Ayyuhal Muslimat! Closing...


Alhamdulillah. Assalamualaikum,sekadar menyimpulkan tulisan Ayyuhal Muslimat 1, 2, dan 3. Hamba Faqir ini berharap wahai muslimah pembaca tulisan ini agar berjaga-jaga di medan dakwah. Jagalah wajahmu, tubuhmu dari terlihat lelaki tanpa haknya. Engkau permata tersimpan dan bukan dinding tayangan! Dirimu punya potensi untuk dakwah sekiranya betul cara dan betul pula jalannya. Allah menghendaki yang terbaik buatmu, kerana itu kamu adalah wanita!

Sudah tercipta wanita dan laki-laki itu berbeza,maka pasti berbeza pula tugas dan kerjaannya. Tanggungjawab sudah terbahagi maka kini bukan mencipta yang baru. Tiada inovasi dalam agama, melainkan apa yang terselamat dari fitnah Syaitan! Dan ketahuilah wahai Muslimat, Fitnahmu buat kami para lelaki lebih besar dari dajal yang bakal keluar.

Lihat Fitnah Wanita I dan Fitnah Wanita II

Tubuhmu adalah fitnah, wajahmu fitnah, suaramu fitnah, malah namamu jua fitnah buat kami!
Jagalah dirimu, maka engkau akan terjaga di dalam pemeliharaan Dia. Siapa yang dipelihara Dia, maka tiada sesiapa yang boleh menggugat! Wahai Muslimah,jagalah dirimu,kerana engkau modal kepada lahirnya pejuang-pejuang Islam! Wahai Muslimah jagalah dirimu, kerana engkau modal kasih sayang tuhan! Wahai Muslimah, jagalah dirimu, kerana Dia berjanji dengan ganjaran yang besar buatmu yang Taat! Wahai Muslimah jagalah dirimu, kerana engkau bakal jadi penghulu kepada semua isteri-isteri kami di “sana” nanti!

Ihfazillah, yahfazka!

Wallaha’lam, Assalamualaikum.

4 comments:

mhd frds said...

tuan mulia,saya masih kurang terang dengan yang dimaksudkan fitnah.apakah yang dimaksudkan fitnah yang sebenar?kerana sering kali manusia lain mengingatkan saya bahawa berdamping bersama perempuan sebelum nikah merupakan fitnah maksiat.

jazakallah khayran..

Bijen M. said...

Aaa.
Nak kena kahwin cepat-cepat ni.
Haish.

menusuk hati said...

doakn sy cepat2 khwn ya..

tuan blog said...

mf'aushssn
tuan yang dimuliakan,
fitnah maksud umumnya ialah ujian,.. bersama perempuan tu, sama ada berdua, atau beramai2 tanpa tujuan yang disahkan syarak, merupakan ujian kepada iman,.. sama ada ia dirasai atau tidak. nak rasa iman tu kena belajar dari orang yang usaha atas iamn InsyaAllah...

bijen; aku menuggu

saiful; amiiin

Followers