Sebuah Ziarah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izinnya dapat IM bertemu dengan F, setelah lama teringin nak berjumpa. Buat pengetahuan, F ni muslim chinese tapi bukan muallaf. Setahu IM, F ni Muslim sejak lahir lagi, ayahnya yang memeluk Islam beserta keluarganya dan ia berlaku sejak dia belum lahir. Maknanya dia ni bukan termasuk orang yang baru memeluk Islam, sebaliknya antara tayangan kisah keluarga Islam (termasuk Melayu) yang tak menitik-beratkan amalan agama, pendek cerita takde unsur dakwah dalam keluarga. Wallahua'lam kita pun tak tahu cerita sebenar.

Yang agak ujian bagi si F sebab acting dan environment dia semuanya bersabit Cina. Dan agak susah nak jumpa di Surau. Masalah yang amat sangat sebab lagi satu muka dia 100% Cina tak macam sorang YB PAS Perak yang muka dia ala2 Melayu sikit. Putih dan sepet siap pakai spek yang kebanyakannya chinese student saja yang pakai.

Ketika kami nak jumpa ziarah,macam biasa la dialog cam kat bawah
E= sekali gi ziarah ngan IM dan bersedia sebagai rahaba/driver
IM= IM selaku mutakalim
F=F***** selaku orang yang diziarahi

E = Assalamualaikum ... (sambil ketuk2 pintu)
F = coming2... (chinese accent)
IM = (buka pintu) Nak jumpa F boleh?
F ada?
F = haaa? saya la..
IM = jumpa sekejap boleh?
F = sibuk la ada kerja,. awak siaap? nak jumpa sebab apa?

tersebak sekejap sebab hari ini Muslim jumpa kerana sebab2 tertentu,.. dan jarang bertemu tanpa sebab agama...

IM = saya I**** nak jumpa sekejap boleh. Ni kenal kawan awak juga, satu batch kan? (sambil E suakan kepala)
F = saya sibuk ada kerja.
IM = oooo,takpe2. Assalamualaikum.

Aku tak terkata juga, sebab dah dia macam tu. Ada je Melayu yang tak dapat nak terima ziarah budak2 Tabligh ni atas alasan sibuk nak gi main, dan ada pula yang minta kami sangka baik je (tak buka pintu,heh)

Masalah sekarang Umat Islam dah sekatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dengan orang yang dikenal sahaja. Ada pulak yang kenal pun putus hubungan, atas banyak sebab. Sebab yang ketara orang-orang Alim dan cover Alim tak kenal satu sama lain atas maksud beberapa khilaf. Tu baru orang-orang ada agama, yang jauh dari agama? Siapa saudara?

Baca dan jadilah pentashih hadith ye

Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw., “Islam manakah yang lebih baik?” Beliau bersabda, “Kamu memberikan makanan dan mengucapkan salam atas orang yang kamu kenal dan tidak kamu kenal.” (HR Bukhary)

Bersabda Rasulullah shollollahu ’alaihi wa sallam: “Kalian tidak akan masuk surga sebelum kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman sebelum kalian saling mengasihi satu sama lain. Maukah kalian aku tunjukkan suatu perkara yang bila kalian kerjakan akan menyebabkan kasih sayang di antara kalian? Sebarkan ucapan salam di antara kalian.” (HR Muslim)


Dan ada lagi hadith Nabi Saw tentang Salam ~ faham baik2, hadith2 Nabi masih ada syarahnya,.. disenarikan di sini sekadar renungan dan mulalah mengkaji kata2 Nabi Saw

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat ialah bilamana ucapan salam hanya disampaikan kepada orang yang dikenal.” (HR Abdurrazzaq)

Ya Allah bukakanlah hatinya,
Ya Allah bukakanlah hatinya,
Wahai Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati,
bukakanlah hatinya...

Wallahua'lam, Wassalam

p/s: xde idea untuk tajuk

7 comments:

nz said...

:)

semoga dipermudahkan :)

Ismi Ijmi said...

amiiiin,terima kasih

Ziarah76 said...

lorong ke lorong, pintu ke pintu, hati ke hati...

Ismi Ijmi said...

hehe,.. boleh bagi idea nak dakwah orang cmni macamana???

Bijen M. said...

Dugaan berdakwah.
Sabar...

Ismi Ijmi said...

tapi jarang gak yang macam ni kan,hehe

su said...

hmmmmmm....

Followers