Showing posts with label Fitnah Wanita. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Wanita. Show all posts

Entry pun Ada 3in1?




Alhamdulillah.

Assalamualaikum sahabat seiman, seagama, sebahasa, atau sekurang2nya sedunia. Dalam kekalutan meniti hari-hari penuh runsing dan jiwa yang mudah kacau ni terasa nak menulis (baca : menaip). Ada beberapa perkara yang aku fikir perlu ditulis buat tatapan pengunjung blog. Dalam keadaan baju yang belum sempat dibasuh, tilam terletak di lantai unt
uk menikmati rasa kipas syiling semaksimum mungkin, dan bilik yang agak membuatkan rumet rasa rimas, aku mula menukil...

Kadang-kadang apa yang kita fikir, sebaliknya pula berlaku

1.Bayan Markas oleh Jemaah Mesir

Alhamdulillah,syukur sangat2 sebab diizinkan ALlah untuk hadhir markas dan dengar bayan maghrib jemaah Mesir. Mutarjim Ustaz Khairul Anuar,
bayan dimulakan dengan ayat-ayat Al-Quiran berkaitan kekuasaan dan rahim Allah. Memang syok dengar. Benda dah dengar berkali2,sejak mula dikenalkan dengan usaha tabligh,ayat sama je. Cuma perasaan berbeza. Kebesaran2 Allah disebut satu persatu berdalil Al-Quran.

Kemudian masuk bab Mas'uliyyat (tanggungjawab). Dakwah sebenarnya tanggungjawab seorang muslim dan mukmin. Ia hadiah dari Allah buat akhirul ummah. banyak lah lagi.. Ni kes tak rakam dan tak salin,so tak dapat nak memandai2.

Wajib ada sesi taskil. Tang ni beliau(pembayan) berdiri dan mintak azam. Mula2 setahun. Kemudian IPB,kemudian jalan kaki 2 bulan. Di sini kami dikhabarkan sekarang lebih 60 jemaah jalan kaki di Mesir. Hosni Mubarak dah kene down, so jemaah lebih mudah buat kerja.Jalan kaki meredhakan kemarahan Allah. Jamaatul aqdam katanya. Wajah bersih beliau sambil jari telunjuk dan jari tengah denagn isyarat berjalan. Seronok Omar Salad Elmi hari tu,heh.

INILAH YANG BERLAKU APABILA KERJA DIBERI PADA ORANG YANG SEPATUTNYA.

Mereka akanb bersungguh2 dalam melaksanakan takaza2 agama, mirip2 sahabat yang majoritinya Arab menyahut seruan Nabi saw. Maka siapa lagi yang lebih sempurna kerjanya melainkan manusia2 yang sudah ada bakanya.

Bayan berakhir dengan targhib 5 amal masjid. Pentingnya amal masjid dan kesannya bila dapat dilakukan denagn tertib. Dalam bayan sesi taskil nampak sangat pak Arab ni respect orang India dan Pakistan.Kemunginan1.dia dah bese keluar IPB,2. kesan ikram ulaamk Nizamuddin kat rang 2 Arab yang pergi mana2 pun akan dilayan sebaik mungkin.... (teringat karkuzari kerabat Saudi keluar 40H)
2. Kisah Jhor USMKK

Alhamdulillah, terasa ingin sangat berkongsi rasa suka bila jhor kami di kampus berlansung dalam keadaan yang baik. Sebenarnya beberapa hari lepas aku didatangi rasa risau yang amat sangat. Dalam keadaan kurangnya khususi dek kesibukan beban sebagai pelajar, kesibukan amal2 infiradi, tanggungjawab sebagai seorang sahabat, dan kurangnya
yang dapat taufiq untuk beri masa, maka usaha sebelum jhor agak jauh dari sasaran optimum. Yang mampu kulakukan hanya doa dan terus berdoa. Bagiku biar tak sanggup memujuk manusia agar jangan lupa memujuk Tuhan.

Tapi alhamdulillah berkat amalan taklim dan doa yang Allah terima dari manusia2 yang ikhlas, kami dapat usahakan untuk jumpa seramai mungkin dihari2 terakhir sebelum jhor. Dari bilik ke bilik.

Memang bukan sesuatu yang mengejutkan kalau bilangan yang hadhir jhor adalah ramai,sebab tu yang perlu terjadi, bagi aku it's a must. Cuma membandingkan usaha kami dan bilang2 langkah yang mampu kami tapak sepanjang minggu belakangan buat aku sedikit risau dan tak senang. Usaha peringkat halkah dan markas, jemputan semuanya dibuat dengan sebaik mungkin. Cuma di bahagian jemputan kurang mampu dibuat sebaiknya.

Kehadiran Prof Omar (USM) bagi bayan ~ keluar masthurat di Kelantan tambah menggamatkan suasana Jhor yang memang sedia panas. Alhamdulilah berkat usaha dan doa semua yang berusaha dan berdoa, maka Allah zahirkan bayan yang cukup menarik. Tentang usaha kenabian, dan ia adalah tanggungjawab. Nak taip satu2 isinya mungkin perlu di entry lain. Apa2pun isi semuanya sama,cuma pembayan,suasana, dan orang yang mendengarnya saja yang berbeza.

Alhamdulillah atas pilihan Allah beberapa 1st yr yang azam lemah dapat dikuatkan,yang baru 1st tyme duyduk bayan fikir mula berjinak2, dan yang denagr bayan dapat ditaskil ke markas. InsyaALlah minggu berikutnya kami khuruj 1 hari. Doakan...

~lupa nak bentang takaza Dr Adnan (syura kelate) pesan ,sebab dia tak dapat hadhir Jhor

3.Kisah Abang Sufiyan (Abang Pyan) nikah ~dan aku juga

Alhamdulillah Jumaat 18/3/2011 abang sefikir seusaha aku nih dijodohkan ngan Maisarah bte Nik Naziman. Dua beradik dari pihak perempuan kahwin serentak,cuma lelakinya lain,mdan akad nikah dibuat tarikh berbeza. Tak habis lagi bayang2 abg Saiful (menusuk hati) nikah di Kedah, hangta terbawa ke pernikahan Abang Pyan. Cuma tak dapat hadhir kerana selisih denagn tarikh Jhor. Tahniah buat pasangan. Tahniah juga Prof Nik sebab dapat menantu dua2 ex-student USM, dan kedua2nya karkun tip-top markas,hehe. Majlis jamuan ringkas je, kos tak banyak mungkin. btw,sempat jumpa wanita2 berpurdah (sek2 ninja kata junior aku)
..hehe,funny...Kalau ada aku upload, tapi tak dapek la plak,hehe. Moga zaujah aku satu hari nanti diberi taufiq .


Aku pernah dipesan seorang abang yang aku respect,katanya anak karkun ni tak semestiunya dapat bantu kita buat kerja. Pilih yang solehah, biar bukan anak karkun pun. Tapi oklah sebab pengantin perempuan dan lelalki diatur orang tengah. Bukan niat tapi sudah tertulis. InsyaALlah dua sayap sudah terbina,boleh terbang jauh2.

Terkedu jugak bila sentuh bab anak karkun atau tidak,sebab terbaca di sebuah blog kawan lama (ni muslimat) tentang artikel akhawat kene pilih ikhwah (kes usrah la niiii). Setahu aku dalam usaha dakwah tabligh ia tak berlaku, bila isteri taat,fikrah apapun si suami, isteri kene ikut. That's one of the reason usaha banyak tertumpu kepada lelaki, dan perempuan usahanya terjaga. Kes ni dah jadi pada seorang usatzah yang suaminya diberi taufiq untuk wat usaha masthurat.. jaga2lah ye muslimat!

Juga dalam title yang sama, aku tergamam bila ditanya seorang lecturer karkun (jumpa di markas)

Dia: anta dah kahwin?
Aku: belum
Dia: anta nak tengok calon?
Aku: (errrkkkk,tergamam. Dah la satu kes baru nak reda) maaf doktor, saya nak habis belajar dulu, IPB dulu (nak je tambah kene ada keje best2, gaji besar, kete besar, baru boleh berbini kan?hehe)
Dia: tengok je,taknak ke?
Aku: takpelah doktor
Dia:okaylah,InsyaALlah.

~~~TAMAT Perbualan~~~

Adeih,sepanjang jalan aku fikir mende ni je. Kalau ada sapa2 nak bagi pandangan bernas sila komen ya. Aku perlukannya. Aku tahu kene cakap InsyaAllah atau boleh je, tapi sebab sesuatu... aku tak mampu cakap. Nak istikharah pun tak sempat kan,hehe. kalau anda (lelaki) dalam kasut aku,anda akan tahu. Last2 aku tulis kat blog. Rasanya dia tak baca blog nih,heh. Btw kalaunada tawaran lagi, mungkin akan cakap YES,hehe. Seronok jadi lelaki.... Alhamdulillah.

Bak kata Saidina Ali, "yang ditaqdirkan buatmu adalah terbaik untukmu" . Banyak hadith semaksud dalam Muntakhab Ahadith bab Kalimah Tayyibah. sila rujuk2 ya!

Sekadar ni karkuzari yang amat2lah teringin diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Niat asal tak mahu dipublish, tapi apakan daya seornok publish2 nih... :-)

Wallahualam.Wassalam.


Adakah Dia Merinduiku?

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Entah beberapa hari, hampir seminggu waktu tidurku kian tidak teratur
Hari mula semakin panas berbanding hari-hari biasa
Badanku asyik lemah
entah Che' Nin mana yang datang mengganggu aku tak tahu
kadang 2 terfikir untuk ku angkat hp
hubungi bonda
biasanya bila aku stress
tapi entah berat kali ni, baru ku hubungi mungkin

Entah tiap pagi aku gagal datang lebih awal ke klinik
badan rasa lemah dan kurang tenaga
lama aku tak merasa radix cafe ~ baru teringat
otakku yang selalu kuguna menulis sangat payah lagi membina kata






Menurut jalan coursemate ke kafe
longlai rasa, tak berselera
senyum buat2 yang selama ini aku aplikasikan gagal ku-kuntumkan
beberapa hari ni , payah sangat

Tidurku kadang2 lebih banyak dari jaga
waktu makanku sekadar mengikut ajakan kawan
owh,panjangnya minggu ni!

Aku mula menukil alasan
1 esaimen yang terpaksa repeat
2 tak sempat study CA
3 kurang tidur
4 makanan tak berkhasiat
5 banyak dengar lagu
ect...ect...






heh.. entah tadi baru usai ghast di desa, baru kusedar.
sebenarnya "Dia" merindukan aku!
lama sungguh aku tidak bercakap dengannya
beramah mesra macam dulu
meluahkan rasa
menceritakan masalah
dan segalanya
aku dengannya
dan aku bahagia dengannya


cuma mutaakhir, aku lebih mengingat yang lain
mesra dengan yang lain
dan aku tahu ia bukan kesukaannya
dia cemburu
dia gelisah
dan aku juga merasakannya

baru aku perasan
maafkan daku, wahai kasih.
maafkan
maafkan


"Wahai Allah,maafkan daku. Lemah aku dengan dunia yang fana,melupakanku bermunajat kepadaMu. Melemahkan aku bercerita masalahku kepadaMu, payah aku tersenyum kerana tiada redhaMu. Kutahu sejengkal aku kepadaMu sehasta Kau mendatangiku. Setitis cinta ku beri padaMu seluas lautan sayang Kau hadiahkan padaku."

Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)



Di mana letak Allah di hatimu ???

Cek2 balik na!

*p/s; ibnuabbas2009.blogspot.com rasa cam nak berundur... (ini tipu,heh) ..

Layaaan ~ Atas Nama Cinta (UNIC)




Ayyuhal Muslimat! Closing...


Alhamdulillah. Assalamualaikum,sekadar menyimpulkan tulisan Ayyuhal Muslimat 1, 2, dan 3. Hamba Faqir ini berharap wahai muslimah pembaca tulisan ini agar berjaga-jaga di medan dakwah. Jagalah wajahmu, tubuhmu dari terlihat lelaki tanpa haknya. Engkau permata tersimpan dan bukan dinding tayangan! Dirimu punya potensi untuk dakwah sekiranya betul cara dan betul pula jalannya. Allah menghendaki yang terbaik buatmu, kerana itu kamu adalah wanita!

Sudah tercipta wanita dan laki-laki itu berbeza,maka pasti berbeza pula tugas dan kerjaannya. Tanggungjawab sudah terbahagi maka kini bukan mencipta yang baru. Tiada inovasi dalam agama, melainkan apa yang terselamat dari fitnah Syaitan! Dan ketahuilah wahai Muslimat, Fitnahmu buat kami para lelaki lebih besar dari dajal yang bakal keluar.

Lihat Fitnah Wanita I dan Fitnah Wanita II

Tubuhmu adalah fitnah, wajahmu fitnah, suaramu fitnah, malah namamu jua fitnah buat kami!
Jagalah dirimu, maka engkau akan terjaga di dalam pemeliharaan Dia. Siapa yang dipelihara Dia, maka tiada sesiapa yang boleh menggugat! Wahai Muslimah,jagalah dirimu,kerana engkau modal kepada lahirnya pejuang-pejuang Islam! Wahai Muslimah jagalah dirimu, kerana engkau modal kasih sayang tuhan! Wahai Muslimah, jagalah dirimu, kerana Dia berjanji dengan ganjaran yang besar buatmu yang Taat! Wahai Muslimah jagalah dirimu, kerana engkau bakal jadi penghulu kepada semua isteri-isteri kami di “sana” nanti!

Ihfazillah, yahfazka!

Wallaha’lam, Assalamualaikum.

Ayyuhal Muslimat! III

Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Sambungan Ayyuhal Muslimat I dan II sekadar perkongsian. Ia mungkin benar dan mungkin salah. Kiranya terdapat kesalahan,maka izinkanlah diri ini mengedit entrynya. Tegurlah dan tegurlah dan tegurlah. Ana faqir, sedang Allah itu Maha Suci dari segala kesalahan. Bersalahn dia dari segala kesalahan. Dan kufur bagi siapa yang menyalahkan Tuhan. Wallahu Muaffiq

_____________________________________________________________________________________

Ulamak telah menggariskan beberapa tugas Muslimat dalam kondisi dakwah menurut Sunnah

1. Menggalakkan suami atau mahram keluar jalan Allah atas maksud dakwah/ jihad peperangan jika ada

2. Mendidik anak-anak supaya menjdai mujahid di medan ibadah, dakwah dan peperangan.

3. Membentuk rakan-rakan muslimah agar taat kepada suami dan taat kepada Allah.

4. Membentuk suasana agama dalam keluarga.

Dengan adanya perkara-perkara demikian, maka bi'ah solehah (suasana kebaikan) adalah suatu yang bukan angan-angan atau sejarah. Perempuan-perempuan keluarga Kandhalawi amat kuat berpegang kepada agama, sehinggakan ketika masuknya Ramadhan, perempuan-perempuan mereka membaca/menzikirkan Al-quran sehingga tidak sedar kiranya ada pencuri masuk kerumah.(baca Aap Beti).

Drama Hindustan, Amerika Selatan, dan Korea rata-rata diminati oleh para ibu, yang secara tidak langsung meng-induce anak-anak dan suami menonton bersama. Sekiranya ibu berupaya mencipta iman di aman ia tidak berlaku, maka seluru keluarga adalah sumber kekuatan Islam. Makanan yang baik diuruskan oleh ibu, sekirany ibu itu beriman dengan iman yang sahih dan beramal soleh, maka pasti ada doa-doa dan harapan ketika tangan menggaul adunan. Fikir agama dan dakwah amat diperlukan untuk hadir dalam hati ibu ini. Makanan yang baik adalah makanan para Nabi dan para wali!

Sentuhan kata-kata semangat seorang isteri amat diperlukan ketika si suami lemah di medan dakwah. Tanpa keluar dari rumah, si isteri yang solehah bakal mengeluarkan seorang lelaki gagah dlaam dakwah. Berpesan kepada suami ketika lemah,amat menyentuh hati seorang lelaki. Jika isteri merayu untuk keduniaan,itulah yang dieproleh. Namun jika si ibu terdidik dengan dakwah, maka dari dalam garis pintu suara itu bakal menggoncang dunia. Lihatlah kemuliaan Siti Khadijah ketika memenangka suaminy tika pulang dari Hiraq!

Didikan ibu amat terkesan buat seorang anak. Dari rahim yang suci, amalan-amalan ibu bakal memberi kesan akan bayi yang dilahirkan. Doktorkah dia, pencurikah dia, atau ulamak agung kah dia? Didikan ibu bemula dari dalam kandungan. Kiranya ibu lalai dari mengingati Allah ketika mengandung, maka Wallahua’lam apakah hasilnya. Dan usaha ini berterusan sehinggalah si manja lelaki bergelar lelaki dewasa, dan si manja perempuan dinikah suaminya. Dalam jangka yang panjang, tugas isteri laksana matahari yang menyinar hati-hati anak-anaknya.

Maka perlukah si isteri keluar dari rumah?*

Continued…

___________________________________________________________________

*maksud penulis, untuk menjadi seorang daieyah berjaya, sangat bercukupan untuk berada di rumah sahaja. Tanpa mengorbankan prinsip asal Islam, menjaga dan melindungi perempuan Islam dari terlihat lelaki Ajnabi.

Ayyuhal Muslimat! II

Alhamdulillah,


Ada beberapa lagi kisah yang sehampir sama. Maka begitulah kehidupan seorang Muslimat,dan tertib sebegini tidak akan berganti, kerana tugas seorang Muslimat adalah di rumah, mendidik anak menjadi mujahid, mua’llim, daie dan daieyah, hafiz dan hafizah. Suasana agama boleh diwujudkan dengan tangan seorang ibu,dengan pujuk rayu serta tengking marah sang ibu. Ini akan berlaku walaupun kepimpinan berada di tangan sang ayah. Tugas ayah membawa meseja dakwah dalam keluarga, dan ibulah yang melatih dan membentuknya. Ramai A’lim dating dari keturunan baik sang ayah, dan kesolehan si ibu.

Maka tersedik di hati, di mana peranan ibu dalam dakwah, kiranya muslimat lebih utama di rumah.

Dakwah dalam rangkuman yang sangat luas. Bukan sekadar di medan penuh manusia, bukan juga di kawasan-kawasan dan suasana-suasana tetentu sahaja. Namun dalam mendapatkan roh dakwah, maka seseorang harus mengetahui dan mempelajari tertib-tertib dakwah yang digariskan ulamak berdasarkan hadith. Seorang lelaki tidak boleh tidak perlu keluar dari kawasan dan pergi ke tempat-tempat tertentu dengan itu jaulah dapat dibuat dengan orang-orang selain mahalla nya, selain berusaha di kawasan masing-masing.

Begitu juga seorang Muslimat, sedang solat di bilik suaminya itu berganjaran besar (mafhum hadith), sedang tinggal di rumah itu adalah usaha menjaga kemuliaan, masih juga tenaga seorang Muslimat amat diperlukan untuk usaha tabligh, menyampaikan agam kepada yang belum mengetahui, mengkhabarkan agama kepada yang sedang lalai.

Maka Muslimat telah di-tertibkan untuk melaksanakan dakwah, tanpa melupakan dirinya itu harus terjaga dari pandangan lelaki (haram melihat perempuan itu, bukan haram melihat aurat saja, tapi melihat tanpa sebarang keperluan, juga adalah termasuk). Bukanlah tugas Muslimat untuk menyampaikan agama dengan dating menziarahi dari rumah-ke-rumah seperti yang dilakukan para Nabi. Tiada jalan seorang Muslimat untuk hadir dalam medan jihad, melainkan untuk hal-hal yang dibenarkan iaitu mencuci luka dan menyediakan makanan.

Maka ternyata dalam usaha agama adalah usaha yang halus, kemuliaan seorang perempuan tidak tercalar jika mereka terlibat dalam dakwah. Persoalannya,bagaimana?

Continued…

Fitnah Wanita 2

FITNAH WANITA

Wahai sekalian manusia

Bertaqwalah kepada Allah s.w.t. Laksanakanlah apa yang telah Allah s.w.t wajibkan atas kalian. Jagalah diri dan keluarga kita dari api neraka. Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (Surah At Tahrim:6)

Jagalah diri kita dari neraka, yaitu dengan selalu melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganya. Melaksanakan amanah yang telah Allah berikan kepada kita, dengan memberi pembangunan kepada keluarga kita, terutamanya kepada wanita; kerana wanita memelukan pembagunan yang lebih, kerana mereka kurang akal dan kurang agamanya sebagaimana yang di beitahu oleh Rasullulah s.a.w, serta kenyataan yang boleh kita lihat. Mereka pendik sisi pandanganya, dan ini merupakan fitnah mereka. Oleh kerana itu, Allah menjadikan pimpinan ditangan lelaki, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi wanita, oleh kerana itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian harta mereka”.(Surah An Nisaa’:34)


Maka lakukanlah kewajibanmu, wahai ibnu Adam, sebagai pemimpin bagi wanita. Tunaikanlah hak-haknya dan jangan sampai mereka mengalahkanmu. Binalah mereka dengan pendidikan yang disyari’atkan . janganlah engkau biarkan syaitan mengelincirkan mereka ke lembah kebinasaan.


Sungguh, pada zaman sekarang ini banyak wanita yang dipermainkan oleh syaitan, baik dalam masalah pemikiran atau tingkah laku. Syaitan menjauhkan mereka dari jalan petunjuk dan mengajak ke jalan hawa nafsu, serta kehinaan. Mereka keluar rumah tanpa ada keperluan dengan memakai pakaian ketat, memakai minyak wangi, sehingga dapat menfitnah lelaki. Padahal Rasulluah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“seorang wanita, apabila dia memakai minyak wangi dan melewati sekelompok kaum lelaki, maka dia begini dan begitu, yaitu seperti penzina”.(Hadis Riwayat Tirmizi hadis hasan soheh)

Ada lagi diantara mereka yang keluar dan berjalan sepertinya seorang kelaki serta mengangkat suaranya bebagaimana suara lelaki, kemudian ia bercampur dengan mereka, yang semuanya ini menyelisihi petunjuk para salafus soleh

Berbeza dengan wanita para sahabat. Lihatlah!, mereka adalah wanita-wanita pilihan yang bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah. Ummu Mukminin Aisyah berkata yang bermaksud:

“Semoga Allah meredhai wanita Anshar. Tidaklah aku melihat wanita yang lebih utama dan yang paling membenarkan Al Quran, dan yang paling beriman kepada turunya Al Quran selain mereka”.

Dan Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan hendaknya mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka……”.(Surah An Nur:31)

Lalu kaum lelaki pada masa pergi membacakan ayat ini kepada para wanita. Mereka membacakan kepada isteri, anak-anak perempuan, saudara perempuan dan setiap keluarga perempuan mereka. Serta-merta, bersegeralah para wanita mengambil kain-kain mereka dan memaknya, untuk membenarkan serta mengimami yang telah diturunkan Allah.

Sesunguhnya memberikan kebebasan kepada wanita dan membiarkan mereka keluar bila saja, dan dengan cara yang mereka suka dan tampa ada malu, merupakan sebab kerosakan yang paling besar. Juga menjadi sebab hilangnya maru’ah (harga diri) dan akhlak , hancurnya suatu negeri serta merupakan sebab datangnya adzab dan siksaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud:


“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah ), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negari itu, maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya (ketentuan kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”.(Surah Al Isra’:16)

Dan firmanya lagi:

“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak seharusnya menimpa orang-orang yang zalimsaja diantara kamu. Dan ketahuilah, Allah sangat keras siksaan-Nya”. (Surah Al Anfal:25)

Rasullula s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya, wanita adalah aurat. Maka, apabila ia keluar, syaitan akan menghias-hiasnya di mata lelaki”.(Hadis Riwayat Tirmizi, disahihkan oleh Al Albani)

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:

“Tidak aku tinggalkan satu fitnah yang lebih bahaya bagi lelaki daripada fitnah wanita”.(Bukhari,Muslim)

Oleh kerana itu, wahai kaum muslimin. Bertakwalah kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang diperingatkan oleh Rasullulah s.a.w. Jauhilah sebab-sebab yang boleh membawa kepada fitnah tersebut, dan tutup rapat-rapat pintunya, agar kita tidak masuk kedalamnya dan dapat menjauhkan darinya.

Apabila ada seorang wanita yang keluar sendiri dengan pakain yang ketat atau nipis,atau tidak menutup aurat, kemudian ia memakai minyak wangi, maka tidaklah hairan jika dia akan menfitnah pandangan lelaki, dan akan menimbulkan penyakit bagi orang yang di hatinya ada penyakit niat-niat yang buruk terhadap wanita tersebut. Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang dihatinya ada penyakit”. (Surah Al Ahzab:32)

Ayat ini melarang seorang wanita bercakap dengan lemah lembut di hadapan lelaki, kerana ditakutkan ia akan berbuat keji kepadanya, Maka bagaimana dengan wanita yang berpakain akan tetapi hakikatnya telanjang?

Permasalahan wanita sangatlah kompleks, yang harus di beri perhatian secara khusus. Oleh kerana itu, menjadi kewajiban bagi seorang pemimpin rumah tangga untuk mendidik isteri dan anaknya dengan pendidikan yang dicontohkan Rasullulah s.a.w. dan hendaknya ia selalu berhati-hati dan waspada memikul amanah yang besar ini. Pemimpin keluarga yang baik tidak malu-malu mencegah atau memberikan peringatan yang keras kepada isteri dan anak-anaknya apabila keluar rumah dengan tidak mengenakan jilbab atau memakai wangian. Yang tentunya akan memfitnah lelaki.

Begitu pula menjadi kewajiban bagi pemerintah untuk menutup segala auratnya serta perantaraan yang akan membawa kepada perbuatan keji dan mungkar. Juga wajib atas semua kaum muslimin untuk berkerjasama dengan pemerintah sesuai dengan kemampuan mereka, untuk menutup semua pintu yang akan merosakkan kehormatan wanita, yang akhirnya juga akan merosakkan negara.

Marilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah, yaitu dengan menjalankan semua perintah-perintahnya dan menjauhi segala laranganya. Kerana pada zaman sekarang ini,fitnah serta kerosakan ada dimana-mana. Bertaqwalah kepada Allah, kerana hanya dengan taqwa, Allah akan memberikan jalan keluar bagi para hamba dari segala fitnah dan kesusahan-kesusahan. Allah berfirman;”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar baginya”.

Kemudian,marilah kita bersabar dengan kesabaran yang sebenar-benarnya. Sabar melaksanakan perintah Allah s.w.t, sabar menjauhi laranganNya, dan sabar menerima cubaan yang telah Allah berikan kepada kita. akhirnya, marilah kita memohon kepada Allah. Mudah-mudahan Allah selalu memberikan kemudahan kepada kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan dalam mencapai keredoaan-Nya.



Rujukkan:
-Jamiul Ulum Wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali.
-Ad Dhiya’ullami Minal Khutabi Jawami’, Ibnu Utsaimin.

Oleh:Wan Atiqah binti Wan Nasir@ Ummu Abdurrahman

Source
Fitnah Wanita 1
Fitnah Wanita 2

Followers