Alhamdulillah,
Assalamualaikum. Entah beberapa entry sebelum ni banyak bercerita tentang dakwah. Pasal "khuruj", "masthuraat", dan terkadang copy-paste yang dah jadi adat biasa seorang bloggers. :-) . Dakwah ni jarang ditulis, walaupun ada yang menulis untk dakwah. Dakwah yang sebenar bukanlah sekadar di jari, kerana kesan yang sudah diketahui umum tak sama dengan dakwah secara berdepan. Jadi dakwah yang diistilahkan di sini bukan dakwah internet, dakwah Facebook, dakwah artikel, dakwah chatting atau dakwah webcam, sebaliknya dakwah dengan pengorbanan nafsu,keluar dari bilik dan rumah, dan mengajak dengan lidah lembut dan wajah yang bersih. Dakwah sebegini metodnya jarang ditulis dan penulisan2 tentangnya jarang didapati dalam media-media cetak mungkin berasalankan ia lebih sesuai diketahui secara terus. Jadi di sini dibawakan satu penulisan tentang jawapan seorang "ustaz" tentang Tabligh dan tabligh.
APAKAH TABLIGH SEBENARNYA?
Soalan;
Yang dikatakan TABLIGH tu apa sebenarnya?
Pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?
Pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?
JAWAPAN
Jawapannya bergantung kepada apa yang anda maksudkan. Ini kerana perkataan itu anda tulis "TABLIGH" bukannya "Tabligh" atau "tabligh". Maka saya kekurangan maklumat. Tambahan pula saya Insan Dhaif yang tidak mampu membaca pemikiran manusia lain.
Perbincangan dalam artikel yang anda baca di atas berkisar tentang "Jemaah Tabligh" yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas.
Kalau "Tabligh" yang tuan maksudkan adalah "Jemaah Tabligh" yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas,maka penerangannya adalah seperti di bawah:
Pengasasnya Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944)
Lahir dan membesar di Kandhla, India.
Antara gurunya Maulana Rashid Ahmad Gungohi, Maulana Khalil Ahmad,Shah Abdul Rahman Raipuri & Maulana Ashraf Ali Thanawi.
1908 memasuki Darul Ulum, Deoband. Belajar hadith daripada Syeikh al-Hind Maulana Mahmudul Hassan.
Tabligh bermula di daerah Mewat.
Maulana membuka madrasah di Mewat tetapi kurang sambutan menyebabkan dia mengubah taktik dengan menumpukan kepada usaha dakwah.
Selepas abangnyaMuhammad yahya meninggal, pusat gerakannya berpindah ke Masjid Bangle Wali, Nizamudin. New Delhi.
Semasa hidupnya, Jemaah Tabligh masih terbatas di India.
Anaknya Muhammad Yusuf Kandahlawi berjaya menyebarkan Jemaah Tabligh ke luar India.
Pimpinan bertukar ke pada cucunya Muhammad In'amul Hassan Kandahlawi bersama Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria al-0Kandahlawi yang terkenal itu.
(* Dipetik daripada tulisan saya tentang Jemaah Tabligh)
Kalau pertanyaan anda memaksudkan perkataan “tabligh”. Maka salah satu maknanya yang masyhur ialah “menyampaikan”.
Ada pelbagai lagi pemahaman tentang “Tabligh”. Antaranya ketika Laskar Jihad hendak berangkat ke Ambon untuk menentang kezaliman penganut agama Kristian di sana, pemimpin mereka (* kalau tak silap saya Jaafar Umar Talib/ Taib) menyampaikan pesanan terakhir yang dinamakan “Tabligh Akbar”.
Soalan anda:
“yang di katakan TABLIGH tu apa sebenarnya?”
”pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?”
”pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?”
Saya tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati kerana tidak tahu “Tabligh” apa yang anda maksudkan. Maka saya berusaha membantu kerana Allah dengan cara di bawah. Semoga ada manfaatnya walaupun sedikit.
Pertama, saya andaikan anda maksudkan Jemaah Tabligh.
“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” itu bukan Jemaah Tabligh, namun jemaah tersebut memang menjadikan itu salah satu daripada usaha dakwah mereka, dan ayat yang lebih tepat berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”… tanpa perkataan “je ke”.
“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” juga bukan Jemaah Tabligh namun jemaah ini memang menjadikan pelajaran untuk keluar berdakwah sama ada 3 hari, 40 hari, 4 bulan atau seumur hidup dan sebagainya salah satu daripada usaha dakwah mereka. Kegiatan mereka juga tidak terhad di surau saja tetapi juga masjid dan tempat-tempat lain jika tiada tempat khusus untuk melaungkan azan.
TAMAT bahagian ini.
Kalau anda maksudkan erti perkataan “tabligh” yang membawa maksud “menyampaikan”, maka jawapannya seperti di bawah pula:
“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” bukan tabligh iaitu “menyampaikan”, tapi ia boleh jadi tabligh iaitu menyampaikan jika ayatnya berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”- ini memang tabligh.
“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” bukan tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau saja-saja pergi duduk/ melepak, namun ia boleh menjadi tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau perdi duduk di sana dengan niat untuk mengambil pelajaran. Ehwal ini lebih dikenali sebagai “bertabligh untuk diri sendiri” atau “menyampaikan keagamaan untuk diri sendiri”.
Setakat itu saja yang mampu saya bantu berdasarkan soalan anda. Harap ribuan maaf jika tidak mampu memuaskan hati. Banyak forum agama di ruang maya internet ini, cuba anda minta pandangan ribuan umat Islam di sana untuk mendapatkan jawapan yang lebih baik tentang TABLIGH yang anda maksudkan.
“SOALAN YANG JELAS MEMUNGKINKAN JAWAPAN YANG JELAS”
Wallahualam.
Alexanderwathern
JAN 2007
SUMBER;
2 comments:
nice dakwah:)
Benar tuan.... Sekadar menambah..keluar 3 hr, 40 hr, 4 bln pn bkn maksud, untuk recharge iman yg kian rapuh... i2 hanya tempoh mase yg cube dituruti.. kire cm khursus duration la..student, sehari atau sehari setengah pn da Alhamdulillah.. kalo xde time2 cenggini,nant suke2 hati da nk blk.. pn mse x kish, janji sedia nk kc mse.. YG plg pntg, usaha di maqami atau usaha tmpatan, kehidupan sehari-hari,membawa agama dalam kehidupan, practical sbnar slepas recharge time kluar di jalan Allah.... Wallahualam
Post a Comment