Jangan Tinggal Daku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, menghisab kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap inginkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik).


InsyaAllah lusa kertas akhir untuk semester ini. Terima kasih, dan semogaberjaya juga kepada yang sudi bagi dan minta monte-basi. :P. Dan hari ni juga, teman sebilik pun dah dalam perjalanan ke Kota Tinggi. Doakan semoga dalam pemeliharaan Allah.

Sunyi pula bila rumet dah balik. Teringat pula masa mula-mula pulang ke kampus, terngiang-ngiang suara bonda di telinga. Dua bulan cuti memang bersama mak. Ke mana saja. Bila balik, memang terasa, sunyi sikit. Payah nak biasakan suasana dan keadaan kampus walaupun dah naik tahun akhir. Rumet pula pulang lewat untuk selesaikan hal-hal berkaitan. Sebulan lebih tanpa rumet, seorangan di bilik satu katil double deck. Terbiasalah diri tinggal seorang di bilik dua katil.

Sampai masanya, teman sebilik pun mendaftar. Mula rasa agak rimas, sebab sebelum ni sendiri.Lama-lama sesuaikan diri barulah boleh terima kehadiran si-rumet :P .

Petang tadi rumet dah pulang ke kediaman beralamat i/c beliau di Kota Tinggi. Belum sempat kaki beliau melangkah keluar dah terasa lain. Suntilah rasa bilik ni. Takdelah teman nak berbual bila boring study dan sebagainya. Mungkin sebulan cuti tak lama, tapi nak sesuaikan keadaan memang agak payah.

Terfikir hari pertama nyawa dicabut. Ketika tu tiada apa daya dah. Semua ahli keluarga, kawan-kawan yang biasa dibuat teman berbual, rakan-rakan seusaha, makcik-makcik kafe yang masak sedap, semuanya tak dapat mendengar kata-kata orang yang nyawanya dicabut.

Malam pertama di tempat tidur underground tanpa lampu dan kipas, dengan selimut putih yang kotor dengan bau tanah, semuanya bukan benda yang biasa. Aku terfikir bagaimana nak biasakan diri dengan keadaan tu.

Mungkin hari ni Allah kurniakan taufiq untuk amalan tertentu, semoga dengan amalan-amalan yang baik diterima Allah, jadi teman di alam yang baru, suasana yang baru. Dengan beberapa -janji-janji Allah, semoga dia kekalkan dan bantu untuk tetapkan jiwa selama hidup ni untuk beramal buat persediaan sebelum mati...

p/s: doakan saya exam final paper rabu ni...

2 comments:

Mindaberbisa said...

Ada sesuatu yang hendak dikongsi. Selalunya, rumah yang telah ditinggalkan berhari-hari, apabila pulang ke rumah tersebut. Atmosfera akan dirasai berlainan. Rasa ganjil, rimas dan tidak selesa. Maka, kita memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri di atmosfera rumah tersebut sungguh kita telah menetap sebelumnya lama di situ.

Norsha said...

bila ingat2 hari pertama di alam barzah mmg menakutkan, tak tahulah apa nasib nanti....

p/s : Selamat berjaya dlm exam Izmer...

Followers