Assalamualaikum sahabat seiman, seagama, sebahasa, atau sekurang2nya sedunia. Dalam kekalutan meniti hari-hari penuh runsing dan jiwa yang mudah kacau ni terasa nak menulis (baca : menaip). Ada beberapa perkara yang aku fikir perlu ditulis buat tatapan pengunjung blog. Dalam keadaan baju yang belum sempat dibasuh, tilam terletak di lantai unt
uk menikmati rasa kipas syiling semaksimum mungkin, dan bilik yang agak membuatkan rumet rasa rimas, aku mula menukil...
Kadang-kadang apa yang kita fikir, sebaliknya pula berlaku
1.Bayan Markas oleh Jemaah Mesir
Alhamdulillah,syukur sangat2 sebab diizinkan ALlah untuk hadhir markas dan dengar bayan maghrib jemaah Mesir. Mutarjim Ustaz Khairul Anuar,
bayan dimulakan dengan ayat-ayat Al-Quiran berkaitan kekuasaan dan rahim Allah. Memang syok dengar. Benda dah dengar berkali2,sejak mula dikenalkan dengan usaha tabligh,ayat sama je. Cuma perasaan berbeza. Kebesaran2 Allah disebut satu persatu berdalil Al-Quran.
Kemudian masuk bab Mas'uliyyat (tanggungjawab). Dakwah sebenarnya tanggungjawab seorang muslim dan mukmin. Ia hadiah dari Allah buat akhirul ummah. banyak lah lagi.. Ni kes tak rakam dan tak salin,so tak dapat nak memandai2.
Wajib ada sesi taskil. Tang ni beliau(pembayan) berdiri dan mintak azam. Mula2 setahun. Kemudian IPB,kemudian jalan kaki 2 bulan. Di sini kami dikhabarkan sekarang lebih 60 jemaah jalan kaki di Mesir. Hosni Mubarak dah kene down, so jemaah lebih mudah buat kerja.Jalan kaki meredhakan kemarahan Allah. Jamaatul aqdam katanya. Wajah bersih beliau sambil jari telunjuk dan jari tengah denagn isyarat berjalan. Seronok Omar Salad Elmi hari tu,heh.
INILAH YANG BERLAKU APABILA KERJA DIBERI PADA ORANG YANG SEPATUTNYA.
Mereka akanb bersungguh2 dalam melaksanakan takaza2 agama, mirip2 sahabat yang majoritinya Arab menyahut seruan Nabi saw. Maka siapa lagi yang lebih sempurna kerjanya melainkan manusia2 yang sudah ada bakanya.
Bayan berakhir dengan targhib 5 amal masjid. Pentingnya amal masjid dan kesannya bila dapat dilakukan denagn tertib. Dalam bayan sesi taskil nampak sangat pak Arab ni respect orang India dan Pakistan.Kemunginan1.dia dah bese keluar IPB,2. kesan ikram ulaamk Nizamuddin kat rang 2 Arab yang pergi mana2 pun akan dilayan sebaik mungkin.... (teringat karkuzari kerabat Saudi keluar 40H)
2. Kisah Jhor USMKK
Alhamdulillah, terasa ingin sangat berkongsi rasa suka bila jhor kami di kampus berlansung dalam keadaan yang baik. Sebenarnya beberapa hari lepas aku didatangi rasa risau yang amat sangat. Dalam keadaan kurangnya khususi dek kesibukan beban sebagai pelajar, kesibukan amal2 infiradi, tanggungjawab sebagai seorang sahabat, dan kurangnya
yang dapat taufiq untuk beri masa, maka usaha sebelum jhor agak jauh dari sasaran optimum. Yang mampu kulakukan hanya doa dan terus berdoa. Bagiku biar tak sanggup memujuk manusia agar jangan lupa memujuk Tuhan.
Tapi alhamdulillah berkat amalan taklim dan doa yang Allah terima dari manusia2 yang ikhlas, kami dapat usahakan untuk jumpa seramai mungkin dihari2 terakhir sebelum jhor. Dari bilik ke bilik.
Memang bukan sesuatu yang mengejutkan kalau bilangan yang hadhir jhor adalah ramai,sebab tu yang perlu terjadi, bagi aku it's a must. Cuma membandingkan usaha kami dan bilang2 langkah yang mampu kami tapak sepanjang minggu belakangan buat aku sedikit risau dan tak senang. Usaha peringkat halkah dan markas, jemputan semuanya dibuat dengan sebaik mungkin. Cuma di bahagian jemputan kurang mampu dibuat sebaiknya.
Kehadiran Prof Omar (USM) bagi bayan ~ keluar masthurat di Kelantan tambah menggamatkan suasana Jhor yang memang sedia panas. Alhamdulilah berkat usaha dan doa semua yang berusaha dan berdoa, maka Allah zahirkan bayan yang cukup menarik. Tentang usaha kenabian, dan ia adalah tanggungjawab. Nak taip satu2 isinya mungkin perlu di entry lain. Apa2pun isi semuanya sama,cuma pembayan,suasana, dan orang yang mendengarnya saja yang berbeza.
Alhamdulillah atas pilihan Allah beberapa 1st yr yang azam lemah dapat dikuatkan,yang baru 1st tyme duyduk bayan fikir mula berjinak2, dan yang denagr bayan dapat ditaskil ke markas. InsyaALlah minggu berikutnya kami khuruj 1 hari. Doakan...
~lupa nak bentang takaza Dr Adnan (syura kelate) pesan ,sebab dia tak dapat hadhir Jhor
3.Kisah Abang Sufiyan (Abang Pyan) nikah ~dan aku juga
Alhamdulillah Jumaat 18/3/2011 abang sefikir seusaha aku nih dijodohkan ngan Maisarah bte Nik Naziman. Dua beradik dari pihak perempuan kahwin serentak,cuma lelakinya lain,mdan akad nikah dibuat tarikh berbeza. Tak habis lagi bayang2 abg Saiful (menusuk hati) nikah di Kedah, hangta terbawa ke pernikahan Abang Pyan. Cuma tak dapat hadhir kerana selisih denagn tarikh Jhor. Tahniah buat pasangan. Tahniah juga Prof Nik sebab dapat menantu dua2 ex-student USM, dan kedua2nya karkun tip-top markas,hehe. Majlis jamuan ringkas je, kos tak banyak mungkin. btw,sempat jumpa wanita2 berpurdah (sek2 ninja kata junior aku)
..hehe,funny...Kalau ada aku upload, tapi tak dapek la plak,hehe. Moga zaujah aku satu hari nanti diberi taufiq .
Aku pernah dipesan seorang abang yang aku respect,katanya anak karkun ni tak semestiunya dapat bantu kita buat kerja. Pilih yang solehah, biar bukan anak karkun pun. Tapi oklah sebab pengantin perempuan dan lelalki diatur orang tengah. Bukan niat tapi sudah tertulis. InsyaALlah dua sayap sudah terbina,boleh terbang jauh2.
Terkedu jugak bila sentuh bab anak karkun atau tidak,sebab terbaca di sebuah blog kawan lama (ni muslimat) tentang artikel akhawat kene pilih ikhwah (kes usrah la niiii). Setahu aku dalam usaha dakwah tabligh ia tak berlaku, bila isteri taat,fikrah apapun si suami, isteri kene ikut. That's one of the reason usaha banyak tertumpu kepada lelaki, dan perempuan usahanya terjaga. Kes ni dah jadi pada seorang usatzah yang suaminya diberi taufiq untuk wat usaha masthurat.. jaga2lah ye muslimat!
Juga dalam title yang sama, aku tergamam bila ditanya seorang lecturer karkun (jumpa di markas)
Dia: anta dah kahwin?
Aku: belum
Dia: anta nak tengok calon?
Aku: (errrkkkk,tergamam. Dah la satu kes baru nak reda) maaf doktor, saya nak habis belajar dulu, IPB dulu (nak je tambah kene ada keje best2, gaji besar, kete besar, baru boleh berbini kan?hehe)
Dia: tengok je,taknak ke?
Aku: takpelah doktor
Dia:okaylah,InsyaALlah.
~~~TAMAT Perbualan~~~
Adeih,sepanjang jalan aku fikir mende ni je. Kalau ada sapa2 nak bagi pandangan bernas sila komen ya. Aku perlukannya. Aku tahu kene cakap InsyaAllah atau boleh je, tapi sebab sesuatu... aku tak mampu cakap. Nak istikharah pun tak sempat kan,hehe. kalau anda (lelaki) dalam kasut aku,anda akan tahu. Last2 aku tulis kat blog. Rasanya dia tak baca blog nih,heh. Btw kalaunada tawaran lagi, mungkin akan cakap YES,hehe. Seronok jadi lelaki.... Alhamdulillah.
Bak kata Saidina Ali, "yang ditaqdirkan buatmu adalah terbaik untukmu" . Banyak hadith semaksud dalam Muntakhab Ahadith bab Kalimah Tayyibah. sila rujuk2 ya!
Sekadar ni karkuzari yang amat2lah teringin diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Niat asal tak mahu dipublish, tapi apakan daya seornok publish2 nih... :-)
Wallahualam.Wassalam.
7 comments:
Lately banyak pulak post sebut pasal kahwin ni.. Yang dah kahwin pun ada:)Izmer, my opinion is basically pasal ready ke tak..
Ready tak semestinya means financial mantap (contoh: ada keje best2, gaji besar, kete besar). Rasulullah tolak khitbah Abdurrahman b Auf & Uthman b Affan terhadap Fatimah even dua sahabat ni kaya n offer mahar tinggi.. Ali yang miskin tapi sgt kaya iman yg Rasulullah yakin untuk jadi suami Fatimah:)
Kalau boleh, takmo lah rush nak cari calon sebab ramai sgt orang sekeliling dah bercalon or dah selamat dapat calon. And bukan mainly untuk elak maksiat. It's best lelaki tu propose a girl waktu dia yakin dah sampai waktu dia "jemput" someone untuk sama2 rise the wings together dunia & akhirat..
Nikmat dan kurniaan lain surely melimpah ruah nanti, Insya Allah..
Assalamualaikum w.b.t
hmmmm teruja sbnarnya karkuzari johr student ni..last few weeks suami dh bgtau yg johr student dh nk mula...Alhamdulillah seronok sesnagat...generasi dakwah sdg berkembang...Alhamdulillah!!!
hmmm stuju dgn pqa...lately byk post bau2 bunga rampai ni..ye la kan tgh musim cuti skool..so akk assume sedikit sbyk adik2 ni terkesan dgn suasana..cuma pesan akk, pilihlah yg solehah& paling penting mahu dilentur dan mudah dibentuk..xkira ank karkun @ x....kalau sume pilih anak karkun, kasihan la kami [opppss! dh xavailable] yg bkn anak karkun ni..kecil hati kami!
menusuk hati,hehe.
cik pqa: saya tak terfikir pun,cuma kalaulah situasi tu dtg lg, mungkin ada yg lebih baik untuk saya buat
CS: emmm,mungkin juga. tapi itulah, saya tak kisah pun sapa,asal boleh buat kerja
Assalamualaikum semua sekali,
(",)
Banyak pilihan di sekitarnya tu rupanya,insyaAllah...
semoga Allah temukan tuan dengan pasangan yang solehah,y faham hati dan kehendak tuan,y membahagiakan.
Jaga Iman dan Amal.
Salam semua,
betul tu Talib,
.....isteri taat suami, suami taat Allah....
tak kisahlah anak karkun ke tak, janji solehah
satu fikir, sama-sama dapat buat usaha dakwah
moga anda akan jumpa bakal zhaujah yang solehah lagi mukminah...
tahniah, ada orang offer,, hehe.. beruntung la tuan.. tp kene istikharah dulu..good luck..
usaha atas wanita ni, agama akan masuk dalam rumah..doakan saya juga..=)
Tuin Mard: Amiin thumma amiin. Doa perempuan solehah lebih maqbul (lebih mudah) sebab mudah ada titis2 air matanya berbanding lelaki. Tapi kalau laki2 menitis jugak kalahlah doa wanita,heh
Cikgu Norsha: tapi agak teringin juga dapat yang dah biasa taklim masthurat ect.ect. Bak kata CS mudah dilentur. saya ni jenis payah mendidik juga,:-)
Alif: hehe, rajin2 la ke mesyuarat markas, ada la yang offer.. (astaghfirullah,betulkan niat). Sebenarnya kalau kita jadi bapa nanti benda yang sama akn kita buat. nampak seorang ellaki yang baik dan boleh menjaga, kita mungkin akan tertarik untuk jadikan dia menantu.:-)
Post a Comment