Kerana yang Kamu Cinta

‎[tazkirah pagi]

seseorang telah bertanya ke saya, bagaimana untuk mudah berbuat ketaatan (bahasa pasar ~camne eh nak senang semayang subuh, baca quran, jaga diri dari maksiat segala~), aku pun agak sukar menjawab soalan tersebut kerana hakikatnya aku jua di tempat sama.

namun di sini ingin aku kongsikan sesuatu yang mungkin boleh jua jadi peringatan semua. dulu pernah aku post tentang motivasi. seseorang buat sesuatu kerana motif. sebenarnya secara ringkas (ikhtisar), manusia dipengaruh 3 perkara, harta (kesenangan/kekayaan/keseronokan), takhta (ada orang bawahan) dan wanita (untuk wanita, lelaki la ~kemahuan sex)

dalam ketiga2 ni, bagi sesetengah manusia, lelaki muda khususnya, mereka lebih dipengaruhi sex/cinta. jadi jawapan paling utama untuk lelaki berumur 30 ke bawah ialah,

'BUATLAH SESUATU DENGAN RASA CINTA,KERANA KAMU AKAN MENJADI HAMBA DENGAN APA YANG KAMU CINTA'

kamu (aku jua) sanggup buat apa saja atas nama cinta. kamu (dan aku jua) akan korbankan sesuatu atas nama cinta. kamu (dan aku jua) sanggup bersusah payah di mata orang lain untuk berbuat sesuatu semata2 untuk orang yang kamu cinta. kamu akan sanggup menghulur wang, tenaga, masa demi memenuhi kehendak seseorang yang kamu cinta(semua itu terjadi jua denganku)

~~~ jadi cuba kamu alihkan, cintamu ke Tuhan yang menciptakan, Tuhan yang setia menunggu taubatmu, Tuhan yang menjanjikan segala2nya untukmu. ingat!

KAMU ADALAH HAMBA KEPADA YANG KAMU CINTA!!!!!!!!

3 comments:

kinakona said...

Bole tk kalau ada org tu kata dia tk nk cinta pd siapa2 pun hatta suami sendiri. Biarlah cinta dia hanya utk Tuhan.

Ismi Ijmi said...

bole je. tapi hakikatnya boleh ke? hehe.

try cari kata2 Nabi saw, kalau aku mahu mencintai seseorang manusia, maka yang aku cintai ialah Allah.

tetapi kerana cinta Nabi kepada Allah, maka Allah meletakkan rasa cinta sesama makhluk dalam hati baginda. :-)

RuMaH TuA said...

Al-istiknasu binnasi min 'alamatil iflas...
"Rasa biasa, tidak kesepian dgn dengan manusia adalah salah satu tanda kemuflisan"

*muflis kerana kurang iman kepada Allah.


Moga Allah kasih.

Followers