Selamat Hari Raya


Daripada Abu Umamah R.A. daripada Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidul Fitri dan Aidul Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata2, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang2 yang kufur ) pada hari itu." *(Ibnu Majah)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,dalam mengenang saudara2 yang dalam kesusahan di Somalia sempat lagi menulis walaupun terkejar2. Terkejar2 apa? hehe, kejar masa. Tak sedar yang amik masa lebih kurang setengah jam untuk tulis di blog lagi satu. Kata orang ,tak dan2 nak raya,heh. Jadi terasa nak letak satu kad di blog nih. Alhamdulillah, kalau ada yang sempat bagi masa untuk bersalaman dengan malaikat2 malam tadi. Biar ia bukan Lailatul Qadar, tapi ia tetap malam2 dari malam Ramadhan. Semoga latihan kita di bulan ni dapat kita buat istiqamah untuk bulan2 lain. Ada antara kita yang dapat bangun tahajud, sebab dah terbiasa bersahur di Ramadhan. Ada juga yang pasang niat nak puasa Isnin Khamis, atau kurang2 "White Day" dalam sebulan, . Yang pasti cuba jangan tinggalkan solat2 sunat 2 rakaat sebelum masuk waktu Subuh, Solat Witir, dan sedeqah yang kita dah latih bulan ni. Jom niat!

Kalau ada yang perasan Ustaz Ghazali Ibrahim, Tanyalah Ustaz, baru2 ni, ada kisahkan pasal Dicintai dan Mencintai. Agaknya sefikir dengan kak Umu MN yang kisahkan adik2 die yang belum berpunya (kalau ada yang nak kena study sebelum interview ya, katanya,hehe) walaupun tajuk entry sebenarnya pasal hari jadi.. Misti sebab terharu entry Ustaz Ishak,.. masih dalam proses Bulan Gula rupanya!heh.Cukup,sambung semula.

Tentang Cinta, dalam fikiran kita akan mula terbayangkan simbol romantik, uda dan dara, romeo juliet, atau ct dan datok k, hakikatnya kata ustaz cinta yang terutama adalah cinta dari makhluk kepada al-khaliq. Lihat definisi cinta fahaman saya.

CINTA

makna:seperti yang difaham umum,
maksud: redha Allah

Sesetengah yang syadid (gen X)mula berkata"ah,cinta saya hanya untuk tuhan". Tak sampai sebulan mula nampak berkapel dengan jejaka Y (genetik Y), :-)

Tentang cinta nih, Maulana Zakariyya dalam kitabnya Fadhail A'amal selalu sebut, khususnya dalam Fadhilat Al-Quran. Antaranya, "sesiapa yang memasuki sekolah cinta, maka tiada lagi baginya cuti". Ada lagi satu tak silap, "Majnun mencium dinding kota bukan kerana indahnya kota, tapi kerana Laila ada di dalamnya". Romantik sungguh ayat ni. Tak sangka kan Maulana boleh buat ayat2 Romantik style tulis dalam surat2 cinta! (Semua ada sense ni sebenarnya,tanpa kecuali,Hatta sesiapa yang pernah baca tulisan Jalaluddin Ar-Rumi, mungkin rasa ia lebih romatik,tapi cintanya kepada Allah).

Tapi ia hanya bandingan. Maulana bandingkan dengan Al-Quran. Jika kita benar2 cintakan Allah, maka segala yang berkaitan dengan kesukaan Allah adalah kesukaannya juga!. Macam Majnun tadi, dinding kota pun boleh hilangkan rindu.

Begitu juga Ramadhan. Betapa pelik kita dengan layanan istimewa Allah dalam bulan ni. Tiada syaitan,pahala digandakan, nafsu pun dipaksa bertahan. Semua faktor kekufuran diminimumkan sedaya yang diusahakan sang hamba. Semua ni sebenarnya tanda cinta Allah kepada sang Bulan. namanya Mubarak, namanya Kareem. Jika cintanya Allah yang sebegitu, apa lagi kita, yang sama2 dapat rahmatnya.

Sesetengah orang berkata, kenapa khususkan amalan hanya di bulan Ramadhan, atau kenapa nak lebih2kan amalan hanya di bulan ni?

untuk ni saya ada jawapan sendiri

1; Sunnah Nabi, baginda memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan berbanding bulan2 lain, malah baginda memerintahkan pulak,. Ada pulak amaran sekiranya amalan di bulan Ramadhan tak banyak beza berbanding bulan2 lain!. Sekiranya sebelum Ramadhan saya tidak solat sunat rawatib, tetapi di bulan ini saya solat sunat rawatib, dengan keyakinan saya juga boleh dapatkan janji2 Baginda saw!

2. Faktor cinta kepada Allah. Allah mencintai Al-Quran dan Rasulnya. Juga meredhai malaikat2nya yang diperintah bersama orang2 yang berbuat amalan di bulan ini,maka kerana ingin menzahirkan rasa cinta saya kepada Allah, maka saya cuba sebaik mungkin untuk membanyakkan ibadat di bulan ni. Moga saya juga mendapatkan cintanya.

Tentang cinta, Ustaz Ghazali Ibrahim sambung mengulas, katanya, antara orang yang mencintai dan orang yang dicintai,mana yang lebih baik. Emmm,majoriti audiens menjawab yang dicintai lebih baik. Fikiran saya mula teringat sabdaan Rasul dalam Muntakhab Ahadith Bab Ikramul Muslimin, mafhum hadith, di sisi Allah, orang yang mencintai kerana Allah yang lebih kuat cintanya (dengan perkataan asyaddu) adalah lebih mulia di sisi Allah.

Diulangi "LEBIH MULIA DISISI ALLAH"

Ce fikir kenapa dan mengapa audiens sebulat suara kata "yang dicintai "lebih mulia? Anggapan saya yang saja nak anggap2 ni,kerana umum manusia cintanya kerana faktor tertentu. Mungkin duit, rupa, jantina,atau nak baik sikit kerana ilmu atau warak dan sebagainya. Hakikatnya di sisi Allah bukan yang mencintai dan dicintai tu mulia, tapi "SIFAT CINTA" tu lebih mulia,. Jadi sesiapa yang ada sifat cinta "KERANA ALLAH",maka dia mulia kerana sifat tu. Kerana sifat cinta adalah antara sifat Allah. Wallahua'lam,tapi itulah sefaham saya.

Emmm,kaitannya denagn Ramadhan, sesiapa yang cintakan Allah,ikutlah nabi. Sesiapa yang cintakan Allah,cintakan apa yang Allah cinta, antaranya bulan Ramadhan,dan zahirkan sebagaimana romeo dah zahirkan cintanya kepada juliet, laila kepada majnun, tapi sebagai hamba. Cuma isinya sama, rindu, sayang,kasih, dan suka dengan segala yang berkaitan. Semoga dengan cinta tu jadi asbab kita dapat rahmat dan dapat title "Radhiallahuanhum waradhu anhu" di syurga kelak.

Doakan saya yang serba hina dan lemah ni ya!

Wassalam

14 comments:

Norsha said...

didoakan moga bertemu cinta hakiki lagi sejati.......Selamat hari raya Idul Fitri Izmer....

chanz said...

Salam Eid.

Tulisan yang panjang dan banyak typo. Tapi penuh mesej. haha

Bijen M. said...

Cinta itu sendiri akan mengajarnya cara bercinta.
Ahaks!

Ismi Ijmi said...

Amiiin cikgu. terima atas doanya!
Selamat hari raya juga.

Ismi Ijmi said...

abg hakim
heh,beselah. final yr project report nnt dgr kata takleh typo even single word.dgrnyalah. mulai hari ni saya berazam baiki! chayok2!

list kesilapan type
memulis; menulis
sellau;selalu
sebenrnya;sebenarnya
Rmadhan:Ramadhan
dengankeyakinan; dengan keyakinan
FIkiran:Fikiran
suit:duit
denagn; dengan
Sesiaap; sesiapa
denag; dengan

Ismi Ijmi said...

bijen; ahaks x 3

Dr. Bentara said...

Eid mubarak!

fuad ansari said...

slmt hari raya tuan izmer...
mohon maaf atas segala kekhilafan..

"sesiapa yang memasuki sekolah cinta, maka tiada lagi baginya cuti"

"Majnun mencium dinding kota bukan kerana indahnya kota, tapi kerana Laila ada di dalamnya".

wah, best betul ayat2 cinta tu kan... (",)

p/s: tuan tak nak cium mana2 dinding ke?? (",)

Ismi Ijmi said...

Dr Ben: Eid Mubarak

Abg Fuad: heh, nak cium kota mana? Kota Mekah?hehe

Abg saiful: emmm,doakan saya dan seluruh umat ye!raya kat mana taun ni?kedah?

Unknown said...

eid mubarak

Abu Zarim Mohamad said...

cinta berlajar dr cinta,,,:)
moga Allah mudahkan kita semua,,,

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum....
(",)indah tulisannya tuan iz..
ummm...sekolah cinta tu d mana?teringin nk daftar lps study..hii

alfindani said...

terima kasih untuk ucapan selamat hari raya tuan.selamat hari raya kembali.

Hidayatullah said...

slamat ari rye.. doakan sy jgk tuan

Followers