Istilah Tabligh



Alhamdulillah

Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai. (HR Tabrani dan Majma uz-Zawaidi)

Assalamualaikum. Huh, agak kontroversial mungkin tajuk Istilah tabligh. Tapi oklah sebab bila guna perkataan tabligh mudah sikit. Tabligh/menyampaikan adalah sifat nabi. Dan sifat nabi adalah akhlak nabi. Sesiapa yang cintakan nabi,maka itulah akhlak yang sepatutnya ada dalam diri. Disemai dengan belaian iman, siraman syariat, dan dituntun akhlak dan budi. Mungkin ada yang terbaca entry2 di blog ni menggunakan bahasa atau perkataan yang jarang terdengar. Begitulah, kalau istilah medic, IVU,MVA, Gauge, dan entah segala perkara lagi pastilah tidak diketahui melainkan orang yang terlibat dengan perubatan. Istilah lead gown, collimation, gantry, dan segala mungkin mudah bagi yang belajar kan? Jadi istilah "tabligh" ni orang2 tertentu saja mungkin yang tahu. Jadi dibawah disenaraikan beberapa yang mungkin jarang2 disebut,dan mksudnya berdasarkan pemahaman saya.

karkun : maksudnya pekerja, rasanya istilah Urdu. Sila rujuk pakar. Merujuk kepada pekerja2 agama,yang datang2 dari rumah ke rumah. Takde upah dan pangkat. Semata2 kerana Allah,InsyaAllah.Maulana Ahmad Lat di ijtimak M'sia minta karkun guna perktaan "sathi"

ijtimak : perkumpulan karkun2 secara besar-besaran. Istilah "Jhor" membawa maksud sama. Ia dibuat berdasarkan bulanan,setiap sem (bagi Uni atau kolej), tahunan, dwi-tahunan, berdasarkan keperluan agama.

bayan : maksud sama dengan ceramah/tazkirah/usrah umum dan semakna. Cuma dikhaskan untuk bawa fikir kepentingan berdakwah dan amal-amal yang ditaklifkan dalam dakwah.

elders : orang-orang tua dan lama dalam dakwah. Merujuk kepada ulama2 di Nizamuddin,markas dunia. Karkun2 atas Bumi ni terima arahan teratas sekali dari Nizamuddin. Tabligh dan amalan2 tertaklif adalah berpandukan ulama. Mereka tidak merka2 tertib atau membuat hukum.Semuanya termaktub dalam hadith. Tanyalah apa jua pun, pasti bersabit ataui berqiaskan hadith dan ayat Quran. Dan bukan pendapat perseorangan,melainkan mesyuarat.

mahalla,halqah,markas : pusat mesyuarat. terbawah sekali mahalla>halaqah>markas zon>markas negara>markas Nizamuddin .Applied di setiap negara.

khususi,ghast,ziarah,jaulah : sekali harung,merujuk kepada ziarah manusia,mengajak kepada pencipta. Cuma kaedah berlainan antara khususi dan ghast/ziarah/jaulah.

masthurat : asal perkataan Arab, bermaksud "yang terjaga". Merujuk kepada karkun2 perempuan/karkunah. Apa saja lah...juga ahlia ~ isteri karkun.. Selalunya guna nama suami untuk perkenalkan diri.. Contoh AHlai Nizam,Ahlia Ishak, Ahlia Ibnu Mutalib (oppps...)

rahaba,mutakallim,istiqbal,dan banyak lagi.. Adeih. Try email Azharjaafar313, Ziarah76 atau Fuad Ansari, mereka suka benda camni,heh. Bab2 Agama dan fiqh berkait tabligh (purdah,masthurat,khuruj,ect) , rujuk Ustaz Al-Alorstari, atau Ustaz Ishak. Yang muslimat, malu? Sila hubungi by email kak2 nih... Kak Umu @ Ahlia Ustaz Ishak, Cikgu Sue, Alia Azuan, dan Ahlia Nizam.

Sebenarnya ada sebuah buku bertajuk khuruj fi sabillillah, dalamnya InsyaAllah ada istilah2 tabligh di glossari. Boleh saja saya belikan dan sampaikan melalui pos. Rujuk "Contact" atas sekali blog. Boleh didapati di Masjid Sri Petaling.

Sebut pasal buku, di Malaysia Raya, jarang2 sekali buku2 dakwah diterbitkan. Yang ada hanyalah buku2 hadith Muntakhabah, dan Fadhail A'amal. Method dakwah meliputi kecintaan kepada Allah dan meraikan sunnah Rasulullah,maka ia tak mampu diungkap dalam sebuah buku. Susah sangat. Buku Indonesia tu, hanyalah sebahagian saja,dan bukanlah keluaran rasmi ulama dari Nizamuddin.Ia hanyalah berdasarkan hikmah ulamak2 dakwah di Indonesia yang dengan pekerti mereka amal2 dakwah diterbitkan dalam sebuiah buku. Itupun, tertib2 dakwah berubah mengikut keadaan dan iman karkun2 secara seluruh.

Taklifan Daie 20 tahun lalu tak sama dengan sekarang. Dan mungkin lima tahun lagi tertib akan berubah.Maka elders tidak berminat menerbitkan buku2 tertib dakwah. Yang keal hanyalah hadith2 Nabi SAW,maka buku Taklim 60 - 70 tahun lepas masih terpakai, sehingga bila?Wallahua'lam. Hingga Kiamat mungkin.

Buat yang mengenali dakwah tabligh melalui internet, maka mungkin tidak merasa apa itu dakwah yang sebenar. Dakwah kami (baca : kita) meluas dari segala segi. Tandas juga boleh jadi medan amal dakwah kami (baca : kita). Banyak persoalan2 yang terbenak diufikiran bagi sesiapa saja, bahkan saya sendiri. Hakikatnya rujuklah yang a'lim. Laskar2 bawahan sepertiku takkan mampu merungkai persoalan2 kalian seluruhnya. Kita hamba Faqir yang bakal bertemu sang Pencipta. Entah gagal memepertahankan amal2 tangan ini jika benar salahnya.

Tentang tabligh, doakan hamba tsabat (pinjam word dari "Here It Goes") dalam tarbiyyah para ulamak ni. Semoga juang yang sedikit ni ada kiraan di dalam hitungan ALlah hendaknya. Rindu sangat bertemu Allah dalam keadaan jasad ni dalam lindungan tarbiyyah. Doakan ya!

Istighfar.. Wallahua'lam. Wassalaam





Indahnya Sebuah Ukhuwah...

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, yaitu: (1) melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya; (2) mencintainya di dalam hatinya; (3) menyantuninya dengan hartanya; (4) tidak menghinanya atau mendengar penghinaan terhadap kawannya; (5) menjenguknya bila sakit; (6) melawat jenazahnya; (7) dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah ia meninggal dunia. (HR. Ibnu Baabawih).

Alhamdulillah, minggu ni diberi izin oleh Allah untuk berangkat dengan sebuah jemaah ke Masjid berdekatan Bachok, Surau Sri Sentosa. Alhamdulillah pilihan Allah untuk sama-sama membaiki diri. Hampir 26 orang, termasuk beberapa pelajar post-grade India, Pakistan, Nigeria, Palestin, dan Somalia. Jemaah juga ada beberapa doktor-doktor/pensyarah, orang tempatan yang mengurus khuruj pelajar, dan beberapa pelajar undergraduate.

Sudah tentu di kalangan kami ada yang sibuk dengan thesis, sibuk dengan urusan hospital, sibuk dengan tanggungjawab keluarga, urusan perniagaan dan pelajaran, dan semuanya tak lari dari kehidupan dunia masing-masing.

Semua yang aku fikirkan ni sampai kepada sahabat sefikir. Ada yang di-target tak mengena untuk khuruj bulanna. Dengan pelkbagai alasan, namun bila difikirkan semunay kehendak dan ketentuan Allah. Azam yang kuat,maka masalah-masalah ini pasti boleh diuruskan. Semuanya hanya berlaku sekali saja sebulan. Sibuk dengan persatuan, takkan sesibuk seorang doktor, sibuk dengan pelajaran,takkan sesibuk pelajar post-grade, sibuk dengan janji-janji kepada kawan-kawan lain, takkan sesibuk dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Hakikatnya inilah harga janji-janji Allah. Bertuah bagi sesiapa yang terpilih, dan istighfar kerana gagal terpilih.

Bukan mudah untuk jatuh cinta denagn Allah, jatuh cinta denagn usaha mengajak manusia kepada Allah. Kerana semuanya pemberian Allah.


~~~~~~~~~~~

*Seronok khuruj kali ni, hampir 26 orang, dan ada salah seorang dari kami adalah anak lecturer, dan baru tamat A-level. Adeih English memang best, fluent habis. Aku baru perasan English pronunciation yang agak keMelayu-layuan...

*Seorang doktor, MMed, heh. Baru berkenalan dengan khuruj agaknya, tapi tidak janggal bila bicara soal agama. Inilah doktor contoh ---

*Post-grade student dari Palestin, Dr Asyraf, doakan dia juga dipilih tsabat dalam jalan menuju Allah, dan mengajak manusia menuju Allah.

*Ukhwah yang sangat terasa. Biar berlainan umur dan darjat, bahasa dan bangsa, level pemikiran dan kelulusan, tetap percakapannya sama. Kebesaran Allah.

*Semoga sahabat2ku jua terpilih untuk kerja kenabian nih.. Amiiin.

~~~aku tak pernah rasanya buat karkuzari. Jadi mungkin nampak tak sempurna. Made by request....

Banyak yang dipelajari. Pulang ku bertemu denagn seorang senior yang baru pulang bercuti.

Syeikh Ali Jum'ah ~ Mesir, dan Fatwanya

Alhamdulillah,

Assalamualaikum.Sebenarnya tajuk ni memang nak dipost lebih awal tapi mengikut kesesuaian dan sensitiviti,maka ia perlu difikirkan dahulu. Setelah sebuah muzakarah dengan seorang ustaz, katanya revolusi rakyata dalah tidak sah,jika tidak kena carnya. Seberapa zalim pemerintah sekalipun. Ini ukan ulamak kerajaan,tapi ulamak fiqah yang tak sudi menyembunyi ilmu. Minjhaj mereka berbeza dengan Syeikh Yusuf Qardhawi, walaupun berguru denagn guru yang sama.

Untuk mengenali ulama As-Suu' dan ulama AL-Haq adalh ujian akhir zaman. Jika kita mengikut pendapat tertentu maka ia mungkin akan beri kesan. Sebenarnya dakwah tidak memerlukan kerajaan pun. Jika ada pun, maka kerajaan adalah berperanan menyebarkan dakwah. Maka di sini yang tertinggi dan utama adalah dakwah. Kerajaan adalah salah satu wadah dakwahy. Maka jangan rasa risau jika kita tak mampu berdakwah di bawah peemrintah zalim.

Jahilnya seseorang pemimpin adalah kegagalan Daie sendiri, bukan 100% kesalahan pemimpin. Pemimpin yang zalim adalah adalah bayangn rakyat yang jahil. Jika kesedaran seperti ini tertanam dlaam setiap hati umat,maka InshaAllah kerjaan Ilsam dan khilafah seterusnya kan terbentuk... Islam pasti akan berada di tempatnya.

InsyaALlah di sini ada artikel tentang kenapa dan mengapa. Tentang hadith Nabi bukan satu permainan, tak buat takpe(rugi) tapi jangan Ingkar..

Wallahualam...


Menjelaskan sikap Syeikh Azhar dan Mufti Mesir terhadap Demontarsi di Mesir
Banyak dikalangan kita yang tidak menjaga lidah dan hatinya terhadap ulama-ulama Islam yang telah berjuang untuk meninggikan Islam, terlebih lagi pada saat ini, setelah terjadinya revolusi rakyat Mesir yang mengakibatkan Presiden Mesir Muhammad Husni Mubarok meletakkan jabatannya kepada Majlis Petinggi Tentera.
Sebahagian orang menuduh Syeikh Azhar Ahmad Toyyib dan Doktor Ali Jum`ah tidak pro terhadap demontrasi yang dilakukan oleh kumpulan pemuda-pemuda Mesir, mereka menganggap Syeih Ahmad Toyyib dan Syeikh Ali Jum`ah adalah ulama yang jahat dan penjilat pemerintah, mereka tidak mampu untuk bersangka baik terhadap ulama-ulama Islam.
Mereka menganggap bahwa Syeikh Azhar berdiri bersama pemimpin yang zolim, mereka juga bertanya kenapa Azhar tidak berfatwa seperti Syeikh Yusuf Qardhawi tentang bolehnya revolusi, sebelumnya saya akan sebutkan sikaf dan fatwa Syeikh Ahmad Toyyib ketika terjadinya Demontrasi rakyat Mesir.
1 – Syeikh Ahmad Toyyib memperbolehkan Demontrasi dengan syarat aman, dan jauh dari kekerasan, sebab jika ada kekerasan maka akan dapat menimbulkan fitnah kepada umat Islam sendiri.
2 – Ketika terjadi Demontrasi dengan kekerasan, (tanggal 28 – 1 – 2011) sehingga gedung-gedung pemerintahan di bakar, mobil-mobil polisi di bakar, sehingga jatuh korban dari pihak Pendemontrasi dan pihak kepolisian, kedai, toko-toko dan pusat perbelanjaan di rampas, di jarah dan di hancurkan maka turunlah seruan Syeikh Azhar agar para pendemontrasi tidak menggunakan kekerasan, membakar, dan menjarah barang-barang dagangan.
3 – Ketika terjadi bentrokkan diantara pro Husni Mubarok dan Pro Demontrsi sehingga merenggut jiwa dari kedua belah pihak, maka Syeikh Azhar menghimbau agar pemuda-pemuda datang ke Masyaikhatul Azhar membicarakan jalan keluar yang terbaik untuk ummat sehingga tidak menelan korba jiwa dari kalangan umat Islam, keresahan Azhar sangat terlihat ketika kondisi Mesir menjadi kacau dan tidak aman, jadi menurut Syeikh Azhar jalan yang terbaik adalah duduk bersama berunding mencari jalan penyelesaian.
4 – Ketika banyaknya pendemo yang jatuh menjadi korban maka Syeikh Azhar mengeluarkan pernyatan bahwa orang yang meninggal ketika waktu berdemontrasi adalah gugur secara Syahid, sebagaimana yang di jelaskan oleh Duta besar Azhar dan juru bicaranya Rifa`ah Thahthawi di surat kabar mingguan Sautul Azhar 15 Rabi`ul Awwal 1432 H.
5 – Syeikh Azhar juga mengutus Doktor Hasan Syafi`i ke Medan Tahrir untuk menyampaikan seluruh perasaan hati Syeikh Azhar, tetapi disebabkan ramainya para pengunjuk rasa sehingga Doktor Hasan Syafi`i tidak mampu masuk ke Medan Tahrir, sehingga beliau turun bergabung dengan para Pendemontrasi di kawasan jalan Masbiru (berhampiran dengan pusat televisi dan medan Tahrir -red).
6- Syeikh Azhar juga menegaskan bahwa Azhar berdiri bersama rakyat Mesir dan perubahan.
Di sini juga saya ingin menegaskan bahwa antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Ahmad Toyyib memiliki pandangan yang berbeda didalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Mesir, dan ini suatu kewajaran bagi ulama Islam yang memiliki keilmuan dan kekuatan untuk berijtihad, kedua-duanya menginginkan maslahah yang baik bagi umat Islam, tetapi jalan pemikiran dan dasar-dasar dalil mereka memiliki perbedaan.
Perbedaan pendapat Syeikh Ahmad Toyyib dengan Syeikh Qardhawi bukan berdasarkan kecintaan terhadap dunia, tetapi berdasarkan mana yang paling terbaik dari antara yang baik dan menjauhkan kemudratan yang lebih besar dari umat islam khususnya rakyat Mesir.
Di tegaskan oleh jugu bicara Azhar Rifa`ah Thahthawi bahwa Syeikh Azhar telah mengundang Syeikh Yusuf Qardhawi untuk mengadakan berbagai macam kegiatan di Mesir, yang selama ini (sebelum diangkatnya Syeikh Ahmad toyyib menjadi Syeikh Azhar -red) Syeikh Yusuf Qardhawi tidak boleh datang dan mengisi program ilmiyah di Mesir dan Azhar, tetapi Syeikh Ahmad Toyyib membuat perubahan dengan menerima Syeikh Qardhawi menjadi anggota dewan pusat penelitian Islam (Majma` Bu`uts Islami – red) dan mengundangnya untuk menghadiri dan menyampaikan kajian ilmiyah di muktamar Ikatan graduan Azhar, pada tanggal 25 Januari 2011 Syeikh Qardhawi juga hadir dalam jemputan Syeikh Azhar, tetapi pihak keamanan dan kepolisian Mesir ingin menangkap Syeikh Yusuf Qardhawi, dengan lantang Syeikh Ahmad Toyyib berkata kepada kepolisian; ” Bila kamu tangkap Syeikh Yusuf Qardhawi maka saya akan melatakkan jabatan dari Syekh al-Azhar”.
Beginilah sikap Syeikh al-Azhar terhadap Syeikh Yusuf Qardhawi, beliau sangat menghormati Syeikh Qardhawi.
Ada juga di kalangan ulama yang berpendapat bahwa perubahan itu di tuntut, berunjuk rasa itu perlu tetapi tidak dengan kekerasan, dan tidak boleh memberontak dan keluar dari pemimpin dan menuntutnya turun, tetapi bersabar sebagimana yang telah berlaku dengan ulama salafus Solihin. alasan mereka sebagai berikut :
1 – Didalam agama Islam tidak ada ketentuan berapa tahun khalifah dan pemimpin menjabat kedudukkan, tidak di sebutkan didalam al-Qur`an dan al-Hadis tentang masa jabatan, sebab itulah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Mu`awiyyah menjabat kedudukkan khalifah sampai hayat mereka, dan hal ini telah berjalan terus sampai masa ke khalifahan Usmaniyah, bagaimana jika kita membuat kembali kekhalifahan islam, apakah kalifah sepanjang umur atau di tentukan waktunya, cobalah cari dalil qur`an dan sunnah tentang penetapan batas waktu jabatan pemimpin.
Lagi pula Mubarok telah menegaskan bahwa dia tidak akan mengikuti pemilhan umam lagi, dan masa jabatannya akan berakhir pada bulan september tahun 2011 ini, dengan begitu perlu bersabar sampai bulan september sehingga tidak menelan korban jiwa yang banyak.
2 – Kezoliman Mubarok bukan berarti membolehkan kita untuk keluar dari kekuasaanya, sebab Rasul telah melarang hal yang demikian
عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : ” من كره من أميره شيئا فليصبر ، فإنه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية
Artinya : “Barang siapa yang benci terhadap pemimpinnya maka hendaklah bersabar, maka sesungguhnya orang yang keluar dari pemimpinnya walaupun satu jengkal maka dia mati seperti orang jahilyyah”. HR Bukhari. 6665

3 – Hadis Rasulullah s.a.w :
عن الزبير بن عدي ، قال : أتينا أنس بن مالك
فشكونا إليه ما نلقى من الحجاج ، فقال : ” اصبروا ، فإنه لا يأتي عليكم زمان إلا الذي بعده شر منه ، حتى تلقوا ربكم ” سمعته من نبيكم صلى الله عليه وسلم
Artinya : Berkata Zubair : Kami mendatangi Anas bin Malik, maka kami mengadu kepadanya dari kezoliman Hajaj yang menimpa kami. Maka berkata Anas : Sabarlah kamu semuanya, karena tidak akan datang masa kepada kamu kecuali yang setelahnya itu lebih buruk lagi darinya, sehingga kamu berjumpa tuhanmu , Aku telah mendengar hal ini dari Nabi kamu s.a.w. HR.Bukhari no:6675.
4 – Hadis Rasulullah :
سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله أريت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم ويمنعون حقنا فما تأمرنا ؟ فأعرض عنه، ثم سأله فأعرض عنه، ثم سأله ثانية أو ثالثة، فجذبه الأشعث بن قيس ، وقال ” اسمعوا وأطعوا فإنما عليهم ما حملوا وعليكم ما حملتم
Artinya : Salamah bin Yazid bertanya kepda Rasulullah s.a.w. beliau berkata : Wahai Nabi Allah ! Bagaimana pendapatmu jika yang memimpin kami meminta hak mereka kepada kami (keta`atan ), dan tidak memberikan kepada kami hak-hak kami. Apa yang kamu suruh untuk kami perbuat? Maka Rasul berpaling darinya, kemudian dia (Salamah-red) bertanya pula, Rasulpun berpaling darinya, kemudian dia bertanya pula kali yang kedua atau yang ketiga, maka al-Asy`ats bin Qais menariknya, bersabda Rasulullah : Dengarkan dan ta`atkan kamulah (pemimpin-pemimpin kamu-red) Sesungguhnya atas mereka tanggung jawab yang mereka bawa, dan diatas pundak kamu tanggung jawab yang kamu pikul. (HR Muslim no 1846 ).
Cukup tiga hadis ini saja, sebab banyak lagi hadis-hadis yang lain yang melarang untuk keluar dari pemerintah, bahkan di perintahkan untuk bersabar.
Berkata Imam al-Hafizh Abu Ja`far Ahmad bin Muhammad at-Thohawi (w. 321 hijriyah) :
ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا إن جاروا
Artinya : Kami tidak berpendapat untuk keluar dari keta`atan terhadap pemimpin-pemimpin kami dan yang memegang perkara kami walaupun mereka itu jahat. (Aqidah Tohawi)
Dari hadis seperti ini lah para shabat dan tabi`in bersabar dari kezoliman Hajaj as-Saqafi yang telah banyak membunuh dari para sahabat Rasul dan Tabi`in.
Demikian juga Imam Ahmad bin Hanbal dan para ulama-ulama besar yang di siksa (didalam permaslahan al-Qur`an itu makhluk atau qadim), mereka bersabar dengan pendapat mereka, tetapi mereka tidak mengajak umat untuk membrontak kekhalifahan Abbasiyyah dan tidak mengajak umat menjatuhkan khalifah.
Ini adalah sikap ulama-ulama salaf, kita tidak boleh kata mereka bodoh kerena tidak berusaha untuk mengobah keadaanm tetapi mereka sudah menasehati, jadi tindakkan terakhir bersabar atas kezoliman.
Sebenarnya masih banyak lagi alasan ulama-ulama yang tidak membenarkan menjatuhkan pemimpin tanpa keputusan undang-undang tetapi kami padakan saja dalil mereka.
Kesimpulannya :
1 – Janganlah kita mudah berburuk sangka dan menghina apa yang telah di sampaikan oleh ulama-ulama kita, cobalah mengambil segi baiknya, sebab mereka berpendapat seperti itu karena memiliki alasan yang tertentu dan berdalilkan syari`at.
2 – Perjuangan rakyat Mesir belum habis, memerlukan kegigihan dan kesabaran untuk mencapai tujuan, membersihkan Mesir dari Raswah, korupsi , dan kejahatan, lihat Tunis sampai sekarang msih dalam keadaan tidak aman, kita juga perlu lihat Indonesia yang pernah berhasil menjatuhkan Suharto karena beliau suka korupsi dan zolim, tetapi setelah revolusi terjadi, Suharto jatuh dari kursinya, korupsi juga masih berjalan, roswah juga masih berlaku, kejahatan juga tidak pernah reda.
3 – Mesir bukan hanya memerlukan revolusi Presiden tetapi juga sangat memerlukan revolusi akhlak, yang mana akhlak pemudanya sekarang benar-benar rusak, ganja,obat-obat terlarang sudah menjadi teman bagi sebahagian pemuda, pencurian, penodongan dan pembunuhan juga banyak berlaku, membuang sampah di jalanan, kencing di sembarang tempat, tidak menjalankan tugas dengan benar dan ssterusnya, jika kita telah berhasil merubah presiden tetapi tak mampu merubah akhlak rakyat maka jangan heran jika akan datang presiden berikutnya yang suka Roswah dan korupsi, jangan heran jika kita ingin melaksanakan segala penyiapan surat menyurat mendapat kata-kata: ” Bukrah ”

Sahabat, Kawan, Teman, Kenalan...


Assalamualaikum

Hadiah yang berharga

dari Tuhan kepada Hambanya

adalah

apabila Dia mengurniakan kita

insan2

yang hatinya berkehendak kepada Tuhan.


Insan2 inilah

yang akan bersama2

meniti denai kehidupan...



Yang akan berjalan seiringan,

saling berpesan

pada kebenaran dan kesabaran,

saling mnjana iman dan kekuatan,

setiap gerak tindakan

sentiasa menyedarkan

erti hidup bertuhan.



Dan insan2 ini hatinya

rindu kepada kebenaran

dalam mengatur langkah

meniti kehidupan

mencari redha Tuhan... :-)

Kenapa Berblog?

Alhamdulillah...

Assalamualaikum. Kenapa aku berblog? Tajuk ni seperti satu kewajipan bagi majoriti bloggers untuk tulis. Ada antara blog ni sekadar berita semasa, terkini, peribadi, dan tidak kurang agama. InsyaAllah blog ni akan diisi dengan perkara-perkara berkaitan agama, fardhu dan sunnatnya, tanpa melupakan politik semasa yang ada kaitan dengan agama.

Bila menyebut soal penulisan agama, aku sendiri tidak dapat lari dari apa yang disebut, " ujian selepas penulisan" .. Ia mungkin agak sama dengan ujian selepas percakapan. Bahasa mudahnya,kuita akan diuji dengan apa yang kita tulis,cakap dan sebagainya. Aku pernah terdengar hadith Thabrani, seperti atau hampir begini, sesiapa yang mencabar agama, maka dia akan kalah. Bagi aku apa yang ada di blog ni semua pada level yang terbaik, dan kadang-kadang aku sendiri kalah dalam mengikutnya. Benar sabdaan Nabi...

Kadang-kadang pula, pada ketika lain,kita megkritik tindakan orang lain, bercouple bagi yang mudanya, lumba motor, suka mengumpat, lambat datang kelas, kerja lambat siap, tak datang solat subuh, tanpa kita sedar kita sedang lihat keburukan orang lain yang pastinya kita juga akan diuji. Aku sendiri pernah diuji, tentang solat subuh. Junior yang mengadu tentang susahnya bangun subuh menyertai solat jemaah yang besar ganjarannya. Kataku dengan ayat pedas nada selamba, " anta ada baca Al-Mulk sebelum tido? kenapa tajk solat witir sebelum tidur? itlah kekuatan untuk bangun tahajud dan solat subuh..." ... Junior yang taat sekadar mengiyakan...

Esok atau lusanya, aku terlepas jemaah subuh... semoga ia jadi pengajaran.

Banyak lagi kisah berkaitan orang yang suka membuka kelemahan orang lain,sama ada di hati atau di lidah. Dan mereka ni memang akan diuji dengan apa yang disebut,ditulis. Hakikatnya kebaikan yang kita buat bukan datang dari kita,tubuh ini hanya mengusahakan,taqdirnya sudah tertulis. Cuma kita perlu berdoa pada pemegang taqdir.... SUpaya yang ditaqdirnya itu adalah yang terbaik... Bila mana begini kata ulamak, niat uitu lebih ebrmakna dari amal. Doa dan niat kita lebih berguna, namu taufiq kekal di tangan Allah. Namun ingat, bila niatnya diusahakan,maka Al-Muqaddir tidak sekadar melihat. Dia tahu mana yang terbaik buat hamba yang mengejar RahmatNya....

Jadi bagti aku dalam berblog, aku cuba sedaya upaya berkongsi kalimah-kalimah agama, tanpa menyentuh kelemahan sesiapa. Agama itu luas, dan sunnahnya banyak. Bukan semua mampu. Namun sekiranya ada entry2 di blog ni yang agak sukar dibuat, penulisnya juga begitu, insan biasa yang penuh dosa. Ana Faqir Ilallah. Kita semua Faqir, dan kita bakal merayu di hadapanNya satu hari nanti.

Apa yang disebut, apa yang ditaip... semoga Allah beri kita Taufiq

Ini keratan entry dari web ni; tentang ujian.

Di Taif, bukan disambut dengan permaidani merah, sebaliknya disambut dengan lemparan ketul-ketul batu. Berdarah habih seluruh tubuh Nabi, mengalir turun sehingga bertakung dalam sepatu Nabi saw. Bayangkan tuan-tuan, seorang kekasih Allah dikenakan ujian yang begitu berat. Baginda bertahan dari dibaling batu bersama Zaid bin Harithah radiallahuanhu. Mereka berundur sehingga akhirnya tersadai kedua-duanya di suatu tembok dalam kebun milik Utbah bin Rabi`ah. Dalam kebun itulah Nabi saw mengangkat tangan bermunajat kepada Allah dengan doa yang dirakam oleh Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti di dalam kitab Fiqh al-Sirahnya (Jilid 1 ms 180), Nabi berdoa (panjang doa tu, so ana petik di pangkalnya sahaja):

“Ya Allah! Betapa hinanya aku dalam pandangan manusia. Ya Allah! Betapa lemahnya kekuatan ku. Ya Allah! Kepada siapakah yang Engkau nak serahkan aku? Adakah kepada musuh yang sentiasa menanti untuk membaham aku? Ya Allah! Aku tidak peduli semua itu, kerana yang aku cari hanyalah keredhaan daripada Mu…”


Wassalam

Antara Atas dan Bawah, Antara Benar dan Betul...

Alhamdulillah

Assalamualaikum. InsyaAllah atas tujuan perkongsian ilmu di sini ada satu artikel dari Ustaz Al-alorstari tentang dua tangan atas dada bawah dagu yang ada di kalangan kita praktikkan. Mungin ada yang dapat ni dari kiab Sifat Solat Nabi ~ Al-Albani = betulkan jika silap, yang agak famous, sebab kitab ni sangat senang didapati secara pdf,berbanding kitab-kitab solat lain. Dan ia juga disertakan dengan dalil-dalil yang menurut pemegang pendapat yang sama, ia adalah amalan berdalil. Tentang Sifat Solat Nabi tulisan Al-albani , ada ulamak Sunnah Mesir yang menerbitkan satu lagi kitab yang hampir sama, terjemahan Ustaz Zamihan Al-Ghari. Tak salah mengambil mazhab sendiri, dalam zaman global ni. Semua diterima,tapi biarlah berguru ya! InsyaAllah, moga Allah beri kita taufiq.

(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Ibn Abdullah)

- Mengenai posisi kedua tangan (bersedekap) setelah takbir (pada waktu berdiri), Berkata Alhafidh Imam Nawawi : “Meletakkannya dibawah dadanya dan diatas pusatnya, inilah madzhab kita yg masyhur, dan demikianlah pendapat Jumhur (terbanyak), dalam pendapat Hanafi dan beberapa imam lainnya adalah menaruh kedua tangan dibawah pusat, menurut Imam Malik boleh memilih antara menaruh kedua tangan di bawah dadanya atau melepaskannya ke bawah dan ini pendapat Jumhur dalam mazhabnya dan yang masyhur pada mereka” (Syarh Imam Nawawi ala shahih Muslim Juz 4 hal 114)..

Dari penjelasan ini fahamlah kita bahwa pendapat yang Jumhur (kesepakatan terbanyak dari seluruh Imam dan Muhaddits) adalah menaruh kedua tangan di antara dada dan pusat, walaupun riwayat yg mengatakan diatas dada itu shahih, namun pendapat Ibn Mundzir “bahwa hal itu tak ada kejelasan yang nyata, bahwa Nabi saw menaruh kedua tangannya di atas dada, maka orang boleh memilih” (Aunul Ma’bud Juz 2 hal 323.
mereka itu kebanyakan tidak bermadzhab, entah kemana arahnya, mengikuti pendapat2 yang tak bersanad, cuma nukil nukil di buku hadits lalu berfatwa,berkata Imam Nawawi bahwa pendapat yg paling shahih dan merupakan Jumhur (terbanyak dari para Imam), adalah menaruh tangannya dibawah dadanya, dan diatas pusatnya,
dan pada Madzhab Imam Malik (maliki) melepaskan tangan ke bawah seperti orang berdiri. (Ibanatul Ahkam bisyarah Bulughil maram Juz 1 hal 398).

Kitab I’anah Al-Talibin Juga menyatakan “…Meletakan tangan di bawah dada, di atas pusat adalah ITTIBA’ (Mengikut Sunnah Nabi)Yang dimaksudkan dengan di bawah dada dan di atas pusat ialah condong ke sebelah kiri kerana hati itu di bahagian kiri.

Ini diriwayat dari Ibnu Huzaimah Didalam Sahihnya daripada Wail Ibn Hujr Yang Menyatakan” Aku bersolat bersama Nabi saw, maka Nabi saw meletakan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah dadanya"


DISUNATKAN MELETAKKAN TANGAN KANAN DI ATAS TANGAN KIRI , DI BAWAH PUSAT ATAU DI ATAS PUSATNYA.

Amalan ini adalah sepakat tiga Mazhab sementara Malikiyyah menyebutkan sebagai MANDUB.

IMAM MALIK : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.
IMAM HANAFI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAMA HAMBALI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT.
IMAM SYAF’E : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.

Ini lah pendapat 4 Mazhab dalam masaalah meletakan tangan selepas Takbir di dalam sembahyang.(Kitabul Fiqah Al Juzairi)

Pendapat yang mengatakan meletakan tangan di bawah dagu di atas dada adalah pendapat yang tidak kuat. Malah hadis yang berkaitan dengan meletakan tangan di atas dada di bawah dagu ini talah dipertikaikan di dalam Multalqa Hadis di Madinah Al- Munawwarah beberapa tahun yang lalu.

Salam Maulidurrasul...



"Dia yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan petunjuk dan agama (Islam) yang benar, untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala yang lain walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya"


Politik Sunnah, Demokrasi Fitnah?

Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Beberapa minggu lalu semasa cuti semester, jumpa dengan seorang cikgu/imam masjid/orang kuat PAS di kampung. Sambil bersembang2 entah antara penting dan tidak, ada antaranya berkisar politik. Pernah ke Ceramah Tok Guru (refer to ceramah hari Jumaat di Kota Bharu,yang antara yang bagi tausyiah Tok Guru, aku pun jawab, "Alhamdulillah, ada juga sekali sekala...", jawabku jujur. Cerita tentang itu dan ini dan ke satu topik, ada soalan yang sangat sukar untuk aku jawab, "dah daftar ( mengundi) ke belum?". Adeih, entah apa yang patut aku jawab entahlah. Aku memang niat taknak mendaftar.

Pernah sekali aku ajukan soalan tentang kerajaan Islam, Ustaz Zainal Setapak,kalau terbaca post nih, (rasanya dia memangbtak buka internet,sibuk dengan madrasah). Katanya kerajaan adalah janji, dan bukan sesuatu yang patut diperjuangkan habis-habisan. Suatu hari nanti ALlah tetap kan beri kerajaan, pada siapa? pada mereka yang yakin denga kejayaan dalam sunnah Nabi,mereka yan g giat dalam dakwah. Tambah ustaz, mengundi tu tak wajib (walaupun Ustaz Azhar Idrus kata wajib,heh) melainkan kerajaan yang memerintah wajibkannya,maka ketika tu jadi wajib. Jadi aku yang agak fanatik dengan pendapat ustaz2 dalam "tabligh" ni memang takde niat juga nak daftar. Wallahua'lam, mungkin suatu hari aku memangkah juga kot... Tapi kalau wajib memangkah,yang aku pilih hijau jugalah kot... Yang pasti aku tak daftar lagi,...hehe

Di sini di-copy-paste artikel Ustaz Al-Alorstari tentang pendapat ustaz2 Tabligh tentang dakwah, dan ia disertakan dengan hujahan ilmiah ulamak2, silalah baca kenapa aku tak daftar lagi...

aku rasa entry ni ada kaitan juga dengan pilihanraya kampus, tapi yang tu wajib dan tak perlu daftar, :-)



Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Wallahu’alam

Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.

Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

Black and White

Assalamualaikum wbt,

hehe...back to blogger
i guess the main reason y i buy a domain & hosting is accomplished (which is for testing and playing)
so i don't feel bad having it that way

back to the topic
last week i bought my first ever black jeans trousers (why black and not the common blue jeans?)

to make it short.
I soak it with my favorite white shirt(read menggali shirt) and later it surprise me that the color went all over the other cloth that I soaked with.
so there goes my favorite white shirt.I can't remove the black color as it stain in certain place of the shirt and cannot be remove easily.

well, i guess it time to say good bye to the shirt.it still can be wear though but it wouldn't look nice with the black patches.

looking the situation at different point of view

I guess this is a sign for me from Allah
because this past week i've been what i'm afraid to be (read ichigo vs hollow - and i've been that hollow)

I've done many sinful things this past week,..
I know it is wrong yet I can't control my desire to overcome it
the first time I did it really struck me in the face but then come the second and so forth
it feel like just curiosity that i feed on.

I dunno what kept me from not doing it yet it so hard to overcome it
one day I can keep it off me, yet another day it come to me much more than before

During that time, I remember what I got from usrah umum.
my mas'ul said that "the nature of the sins is that it will attact other sins towards you"..
I definitely agree with the statement, because the moment you decide to commit the sins it is hard for you to turn back as more and more sins will come towards you as if you have nothing else to do rather than committing all the sins.

that where the part white vs black comes in.
that is where this post is all about.
in life ..
one cannot mixed good with bad, black with white, deed with sins
because the nature of the bad itself will attract more bad thing and in the end it will take over good

I said this based on my experience
I've done it before
I've recovered from it before
yet now I've done it again...
and I dunno when I'll fully recover from it
I seek help from Allah through my subconscious and I got my answer from my surrounding

which I can pretty much said that it is an ibrah from a bad situation

"Sometimes you feel that it is good for you yet it is not, and sometimes you feel that what is happening to you is bad yet it is not..and Allah knows best"
Sins is like a cancer
if you want to opt it out, you have to completely remove them
don't let even a zarah of it left,..
99.9% is not enough...you have to keep out of it 101%
because a small portion of it can develop into bigger size
and once it become big again...it's hard for you to restrain it

maybe I should do like what the ulama have done before
they keep a lighter in their pocket and when they've done anything wrong they'll lite up and put the fire in their palm..so that it'll remind them of hell fire..

You can feel the impact of doing sins throughout your daily life..
if before you can wake up early, maybe around 4-5am in the morning and pray
then after you've done anything sinful in a day, it definitely hard for you to maintain waking up early.
even you might miss subuh prayer because of waking up late...
that is just a simple sign of doing sinful things

Sometimes I wonder why some people performed well yet they've done sinful thing in their daily life?
so I experiment it myself,..indeed it's true..
but then I think about it again,.deeply think of it..
is Allah agree with our sins thus He gave us success?
is the success that we gain really have barakah in it?
is this the right way to become a successful person?

My dear readers,
success don't comes easily to us,
we need to sacrifice something to gain it..
same like heaven
some people pay the afterlife with their life in the world,..so they get both of it
yet most of people pay the world with their afterlife and so they get the world but not their afterlife

we have to loose something in order to get something

indeed it is true,..
but in Islam..
the equation is different.
1 + 1 doesn't means 2
in a way you might get 2 but in another way you will get 1 again.

so think about it
to me it's better than having a better place in the after life rather than a success in this world
we worked hard
we strive our best

and it's up to Him to give us or not..
myb we'll get it now or maybe we'll get it later
but definitely we will get it...

I guess it's enough for now..
there so much thing I want to write that now it is mixed up and can't be describe well

as a conclusion..
never ever mix up white and black/good and bad



Maut menunggu

Maut menunggu

Entah mengapa ku rasa ia kian pantas mendekat,

Ia di depan, dan aku menujunya.

Maut itu semakin hampir,

Dan aku tak tahu apa yang sedang kulakukan,

Seperti segan menemunya,

Sedang ia adalah pasti.

Lambaian maut kian kulihat,

Suaranya sayup menegur,

Namaku,

Dan kurasa ia kian hampir.

Maut menunggu,

Dan aku masih terleka di sini.

Seakan ia sekadar mainan.

Wahai jiwa,

Mengertilah, maut menanti hadhirmu,

dan ia semakin dekat,

Dengar wahai jiwa,

maut menunggu.

Followers