Sunnah Serban, Untuk Siapa? #1


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tahukah anda serban adalah tanda kemenangan orang Islam.Ikuti selanjutnya...


Menurut Al-Hafiz Ahmad Al-Ghammari dalam Mutabaqah AL Ikhtira'at Al Asruan Lima Akhbar bihi Syed Al-Bariah, telah berkata Al-Allamah Ibnu Laal menurut sanad daripada Sahabat Amran b Hussein bahawa Nabi SAW bersabda,maksudnya;


"Serban itu kehormatan orang mukmin dan kemuliaan orang Arab. Apabila orang Arab membuang serban mereka, maka beerti mereka telah membuang kemuliaan dan kemenangan mereka."


Al Imam Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus bersanadkan daripada Sahabat Ibnu Abbas,telah berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW,maksudnya,


" Serban itu mahkota orang Arab, apabila mereka menanggalkan serban beerti mereka telah menanggalkan kemuliaan,kehebatan, dan kemenangan mereka."


Al Allamah Mufti Brunei, Hj Ismail b Omar Abdul Aziz,memberi komentar berhubung dengan hadis-hadis di atas,dengan katanya,:


" Ini suatu mukjizat Nabi SAW, kerana serban itu adalah pakaian orang Arab (Islam). Tiadalah terfikir bahawa orang Arab itu akan menanggalkan serban mereka. Menurut sejarah setelah Turki menakluk dan memerintah kebanyakan tanah Arab, maka tarbus telah mengambil tempat serban. Setelah mereka tanggal serban diganti dengan tarbus,lalu datang penjajah barat menjajah pula. Umat Arab pun stelah itu terus menurut segala perangai penjajah barat, mereka terus menggondolkan kepala tanpa apa-apa penutup kepala,mereka lansung meninggalkan tabiat Islam."
(petikan dari Risalah Peribadi Orang Islam)


source; Batas-batas Aurat dan Pergaulan serta Hukum Persolekan Dalam Islam;Ustaz Jaafar Salleh, Pustaka Azhar, ke-4 2009.


Komentar; tak hairan pak-pak arab yang hafiz-hafiz dan alim pun gondol kepala masa solat. emmm. Agak2 boleh terima tak meninggalkan sunnah pakaian Nabi pun leh jadi Islam jatuh. kalau amal balik apa jadi??hehe. Masa solat jangan gondol kepala ya!!!


Kadang-kadang rasa jealous dengan pak2 Arab, bila bicara bab hadith mereka nombor satu,macam tahu segala. Ayat2 Quran tak perlu cakap,memang lancar saja di lidah,macam kita hafal peribahasa.


Tapi bab2 pakaian ni boleh kata ada unsur2 penjajah. Pakai neck-tie biasa dah, tapi serban jarang sangat nampak. Adalah beberapa orang Arab Yaman yang boleh kenal cara ikatan mereka. Selain dari yang tu, time solat pun gondol.


Apa nak cakap ya, ilmu mereka lagi tinggi. Hafal Al-Quran Hadith.


Teringat satu hadith mafhumnya,umat Islam akan sesat dari jalan benar,kemudian sahabat bertanya adakah kerana tiada Al-Quran dan hadith, kemudian lebih kurang baginda jawab, adakah Yahudi tu tak ajar anak2 mereka Taurat? .. Makna dasar hadith ni, banyak ilmu belum tentu dapat jamin seseorang di alndasan betul. Belajar Alquran sunnah, tapi tanpa amalan,akan sebabkan ia jadi musibat, Nauzubillah....


Bukan nak memburuk2kan orang Arab, tapi sekadar jadi contoh. Sebab sistem pengajian agama orang negara2 Arab tak sama dengan kita,. Tamat sekolah menengah di sana leh jadi Ustaz kat Malaysia. Contoh ni buat jadi pedoman saya, dan siapa2 yang membaca.


Wallahua'lam. InsyaAllah ada sambungannya...




1 comment:

RuMaH TuA said...

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah"

Followers