Alhamdulillah.
Assalamualaikum. Lama sungguh rasanya tak mengupdate blog. Banyak sebab, antaranya kemudahan laptop dan connection internet. Blog ni pun sekadar perkongsian, bukan keutamaan. Alhamdulillah baru ni bersama beberapa hari dengan jemaah 40h dari KL ~ Setapak. Ukhuwah yang terbina ketika khuruj, tak dapat terbanding dengan ukhuwah yang terbina atas sebab lain. Begitulah, hanya sunnah saja yang dapat menyatukan hati2 manusia. Sejahil2 manusia boleh jadi mulia kerana sunnah, sejahat2 manusia boleh dihormati kerana akhlaknya dengan mengikuti sunnah, perpecahan di kalangan umat hanya dapat terbaiki dengan mengikut sunnah.
Sebagaimana yang dijanji, teringin benar hamba berkongsi pengetahuan English di dada untuk sama2 memahami koleksi maksud-mafhum hadith berbahasa English di entry lalu. Moga ada kiraan yang baik serta pengampunan yang luas di sisi Allah. InsyaAllah.
Hadith 1.
Nabi Saw memberitahu Hazrat Abu Hurairah (RA):
"Di kalangan umatku (pengikut Islam kini) akan muncul satu Batalion dari Sindh (Indus) dan Hind (Sub-benua). Andai ku ada peluang menjadi sebahagian pergerakan itu dan kemudian syahid maka itu adalah baik, kiranya aku pulang dalam keadaan masih hidup maka aku akan bebas seperti bebasnya Abu Hurairah yang dibebaskan Allah dari neraka"
Hadith 2:
Nabi Saw memberitahu Hazrat Suban (RA):
"Dua golongan dari kalangan umatku akan dibebaskan oleh Allah dari neraka, satunya yang membebaskan India dan satu lagi yang akan bersama Hazrat Isa (AS)."
Hadith 3:
Nabi Saw berbicara tentang India dengan Abu Hurairah (RA) dan berkata:
"Satu Batalion kamu akan berjihad (fight) di India, Allah akan memberi kemenangan kepada mereka sehingga ke peringkat mereka (mujahideen) akan merantai pemerintah-pemerintahnya, dan Allah akan mengampunkan dosa-dosa wira-wira ini dan bila mereka kembali akan bertemu Hazrat Isa (AS) di Damsyik (Syria)."
Hazrat Abu Huraira (RA) berkata:
"Andai aku punya peluang utnuk menyertai peperangan ini maka akan aku jual barang kepunyaanku baru atau lama dan aku lantas menyertainya. Bila Allah memberi kami kemenangan dan bila kami kembali maka aku akan menjadi Abu Hurairah yang bebas yang akan pulang ke Damsyik dan bertemu Hazrat Isa (RA). Wahai Nabiku yang mulia, aku akan punya kehendak yang sangat2 kuat (sangat mahu) pada masa itu untuk bertemunya dan menyatakan kepadanya yang aku adalah sahabatmu"
Wallahua'lam..
4 comments:
Assalamualaikum.untuk hadith no. 1 ada persamaan dengan hadith sumbernya yang tepat dari :
Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda : “Dua gulongan ummatku yang diselamatkan oleh Allah dari Neraka, Iaitu gulongan yang ber’Dakwah’ di Hind(India Pakistan dan Bangladesh )dan gulongan yang bersama Isa a.s” (Riwayat Nasai dan Ahmad)
rujukan:
‘Nuzuulu Isa Ibn maryama Aakhiraz Zaman’
by Imam As-Sauyuthi Rahmatullahi Alaih.
Al-Marqaah edition 5,page 658
by Allamah Ali Al-Qari Rahmatullahi Alaih
errr tak pernah dgr pun hadis mcm tu..nampak sgt jarang buka buku hadis..hehe
Salam,
Hadith seakan2 ini pernah saya baca dari buku Malapetaka Menjelang Kiamat hasil tulisan Abu Fida Ibnu Kathir, buku ini telah diterjemahkan dan telah diedit oleh Dato Abu Hassan Din Al Hafiz. Cuma saya tak dapat ingat keseluruhan matannya.
http://ghazwatulhind.com/
sila ke web ni...
Post a Comment