Ingat lagi pertama kali aku ke Kot Addu, satu kawasan panas berpenduduk di Pakistan. Di sini kebanyakan penduduknya selain bekerja dengan kerajaan, adalah penternak dan petani. Kawasannya walaupun tidak dilitup batu dan simen, namun masih boleh diberi gred bersih kerana jarang ada plastik. Keldai-keldai berkeliaran dan ada juga keldai yang digunakan sebagai pembawa barangan. Jemu aku dengan kata-kata orang bila mengaitkan negara Islam miskin dengan kotor. Bagi aku ia tidak terjadi di sini. Ada kawasan kotor dengan plastik dan sampah tapi bukan di kawasan awam. Selalunya di tepi landasan keretapi.
Masjidnya cukup bersih. Setiap masjid ada "wali" atau penjaga, dan kalau di Malaysia kita disebut pengerusi masjid. Setiap kali kami sampai ke satu-satu masjid, "wali masjid" akan sambut seperti melayan tetamu. Ada wali masjid yang bertugas sebagai imam, ada yang tidak. Mungkin ini faktor masjid menjadi tempat yang cukup bersih dan kemas. Masjid-masjid yang kami singgah, ada yang sekadar sebuah rumah yang di-convert menjadi masjid, dan ada juga sebuah masjid yang berasingan yang dibina di tengah-tengah kawasan berpenduduk. Yang pasti ada ruangan dalam, dan ada ruangan solat luar. Kipasnya rapat-rapat dan ada heater menggunakan pembakar gas di setiap masjid.
Kami berada pada musim sejuk, maka solat siang hari, Zohor dan Asar di luar masjid. Ada tikar sejadah panjang yang dibuat dari entah apa, seperti jut, tebal dan cukup untuk mengatasi sejuk lantai masjid. Cukup romantik solat di luar masjid, waktu musim sejuk, dipanaskan matahari. Taalim fadhail kami di waktu pagi berlansung di bawah cahaya matahari. Malam hari kami berada di bawah bedding setebal beberapa inci, yang tak mungkin digunakan di Malaysia melainkan sebagai alas tidur. Heater dari gas dipasang untuk menahan sejuk.
Kadang-kadang ada yang menjemput kami ke rumah mereka. Makanan mereka memang sedap, dan tiada minuman lain selain chai atau teh tarik panas. Di rumah mereka, menghidang manisan selepas makan berat adalah kemestian. Orang Pakistan (khusus di kawasan itu, suku Panjabi) makan banyak, jadi kelihatan kehairanan mereka melihat kami makan sedikit.
Melalui lorong-lorong di waktu malam memang agak sedikit mencabar, tetapi tetap menjadi kenangan manis yang tak mungkin dibeli dengan harta dunia, melainkan sanggup bermujahadah atas jalan ini.
3 comments:
Assalamualaikum..
menarik sesuatu cerita apabila penulis menulis secara detail bagaikan kita yang membacanya boleh merasai dan mengambarkannya sendiri. suka dengan ayat yang di susun dan sedap di baca. mungkin kelak boleh di bukukan travelog ni nanti :)
owh baru perasan dengan komen kak umu,. dekat 2b dah hehe. Hari ni baru terasa nak menulis siri 4. Terlalu banyak pengalaman yang dilalui. tarbiah dari Allah.
ARMANI POKER
PROMO BARU DI ARMANI POKER
BISA DEPOSIT VIA PULSA
BANYAK BONUSNYA
Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.
ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
Minimal depo 10k
Minimal wd 50k
Whatapps : +6287830298557
Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info
Post a Comment