Selamat Hari Guru

Saidina Ali R.A pernah berkata bahawa
´Ana abdu man allamani walauharfanµ.yang bermaksud :
´Aku adalah hamba kepada sesiapa yang pernah mengajarku walaupun satu huruf.

>aku masih ingat guru pertama, mengajar cara hidup, erti hidup, adab, dan agama. sehingga aku menjadi yang kalian kenal hari ini. ia ibuku.

>aku masih ingat guru kedua hidup, mengajar aku nilai kasih dan sayang, disiplin, dan juga ibu kedua. opah.

>guru yang mengajarku alif,ba,ta. dia memujiku kerana sudah pandai membaca awal dari rakan sebayaku, sehingga lupa atas keikhlasannya aku begitu.

>guru al-quranku, dan ahlinya, yang memberi aku kesempatan khatam al-quran, tanpa ganjaran, dan aku sendiri berada di pengebumiannya, hujan itu mewangi bumi.

>kekal di ingatan guru bahasa melayuku, mengajar aku menjadi seorang lelaki, melayu, dan Islam. walau caranya kasar, kesan itu kekal.

>para ustazku, entah mengapa mereka orang yang paling aku rapat setelah keluargaku.

>guru sainsku, kerana rotannya, aku adalah aku di sini, hari ini.

>para guru sainsku, mereka mengajar agama, bukan sains. serious!

>para guru mathsku, mereka mengajar erti hidup, bukan mathematics!

>para guru fizik, mereka mengajar cara mengenal dunia, bukan physics. betul!

semua guruku, dan aku kekal mendoakan kalian. serta dengan nama ibu ayahku, keluargaku, sahabat dan kenalanku, beserta kaum muslimin...

Selamat Hari Guru 

tag Ustaz Ishak, Cikgu Norsha, Cikgu Su, Ustazah Aliaazuan, Cikgu (to be) Siti Mardhiah.dan errrr, Cikgu Hafiz Jamaludin :P

4 comments:

fuad ansari said...

setuju.. setuju..

guru bukan sekadar mengajar subjek tertentu, tetapi mengajar erti dan nilai kehidupan...

p/s: aku masih ingat guru bahasa melayuku yg mengajar kami buang air kecil dengan betul.. (",)

ukhti,mardhiah said...

yeayyyyyy
:)
terima kasih

suha said...

Assalamualaikum wbt
hmmm jazakallah ats tag.. rasanya utk CS kot... maaf la kalau bukan... pernah dgr org bijak pandai brkata: "kesilapan seorang doktor, mgkin akn menyebabkan kerosakan 1 individu, ttp kesilapan seorang guru akn menyebabkan kerosakan 1 generasi"..
p pun tugas, laksanakan dgn jujur n ikhlas, InsyaAllah..

salam ijtima'... (KL 19 - 21Mei)... tp start mlm ni sudah kena tinggal~~ CS@cikgu sue

Ismi Ijmi said...

betul3. untuk cikgu su. tak perasan berapa org bloggers yg bergelar cikgu. ingat2 lupa.

~tgk juga blog saya yg hijau nih,hehe

Followers