Adakah Dia Merinduiku?

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Entah beberapa hari, hampir seminggu waktu tidurku kian tidak teratur
Hari mula semakin panas berbanding hari-hari biasa
Badanku asyik lemah
entah Che' Nin mana yang datang mengganggu aku tak tahu
kadang 2 terfikir untuk ku angkat hp
hubungi bonda
biasanya bila aku stress
tapi entah berat kali ni, baru ku hubungi mungkin

Entah tiap pagi aku gagal datang lebih awal ke klinik
badan rasa lemah dan kurang tenaga
lama aku tak merasa radix cafe ~ baru teringat
otakku yang selalu kuguna menulis sangat payah lagi membina kata






Menurut jalan coursemate ke kafe
longlai rasa, tak berselera
senyum buat2 yang selama ini aku aplikasikan gagal ku-kuntumkan
beberapa hari ni , payah sangat

Tidurku kadang2 lebih banyak dari jaga
waktu makanku sekadar mengikut ajakan kawan
owh,panjangnya minggu ni!

Aku mula menukil alasan
1 esaimen yang terpaksa repeat
2 tak sempat study CA
3 kurang tidur
4 makanan tak berkhasiat
5 banyak dengar lagu
ect...ect...






heh.. entah tadi baru usai ghast di desa, baru kusedar.
sebenarnya "Dia" merindukan aku!
lama sungguh aku tidak bercakap dengannya
beramah mesra macam dulu
meluahkan rasa
menceritakan masalah
dan segalanya
aku dengannya
dan aku bahagia dengannya


cuma mutaakhir, aku lebih mengingat yang lain
mesra dengan yang lain
dan aku tahu ia bukan kesukaannya
dia cemburu
dia gelisah
dan aku juga merasakannya

baru aku perasan
maafkan daku, wahai kasih.
maafkan
maafkan


"Wahai Allah,maafkan daku. Lemah aku dengan dunia yang fana,melupakanku bermunajat kepadaMu. Melemahkan aku bercerita masalahku kepadaMu, payah aku tersenyum kerana tiada redhaMu. Kutahu sejengkal aku kepadaMu sehasta Kau mendatangiku. Setitis cinta ku beri padaMu seluas lautan sayang Kau hadiahkan padaku."

Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)



Di mana letak Allah di hatimu ???

Cek2 balik na!

*p/s; ibnuabbas2009.blogspot.com rasa cam nak berundur... (ini tipu,heh) ..

Layaaan ~ Atas Nama Cinta (UNIC)




8 comments:

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wtb ya akki. Khaifahaluka? Kejayaan manusia dan semua mahluk adalah didalam agama, sejauh mana ia taat perintah Allah S.W.T. dan mengikuti Sunnah Rasulullah S.A.W. atas maksud yang sangat besar ini, tuan mulia kena korban harta, diri dan masa untuk bermujahadah di jalan Allah. Sedia !!!

INsyaAllah

JakazaAllah Khoir

fuad ansari said...

Merindui Dia dan mengingati Dia adalah sgt menenangkan...

CS said...

Assalamualaikum
rindu serindunya...bersyukur masih punya rindu...(^_^)V
smoga kita sntiasa merindui dan dirinduiNYA...

mhafiz_ydin said...

Allah swt sentiasa mengingati hamba-hambaNya.. Sebaliknya kita sering melupakanNya..

Unknown said...

mashaAllah...
karkun ayat skema pun kuat jugak ya....hhahahaha
jgn marah bro...

p/s:p/s:jemput share pandangan tuan berkaitan artikel terbaru...di blog sy..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam.

Kdg2 rasa mcm nk pencen gak. Ya Allah...

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum semua sekali,
ye tuan,lebihkan cinta Allah dari cinta mahluk...
selamat beramal...semoga diteguhkn keputusannya selamanya,
Aminn Ya Rabb
(",)

Zamir Amno said...

Izmer... time exam ri2, bc ni, memg muhasabah diri... bz ngan exam , smpai ak compromise nk g smayg masjid awal sket.. datg imam da start smayg je.. MasyaAllah lemah iman.. X yakin yg Allah yg bantu dlam selesai mslah..

Followers