tp ikram msti ada. Slow2, pujuk pelan2, doa mlm2..kalau isteri tu dpt jaga amalnya dlm masa bkrja,suami pun x kisah, x jd mslh. tp bgaimana pulak dgn prgaulan di tmpt keje, prhiasan yg dipakai...dpt x jaga smua tu? kalau dpt, mmg tabik!!!Khulasahnya, smua tu brgantung pd diri la ye.

Bila dduk dlm rmh, x smstinya kita x keluar rmh spnjg zaman. Boleh histeria la kot kalau cmni eh. Smbil siram2 pokok tu, jumpa jiran apa salahnya kita tegur dulu, bg salam.ikram sikit...buat hbngn dgn dia, pstu ajak dtg rmh, buat mkn2 ke..smpai dia boleh terima kita.pastu senang la nk masuk2.Tiap2 kali suami buat gasyt@ 2 jam stgh, spatutnya istri pun kena pulun jugak kt umah. bkn msa tu main tenet @ tengok tv, tp usaha utk buat amal..spya ada ruh & kesan pada usaha suami kita tu.
Shbiah2/istri2 nbi smuanya brlumba2 nk jd daie. Kpntingan agama msti dikehadapankan brbnding kluarga. Bkn nk lari dr tggungjwb, tp sbb printah Allah. Mreka ykin, dgn usaha dkwh Allah bg kemuliaan pd mreka bkn sj di dunia tp di akhirat.

Wallahu alam.

Followers