Pesanan Wali Songo ~ Kaitan dalam Usaha Dakwah II


Sambungan...

Pesan Walisongo diantaranya pesan Sunan kalijogo diantaranya adalah :

1. Yen kali ilang kedunge (Apabila sungai sudah kering)
2. Yen pasar ilang kumandange (pasar hilang gaungnya)
3. Yen wong wadon ilang wirange (wanita hilang rasa malunya)
4. Enggal-enggal topo lelono njajah deso milangkori ojo bali sakdurunge patang sasi, enthuk wisik soko Hyang Widi, (maka cepatlah berkelana dari desa ke desa jangan kembali sebelum empat bulan untuk mendapatkan ilham (ilmu hikmah) dari Allah SWT.)

Para Walisongo berdakwah dengan mempunyai sifat-sifat diantaranya :

1. Mempunyai sifat Mahabbah atau kasih sayang (IM)
2. Menghindari pujian karena segala pujian hanya milik Allah SWT (IN)
3. Selalu risau dan sedih apabila melihat kemaksiatan (DT)
4. Semangat berkorban harta dan jiwa (DT)
5. Selau memperbaiki diri (IZ)
6. Mencari ridho Allah SWT (KT)
7. Selalu istighfar setelah melakukan kebaikan (IZ)
8. Sabar menjalani kesulitan (KT)
9. Memupukkan semua kejagaan hanya kepada Allah SWT (KT)
10. Tidak putus asa dalam menghadapi ketidak berhasilan usaha (DT)
11. Istiqomah seperti unta (IN)
12. Tawadhu seperti bumi (IN)
13. Tegar seperti gunung (IN)
14. Pandangan luas dan tinggi menyeluruh seperti langit. (IZ)
15. berputar terus seperti matahari sehingga memberi kepada semua makhluk tanpa minta bayaran. (DT)

Siafat-sifat Wali Songo inilah yang perlu dipelajari oleh setiap Daie sepertimana yang dalilnya diperolehi dari hadith2 Nabi dalam Kitab Muntakhab Hadith... Banyak Ikhlas niat, sebab tu ada antara ustaz sampaikan pada kita,kerana seorang manusia yang ikhlas kepada Allah, selamatlah ribuan manusia dari sekalian azab. Wallahua'lam

Legend:
  • KT : Kalimah Tayyibah
  • IZ : Ilmu dan Zikir
  • IM : Ikram Muslimin
  • IN : Ikhlas Niat
  • DT : Dakwah dan Tabligh ~ Mujahadah jalan Allah

Para Walisongo adalah penerus dakwah Nabi Muhammad SAW, sebagai penerus atau penyambung perjuangan, mereka rela meninggalkan keluarga, kampung halaman dan apa-apa yang menjadi bagian dari hidupnya.

Para Walisongo rela bersusah payah seperti itu karena menginginkan ridho Allah SWT. Diturunkannya agama adalah agar manusia mendapat kejayaan didunia dan akherat.

Segala kebahagiaan, kejayaan, ketenangan, keamanan, kedamainan dan lain-lainnya akan terwujud apabila manusia taat pada Allah SWT dan mengikuti sunnah baginda Nabi Muhammad SAW secara keseluruhan atau secara seratus persen.

Sebagaimana dikatakan dalam Al-Qur’an bahwa ummat Nabi Muhammad SAW diutus kepermukaan bumi adalah khusus mempunyai tanggung jawab penting. Misi pentingnya adalah untuk mengajak manusia dipermukaan bumi ini ke jalan Allah SWT.

p/s: sama2 la ambil pengajaran... kefahaman bukan dari blog, tapi dari usaha sendiri menuju Allah. InsyaAllah

Pesanan Wali Songo ~ Kaitan dalam Usaha Dakwah


Alhamdulillah,
Ni ada satu karangan yang amat menarik, rasa cam nak print dan lekatkan tepi dinding dan baca sebelum tidur. Wallahua'lam... Ni di-copy dari http://ajidedim.wordpress.com/2008/01/29/semboyan-dakwah-walisongo/

Ada la komen sikit,heh. Andai tersilap tegur la ye. Yang bagi nasihat ni menurut sumber ialah Sunan Kalijogo, (rujuk gambar, tak pakai serban) .. Beliau ni pure Jawa, yet lebih disayangi orang Jawa berbanding wali-wali lain walaupun antara mereka bersangkut-paut antara satu sama lain. Mungkin Sunan Kalijogo ni dah 2nd atau 3rd gen of arab, mix Jawa+ Arab .Wallahua'lam.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”(QS. Ali Imron : 110).

Kurang lebih lima ratus tahun yang lalu walisongo berdakwah dan berkeliling kehampir seluruh pulau jawa, maka dalam masa yang relatif singkat, yang hampir penduduknya beragama Hindu dan Budha, maka berubah menjadi kerajaan Islam Demak. Para Walisoongo mempunyai semboyan yang terekam hingga saat ini adalah :

1. Ngluruk Tanpo Wadyo Bolo / Tanpo pasukan
Berdakwah dan berkeliling kedaerah lain tanpa membawa pasukan.

Komen; keluar 3h,40h,4b

2. Mabur Tanpo Lar/Terbang tanpa Sayap
Pergi kedaerah nan jauh walaupun tanpa sebab yang nampak.

Komen; ke daerah yang ditentukan syura, taat tanpa bertanya sebab.

3. Mletik Tanpo Sutang/Meloncat Tanpa Kaki
Pergi kedaerah yang sulit dijangkau seperti gunung-gunung juga tanpa sebab yang kelihatan.

Komen; ke daerah yang ditentukan syura, sama juga taat tanpa bersebab.

4. Senjoto Kalimosodo
Kemana-mana hanya membawa kebesaran Allah SWT. (Kalimosodo : Kalimat Shahadat)

Komen; Asas dakwah, sampaikan Kalimah ke semua umat.

5. Digdoyo Tanpo Aji
Walaupun dimarahi, diusir, dicaci maki bahkan dilukai fisik dan mentalnya namun mereka seakan-akan orang yang tidak mempan diterjang bermacam-macam senjata.

Komen; hah.. ni no komen,biasalah.

6. Perang Tanpo tanding
Dalam memerangi nafsunya sendiri dan mengajak orang lain supaya memerangi nafsunya. Tidak pernah berdebat, bertengkar atau tidak ada yang menandingi cara kerja dan hasil kerja daripada mereka ini.

Komen; berdakwah, tidak perlu debat dan mempertahankan diri sendiri. Apa yang ulamak gariskan, taat saja...

7. Menang Tanpo Ngesorake/Merendahkan
Mereka ini walaupun dengan orang yang senang, membenci, mencibir, dan lain-lain akan tetap mengajak dan akhirnya yang diajak bisa mengikuti usaha agama dan tidak merendahkan, mengkritik dan membanding-bandingkan, mencela orang lain bahkan tetap melihat kebaikannya.

Komen; tiada istilah memenangkan diri dalam dakwah. Yang benar tetap benar...

8. Mulyo Tanpo Punggowo
Dimulyakan, disambut, dihargai, diberi hadiah, diperhatikan, walaupun mereka sebelumnya bukan orang alim ulama, bukan pejabat, bukan sarjana ahli tetapi da’I yang menjadikan dakwah maksud dan tujuan.

Komen; emmmm, also no komen...

9. Sugih Tanpo Bondo
Mereka akan merasa kaya dalam hatinya. Keinginan bisa kesampaian terutama keinginan menghidupkan sunnah Nabi, bisa terbang kesana kemari dan keliling dunia melebihi orang terkaya didunia.

Komen; duit scholars ada bahagian untuk kluar 40h dan 4b,.. emmm, mp3 kene tangguh dulu,heh...

Semboyan seperti diatas sudah banyak dilupakan umat islam masa kini.


Bersambung....

Program Motivasi Tafaqquh Fid-Din ~ Cuti Sekolah


Program Tafaqquh Fi Al Din 2010

“Mempasak Aqidah Murni, Menerap Manhaj Nabawi”

Tarikh:
19-25 Disember 2010

Tempat:
Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Rembau, Negeri Sembilan

Umur:
9 – 12 tahun

Sasaran:
300 peserta

Pendaftaran:
19 Disember (3 – 5 petang)

Yuran penyertaan:
RM350.00

Objektif Program:
Melahirkan generasi Muslim yang berpegang teguh dengan Aqidah Islam yang sahih dan tidak mampu dirobek oleh senjata-senjata musuh walau apa jua dugaan yang melanda.
Melahirkan generasi Muslim yang berbangga (i’tizaz) dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan meyakini sepenuh hati bahawa kemuliaan hidup ini ialah bagi mereka yang berpegang kuat dengan sunnah Nabinya.
Menerapkan jiwa hamba yang mempunyai ikatan kuat dengan PenciptaNya, bertaqwa dan berdaya saing.
Mendukung cita-cita negara untuk terus maju membangun tanpa mengabaikan keseimbangan di antara pembangunan rohani dan fizikal.

Slot-slot Istimewa:

BENGKEL PRAKTIKAL SOLAT MAZHAB SYAFIE
- Melatih para peserta mempraktikkan solat yang sempurna mengikut Mazhab Syafie
KLINIK HIJA’IYYAH & AL-FATIHAH
- Untuk kali pertama, Tafaqquh kali ini memperkenalkan Klinik Hija’iyyah
- Peserta akan mempelajari sebutan 26 huruf hija’iyyah dengan sebutan yang betul daripada ustaz yang berpengalaman
- Mempelajari tahsin, tajwid dan sebutan yang mencacatkan bacaan al-Fatihah dalam solat

PINTAR AQIDAH ISLAM
- Mempasak prinsip-prinsip asas aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dengan pendekatan yang menghiburkan, mudah dan tidak membosankan menerusi qasidah (Cinta Allah & Cinta Rasul)

ADAB-ADAB ISLAM
- Membimbing para pelajar menerapkan adab-adab Islam dan nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan

MOTIVASI ANAK SOLEH
- Menyedarkan peserta tentang tanggungjawab dan nilai seorang Muslim dan anak yang soleh

ISLAMIK EXPLORACE DI ZOO MELAKA
- Modul yang menarik berkaitan dengan penciptaan haiwan

TREASUREHUNT DI KOLAM AIR PANAS
- Memberi kefahaman kepada anak-anak tentang kehebatan penciptaan alam semulajadi

Pengisian-Pengisian:
Tauhid
Hadith
Cinta Rasul
Solat
Adab
Bahasa Arab
Kuliah Umum Beramali
Salawat dan Nasyid

Jangan lepaskan peluang ini!
Hubungi:
Cik Nor Azura: 017-6047058
En. Mohammad Fazli: 013-7137752



Sebuah Ziarah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izinnya dapat IM bertemu dengan F, setelah lama teringin nak berjumpa. Buat pengetahuan, F ni muslim chinese tapi bukan muallaf. Setahu IM, F ni Muslim sejak lahir lagi, ayahnya yang memeluk Islam beserta keluarganya dan ia berlaku sejak dia belum lahir. Maknanya dia ni bukan termasuk orang yang baru memeluk Islam, sebaliknya antara tayangan kisah keluarga Islam (termasuk Melayu) yang tak menitik-beratkan amalan agama, pendek cerita takde unsur dakwah dalam keluarga. Wallahua'lam kita pun tak tahu cerita sebenar.

Yang agak ujian bagi si F sebab acting dan environment dia semuanya bersabit Cina. Dan agak susah nak jumpa di Surau. Masalah yang amat sangat sebab lagi satu muka dia 100% Cina tak macam sorang YB PAS Perak yang muka dia ala2 Melayu sikit. Putih dan sepet siap pakai spek yang kebanyakannya chinese student saja yang pakai.

Ketika kami nak jumpa ziarah,macam biasa la dialog cam kat bawah
E= sekali gi ziarah ngan IM dan bersedia sebagai rahaba/driver
IM= IM selaku mutakalim
F=F***** selaku orang yang diziarahi

E = Assalamualaikum ... (sambil ketuk2 pintu)
F = coming2... (chinese accent)
IM = (buka pintu) Nak jumpa F boleh?
F ada?
F = haaa? saya la..
IM = jumpa sekejap boleh?
F = sibuk la ada kerja,. awak siaap? nak jumpa sebab apa?

tersebak sekejap sebab hari ini Muslim jumpa kerana sebab2 tertentu,.. dan jarang bertemu tanpa sebab agama...

IM = saya I**** nak jumpa sekejap boleh. Ni kenal kawan awak juga, satu batch kan? (sambil E suakan kepala)
F = saya sibuk ada kerja.
IM = oooo,takpe2. Assalamualaikum.

Aku tak terkata juga, sebab dah dia macam tu. Ada je Melayu yang tak dapat nak terima ziarah budak2 Tabligh ni atas alasan sibuk nak gi main, dan ada pula yang minta kami sangka baik je (tak buka pintu,heh)

Masalah sekarang Umat Islam dah sekatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dengan orang yang dikenal sahaja. Ada pulak yang kenal pun putus hubungan, atas banyak sebab. Sebab yang ketara orang-orang Alim dan cover Alim tak kenal satu sama lain atas maksud beberapa khilaf. Tu baru orang-orang ada agama, yang jauh dari agama? Siapa saudara?

Baca dan jadilah pentashih hadith ye

Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw., “Islam manakah yang lebih baik?” Beliau bersabda, “Kamu memberikan makanan dan mengucapkan salam atas orang yang kamu kenal dan tidak kamu kenal.” (HR Bukhary)

Bersabda Rasulullah shollollahu ’alaihi wa sallam: “Kalian tidak akan masuk surga sebelum kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman sebelum kalian saling mengasihi satu sama lain. Maukah kalian aku tunjukkan suatu perkara yang bila kalian kerjakan akan menyebabkan kasih sayang di antara kalian? Sebarkan ucapan salam di antara kalian.” (HR Muslim)


Dan ada lagi hadith Nabi Saw tentang Salam ~ faham baik2, hadith2 Nabi masih ada syarahnya,.. disenarikan di sini sekadar renungan dan mulalah mengkaji kata2 Nabi Saw

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat ialah bilamana ucapan salam hanya disampaikan kepada orang yang dikenal.” (HR Abdurrazzaq)

Ya Allah bukakanlah hatinya,
Ya Allah bukakanlah hatinya,
Wahai Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati,
bukakanlah hatinya...

Wallahua'lam, Wassalam

p/s: xde idea untuk tajuk

100th Post




Alhamdulillah

Post yang ke-100

Tak terkata kerana penat otak digunakan mengedit design...
Wallahua'lam

Latest signature untuk IM

Demokrasi ~ Suatu Penilaian IV

Sambungan...

Sistem demokrasi membuka pintu syahwat dan sikap permissivisme (menghalalkan segala cara) seperti minum arak, bermabuk-mabukan, bermain muzik, perbuatan maksiat, berzina, bercambahnya pusat-pusat hiburan dan hal-hal lainnya yang melanggar aturan Allah di bawah semboyan demokrasi yang masyhur,

  1. “Biarkan dia buat semahunya, biarkan dia pergi ke mana saja ia mahu,”
  2. “Menjaga kebebasan individu.”
Sistem demokrasi membuka pintu perpecahan dan perselisihan, mendukung program-program penjajah yang bertujuan memecah-belah dunia Islam ke dalam sukuisme, nasionalisme, negara-negara kecil, fanatisme golongan dan kepartian.

Surat Al-Mukminun: 52

"Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu – ugama yang satu
asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu".


Surat Ali ‘Imran: 103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Surat Al-Anfal: 46

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Cinta, Haruskah Mengharap

Alhamdulillah,
Sekadar bacaan picisan. Cinta merupakan suatu yang unik,entah mengapa tiada yang mampu memberi definisi terbaik tentang cinta.
Mungkin kerana ia adalah di dada bukan di lidah, maka memang tiada siapa dapat menerangkannya. Dengan rasa ini seorang hamba dapat dekat dengan Rabbnya, juga menjauhkan antara keduanya.

"Ya Allah, aku cinta dia. Jadikanlah cintaku ini cinta yang memberi pengampunan kepada aku dan dia."(Ibnu Mutalib,2010)

Doa Ma'thur

1. Ya Allah daku mohon kecintaanMu dan kecintaan mereka yag mencintaiMu dan amalan2 yang mendatangkan kecintaanMu (Tirmizi)
2.Ya Allah kurniakanlah daku cintaMu dan cinta mereka yang cintanya memberi manafaat untukku disisiMu (Tirmizi)

Pertanyaan Terselesaikan

Apa sih arti sebenar nya dari cinta sejati itu??

Jawaban Terbaik - Dipilih oleh Suara Terbanyak

Cinta sejati bukanlah ingin memiliki, cinta sejati bukan pula nafsu untuk menguasai, apalagi memanfaatkan. Cinta sejati ialah kerelaan memberi, tanpa ingin dibalas. Cinta sejati itu berkorban, tanpa mengharap imbalan. Cinta sejati adalah menjaga, agar yang dicintai tetap dalam kebaikan. Cinta sejati itu tekad melindungi, menjaga, mengasihi, memberi, berkorban, meski jiwa, maupun nyawa demi kemuliaannya.
Dan di antara cinta sejati itu, ada cinta yang menjadi penghulu segalacinta sejati. Sebuah cinta sejati yang benar-benar sejati. Cinta sejati yang hakiki. Apakah cinta yang hakiki itu?
Tahukah kamu apakah cinta yang hakiki itu? Cintamu kepada Rabb-mu.

(http://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20100128230243AAhArH2)


Maher Zain dan Isu

Assalamualaikum wbt.

Oh Maher Zain datang UIA Rabu lepas. Aku tahu sebab kawan beritahu, dengar juga khabar berita dia datang Malaysia, tak tahu di mana konsertnya, bila, siapa penganjurnya dan sebagainya. Tup tup orang kata dia datang UIA.


Apakah teruja untuk hadir. Argh. Tidak perlu, untuk apa, jika ada majlis ilmu malam itu lebih baik hadir ke sana, jika tidak, lebih elok pulang ke rumah dan bermain dengan anak buah aku si Insyirah debab dan Si Imtiaz yang asyik dengan Thomas and Friendsnya.

Oh khabar-khabar angin menyatakan si gadis menjerit-jerit, berebut-rebut mahu meminta autograf, beria-ria mengambil gambar. Oh sangat dahsyat.

Oh ini rupanya hiburan yang menginsafkan, ini rupanya hiburan yang mendekatkan manusia kepada Tuhan, oh ini rupanya hiburan yang membawa manusia keluar dari budaya hedonisme kepada cara hidup Islam, oh inilah wasilah dakwah.

Aku ada menaip sedikit di FB:

Hiburan adalah hiburan, hanya sahaja Mahier Zain membawa satu alternatif kepada hiburan hedonisme di luar sana.

Hanya sahaja menjadikan ia sebagai dakwah, 2 hingga 3 kali saya fikir. Kesan-kesan negatifnya yang melanda dunia hiburan yang lai...n, sebagaimana seorang peminat dengan artis-artis.

Bagaimana saya mahu melegakan hati tatkala mendengar si gadis-gadis terlenggok-lenggok menghayati alunan suara Maher Zain, sambil memuji kekacakan wajahnya. Oh bayangkan seandainya Maher Zain itu seorang lelaki berjambang umpama Usamah Bin Laden, apakah dia akan melekat di hati si gadis yang menggilai lagu-lagunya.

Dan juga bandingkan kegilaan mereka kepada Maher Zain dengan kegilaan mereka kepada Shaikh al-Mishary yang alunan bacaan al-Qurannya menenangkan jiwa, alunan suara Shaikh Abdullah al-Matrud dan sebagainya. Wajah mereka tidak kita kenali, tetapi alunan bacaan al-Quran mereka sangat kita gilai, jauh berbeza dengan Maher Zain.

Maher Zain mungkin satu alternatif untuk mereka yang sangat mencintai muzik, untuk mereka berhijrah daripada lagu yang entah apa-apa, kepada yang lebih menenangkan jiwa. Tetapi ia satu bala tatkala mereka yang tidak suka kepada muzik, mula menyukai muzik selepas mendengar lahu Maher Zain, mereka yang asyik alunan suara dengan al-Quran, akhirnya diganti dengan dengan merdunya suara Maher Zain, mereka yang malu untuk berbicara tentang tampannya wajah seorang lelaki, kepada menjadi penyanjung Maher Zain.

Program Rakan Masjid USMKK

PROGRAM "Antara Kasih dan Korban" -20.10.2010-

PROGRAM

“ANTARA KASIH DAN KORBAN”

TARIKH: 20 OKTOBER 2010 ( RABU )

MASA: 6.30-10.00 MALAM

TEMPAT: MASJID PUSAT ISLAM, KAMPUS KESIHATAN

ANJURAN: RAKAN MASJID PUSAT ISLAM KAMPUS KESIHATAN,

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TENTATIF PROGRAM: seperti yg tertera dalam poster

........................................................................................

Jom bersama mengimarahkan majlis ilmu!

Moga diakhir program ini, kita akan dapat:

- Menyedari kepentingan solat fardhu secara berjemaah di masjid dan jadikan ia sebagai satu amalan.

- Istiqamah dalam mengimarahkan Masjid Pusat Islam Kampus Kesihatan.

- Menambah pengetahuan mengenai amalan dalam bulan Zulhijjah.

- Merapatkan ukhuwah, khususnya antara ahli-ahli RM.

............................................................................................

Solat Fardhu merupakan suatu indikator dalam menghidupkan roh di setiap masjid. Dengan itu, RM merasakan perlunya suatu ceramah perdana khas untuk menerangkan kepada Muslimin dan Muslimat betapa peri pentingnya solat secara berjemaah dan di awal waktu di masjid secara ilmiah melalui Ceramah Khas Kepentingan Solat Jemaah dan Amalan Menjelang Aidil Adha. Mudah-mudahan program ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.Wallahua’lam.

Firman Allah: “...sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya.” (Surah An-Nisaa:103)

Firman Allah: “Oleh itu, kerjakanlah solat kerana TUHANmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah al-Kautsar: 2)

Moga kita beroleh barokah dari Ilahi...Sebar-sebarkan. Syukran jazilan.



source: http://rakanmasjidusmkk.blogspot.com/

Demokrasi ~ Suatu Penilaian III

Sambungan...

Sistem demokrasi memisahkan antara agama dan kehidupan, yakni dengan mengesampingkan syari’at Allah dari berbagai aspek kehidupan dan menyandarkan penciptaan hukum kepada rakyat agar mereka dapat menyalurkan hak demokrasi mereka –seperti yang mereka katakan– melalui kotak-kotak undian atau melalui wakil-wakil mereka yang duduk di Dewan-dewan Perwakilan.

Sistem demokrasi membuka selebar-lebarnya pintu kemurtadan dan zindiq, karena di bawah naungan sistem thaghut ini memungkinkan bagi setiap pemeluk agama, madzhab atau aliran tertentu untuk membentuk sebuah parti dan menerbitkan massa media untuk menyebarkan ajaran mereka yang menyimpang dari agama Allah dengan alasan toleransi dalam mengeluarkan pendapat, maka bagaimana mungkin setelah itu dikatakan,

“Sesungguhnya sistem demokrasi itu sesuai dengan syura dan merupakan satu keistimewaan yang telah hilang dari kaum muslimin sejak lebih dari seribu tahun yang lalu,”

sebagaimana ditegaskan oleh sejumlah orang jahil, bahkan (ironisnya) hal ini juga telah ditegaskan oleh sejumlah parti Islam yang dalam salah satu pernyataan rasminya disebutkan:

“Sesungguhnya demokrasi dan bercambahnya parti merupakan satu-satunya pilihan kami untuk membawa negeri ini menuju masa depan yang lebih baik.”

Demokrasi ~ Suatu Penilaian II


Sambungan...

Terjun ke dalam kancah demokrasi mengandung unsur ketaatan kepada orang-orang kafir baik itu orang Yahudi, Nasrani atau yang lainnya, padahal kita telah dilarang untuk mentaati mereka dan diperintahkan untuk menyelisihi mereka, sebagaimana hal ini telah diketahui secara sahih dan umum dalam agama.

Hayati...

  • Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (Surat Ali Imran; 100)
  • Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. (Surat Al-Furqaan: 52)
  • Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (Surat Al-Ahzaab: 48)

Demokrasi ~ Suatu Penilaian

Assalamualaikum.

Di sini sedikit penjelasan dan suatu pandangan politik bernama demokrasi yang sedang rancak dilaksanakan di banyak negara2 Islam. Semoga boleh menjadi pedoman pada saya dan yang membacanya.Wallahua'lam

Demokrasi dan hal-hal yang berkaitan dengannya berupa parti-parti dan pemilihan umum merupakan manhaj jahiliyah yang bertentangan dengan Islam, maka tidak mungkin sistem ini dipadukan dengan Islam karena Islam adalah cahaya sedangkan demokrasi adalah kegelapan.

(Surat Faathir:19-20)
[19]
Dan tidaklah sama orang buat dengan orang yang melihat.
[20]
Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang,


(Surat Al-Baqarah: 256).

[256]
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Cinta


Saban hari demi hari,
Ada tika kita senang, ada tika juga kita susah,
Kita tahu ujian itu adalah tarbiyah dariNya,
Tanda Dia cinta pada kita,
Walau sesusah dan sesulit mana,
Kita percaya,
Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.

Benar,
Fitrah insani inginkan bahagia
Ingin dikasihi dan mengasihi
Ingin disayangi dan menyayangi
Ingin dicintai dan menyintai

Hingga kadangnya terlupa..
Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia
Bukanlah kemuncak cinta
Malah bukanlah hakikat bahagia!

Yang sebenarnya..
Bahagia itu ma’nawi
Jua bersifat rohaniah

Lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min
Adalah dengan mencintai Tuhannya.

Kerana..
Cinta kepada Allah..
Adalah cinta yang tiada tandingan dan bandingannya
Cinta yang paling memuaskan dan menenangkan
Buahnya amat menghiburkan dan paling membahagiakan
Ya’ni bahagia yang mendasar..
Yang dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam.

Justeru wahai insani..
Burulah bahagia, hayatilah zikrullah
Jadikanlah ia cita-cita murni nurani
Agar hatimu tenang dan tiada keluh-kesah.

Percayalah..
Andai kau temui bahagia
Pasti ‘syurga’ sebelum Syurga menjadi milikmu.

Bahagia..
Moga menjadi milikku dunia Akhirat!

Tudung Rahib? Cek BalikTudung2 Anda





Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kai
tkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.



Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.





Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.



RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...



“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).



Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..





p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.



Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)



Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..



Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?

jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.

source

JANGAN CELUPAR.WMV

Jangan Celupar...

Alhamdulillah, kadang2 tanpa sengaja mulut yang sepatutnya bercakap perkara2 yang baik dan bermanfaat, pasti terlepas dengan kata2 yang tidak sepatutnya. Moga2 Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjaga lidah dalam percakapan.

Menara Jam Makkah

Alhamdulillah.

Ini saya kutip dari salah sebuah top-blog yang saya follow. Jadi tiada sebarang pengubahan melainkan sekadar mahu berkongsi dengan pelawat2 blog Ibnu Mutallib. Mudah2-mudahan bermanfaat.

Setelah beberapa entry sebelum ini agak serius, kali ini saya ingin berkongsi kisah yang saya kira ramai yang sudah tahu iaitu mengenai sebuah menara jam tertinggi di dunia yang baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Menara jam berketinggian 601 m

Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43 × 43 m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram

Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam

Spesifikasi bangunan menara jam

Sebelum mengakhiri entry ini, marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW berikut. Walaupon hidup lebih 1431 tahun dahulu, baginda telah mengetahui apa yang bakal berlaku hari ini, membuktikan kebenaran Rasul sebagai utusan Allah. Subhanallah...

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Cinta, Terlanjur dan Melanjur


Alhamdulillah,

Cinta ; antara batasan Ungkapan Terlanjur atau Melanjur. Sebuah entry yang menarik untuk dihayati. Moga2 dapat memberi ekinsafan buat yang membaca.

Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.

1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?


2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?


3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai?

Dan sekarang anda memilih kaedah mana untuk menentukan tahap kerosakan masyarakat kita yakni mereka yang ‘terlanjur’? Ya, memang tidak munasabah untuk menggunakan mana-mana kaedah, malah jika kita menggabungkan kesemua kaedah-kaedah tersebut pun belum tentu untuk mencapai bilangan sebenar jumlah mereka yang ‘terlanjur’. Malah, mana mungkin dapat mewakili 5% daripada mereka yang 'terlanjur'? Itu baru sahaja mereka yang ‘terlanjur’, bagaimana pula dengan mereka yang hanya berjinak dengan aksi ‘ringan-ringan’? Astagfirullah, memang tidak dapat digambarkan betapa sudah rosak masyarakat pada hari ini.

Couple penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?

Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan? Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin. Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’sms’, ber’yahoomessenger’ atau/dan ber’facebook’ untuk memenuhi perasaan rindu yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, couple-putus, couple-putus, couple-putus, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.

Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa' yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu. Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu tidak lain adalah kaum hawa.

Wahai kaum muslimah, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’, yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.

Allah telah berfirman, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur :26)

Sebagai penutup kata, perihal mengenai buang bayi tidak akan sampai ke penghujung jika kita masih tidak sedar akan pangkal asalnya. Alangkah lebih baik jika kita mencegah daripada merawat. Seringkali kita melontar kekecewaan terhadap mereka yang membuang bayi sedangkan kita sedang diseliputi budaya yang menjurus kepada pembuangan bayi tersebut. Selagi kita duduk mempertahankan budaya ini, selagi itulah berita-berita menyentuh jiwa ini tersebar meluas. Tidak cukupkah lagi dengan komentar para ustaz mahupon ilmuan tempatan yang mengulas mengenai isu ini? Mereka yang mempertahankan couple sering berselindung di atas hujah seorang yang dipanggil 'ustaz' sedangkan jumhur yang lain berkata sebaliknya. Mengapakah tidak mengikut jalan majoriti tetapi mengikut jalan minoriti ibarat bertanyakan hukum merokok daripada 'ustaz' yang merokok? Jangankan bila sudah tertanam benih yang haram baru hendak bertaubat. Nauzubillah… sesungguhnya kita sudah berada pada penghujung zaman seperti yang diperkatakan nabi.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. ( Hadis Riwayat Muslim)

Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung. Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka. Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple' bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui bakal 'tak sengaja melanjur'? Tepuk dada, tanya iman. Sekian.

p/s: Istilah ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’ pada artikel di atas hanyalah retoris kritis semata-mata. Untuk penggunaan istilah yang tepat, sila rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Followers