Showing posts with label Kulimin. Show all posts
Showing posts with label Kulimin. Show all posts

Antara Atas dan Bawah, Antara Benar dan Betul...

Alhamdulillah

Assalamualaikum. InsyaAllah atas tujuan perkongsian ilmu di sini ada satu artikel dari Ustaz Al-alorstari tentang dua tangan atas dada bawah dagu yang ada di kalangan kita praktikkan. Mungin ada yang dapat ni dari kiab Sifat Solat Nabi ~ Al-Albani = betulkan jika silap, yang agak famous, sebab kitab ni sangat senang didapati secara pdf,berbanding kitab-kitab solat lain. Dan ia juga disertakan dengan dalil-dalil yang menurut pemegang pendapat yang sama, ia adalah amalan berdalil. Tentang Sifat Solat Nabi tulisan Al-albani , ada ulamak Sunnah Mesir yang menerbitkan satu lagi kitab yang hampir sama, terjemahan Ustaz Zamihan Al-Ghari. Tak salah mengambil mazhab sendiri, dalam zaman global ni. Semua diterima,tapi biarlah berguru ya! InsyaAllah, moga Allah beri kita taufiq.

(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Ibn Abdullah)

- Mengenai posisi kedua tangan (bersedekap) setelah takbir (pada waktu berdiri), Berkata Alhafidh Imam Nawawi : “Meletakkannya dibawah dadanya dan diatas pusatnya, inilah madzhab kita yg masyhur, dan demikianlah pendapat Jumhur (terbanyak), dalam pendapat Hanafi dan beberapa imam lainnya adalah menaruh kedua tangan dibawah pusat, menurut Imam Malik boleh memilih antara menaruh kedua tangan di bawah dadanya atau melepaskannya ke bawah dan ini pendapat Jumhur dalam mazhabnya dan yang masyhur pada mereka” (Syarh Imam Nawawi ala shahih Muslim Juz 4 hal 114)..

Dari penjelasan ini fahamlah kita bahwa pendapat yang Jumhur (kesepakatan terbanyak dari seluruh Imam dan Muhaddits) adalah menaruh kedua tangan di antara dada dan pusat, walaupun riwayat yg mengatakan diatas dada itu shahih, namun pendapat Ibn Mundzir “bahwa hal itu tak ada kejelasan yang nyata, bahwa Nabi saw menaruh kedua tangannya di atas dada, maka orang boleh memilih” (Aunul Ma’bud Juz 2 hal 323.
mereka itu kebanyakan tidak bermadzhab, entah kemana arahnya, mengikuti pendapat2 yang tak bersanad, cuma nukil nukil di buku hadits lalu berfatwa,berkata Imam Nawawi bahwa pendapat yg paling shahih dan merupakan Jumhur (terbanyak dari para Imam), adalah menaruh tangannya dibawah dadanya, dan diatas pusatnya,
dan pada Madzhab Imam Malik (maliki) melepaskan tangan ke bawah seperti orang berdiri. (Ibanatul Ahkam bisyarah Bulughil maram Juz 1 hal 398).

Kitab I’anah Al-Talibin Juga menyatakan “…Meletakan tangan di bawah dada, di atas pusat adalah ITTIBA’ (Mengikut Sunnah Nabi)Yang dimaksudkan dengan di bawah dada dan di atas pusat ialah condong ke sebelah kiri kerana hati itu di bahagian kiri.

Ini diriwayat dari Ibnu Huzaimah Didalam Sahihnya daripada Wail Ibn Hujr Yang Menyatakan” Aku bersolat bersama Nabi saw, maka Nabi saw meletakan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah dadanya"


DISUNATKAN MELETAKKAN TANGAN KANAN DI ATAS TANGAN KIRI , DI BAWAH PUSAT ATAU DI ATAS PUSATNYA.

Amalan ini adalah sepakat tiga Mazhab sementara Malikiyyah menyebutkan sebagai MANDUB.

IMAM MALIK : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.
IMAM HANAFI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAMA HAMBALI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAM SYAF’E : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.

Ini lah pendapat 4 Mazhab dalam masaalah meletakan tangan selepas Takbir di dalam sembahyang.(Kitabul Fiqah Al Juzairi)

Pendapat yang mengatakan meletakan tangan di bawah dagu di atas dada adalah pendapat yang tidak kuat. Malah hadis yang berkaitan dengan meletakan tangan di atas dada di bawah dagu ini talah dipertikaikan di dalam Multalqa Hadis di Madinah Al- Munawwarah beberapa tahun yang lalu.

Salam Maulidurrasul...



"Dia yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan petunjuk dan agama (Islam) yang benar, untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala yang lain walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya"


Sunnah Serban, Untuk Siapa? #1


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tahukah anda serban adalah tanda kemenangan orang Islam.Ikuti selanjutnya...


Menurut Al-Hafiz Ahmad Al-Ghammari dalam Mutabaqah AL Ikhtira'at Al Asruan Lima Akhbar bihi Syed Al-Bariah, telah berkata Al-Allamah Ibnu Laal menurut sanad daripada Sahabat Amran b Hussein bahawa Nabi SAW bersabda,maksudnya;


"Serban itu kehormatan orang mukmin dan kemuliaan orang Arab. Apabila orang Arab membuang serban mereka, maka beerti mereka telah membuang kemuliaan dan kemenangan mereka."


Al Imam Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus bersanadkan daripada Sahabat Ibnu Abbas,telah berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW,maksudnya,


" Serban itu mahkota orang Arab, apabila mereka menanggalkan serban beerti mereka telah menanggalkan kemuliaan,kehebatan, dan kemenangan mereka."


Al Allamah Mufti Brunei, Hj Ismail b Omar Abdul Aziz,memberi komentar berhubung dengan hadis-hadis di atas,dengan katanya,:


" Ini suatu mukjizat Nabi SAW, kerana serban itu adalah pakaian orang Arab (Islam). Tiadalah terfikir bahawa orang Arab itu akan menanggalkan serban mereka. Menurut sejarah setelah Turki menakluk dan memerintah kebanyakan tanah Arab, maka tarbus telah mengambil tempat serban. Setelah mereka tanggal serban diganti dengan tarbus,lalu datang penjajah barat menjajah pula. Umat Arab pun stelah itu terus menurut segala perangai penjajah barat, mereka terus menggondolkan kepala tanpa apa-apa penutup kepala,mereka lansung meninggalkan tabiat Islam."
(petikan dari Risalah Peribadi Orang Islam)


source; Batas-batas Aurat dan Pergaulan serta Hukum Persolekan Dalam Islam;Ustaz Jaafar Salleh, Pustaka Azhar, ke-4 2009.


Komentar; tak hairan pak-pak arab yang hafiz-hafiz dan alim pun gondol kepala masa solat. emmm. Agak2 boleh terima tak meninggalkan sunnah pakaian Nabi pun leh jadi Islam jatuh. kalau amal balik apa jadi??hehe. Masa solat jangan gondol kepala ya!!!


Kadang-kadang rasa jealous dengan pak2 Arab, bila bicara bab hadith mereka nombor satu,macam tahu segala. Ayat2 Quran tak perlu cakap,memang lancar saja di lidah,macam kita hafal peribahasa.


Tapi bab2 pakaian ni boleh kata ada unsur2 penjajah. Pakai neck-tie biasa dah, tapi serban jarang sangat nampak. Adalah beberapa orang Arab Yaman yang boleh kenal cara ikatan mereka. Selain dari yang tu, time solat pun gondol.


Apa nak cakap ya, ilmu mereka lagi tinggi. Hafal Al-Quran Hadith.


Teringat satu hadith mafhumnya,umat Islam akan sesat dari jalan benar,kemudian sahabat bertanya adakah kerana tiada Al-Quran dan hadith, kemudian lebih kurang baginda jawab, adakah Yahudi tu tak ajar anak2 mereka Taurat? .. Makna dasar hadith ni, banyak ilmu belum tentu dapat jamin seseorang di alndasan betul. Belajar Alquran sunnah, tapi tanpa amalan,akan sebabkan ia jadi musibat, Nauzubillah....


Bukan nak memburuk2kan orang Arab, tapi sekadar jadi contoh. Sebab sistem pengajian agama orang negara2 Arab tak sama dengan kita,. Tamat sekolah menengah di sana leh jadi Ustaz kat Malaysia. Contoh ni buat jadi pedoman saya, dan siapa2 yang membaca.


Wallahua'lam. InsyaAllah ada sambungannya...




From The Book, "Up from Shi'ism"

Alhamdulillah,

Assalamualaikum,. This forwarded email to be shared to all readers. Even the writer is a shiite, but there also some value we can think and try to convey the moral to others.
For me, it is good to know
(should know, good to know, nice to know,heh)

_____________________________________________________________________

(http://www.defending-islam.com/page4.html)
by Farhad Amirebrahimi

... Living in a Muslim country, part of our education curriculum was three hours of religious studies per week. We were taught about the lives of the Prophets, such as Adam, Noah, Abraham, Moses, Jesus, and Muhammad (upon them all be peace), and the twelve Shia Imams, who are considered Prophet Muhammad’s successors. We were taught what great men they were: men of truth, wisdom, patience, and sacrifice. Men who spent their entire lives in pleasing Allah and serving humanity. But three hours of religious study a week were not enough to keep me on the straight path.

As a young man fascinated with American movies and technology, I prayed long and hard to come to America , the land where dreams came true! Finally, after overcoming many obstacles, I joined my older brother, who was studying in California , in September 1977.

I was only sixteen years old. At first everything seemed new and interesting. Here I was finally in the land of freedom, equality, and justice. However, what I learned in my U.S. history class changed my perception of America completely. My high school history teacher, teaching from a state-approved textbook, shattered my ideas about freedom, equality, and justice in America . He told us all about the elite white Christian ruling class and the disenfranchised minorities. Despite some improvements in the past few decades, thanks to the civil rights movement, the power and wealth of the country remained in the hands of a few.

I also noticed a clear lack of knowledge and understanding of the rest of the world and other cultures among my peers and the public in general. Over time I realized that many of the things I had learned in Iran about America from the movies, magazines, and people who had vacationed there were not entirely accurate. Moreover, I realized that living in California , having a blonde girlfriend, getting my driver’s license, and going to parties did not bring true happiness and contentment.

I felt lonely and purposeless. At one point it even seemed logical to end my life and see if there was a better life after this. I was in a bind. After many months of pondering and soul searching, I finally decided that with the limited time I have on this earth I should make a positive difference in people’s lives. So I planned to become a doctor, join the United Nations, and serve humanity. This goal gave my life a meaningful purpose and directed all my actions...

Assist the Defending-Islam Team through your efforts: http://www.defending-islam.com/page261.html

Sunnah Pada Malam Hari Raya


Alhamdulillah,..

Assalamualaikum, Entry kali ini dapat dari email Al-Muttaqin. Jemput jadi ahli, kerana banyak info ilmiah dan ceramah live dan rakaman dari laman ini. Moga pengorbanan kita yang sedikit dapat pengiraan oleh Allah S.W.T. Semoga bermanfaat, selamat beramal...

__________________________________
PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA

1.Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada Bab Ibadat Pada Malam 2 Hari Raya

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُ! �ْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.

Maksudnya: Daripada Abu Darda' beliau berkata : Sesiapa yang membangunkan 2 malam hari raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.

Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda' berkata:
Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfithri, malam pertama Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.

2.Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman

و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمان إسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بن عبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابن البيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان و ليلتا العيد

Maksudnya: Dari Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan.; malam Jumaat, malam pertama Rejab, malam Nisfu Syaaban, dan dua malam Hari Raya (Fithri dan Adha)

Berkata Imam Manawi di dalam Faidhul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para Salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.

CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT

1. Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar ;

يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كان ضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصل الإحياء إلا بمعظم الليل

Maksudnya: Disunatkan menghidupkan kedua malam hari raya(Fithri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadith berkenaan menghidupkan malam tersebut lemah tetapi hadith-hadith berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.

Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.

2. Di dala Kitab Al-Imdad'

وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عدد مخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء، والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل

Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadith dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.

3. Dari Ibn Abbas

عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم على صلاة

الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدين.

وفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله

Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjemaah dan berazam untuk melaksanakan solat Subuh secara berjemaah.

Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.

P/s: Di dalam kitab Al-Hawi al-Qudsi: Makruh berhimpun di mesjid untuk membangunkan malam tersebut.

Pergerakan Dalam Solat, Betulke Aku Buat?

Alhamdulillah

Pembahagian pergerakan dalam solat. Sekiranya tak faham dialu2kan bermuzakarah di runag komen ya!!!
  • Musabaqah
  • Muwafaqah
  • Mukhalafah
  • Mutaba'ah
p/s:Terima kasih kepada Al-findani atas teguran...
http://www.4shared.com/video/7sxe60Ai/Ceramah__takbir_Intiqalat.html

Tudung Rahib? Cek BalikTudung2 Anda





Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kai
tkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.



Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.





Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.



RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...



“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).



Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..





p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.



Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)



Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..



Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?

jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.

source

Followers