Pakistan - Travelog IPB 3

Pakistan suasananya cukup damai ketika musim sejuk.suasana di Raiwind waktu "winter" baru bermula cukup mendamaikan. Tidaklah terlalu sejuk sampai orang Malaysia boleh terketar-ketar. Cumanya kalau memijak lantai tanpa lapik stokin kulit atau stokin PVC dah tentu tak mampu memijak. waktu malam sejuk juga, mungkin boleh digandingkan dengan kesejukan di Cameron Highland tempat kita agaknya. yelah, suatu penekanan di sini, ini awal musim sejuk. Awal Disember 2012.

Beberapa hari aku di Raiwind. Sebuah masjid yang tersergam di dalam kompleks yang terdiri dari beberapa bangunan dengan fungsi masing-masing. Masjid dengan ruang utama segiempat sama dengan 10 tiang. setiap tiang aku kira mungkin dalam 5 meter. tinggi tak dapat aku agak. Sambungan masjid ke arah belakang, mungkin ada lebih 2 kali ganda saiz masjid utama, dan ruang itu 3 tingkat. semuanya penuh dengan manusia. cuba bayangkan dan anggar sendiri manusia yang ada.

Ruang utama masjd ada 2 tingkat, dan tingkat bawah ada ruang khusus berpagar dan bersambungan dengan bangunan sebelahnya, yang khusus untuk jemaah tabligh dari luar. mungkin sebab utama adalah keselamatan.

Madrasah di bahagian belakang masjid. ada madrasah untuk kanak-kanak, seakan tadika dengan tenpat tidur yang berwarna, dan katil yang kelihatan selesa. Aku kira kelas pengajian mereka tak jauh dari situ. cantik bangunan madrasah seakan di putrajaya pula rasanya. bumbungnya digunakan sebagai tempat menyidai pakaian. dari atas kelihatan padang bola madrasah Raiwind, katanya, tempat para Maulana bersenam dengan berjalan keliling padang keluarkan peluh, dan tempat para penuntut ilmu Islam bermain bola dengan team masing-masing.

Ada bangunan khusus untuk memasak. lengkap dengan tempat khas memasak roti, memasak dal, dan memasak lauk. ada tempat makan yang kemas (kecuali setelah selesai makan), dan kaunter-kaunter yang sistematik. bersih dan teratur. bahagina bawah tanah pula terdapat tempat khusus untuk minuman. hanya dua pilihan, chai/teh tarik dan susu. pelanggan akan beli coin di kaunter dan mengambil minuman di kaunter lain. hanya ada roti sebagai pencecah. mungkin nampak sedikit melengih kerana kedai ini tidak di tutup kecuali beberapa masa ketika solat , sejak dibuka bermula jam 4pg waktu tahajud.

Ada pula bangunan khusus untuk foreigner makan, free dan beserta pelayan. Dahi (susu masam asli), chai, teh o, gula, roti, nasi, dan kuah dal adalah makanan tetap. tiada daging di situ ketika itu. andai berpeluang lagi, ingin rasanya mencecah roti dengan dahi yang dicampur gula, masam-masam manis. cukup menyelerakan.

No comments:

Followers