Alhamdulillah,
Assalamualaikum. Sambungan Ayyuhal Muslimat I dan II sekadar perkongsian. Ia mungkin benar dan mungkin salah. Kiranya terdapat kesalahan,maka izinkanlah diri ini mengedit entrynya. Tegurlah dan tegurlah dan tegurlah. Ana faqir, sedang Allah itu Maha Suci dari segala kesalahan. Bersalahn dia dari segala kesalahan. Dan kufur bagi siapa yang menyalahkan Tuhan. Wallahu Muaffiq
_____________________________________________________________________________________
Ulamak telah menggariskan beberapa tugas Muslimat dalam kondisi dakwah menurut Sunnah
1. Menggalakkan suami atau mahram keluar jalan Allah atas maksud dakwah/ jihad peperangan jika ada
2. Mendidik anak-anak supaya menjdai mujahid di medan ibadah, dakwah dan peperangan.
3. Membentuk rakan-rakan muslimah agar taat kepada suami dan taat kepada Allah.
4. Membentuk suasana agama dalam keluarga.
Dengan adanya perkara-perkara demikian, maka bi'ah solehah (suasana kebaikan) adalah suatu yang bukan angan-angan atau sejarah. Perempuan-perempuan keluarga Kandhalawi amat kuat berpegang kepada agama, sehinggakan ketika masuknya Ramadhan, perempuan-perempuan mereka membaca/menzikirkan Al-quran sehingga tidak sedar kiranya ada pencuri masuk kerumah.(baca Aap Beti).
Drama Hindustan, Amerika Selatan, dan Korea rata-rata diminati oleh para ibu, yang secara tidak langsung meng-induce anak-anak dan suami menonton bersama. Sekiranya ibu berupaya mencipta iman di aman ia tidak berlaku, maka seluru keluarga adalah sumber kekuatan Islam. Makanan yang baik diuruskan oleh ibu, sekirany ibu itu beriman dengan iman yang sahih dan beramal soleh, maka pasti ada doa-doa dan harapan ketika tangan menggaul adunan. Fikir agama dan dakwah amat diperlukan untuk hadir dalam hati ibu ini. Makanan yang baik adalah makanan para Nabi dan para wali!
Sentuhan kata-kata semangat seorang isteri amat diperlukan ketika si suami lemah di medan dakwah. Tanpa keluar dari rumah, si isteri yang solehah bakal mengeluarkan seorang lelaki gagah dlaam dakwah. Berpesan kepada suami ketika lemah,amat menyentuh hati seorang lelaki. Jika isteri merayu untuk keduniaan,itulah yang dieproleh. Namun jika si ibu terdidik dengan dakwah, maka dari dalam garis pintu suara itu bakal menggoncang dunia. Lihatlah kemuliaan Siti Khadijah ketika memenangka suaminy tika pulang dari Hiraq!
Didikan ibu amat terkesan buat seorang anak. Dari rahim yang suci, amalan-amalan ibu bakal memberi kesan akan bayi yang dilahirkan. Doktorkah dia, pencurikah dia, atau ulamak agung kah dia? Didikan ibu bemula dari dalam kandungan. Kiranya ibu lalai dari mengingati Allah ketika mengandung, maka Wallahua’lam apakah hasilnya. Dan usaha ini berterusan sehinggalah si manja lelaki bergelar lelaki dewasa, dan si manja perempuan dinikah suaminya. Dalam jangka yang panjang, tugas isteri laksana matahari yang menyinar hati-hati anak-anaknya.
Maka perlukah si isteri keluar dari rumah?*
Continued…
___________________________________________________________________
*maksud penulis, untuk menjadi seorang daieyah berjaya, sangat bercukupan untuk berada di rumah sahaja. Tanpa mengorbankan prinsip asal Islam, menjaga dan melindungi perempuan Islam dari terlihat lelaki Ajnabi.
1 comment:
Salam..
Stuju. Brada dalam rmh itu lbih aula bg si isteri. Lbih slamt dr fitnah dunia.Saidatina Asma' r.anha pernah tnya Rasulullah: kaum lelaki telah mndahului kami dlm urusan agama. mereka mndpt pahala yg byk krna mereka dpt solat jemaah di msjd, kluar di jln Allah dll, sdgkn kami wanita hanya brada dlm rmh..kamilah yg melayan para suami, mnjaga anak2 mereka, mnyediakan kprluan utk mereka dll.. lalu rasulullah brsbda bhwa wanita juga akan mndapat pahala yg sama sbagaimana suami mereka perolehinya.
InsyaAllah, smoga kita dpt mngambil panduan & iktibar drp sunah nabi & sirah para shbt/sahabiah r.anhum. Wallahu alam.
Post a Comment