Alhamdulillah,
Assalamualaikum, Salam Eid Mubarak. Setelah beberapa entry mengandung content berkaitan AidilAdha, suka rasanya untuk menulis (baca = menaip) entry bertajuk lain pula. Kali berkaitan pengalaman. Ramai manusia yang suka bercerita pengalaman. Betul atau tak? Pernah dengar buku bertajuk Travelog Haji. Penulis pernah datang ke kampus kami dan bercerita lagi, dan kali ni dibuat dua sesi, satu antara Maghrib dan Isyak, satu lagi pagi dan ketika tu kebanyakan pelajar tak dapat attend, lagipun target staff saja kot.Begitu mahal pengalaman. Tu baru di kampus kami, entah berapa puluh tempat dah dia bagi talk.
Contoh lain, saya suka sangat bertanya bila duduk dengan orang-orang tua. Anda tau berkat itu bersama orang-orang tua~ mafhum hadith. Memang berkat sebenarnya bila kita tau gunakan mereka. Dua jenis berkat, satu yang nampak dan satu lagi tak nampak. Yang tak nampak Wallahua'lam dapat ke tidak, yang nampak/perasan tu kena pandai-pandai sendiri. Macam mana? heh, kesukaan bila duduk dengan orang 50-an, 60-an ke atas, kita cam nyala mancis je dan mereka akan terus bakar. (huh = kita start topik,mereka akan terus sambung panjang-panjang bercerita). Tau-tau berpuluh cerita sejarah dah keluar, dan boleh kata sahih la sebab sumber pertama, dari mata kepala. Cerita 16 Mei, cerita Jepun mendarat kat Tumpat, cerita dulu opah ada wat sawah padi huma, cerita dakwah start kat Kedah pun leh tau,heh. Cam lawak tapi tula pengalaman, kadang-kadang orang yang alami bercakap dengan perasaan mereka ketika tu. Memang real!
_____________________________________________________
Sambungan Entry
Apa yang aku Buat masa "keluar" bertarikh 4/1/2010. Dengan niat semoga yang membaca ada keinginan untuk bagi masa keluar/khuruj fi sabilillah atas jalan baiki iman yakni Tahreek e Iman. Entry sebelum ni agak penting dibaca sebagai lanjutan entry kali ni, ikutlah bukan paksaan :-)
Usaha atas iman adalah satu usaha yang dengannya, sekirany seseorang dapat ikut tertib terbaik dan menjalankan segala amal-amal masjid Infradi dan Ijtimaie secara istiqamah maka kesannya adalah orang tersebut dan seluruh alam, dan jalan menjadi seorang wali.
Menyebut perkataan wali,suka disebutkan kebanyakan manusia terutama ahli tareqat mungkin menyangka darjat wali hanya terperoleh dengan menjalnakn zikir-zikir secara istiqamah. Penting diketahui bahawa kewalian adalah hak mutlak Allah sebagaimana nilai Hidayah
Disesatkan dengannya siapa yang dikehendaki, dan ditunjuki dengannya siapa yang dikehendakinya ~ Al-ayat
Maka bukanlah suatu kemestian seseorang harus menjalankan tareqat tertentu barulah ia menjadi wali,sedangkan guru-guru tareqat sendiri menyebut orang yang melakukannya adalah ahli salik, iaitu ahli yang menuju ke tujuan iaitu Allah. Sesungguhnya tareqat iman ini merangkumi segala, Al-quran,hadith, iman, akhlak, zikir, kesucian hati dan dakwah. Usaha atas iman bukan semata-mata dakwah. Maksud? Seorang ustaz/tok guru dalam dakwah harus bersabar dalam bayan yang disampaikan oleh orang baru~ bukankah ia suatu usaha menjaga kerendahan hati ~ tawadhuk?
Ialah dikatakan usaha dakwah-tabligh adalah usaha menuju kewalian,kerana taraf wali hanya diperolehi oleh orang yang dikurniakan Allah, dan usahanya ialah bersuluk atau mengikut jalan. Untuk tidak menyulitkan kandungan ini difahami,cukuplah diketahui seseorang yang berusaha menuju Allah dengan cara baiki iman bersama jemaah ini InsyaAllah sedang menuju Allah. Dan tiada tujuan hidup seorang manusia melainkan Allah.
Begitulah para masyaikh dakwah telah menyarankan seorang daie menghidupkan amal-amal Ijtimaie dan Infradi secara istiqamah semoga dengannya berdekatan dengan Allah secara tetap. Sebagai daie yang harus dielakkan ialah keduniaan yang dengannya menykarkan jalan melakukan kerja. Handfon mahal, kereta mewah, pakaian mahal, akan menyukarkan seseorang berjalan atas jalan usaha ini dengan senang. Demikian adalah semacam suatu ketetapan.
Disiplin dalam tertib dakwah adalah seperti cangkerang dan siput, di mana tanpa disiplin tertib tidak dapat terlaksana. Kerana tertib itu sendiri adalah tertib dan tertib adalah disiplin. Seorang daie tanpa mengikuti disiplin-disiplin ketat mungkin sukar merasakan perbezaan dlaam diri dan ketetapan hasil usaha yang dijanjikan. Sekiranya ada, ia adalah rahmat Allah.
Untuk mengionkan suatu atom, satu had tenaga (threshold energy) diperlukan. Sekiranya threshold energy tidak dicapai, maka tiada pengionan berlaku. Begitu juga usaha dakwah,kesan berlaku bila tertib yang betul dibuat dengan disiplin maka kesan InsyaAllah diperoleh
Maka entry seterusnya adalah suatu yang berbeza dengan entry pada tajuk yang sama pada siri satu. Kefahaman datang dari Allah, dengan sedikit usaha. Seperti mana meletuskan satu janakuasa nuklear hanya perlu satu neutron yangkadar tenaga rendah sahaja.
Wallahua'lam.
To be continued…