Assalamualaikum
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).
Suasana CC yang tenang,damai dan aman. Masih menghirup nyaman udara Ramadhan bersih suci. Maaf buat teman2 sebloggers atau sewordpress sebab masa yang singkat di CC tak izinkan aku menelaah lama depan komputer untuk baca entry2 terbaru. Sungguh hari-hari Ramadhan yang kian menghujung buat aku terkedu masa bertasbih dan istighfar.
Semalam ustaz yang katanya mengajar di kampung aku datang lagi. Bawa kereta baru,berita baru. Heh,malam tadi ceramahnya tentang ibadat2 dan fadhilat. Banyak juga fadhilatnya, cuma ada yang tak se-alur- dengan hadith2 dari Fadhilat Ramadhan Maulana Zakariyaa,mungkin ada hadith lain sangka ku.
Tentang 8 dan 20, antara yang disentuh ustaz,malam tadi. Katanya ia ibarat kisah seorang bapa,anak, dan keldai. Pendeknya buat apapun orang akan kata salah. Mungkin itu antara sebabnya malam tu ustaz imamkan kami dengan hanya 8 rakaat tarawikh, 3 witir. FYI masjid kampung kami yang indah dan permai ni dah bertahun2 buat 20 rakaat dan 3 witir, buat sejarah bila buat hanya 11 rakaat untuk malam lepas. Tentang 8 atau 20 ni, rajin2kan diri tengok pandangan saya tentangnya di entry
Apapun yang berlaku, biarlah. Besar kemungkinna masjid kampungku akan dapat nasib yang sama macam masjid2 lain seluruh negara. Dari 20 ke 8. Penurunan drastik bilangan rakaat tarawikh, simbol kurangnya amal di kampung. Mungkin ada juga hikmahnya, Wallahua'lam.
Tentang ini, teringat entry lepas tentang "Taqwa". Jika ada yang ikut komen2 di entry "Sholat atau kuliah,yang mana patut didahulukan", mungkin perasan antara soal-jawab saya dan seorang pembaca. Seringkasnya,ia tentang iman dan taqwa. Inilah kualiti yang diharapkan melalui ibadat berpuasa. Bersabar dengan tarawikh 20 rakaat adalah latihannya, bersabar bangun awal pagi untuk makan sejemput nasi atau segelas air, dan lain2. Ia ibarat madrasah pengukuh amal. Tak hairan kalau ada yang menelaah fadhilah ramadhan, banyak kisah2 ulama Tanah Hindi yang membanyakkan bacaan Al-Quran, menutup kelas2 sepanjang Ramadhan, dan lebih banyak ibadat berbanding bulan2 yang lain.
Bukan menafikan yang perlunya pengajian agama di bulan penuh berkah,tapi sekiranya tiada latihan yang intensif pada bulan ni, maka tak banyaklah agaknya beza dengan bulan2 yang lain. Ia macamlah kita mengubah waktu makan di bulan Ramadhan berbanding bulan2 lain, dengan menambah kuantiti makan pada waktu berbuka dan sahur. Kita sekadar menambah sedikit jumalh solat, tanpa rasa tekanan dan latihan yang intensif, natijahnya lepas Ramadhan tak banyak perubahan. Entah dapat tidak kualiti "Taqwa" yang disebut Allah. Khusus untuk sendiri sebenarnya teguran nih,heh.
Apapun,jom kita bajet2kan masa yang tinggal ni untuk intense-kan amalan2 kita. Yang belum dapat buat sesuatu amal, ce belajar2 niat sungguh, plus usaha mana mampu, yang dah dapat buat tapi tak istiamah, ce belajar2 qadha (yang sunat pun boleh qadha ya!), yang dah dapat buat istiqamah,ce tambah2kan. Semoga dengan usaha yang sedikit tu, Allah bagi kita sifat Taqwa. Wallahua'lam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment