Maher Zain dan Isu

Assalamualaikum wbt.

Oh Maher Zain datang UIA Rabu lepas. Aku tahu sebab kawan beritahu, dengar juga khabar berita dia datang Malaysia, tak tahu di mana konsertnya, bila, siapa penganjurnya dan sebagainya. Tup tup orang kata dia datang UIA.


Apakah teruja untuk hadir. Argh. Tidak perlu, untuk apa, jika ada majlis ilmu malam itu lebih baik hadir ke sana, jika tidak, lebih elok pulang ke rumah dan bermain dengan anak buah aku si Insyirah debab dan Si Imtiaz yang asyik dengan Thomas and Friendsnya.

Oh khabar-khabar angin menyatakan si gadis menjerit-jerit, berebut-rebut mahu meminta autograf, beria-ria mengambil gambar. Oh sangat dahsyat.

Oh ini rupanya hiburan yang menginsafkan, ini rupanya hiburan yang mendekatkan manusia kepada Tuhan, oh ini rupanya hiburan yang membawa manusia keluar dari budaya hedonisme kepada cara hidup Islam, oh inilah wasilah dakwah.

Aku ada menaip sedikit di FB:

Hiburan adalah hiburan, hanya sahaja Mahier Zain membawa satu alternatif kepada hiburan hedonisme di luar sana.

Hanya sahaja menjadikan ia sebagai dakwah, 2 hingga 3 kali saya fikir. Kesan-kesan negatifnya yang melanda dunia hiburan yang lai...n, sebagaimana seorang peminat dengan artis-artis.

Bagaimana saya mahu melegakan hati tatkala mendengar si gadis-gadis terlenggok-lenggok menghayati alunan suara Maher Zain, sambil memuji kekacakan wajahnya. Oh bayangkan seandainya Maher Zain itu seorang lelaki berjambang umpama Usamah Bin Laden, apakah dia akan melekat di hati si gadis yang menggilai lagu-lagunya.

Dan juga bandingkan kegilaan mereka kepada Maher Zain dengan kegilaan mereka kepada Shaikh al-Mishary yang alunan bacaan al-Qurannya menenangkan jiwa, alunan suara Shaikh Abdullah al-Matrud dan sebagainya. Wajah mereka tidak kita kenali, tetapi alunan bacaan al-Quran mereka sangat kita gilai, jauh berbeza dengan Maher Zain.

Maher Zain mungkin satu alternatif untuk mereka yang sangat mencintai muzik, untuk mereka berhijrah daripada lagu yang entah apa-apa, kepada yang lebih menenangkan jiwa. Tetapi ia satu bala tatkala mereka yang tidak suka kepada muzik, mula menyukai muzik selepas mendengar lahu Maher Zain, mereka yang asyik alunan suara dengan al-Quran, akhirnya diganti dengan dengan merdunya suara Maher Zain, mereka yang malu untuk berbicara tentang tampannya wajah seorang lelaki, kepada menjadi penyanjung Maher Zain.

4 comments:

Bijen M. said...

Maknanya jalan dakwah yang terbaik adalah dengan mengikut cara Nabi SAW.
Wohoho.

chanz said...

Benar. Tapi actually tak semua penonton camtu. Cuba baca entri dari pihak penonton yg betul2 pergi pulak, bukan dengar citer kawan2 je.

Ismi Ijmi said...

hmmmm,wallahua'lam.

ahmad said...

hang ni suka sgt duk kondem org len padahal tgk tu diri sendiri mcm mna...
haizz

Followers