Alhamdulillah
Assalamualaikum. Kadang-kadang suka menulis. Yang panjang-panjang. Mungkin beberapa hari ni aku mula ambil masa yang panjang untuk baca artikel2 blog yang panjang. Mungkin juga aku mula mengusik semula buku-buku bacaan yang lama tersusun tak bersentuh sejak beberapa lama. Mungkin benar kata orang, kamu tulis selalunya terkait dengan apa yang kamu baca. Kamu cakap selalunya adalah apa yang kamu dengar. Dan kamu akan buat apa yang kamu lihat. Sedar atau tidak itulah hakikatnya.
Dua hari lepas, exactly Jumaat 10/4/2011 aku telah bertandang ke rumah salah seorang pelajar luar negara, tak silap aku dia pelajar bidang Haematology. Memang tak dirancang, yalah ajaknya pun on-the-spot dan aku sendiri tak bercadang ke rumahnya (bilik blok C antarabangsa). Mungkin tuah taklim, yang kami buat selepas Asar, disertai Pak Yaman ~ Dr Hamid (more spesifik sebab Arab ada 22 buah negara), sehabis taklim ditawarnya aku dan seorang lagi rakan seusaha untuk minum teh petang tu di biliknya.
Sila baca pendapat2 aku tentang Pak Arab
Jenis aku, andai ada yang menjemput, jarang sangat menolak. Terasa satu kesalahan menolak ajakan orang, untuk apa sahaja sebenarnya, dalam perkara-perkara harus. Sebenarnya semasa taklim, kami ada berbincang tentang solat mayat yan dibuat sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra. Dua jenazah perempuan. Katanya pelik sebab imam baca doa selepas salam. Sedangkan fiqah menerangkan doa dibuat antara takbir kedua dan ketiga dan ketiga dan keempat (sebelum salam). Wallahua’lam,aku ni bukanlah pemegang ijazah atau sijil syariah untuk mengiyakan atau menolaknya. Dengar saja. Tanya pada Ustaz Ishak, atau Ustaz Al-Alorstari ya.
So dalam perjalanan ke bilik nya kami memang agak berbincang tentang tu lah. Setibanya di biliknya, dia ambil beberapa masa untuk menyiapkan the “boh” plus bunga cengkih tumbuk (serbuk) dan serbuk kulit kayu manis. Ada lagi satu bahan macam biji bujur ,bila dipecahkan ada butir2 kecil, inipun ditumbuk halus (memang dah ada) lalu dimasukkan dalam teh tadi. Tak pasal2 bagi resepi,heh. Semua rempah2 campur dalam kari je,dilumat halus,.. DItambah dalam the,rasanya memang berangin dan sedap,cubalah. Sambil tu, diletaknya pisang setengah sikat depan mata kami. Malu2, dihulurnya terus di tangan kami,heh. Bertuah perut!

Dalam sembang2,aku menanyakannya tentang sejarah Yaman yang lama tu. Aku memang suka baca tentang negara2 Arab, tanah para anbiya. Mana tidaknya,inilah tanah di mana Uwais Qarni, wali yang dicium tangannya oleh dua sahabat besar Umar dan Ali R.anhum. Pasti ada yang istimewa
لُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِ هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً الْإِيمَانُ يَمَانٍ وَالْفِقْهُ يَمَانٍ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ
Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Penduduk Yaman datang. Mereka lebih halus hatinya. Iman ada pada orang Yaman, fikih ada pada orang Yaman dan Hikmah ada pada orang Yaman
Dalam2 bercerita, aku tanya.
“Ya sheikh, I heard that Abrahah went he wanted to demolish the Kaabah, he came from Yaman. Do you know about that?”,Tanya ku,speaking la,nak cakap bahasa Arab tak boleh lagi.

Segera dia menidakkan,” No… Actually Abrahah came from Ethiopia (Habsyah). He’s Ethiopian. But he has a kingdom in Yaman. Haha , (sambil ketawa), he intend to have more money, and so to demolish the Kaabah. He wanted people to come to his own Kaabah.”… panjang dia menerangkan.
Lalu ditanya pula pada aku dan rakan tadi “ Do you know the full story about it?”, kami agak2 serentak menyahut, “Yes,”. “We learn this in primary school. Our Ustadh teach us about this regarding on the Suratul Fiil”,sambungku kononnya pandai sangat. “Yes,exactly, please recite for me”, jawab dia. Aku dan rakan tadi sambung menyambung, “Alama tara kaifa faa’la….” Sampai ke ayat “fajaalahum kaasfin(m) ma’akul”.
Tanya dia pada kami” Do you know what’s the meaning of the last ayah(ayat)”,… Aku senyap. Biarlah rakanku jawab, dia belajar Arab Tinggi,hehe. Memang dia terer Arab pun. “Meaning is… Then we make them like the leaves eaten by cattle (ulat).,More or less”.
Bagiku tak mengapa terjemah begitu. Terjemah dan Tafsir adalah dua perkara berebza. Quran-quran kecil yang kita beli adalah terjemahan. Kalau tafsir sudah tentu kena menguasai berbelas ilmu untuk menafsirkan ayat.
Seusai kawanku menyatakan maksudnya, dia mula bertanya” Do you know how the battalion of Abarahah is killed?”.” Allah swt send only very small,weak birds, you know the very weak birds,what they can do to us?. But to show the power of Allah, Allah just sends them to kill the whole battalion except one guy."

Di sini,kami hanya mendengar,penuh minat. Mungkin cerita ni tak sampai lagi pada kami,sebab yalah sekolah rendah ustadh mungkin tak terangkan semaksimum mungkin supaya ia lebih “simple and clear” bak kata orang Bota.
“When Abrahah decided to invade Makkah and demolish the Kaabah, he sends people to see Abdul Mutalib, the guard of Kaabah. This soldier wants to take all Abdul Mutallib belongings, including camels and so on. In fact Abdul Mutallib got a lot of camels. Abdul Mutallib remembered about a story when there is a battalion of soldier before Abrahah also intended to demolish Kaabah, Allah demolish all them. He at that time believes that Allah will protect hi Kaabah. Then he said to the one who represent Abrahah. “Why don’t you just take the Kaabah because I owned the camels, and no one own the Kaabah”, because of this Abrahah let all the camels to Abdul Mutallib and continues his plan.
Abdul Mutallib and his people hide at a place to see what will happen to the battalion. Biiznillah, they can see a cloud of small birds (Allah names the birds as Thoiran Abaabil ~ burung Ababil). At this time they can see clearly the battalion of Abrahah died because of something brought by the small birds. Nothing left, even their corpse or their elephant. Allah saved a guy among them, to go back to Yaman, telling about what happen to the Abrahah and hi soldiers (Tentera Bergajah Abrahah).
Those people listened to the story but they don’t believe. As planned by Alah (that all soldiers will be died at the same way), this last guy killed with the stone of Sijjin in front of the Yaman people. MasyaAllah this is the greatness of Allah.”…
Kami mendengar dengan rasa takjub. Bukan ujub tapi ajaib. Ajaib kerana dengan batu kecil Allah boleh memusnahkan seekor gajah dan tentera yang besar dan gagah. Dengan seekor burung kecil boleh menjadi jundullah (tentera Allah). Dengan seorang yang tidak pernah diserukan kalimah Lailahaillah, namun yakinnya teguh kepada kekuasaan Allah.Takjub denagn ketetapan Allah bahawa sekiranya seseorang ditaqdirkan mati dengan sesuatu sebab,maka ia pasti berlaku. Takjub dengan kehebaan Allah. Mungkin inilah sebba ia diceritakan dan dimaktubkan dalam ktab suci lagi hafiz.
Mula aku memainkan soal. Mana manusia yang berkata kemenangan atas kekuatan? Mana manusia yang berkata kekuatan atas bilangan? Mana yang berkata mereka mampu berbuat segala sesuatu? Mana yang brkata teknologi mereka paling canggih? Mana,mana dan mana? Jawapannya,mereka belum memerhatikan maksud disebalik penurunan Surah Al-Fiil. Tu saja. InsyaAllah kita semua azam untuk jadi jundullah, walau apa pun kekuatan dan kelebihan yang ada pada kita.
Wallahua’lam.
p/s:lama tak ketemu Alfindani di alam bloggers. Kalau terbaca sila email kesalahan2 dalam artikel ni ke zerrysus@gmail.com. Dan masukkan saya dalam list "invited readers" leh?:-)
p/ss: yang aku tahu tentang Yaman; negara Islam, dan pesan Nabi dua tempat yang paling ramai alim ialah di Yaman dan Syria. Negara Islam miskin. Amerika dan kuffar cari jalan nak invade negara ni.masih amal dasar tutup pintu, so takde Tesco,Giant, and so on. Negara Ahle sunnah wal Jamaah , ada tempat yang panas dan ada tempat yang sejuk. Di suatu daerah panas terletaknya madrasah Habib Umar. Antara negara yang perempuan2 bekerja adalah perkara pelik, perempuan2 keluar rumah adalah taboo, dan perempuan pakai menutup seluruh tubuh dengan kain hitam adalah normal. Rata2 perempuan2 Yaman pandai memasak sebab mereka diajar untuk khidmat kepada suami sejak kecil. Nak katakan perempuan2 Yaman ni didera sume,mungkin isu minor. Antara negara yang dalam shortlist nak bawa family gi bercuti selama setahun,termasuk Syria,Sudan, Mesir dan Palestin.Saudi as well InsyaAllah.(kalau ada family). Rasa nak cari bini Arab sorg,(cheh...) :-)