Alhamdulillah
Assalamualaikum. InsyaAllah atas tujuan perkongsian ilmu di sini ada satu artikel dari Ustaz Al-alorstari tentang dua tangan atas dada bawah dagu yang ada di kalangan kita praktikkan. Mungin ada yang dapat ni dari kiab Sifat Solat Nabi ~ Al-Albani = betulkan jika silap, yang agak famous, sebab kitab ni sangat senang didapati secara pdf,berbanding kitab-kitab solat lain. Dan ia juga disertakan dengan dalil-dalil yang menurut pemegang pendapat yang sama, ia adalah amalan berdalil. Tentang Sifat Solat Nabi tulisan Al-albani , ada ulamak Sunnah Mesir yang menerbitkan satu lagi kitab yang hampir sama, terjemahan Ustaz Zamihan Al-Ghari. Tak salah mengambil mazhab sendiri, dalam zaman global ni. Semua diterima,tapi biarlah berguru ya! InsyaAllah, moga Allah beri kita taufiq.
(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Ibn Abdullah)
- Mengenai posisi kedua tangan (bersedekap) setelah takbir (pada waktu berdiri), Berkata Alhafidh Imam Nawawi : “Meletakkannya dibawah dadanya dan diatas pusatnya, inilah madzhab kita yg masyhur, dan demikianlah pendapat Jumhur (terbanyak), dalam pendapat Hanafi dan beberapa imam lainnya adalah menaruh kedua tangan dibawah pusat, menurut Imam Malik boleh memilih antara menaruh kedua tangan di bawah dadanya atau melepaskannya ke bawah dan ini pendapat Jumhur dalam mazhabnya dan yang masyhur pada mereka” (Syarh Imam Nawawi ala shahih Muslim Juz 4 hal 114)..
Dari penjelasan ini fahamlah kita bahwa pendapat yang Jumhur (kesepakatan terbanyak dari seluruh Imam dan Muhaddits) adalah menaruh kedua tangan di antara dada dan pusat, walaupun riwayat yg mengatakan diatas dada itu shahih, namun pendapat Ibn Mundzir “bahwa hal itu tak ada kejelasan yang nyata, bahwa Nabi saw menaruh kedua tangannya di atas dada, maka orang boleh memilih” (Aunul Ma’bud Juz 2 hal 323.
mereka itu kebanyakan tidak bermadzhab, entah kemana arahnya, mengikuti pendapat2 yang tak bersanad, cuma nukil nukil di buku hadits lalu berfatwa,berkata Imam Nawawi bahwa pendapat yg paling shahih dan merupakan Jumhur (terbanyak dari para Imam), adalah menaruh tangannya dibawah dadanya, dan diatas pusatnya,
dan pada Madzhab Imam Malik (maliki) melepaskan tangan ke bawah seperti orang berdiri. (Ibanatul Ahkam bisyarah Bulughil maram Juz 1 hal 398).
Kitab I’anah Al-Talibin Juga menyatakan “…Meletakan tangan di bawah dada, di atas pusat adalah ITTIBA’ (Mengikut Sunnah Nabi)Yang dimaksudkan dengan di bawah dada dan di atas pusat ialah condong ke sebelah kiri kerana hati itu di bahagian kiri.
Ini diriwayat dari Ibnu Huzaimah Didalam Sahihnya daripada Wail Ibn Hujr Yang Menyatakan” Aku bersolat bersama Nabi saw, maka Nabi saw meletakan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah dadanya"
DISUNATKAN MELETAKKAN TANGAN KANAN DI ATAS TANGAN KIRI , DI BAWAH PUSAT ATAU DI ATAS PUSATNYA.
Amalan ini adalah sepakat tiga Mazhab sementara Malikiyyah menyebutkan sebagai MANDUB.
IMAM MALIK : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.
IMAM HANAFI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAMA HAMBALI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAM SYAF’E : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.
Ini lah pendapat 4 Mazhab dalam masaalah meletakan tangan selepas Takbir di dalam sembahyang.(Kitabul Fiqah Al Juzairi)
Pendapat yang mengatakan meletakan tangan di bawah dagu di atas dada adalah pendapat yang tidak kuat. Malah hadis yang berkaitan dengan meletakan tangan di atas dada di bawah dagu ini talah dipertikaikan di dalam Multalqa Hadis di Madinah Al- Munawwarah beberapa tahun yang lalu.
5 comments:
assalamualaikum Tuan Izmer...
bgus pkongsian ni..padat,Mard suka..
tp kn,susah la mard nk faham n bygkn...
kalau ada y tunjuk scra prktikal,algkh bgusnya kn...
kdg2,apa y dbca x sama dgn apa y kita byg
skrg klw ada cramah semua pkat psal masalh setempat mcm zina,couple,bby dumping dll,rather than ceramah mcm mna nk mntapkn akidah bkait ritual2 keagamaan sehari-hari kita ni....
ke mard dh salah?
mard nk ckp mcm ni tuan,ceramah mcm dia terangkn kpd akhwat,cara angkat takbir y betul,cara tasyahud awal dan akhir y ikut sunnah nabi,dll
mgkin ustaz dan ustazah anggap boleh diketahui melalui buku2,pmbacaan.
Bagi mard dan rakan-rakan,mana sama,ni melibatkn praktikal.Kalau salah,takut solatnya Allah xterima.
Beza dgn ceramah pasal zina,ccouple dll,rasanya mklumat tu lagi boleh didapati dgn mudah.Guna akal pun dah boleh beza buruk baiknya,InsyaAllah.
minta pndapatnya tuan izmer.
*(^.^)*
waalaikum salam
tq atas kunjungan Tuin Mard ke blog yang tak seberapa nih...
sebenarnya bab letak tangan masa solat ni just furu'.
betullah bab zina,couple dll tu lebih utama sebab melibatkan halal haram.
yang ni just sunat.
artikel ni sebagai punca pengetahuan agama je,selebihnya rujuklah ustaz.
tentang masail ni,satu je yang perlu dditekankan. Bagi lelaki; carilah ilmu dengan berguru.jumpalah ustaz,guru2 agama,berbincang pasal masail.
kesian juga pada yang agak terpengaruh dengan pendapat dari maklumat2 internet,buku,pdf yang tak jelas betulnya.
ye solat melibtkan praktikal. saya yang dah 2o-an pun still memperbetulkan solat. sebenarnya dari segi sah-batal InsyaAllah semua dah ada basic semasa sekolah, tapi bab2 sunnah2nya, furu'2 ni...kene usaha duduk di majlis2.
Mazhab Syafie InsyaAllah cukup sempurna, dan dalil2nya sohih. 4 mazhab dah memadai dalam hal ibadah.
wallahua'lam
tuin tu apa?
ohh....mard lh y dh salah kefahaman..
terima kasih..
tuin tu ... errrr....
errr....apa?
nk kata spelling salah mcm xkena pula
xkn tuan mard ek..
xmngapa.
Abaikan.
xmasuk peksa cek na.
(",)
Post a Comment